1 / 16

Penubuhan dan Pentadbiran Kesatuan Sekerja Ke Arah Produktiviti

Penubuhan dan Pentadbiran Kesatuan Sekerja Ke Arah Produktiviti. Peranan Pekerja dan Organisasi M ereka. Bentuk kesatuan diperlukan (Frenkel & Royal, 1996) - proaktif & strategik – dapat meningkatkan kebolehsaingan dlm perusahaan & kualiti kerja melalui pembaikan dlm organisasi,

may
Télécharger la présentation

Penubuhan dan Pentadbiran Kesatuan Sekerja Ke Arah Produktiviti

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Penubuhan dan Pentadbiran Kesatuan Sekerja Ke Arah Produktiviti

  2. Peranan Pekerja dan Organisasi M ereka • Bentuk kesatuan diperlukan (Frenkel & Royal, 1996) - proaktif & strategik – dapat meningkatkan kebolehsaingan dlm perusahaan & kualiti kerja melalui • pembaikan dlm organisasi, • perhubungan pengurusan buruh, • peningkatan kemahiran berasaskan perkongsian yg ekuitabel utk pekerja • Perkembangan kesatuan yg berkesan adalah ‘contingent’ pengiktirafan & aplikasi hak-hak & kebebasan berkesatuan, utk berorganisasi & utk tawar-menawar secara kolektif.

  3. Keperluan organisasi kesatuan sekerja berbeza diantara satu negara ke negara lain. • Contoh: Peningkatan kesedaran & latihan dlm hubungan mereka dlm ekonomi berorientasikan pasaran- keutamaan bg kesatuan sekerja sedang dalam perubahan. • Objektif utama – tarik lebih ramai pekerja sertai kesatuan dgn tingkatkan pengambilan, tawar perkhidmatan lebih baik & berkomunikasi lebih berkesan • Perlu pemimpin mantap, berkemahiran & berkebolehan secara teknikal & punyai sokongan.

  4. Penubuhan Kesatuan Sekerja di Malaysia • Langkah pertama selepas menubuhkan kesatuan – kemukakan borang & dokumen permohonan utk pendaftaran kesatuan di Jabatan hal Ehwal Kesatuan Sekerja. • Borang-borang & dokumen diperlukan: • Borang daftar (Borang B) • Borang Praecipe berserta dgn setem hasil RM30.00 • Buku peraturan-peraturan Kesatuan Sekerja • Minit Mesyuarat penubuhan kesatuan • Mesti ditandatangani oleh sekurang-kurangnya 7 orang ahli kesatuan – mana-mana dpd mereka boleh terdiri dpd pegawai-pegawai.

  5. Samb. Penubuhan Kesatuan Sekerja di Malaysia • Bersama-sama borang permohonan pendaftaran, mesti disertakan • yuran ahli, • salinan peraturan-peraturan kesatuan yg bercetak & ditandatangani oleh anggota-anggota pemohon, • Dan kenyataan lain spt nama, pekerjaan & alamatanggota pemohon, • Nama kesatuan sekerja & alamat ibu pejabatnya, • Pangkat, nama, umur, alamat & pekerjaan pegawai-pegawai kesatuan sekerja.

  6. Samb. Penubuhan Kesatuan Sekerja di Malaysia • Setiap kesatuan wajib didaftar utk nikmati keistimewaan bagi dapatkan taraf pertubuhan sah disisi undang-undang. • Pendaftaran – ambil masa sebulan dari tarikh penubuhan- w’bagaimanapun boleh dilanjutkan atas budibicara Pendaftar Kesatuan Sekerja, tetapi jumlah kesemua tempoh mestilah tidak melebihi 6 bulan. • Sekira gagal buat permohonan pendaftaran dlm tempohnya atau pendaftaran ditolak, ditarik balik atau dibatalkan, Seksyen 19 Akta Kesatuan Sekerja peruntukkan spt. berikut:

