1 / 55

MUNAKAHAT 3

MUNAKAHAT 3. Ustaz Mohd Mazri Masripan. Nusyuz. Erti nusyuz ialah derhaka Nusyuz dilakukan sama ada oleh suami atau isteri apabila mereka tidak menjalankan tanggungjawab. Bagaimana Nusyuz Isteri?. Tidak taat kepada suami Keluar rumah tanpa izin suami

milt
Télécharger la présentation

MUNAKAHAT 3

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. MUNAKAHAT 3 Ustaz Mohd Mazri Masripan

  2. Nusyuz Erti nusyuz ialah derhaka Nusyuz dilakukan sama ada oleh suami atau isteri apabila mereka tidak menjalankan tanggungjawab

  3. Bagaimana Nusyuz Isteri? Tidak taat kepada suami Keluar rumah tanpa izin suami Berpuasa sunat tanpa izin suami

  4. Nusyuz isteri Menolak permintaan suami untuk bersatu dengannya tanpa sebab Memberi sesuatu dari rumahnya tanpa izin suami Memasukkan orang yang dibenci suami ke dalam rumahnya Tidak melayan suami dengan layanan yang baik

  5. Nusyuz suami Mengabaikan memberi nafkah zahir dan batin Mencederakan isteri tanpa hak Tidak berlaku adil terhadap isteri-isterinya Mencela dan menjatuhkan maruah isteri Memaksa isteri melakukan maksiat

  6. Cara mengatasi nusyuz Jika berlaku nusyuz isteri, ada tiga langkah untuk mengatasinya: Beri peringatan akan kewajiban isteri dan beri amaran akan kemurkaan Allah jika terus derhaka Jika masih berdegil, pisahkan tempat tidur dengannya Jika berdegil, pukullah tanpa mencederakan untuk mendidik

  7. Cara mengatasi nusyuz Jika suami nusyuz, maka: Beri peringatan akan tanggungjawabnya sebagai suami Beri amaran akan kemurkaan Allah Buat pengaduan ke Mahkamah Syariah Dalil tentang nusyuz isteri dan suami adalah Surah an-Nisa’:34 dan 128

  8. Keretakan rumahtangga

  9. Krisis rumahtangga Jika berlaku salahfaham yang kecil, seharusnya diselesaikan dengan segera tanpa pengetahuan orang lain Jika berlaku pergaduhan yang besar, maka digalakkan melantik hakam ( orang tengah) bagi pihak suami dan isteri Hakam akan mengkaji punca masalah dan berbincang jalan penyelesaian yang terbaik

  10. Krisis rumahtangga Jika dapat menasihati kedua belah pihak suami isteri, maka diadakan perjanjian damai Jika gagal berdamai, maka mereka akan menasihatkan hakim untuk menceraikan pasangan itu Dalilnya adalah Surah An-Nisa’:35

  11. Fasakh Ertinya: Pembatalan ikatan nikah kerana berlakunya sesuatu sebab

  12. Sebab-sebab membolehkan fasakh Kecacatan suami atau isteri Suami tidak memberi nafkah Suami tidak membayar maskahwin Tidak memenuhi janji Wujud hubungan mahram antara suami isteri

  13. Fasakh kerana kecacatan Kecacatan yang boleh dituntut fasakh Penyakit gila Penyakit sawan Penyakit kusta Penyakit sopak Lemah tenaga batin Terpotong zakar Tersumbat faraj kerana ketumbuhan daging atau tulang

  14. Fasakh kerana mungkir janji Jika salah satu pihak mungkir janji sebelum pernikahan seperti disyaratkan wanita itu anak dara atau lelaki itu bujang tetapi berlaku sebaliknya, maka berhak dituntut fasakh

  15. Kuasa menjatuhkan fasakh Orang yang akan menjatuhkan fasakh hanyalah hakim sahaja Fasakh tidak ada rujuk dan perlu akad nikah jika ingin kembali Fasakh tidak akan dijatuhkan jika kecacatan boleh diubati Jika fasakh berlaku sebelum persetubuhan, tiada maskahwin atau mut’ah Jika berlaku fasakh selepas persetubuhan, maskahwin wajib diserahkan kepada isteri dan mut’ah

