1 / 16

ELAUN LEBIH MASA

ELAUN LEBIH MASA. Unit Emolumen Jabatan Bendahari. BILA BAYARAN BOLEH DIBAYAR.

orleans
Télécharger la présentation

ELAUN LEBIH MASA

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. ELAUN LEBIH MASA Unit Emolumen Jabatan Bendahari

  2. BILA BAYARAN BOLEH DIBAYAR • Apabila seseorang pegawai dikehendaki bekerja lebih daripada masa bekerja biasa yang disyaratkan baginya, atau dipanggil bertugas dalam masa kecemasan maka ia boleh diberi bayaran lebih masa mengikut kadar-kadar yang ditetapkan dan jenis tugas yang dijalankan. (Perintah Am Bab G)

  3. TAKRIF KERJA • KERJA SIANG • Sebarang giliran bertugas tambahan yang dikerjakan di antara jam 6 pagi hingga 10 malam • KERJA MALAM • Sebarang giliran bertugas tambahan yang dikerjakan di antara jam 10 malam hingga 6 pagi (Perintah Am Bab G)

  4. KERJA KECEMASAN • Sebarang tugas yang diisytiharkan oleh Ketua Jabatan sebagai tugas kecemasan yang memerlukan tenaga pekerja yang lebih daripada biasa (Perintah Am Bab G)

  5. TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA • Semua anggota dalam Kumpulan Sokongan layak dibayar Elaun Lebih Masa. • Corak kerja lebih masa meliputi semua jenis tugas seperti perkhidmatan kaunter, pemerosesan, penyeliaan dan pengawasan. (Pek Perkhidmatan Bil 9 Tahun 1991)

  6. SYARAT BAYARAN • Pembayaran Elaun Lebih Masa hanya boleh dipertimbangkan sekiranya kerja yang dimaksudkan memenuhi salah satu daripada syarat-syarat berikut: • Kerja-kerja kecemasan • Kerja mustahak yang tidak boleh ditangguhkan kepada hari berikutnya oleh sebab penangguhan itu boleh memudaratkan perkhidmatan • Kerja-kerja yang dikehendaki dibuat oleh anggota melebihi daripada bidang tugas biasanya; dan • Kerja-kerja yang perlu diteruskan di dalam jangkaan masa yang terhad. (Pek Perkhidmatan Bil 9 Tahun 1991)

  7. KADAR BAYARAN • Bayaran sejam bagi seseorang staf adalah diperolehi dengan membahagi gaji tahunannya dengan faktor 313 x 8. • Kadar-kadar bayaran bagi kerja-kerja adalah dikira dengan mendarab bayaran sejam dengan gandaan bayaran. • (Gaji Pokok x 12) / (313 x 8) x k x jam (Perintah Am Bab G)

  8. KADAR GANDAAN BAYARAN (Perintah Am Bab G)

  9. PERATURAN BAYARAN • Tuntutan ELM hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Tuntutan Elaun Lebih Masa dan diluluskan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab. • Pusat Tanggungjawab menghantar Borang Tuntutan kepada Unit Emolumen untuk tindakan bayaran. • Bagi tuntutan melebihi 1/3 daripada gaji pokok staf, Ketua PTJ perlu memberi penjelasan kepada Naib Canselor. • Semua tuntutan ELM adalah tertakluk kepada Perintah Am Bab G dan pindaan-pindaan berkaitannya.

  10. PERATURAN BLM • Kerja-kerja lebih masa, sama ada ia dijalankan di dalam kawasan Ibu Pejabat atau di luar kawasan Ibu Pejabat boleh dibayar BLM kepada seseorang pegawai yang berkelayakan • Seseorang pegawai yang layak menuntut BLM dan diarah menjalankan kerja-kerja lebih masa di luar kawasan Ibu Pejabat layak menuntut BLM dan juga elaun-elaun bertugas rasmi di luar pejabat (seperti Elaun Makan, Elaun Harian dsb) • Bagi seseorang pegawai selain Pemandu, masa dalam perjalanan boleh dikira sebagai kerja lebih masa jika tempoh bertugas di luar waktu pejabat itu kurang 24 jam. Jika tempoh tersebut melebihi 24 jam maka seseorang pegawai tersebut adalah tidak layak dibayar BLM bagi masa perjalanan tersebut. (Surat Pek JPA (S)63/31(SV12)

  11. SYARAT MELEBIHI 1/3 • Setiap tuntutan yang melebihi 1/3 gaji bulanan hendaklah disahkan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab. • Ketua PTJ hendaklah membuat perakuan bahawa setiap kakitangan di dalam kumpulan yang sama telah diberi peluang untuk menjalankan tugas yang memerlukan tuntutan 1/3 gaji bulanan atau lebih. • Ketua PTJ adalah diminta memastikan bahawa kerja-kerja lebihmasa sangat diperlukan dan tidak dapat dielakkan sebelum kebenaran diberi untuk menjalankan kerja itu. (Memo Bendahari 18/11/83)

  12. BLM BAGI PENGAWAL KESELAMATAN • Tuntutan BLM layak apabila diarah oleh Ketua PTJ menjalankan kerja lebih masa. • Tuntutan hendaklah TIDAK melebihi 1/3 daripada sebulan gaji. • BLM yang melebihi had bayaran ini hanya boleh diluluskan apabila telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. • Ketua PTJ adalah bertanggungjawab menentukan bahawa BLM hanya dibayar bagi kerja-kerja lebihmasa yang perlu dan mustahak sahaja. (Surat Pek Perkhidmatan 8/1989)

  13. ELM BAGI PEMANDU KHAS • Pemandu Khas kepada Pegawai Tingkatan Tertinggi C dan ke atas dibenarkan menuntut ELM sekiranya diarah menjalankan tugas-tugas di luar waktu bekerja biasa. • Tuntutan disahkan oleh pegawainya. • Tuntutan melebihi 1/3 daripada gaji bulanan hendaklah disahkan oleh pegawainya. (Surat Pek Perkhidmatan 3/1990)

  14. PERUNTUKAN ELAUN LEBIH MASA • Perintah Am Bab G • Perintah Am 40, Bab C • Surat Pekeliling Perkhidmatan 2/1968 • Surat Pekeliling Perkhidmatan 16/1975 • Pekeliling Perkhidmatan 2/1977 • Surat Pekeliling Perkhidmatan 21/1977 • Surat Pekeliling Perkhidmatan 24/1977 • Surat Pekeliling Perkhidmatan 25/1977 • Surat Pek. Perkhidmatan 1/1980 • Surat JPA 256/9/23 Bhg 1/Klt 2(36) (1.4.1986) • Surat JPA 256/9/23 Bhg 1/Klt 2(36) (1.10.1986) • Surat Pekeliling Perkhidmatan 8/1989 • Surat Pekeliling Perkhidmatan 3/1990 • Pekeliling Perkhidmatan 9/1991 • Surat JPA (S)63/31(SV12) (15.11.2001)

  15. ADA SOALAN

  16. TERIMA KASIH

More Related