  7. Kesatuan Sekerja tidak sah, terhenti dpd nikmati apa-apa hak, kekebalan atau keistimewaan kesatuan yg berdaftar, tetapi tanpa memudaratkan apa-apa tanggungan yg dialami atau yg akan dialami olehnya. • Tiada kesatuan sekerja atau anggota-anggotanya boleh menyertai mana-mana pertikaian perusahaan atau menaja, mengatur atau membiayai mana-mana mogok atau pemberhentian. Juga dilarang membekalkan wang atau faedah lain bagi anggotanya semasa mogok atau pemberhentian. • Kesatuan mestilah dibubarkan & kewangannya dilupuskan menurut peraturan. • Tiada siapa dibenarkan sertai pengurusan atau organisasi kesatuan, kecuali bagi maksud pembubaran, pelupusan kewangan atau rayuan terhadap penolakan mendaftar, penarikan balik atau pembatalan.

  8. Seksyen 59 Akta Kesatuan Sekerja – adalah salah bagi seseorang atau sesuatu kesatuan sekerja, yg belum didaftarkan, melakukan sebarang perbuatan utk mencapai apa-apa tujuan kesatuan sekerja, melainkan perbuatan itu dilakukan secara suci hati, dalam masa dan bagi maksud menubuhkan kesatuan. • Pendaftar berkuasa meminta maklumat-maklumat lain mengenai pegawai-pegawai kesatuan sekerja. Sebelum sijil pendaftaran dikeluarkan, sesiapa pun tidak dibenarkan kelola atau sertai mana-mana kutipan wang atau harta-harta lain bagi kesatuan itu, tanpa kebenaran secara bertulis terlebih dahulu dpd Pendaftar.

  9. Semasa permohonan penubuhan diterima, Pendaftar punyai beberapa pilihan utk bertindak – ia boleh rujuk di bawah Seksyen 14 TUA, dimana beliau berkuasa meminta maklumat lain bertujuan utk kepuasan hati beliau – utk buktikan bahawa s. 14(a) permohonan patuh kpd peruntukan Akta & peraturan berkaitan, atau s.14(b) bahawa kesatuan sekerja telah didaftarkan di bawah Akta. • Selepas berpuas hati, Pendaftar akan mendaftarkan kesatuan & keluarkan Sijil Pendaftaran. • Pendaftar mesti amalkan pertimbangan & menolak utk mendaftar kesatuan sekerja “jika dia berpuas hati sudah terdapat kesatuan sekerja bagi tred, pekerjaan atau perusahaan yg tertentu, & bahawa menubuhkan kesatuan lain yg serupa sifatnya tidak akan memberi apa-apa faedah kpd pekerja”. – Tujuan – utk elak kependuaan & tidak galakkan kesatuan berpecah.

  10. Pendaftar juga mesti menolak pendaftaran kesatuan sekiranya mana-mana tujuan kesatuan sekerja tidak sah, atau nama kesatuan sekerja itu seakan-akan sama dgn nama kesatuan sekerja sedia ada. • Sijil pendaftaran, melainkan dibuktikan telah dibatalkan atau ditarik balik, adalah bukti muktamad bagi semua maksud bahawa kesatuan sekerja itu telah didaftarkan dengan sempurnanya. • Sesiapa yg tidak berpuas hati terhadap penolakan pendaftaran boleh merayu kpd Menteri dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penolakan itu. • Perlindungan statut secara merayu ini diperuntukkan di bawah Seksyen 71A Akta. • Menteri boleh beri keputusan yg ‘muktamad dan terakhir’. • Fasal penamat ini menghadkan bidang kuasa mahkamah utk campur tangan terhadap keputusan Menteri.