  16. Mut’ah Erti: Harta yang suami wajib serahkan kepada isteri selepas ditalak atau fasakh

  17. Mut’ah diberi jika isteri: Diceraikan selepas persetubuhan (setelah berkhalwah) Diceraikan sebelum persetubuhan dan maskahwin tidak disebutkan dalam akad nikah Dihukumkan berpisah dengan suami keran suami murtad atau dia meli’an isterinya

  18. Mut’ah Dalil-dalil kewajiban mut’ah adalah Surah Al-Baqarah: 236 dan 241 Kadar mut’ah adalah persetujuan suami isteri Jika mereka berselisih, maka hakim akan menentukannya berdasarkan kemampuan suami dan kedudukan isteri

  19. Hikmah mut’ah • Mengambil hati isteri yang diceraikan • Meringankan bebanan hidupnya • Mengubati perasaan benci

  20. Kedudukan Keluarga Dalam Islam Definasi kelurga : Satu kelompok yang mengandungi bapa, ibu, datuk, nenek, anak lelaki dan perempuan serta cucu.

  21. Keluarga Dalam Islam Keluarga merupakan tiang asas bagi masyarakat. Islam mengambil berat terhadap institusi keluarga. Contoh keperihatinan syarak didalam institusi keluarga adalah : Perintah supaya bernikah. Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yg membawa kerosakan). Al-maidah : 5

  22. Keluarga Dalam Islam Islam Menetapkan Tanggungjawab dan Hak-Hak Suami dan Isteri. Mas kahwin Nafkah Bergaul dengan isteri denehormatan suami.gan cara baik. Taat kepada suami dalam perkara yang bukan maksiat. Tidak boleh membenarkan orang lain memasuki rumah tanpa kenemaran suami. Menjaga kemuliaan dan kehormatan suami.

  23. Keluarga Dalam Islam Islam Mensyariatkan Hak Anak dan Hak Ibu Bapa. Nafkah. Mendidik anak-anak supaya sentiasa beribadat dan berakhlak. Taat kepada ibu bapa dalam perkara yang tidak maksiat. Memberikan nafkah kepada kedua ibu bapa sekiranya mereka fakir miskin dan anak pula adalah orang yang senang.

  24. Perbincangan

  25. Family Justice ProcessesFamily Court of Singapore

  26. Mahkamah Syariah Singapura ditubuhkan pada tahun 1955 hasil dari kajian sebuah jawatankuasa yang dibentuk Pemerintah Singapura. Jawatankuasa ini terdiri dari pakar undang-undang, kadi-kadi dan para ulama' tempatan. Dari hasil kajian mereka, terlaksana satu akta yang dikenali dengan Muslims Ordinance yang dijadikan undang-undang pada 30 Mei 1957. Akta inilah yang digunakan Mahkamah Syariah sehingga tahun 1966.Pada tahun 1966, Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (AMLA) diperkenalkan dan menggantikan Akta Muslims Ordinance. Akta ini digubal untuk memperkemaskan lagi sistem pentadbiran undang-undang Islam Singapura.Pada tahun 1999, Akta ini dipinda dan ditambah lagi dengan beberapa klausa yang bersesuaian dengan tuntutan keadaan semasa. Dengan pindaan ini, ia meningkatkan lagi keupayaan Mahkamah untuk menyelesaikan kes-kes tuntutan cerai dan isu-isu sampingan dengan lebih baik dan berkesan – ke arah menjadikan Mahkamah yang dipercayai, dinamik dan saksama yang mengilhamkan keyakinan masyarakat.

  27. Talak Erti: Memutuskan ikatan pernikahan

  28. Muslim Law Act http://www.marriagecentral.sg

  29. Talak Dalil pensyariatan: Surah Al-Baqarah : 229, Surah At-Talaq: 1 Hadith: “Perkara halal yang paling dimurkai Allah ialah talak” Hukum: Harus tapi sangat tidak digalakkan Hikmah: Untuk menyelesaikan masalah rumahtangga yang menemui jalan buntu untuk diperbaiki

  30. Al-Baqorah :229 Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah dia (rujuk dan ) dipegang terus (isteri itu) dengan cara yang sepatutnya atau dilepaskan (diceraikan) dengan cara yang baik.

  31. At-Talaq : 1 Wahai Nabi ! Apabila engkau dan umatmu hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan edahnya.