  11. Pengiktirafan Kesatuan • Proses di mana satu pihak tentukan bahawa pihak lain berhak bertindak & jalankan aktiviti-aktiviti kesatuan. • Peruntukan undang-undang Malaysia wajibkan pendaftaran kesatuan sekerja, tetapi pendaftaran sahaja tidak bererti kesatuan boleh berfungsi dengan berkesan. • Tanpa pengiktirafan yg sepatutnya, perundingan bersama antara majikan & kesatuan sekerja tidak boleh dimulakan. • Seksyen 9(2) Akta Perhubungan Perusahaan, “Kesatuan Sekerja pekerja-pekerja boleh menyampaikan tuntutan mengiktirafkan pekerja-pekerjanya atau mana-mana kelas pekerja, kepada majikan atau kesatuan sekerja majikan-majikan, tuntutan pengiktirafan perlu dalam bentuk bertulis dan dalam borang tertentu”.

  12. Dalam tempoh 21 hari, majikan hendaklah membuat salah satu dpd berikut: • Memberi pengiktirafan atau • Menolak pengiktirafan penubuhan kesatuan -Majikan juga dikehendaki beritahu kesatuan dlm bentuk bertulis sebab berlakunya penolakan tersebut. • Majikan juga perlu mengesahkan kepada Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan samada pekerja-pekerja yg sedang memohon pengiktirafan adalah merupakan anggota-anggota kesatuan berkenaan & beri notis bertulis menyokong permohonan tersebut kpd kesatuan.

  13. Kepentingan Pengiktirafan • Jika pengiktirafan diterima – perundingan boleh diteruskan • Jika ditolak atau majikan tidak beri jawapan – kesatuan boleh laporkan secara bertulis kpd. Ketua Pengarah dimana KP boleh siasat & rujuk kpd Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja yg akan putuskan persoalan fakta & jadi pendamai. • Jika KP KP gagal selesaikan, ia perlu beritahu Menteri yg akan buat keputusan terakhir. • Jika Menteri putuskan pengiktirafan diberi, ianya disifatkan sbg diberikan oleh majikan atau kesatuan majikan berkenaan. • Menteri berkuasa utk tetapkan tarikh pengiktirafan. • Seksyen 9 (5) – nyatakan bahawa ‘apabila menerima pemberitahuan….Menteri hendaklah memberi keputusannya atas perkara itu’.

  14. Samb. Kepentingan Pengiktirafan • Sekira kesatuan telah terima pengiktirafan, maka kesatuan lain tidak boleh buat tuntutan pengiktirafan bagi pekerja-pekerja atau kelas kelas pekerja yg sama, selama 3 tahun yg berikutnya. • Sesuatu tuntutan pengiktirafan boleh dibuat dgn segera hanya jika sekiranya Menteri putuskan bahawa kesatuan tidak patut diberi pengiktirafan, atau jika sesuatu tuntutan pengiktirafan diputuskan oleh KP dibawah Seksyen 9(4A), maka kesatuan sekerja tidak boleh lagi buat tuntutan selanjutnya utk dapatkan pengiktirafan sehingga 3 bulan telah tamat selepas keputusan atau resolusi tuntutan itu.

  15. Contoh Kes • Kes KFC Technical Services Sdn. Bhd. lwn. Industrial Court of Malaysia. • Pekerja sertai kesatuan sekerja & kesatuan tuntut pengiktirafan dpd majikan melalui Seksyen 9(2) Akta Perhubungan Perusahaan. • Majikan kemudian minta nasihat KP samaada kesatuan layak mewakili pekerja-pekerjanya, tetapi tanpa menunggu jawapan, majikan ambil tindakan membuang kesemua pekerja yg jadi ahli kesatuan. • Selepas mesyuarat di Kementerian Buruh – sedar bahawa majikan telah langgar Seksyen 10 Akta Perhubungan Perusahaan – pekerja-pekerja yg dibuang diambil semula.

  16. Pengiktirafan Terhad & Pengiktirafan Am (Limited Recognition & General Recognition) • Jika kesatuan mewakili kumpulan minoriti shj didalam sesuatu industri, ia hanya layak membuat tuntutan bagi pihak ahli-ahlinya sahaja (Pengiktirafan Terhad). • Jika kesatuan mewakili majoriti pekerja, ia layak membuat tuntutan bagi pihak semua pekerja (Pengiktirafan Am).

More Related