  32. Talak Di sisi mazhab Hambali,hukum talak ada 4 Wajib: Jika kedua hakam menyarankan perceraian suami isteri dan suami yang menjatuhkan ‘ila kepada isteri dan tidak menarik balik sumpahnya sehingga empat bulan(Surah An-Nisa’:35, Al-Baqarah:226) Haram: Jika tiada sebab munasabah Harus: Jika ada sebab seperti buruk akhlak isteri atau buruk layanannya Sunat : Jika isteri mengabaikan perintah agama seperti solat, puasa danlain-lain.

  33. Talak Adapun talak di sisi agama Yahudi,ianya dibenarkan sama sekali walau tiada sebab tetapi lebih baik jika bersebab sama ada kekurangan fisikal atau perangai Agama Nasrani bermazhab Katholik mengharamkan talak sama sekali sedangkan mazhab Protestant dan Ortodoks membenarkan talak dengan sebab munasabah seperti kecurangan isteri tetapi dilarang bernikah lagi

  34. Jewish Attitude Toward Divorce Judaism recognized the concept of "no-fault" divorce thousands of years ago. Judaism has always accepted divorce as a fact of life, an unfortunate one. Judaism generally maintains that it is better for a couple to divorce than to remain together in a state of constant bitterness and strife. Under Jewish law, a man can divorce a woman for any reason or no reason. The Talmud specifically says that a man can divorce a woman because she spoiled his dinner or simply because he finds another woman more attractive, and the woman's consent to the divorce is not required. In fact, Jewish law requires divorce in some circumstances: when the wife commits a sexual transgression, a man must divorce her, even if he is inclined to forgive her.

  35. Divorce Church : Divorce The annulment crisis in the Church By Fr. Leonard Kennedy Issue: March 1999 Review Article: The Catholic Church does not accept divorce. Jesus insisted on the original intention of the Creator who willed that marriage be indissoluble (Mt 5:31-21; 19:3-9; Mk 10:9; Lk 16:18; 1 Cor 7:10-11). However, the Church can declare the nullity of a marriage, i.e., declare that the marriage never existed (Code of Canon Law, #1095-1107; see also the Catechism of the Catholic Church, under "Divorce").

  36. The United Methodist Book of Discipline about divorce: Where marriage partners, even after thoughtful consideration and counsel, are estranged beyond reconciliation, we recognize divorce as regrettable but recognize the right of divorced persons to remarry. We express our deep concern for the care and nurture of the children of divorced and/or remarried persons. We encourage that either or both of the divorced parents be considered for custody of the minor children of the marriage. We encourage an active, accepting, and enabling commitment of the church and our society to minister to the members of divorced and remarried families.

  37. Jenis-Jenis Talak Ia terbahagi kepada empat bahagian: Bahagian pertama: Dari segi penggunaan lafaz ; talak sorih dan talak kinayah Bahagian kedua: Dari segi keadaan isteri yang diceraikan; talak bid’ie, talak sunni dan talak bukan sunni dan bid’ie Bahagian ketiga: Dari segi penebusan talak dengan harta; khulu’ dan talak biasa Bahagian keempat: Dari segi pengharusan rujuk; talak raj’ie dan talak bain

  38. Talak Sorih Talak sorih ertinya lafaz talak yang digunakan jelas menunjukkan makna talak sahaja; contohnya cerai,talak,bebas,lepas, pisah ( Surah At-Talaq:1-2 ,Al-Ahzab:28 ) Hukumnya: Jatuh talak sama ada suami berniat talak atau tidak Syarat-syarat jatuhnya talak sorih: Sedar, sengaja, faham maknanya, baligh

  39. Talak Kinayah Talak kinayah ialah talak sindiran yang mungkin bermaksud cerai atau selainnya Contoh: Awak haram atas saya, pergi balik rumah ayahmu, awak bebas, jauhi saya, saya tidak suka tengok muka awak Hukumnya bergantung kepada niat suami Jika dia berniat talak, maka jatuh talak Jika tidak berniat talak, tidak jatuh talak Dalil berdasarkan kisah Ka’ab bin Malik.

  40. Talak Sunni Talak sunni berlaku apabila seorang suami menjatuhkan talak dalam keadaan: Isterinya suci dari haid dan nifas dan belum disetubuhi dengan satu kali talak Hukumnya dibenarkan oleh Islam Hikmahnya ialah supaya iddah isteri tidak berpanjangan dan dipastikan sama ada isteri akan hamil atau tidak

  41. Talak Bid’ie Talak bid’ie berlaku apabila suami menjatuhkan talak dalam keadaan isteri sedang haid atau nifas atau suci tapi sudah disetubuhi Hukumnya haram tapi talaknya sah Ini berdasarkan hadith di mana Nabi saw menyuruh Ibnu Umar merujuk kepada isterinya yang ditalakkan dalam keadaan haid

  42. Talak bukan Suni dan bukan Bid’ie Jika seorang isteri diceraikan dalam keadaan masih kecil belum lagi haid atau sudah putus haid atau dalam keadaan hamil atau dia belum pernah disetubuhi atau dia minta khuluk, maka ini dinamakan bukan talak sunni atau bid’ie Hukumnya harus

  43. Khuluk Khuluk atau tebus talak bermakna seorang isteri menebus dirinya agar dibebaskan oleh suaminya dengan cara isteri mengembalikan maskahwin Dalilnya ialah Surah Al-Baqarah:229 dan hadith kisah isteri Tsabit dan Qais yang ingin tebus talak lalu dibenarkan oleh Nabi Isteri yang menuntut khuluk mestilah baligh, berakal dan matang. Khuluk adalah talak bain. Boleh dilakukan didalam keadaan haid atau suci.

  44. Dalil Khuluk • Oleh itu kalau kamu khuatir kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukuman Allah, maka tidaklah mereka berdosa mengenai bayaran(tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya . Al-Baqorah 229 • Isteri Sabit Bin Qais datang menemui Nabi s.a.w dan berkata : Wahai Nabi Allah, Sabit bin Qais, aku ingin berpisah dengannya bukan kerana perangainya yang buruk dan agamnya yang tidak terjaga. Tetapi aku bimbang, aku tidak dapat melaksanakan hak-hak suami. Rasulullah s.a.w bertanya “Bolehkah kamu pulangkan kebunnya kepadanya? Dia menjawab : boleh.Nabi bersabda kepada Sabit Bin Qais : Terimalah kebun itu dan ceraikannya dengan talak satu. Bukhari

  45. Talak Raj’ie dan Bain Talak raj’ie ialah talak yang pertama atau kedua kali di mana suami berhak rujuk kepada isterinya dalam tempoh iddah Talak bain ialah talak yang tiada rujuk Talak bain terbahagi kepada dua jenis: Bain kubro iaitu talak yang ketiga kali Bain sughro iaitu talak isteri yang belum disetubuhi atau khuluk atau sesudah iddah

  46. Talak Bain Kubro Isteri yang ditalak bain kubro tidak halal kembali kepada bekas suaminya melainkan dengan tiga syarat berikut: Isteri itu bernikah dengan suami baru Isteri itu bersatu dengan suami baru Isteri itu diceraikan oleh suami baru lalu selesai iddahnya

  47. Talak Bain Sughro Talak bain sughro pula menghapuskan hak rujuk kepada suami Oleh itu, jika bekas suami ingin kembali kepada isteri, maka mesti diadakan akad nikah baru dan maskahwin yang baru

  48. Syarat Sah Talak Syarat-syarat sah talak: Akad nikah sudah sah sabit Waras dan sempurna akal suami Oleh itu, tidak sah talak suami yang mabuk kerana ubat atau dipaksa minum.Begitu juga suami yang terlalu marah. 3. Mempunyai kuasa memilih yang sempurna

  49. Talak Oleh itu tidak sah talak jika suami dipaksa tanpa hak Begitu juga suami yang bergurau dan bermain-main dalam menjatuhkan talak, maka talaknya sah Adapun suami yang melatah atau dia melafazkan talak semasa tidur, maka tidak jatuh talaknya. Begitu juga orang yang tersasul, maka tidak jatuh talak.

  50. Cara Talak Cara talak: Suami menjatuhkan satu kali talak dalam satu majlis Suami menghimpunkan dua atau tiga talak dalam satu majlis Kedua cara ini sah dan jatuh talaknya menurut kemahuan suami. Terdapat perbezaan pendapat mengenai hukum Talak tiga dalam satu lafaz:

More Related