1 / 67

3.Wahyu Dan Sains

3.Wahyu Dan Sains. 3.1 Wahyu sebagai sumber sains dan teknologi 3.2 Fakta-fakta saintifik dalam al-Quran dan al-Sunnah Disediakan oleh: Hj Fadzlullah Hj Shuib Pensyarah CTU 211 muhasibisuyuti@gmail.com Centre of Islamic Thought and Understanding

percy
Télécharger la présentation

3.Wahyu Dan Sains

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. 3.Wahyu Dan Sains 3.1 Wahyu sebagai sumber sains dan teknologi 3.2 Fakta-fakta saintifik dalam al-Quran dan al-Sunnah Disediakan oleh: Hj Fadzlullah Hj Shuib Pensyarah CTU 211 muhasibisuyuti@gmail.com Centre of Islamic Thought and Understanding University Teknologi MARA Negeri Sembilan

  2. 3.1 WahyusebagaiSumberSainsdanTeknologi KedudukanWahyusebagaiSumberUtamaSainsdanTeknologi DalamperadabanIslam,sainsdanteknologiadalahberjalinaneratdenganwahyu,disebabkandalamperadabansebegini,prinsipnya yang kukuhdanhidupmenyerlahkanrealitinyadimanasahaja,samadadalamkehidupankemasyarakatanataupundalamkosmosdimanaperadabanituberkembangdanbangkit Perhubungandiantarawahyudenganmanusiasebagaipenerimanyaadalahdiibaratkansebagaiperhubungandiantarabentuk (form) denganjirim (matter).

  3. PERISTILAHAN WAHYU • Menurut Profesor Subhi Salleh di dalam karyanya “’Ulum al-Quran”,wahyu merupakan perutusan daripada Allah SWT kepada para rasulNya dan yang berupa perintah Allah SWT yang terkandung didalam kitab suci yang diturunkan melalui malaikat Jibril a.s. kepada Rasulullah SAW khasnya dan rasul-rasul a.s. yang terdahulu.

  4. DEKLARASI ISLAM TTG S & T • peranan sains dan teknologi dalam rangka usaha mengenal Allah atau ma’rifatuLlah, • peranan sains dan teknologi dalam rangka usaha memertabat dan memperkasa masyarakat Islam.

  5. Kitab suci al-Quran,sebagai wahyu Islam yang utama telah membentangkan 750 ayat yang memfokuskan mengenai fenomena tabii yang merangkumi manusia dan alam.Sehubungan ini Profesor S.M.Naquib al-‘Attas didalam tulisannya yang termuat dalam majalah Reading in Islam telah menekankan bahawa ayat-ayat al-Quran yang membahaskan fenomena tabii telah memaparkan hakikat ajaran Islam yang menggabungjalinkan kesepaduan ilmu pengetahuan Islam yang meliputi pelbagai bidang.

  6. 8 kategori ayat2 al-Quran i. Ayat2 tentang pelbagai objek fenomena tabii dan penelitian tentangnya ii.Ayat2 tentang keunikan dan keistimewaan ciptaan Ilahi iii.Ayat2 mengenai teori kewujudan fenomena tabii iv.Ayat2 mengenai faedah dan hikmah menyelidiki fenomena tabii v. Ayat2 mengenai penegasan Ilahi mengenai beberapa fenomena tabii yang khusus

  7. vi.Ayat2 mengenai fenomena tabii dan konsep kebangkitan semula vii.Ayat2 mengenai rahsia susunatur alam tabii yang unggul,dan viii.Ayat2 mengenai hubungan intim di antara manusia dan fenomena tabii. (Sumber Afzalur Rahman,The Quranic Index)

  8. 3.ii TauhidMenunjangiSainsdanTeknologi # TauhidatauThe Divine UnitymenunjangigagasansainsdanteknologiIslam.Profesor al-‘AttasdidalamThe Positive Aspects of Tasawwuf,Preliminary Thoughts on an Islamic Philosophy and Sciencemenyimpulkanbahawadimensiluarantasawwur Islam berpaksikankonseptauhidataukeesaanTuhan. # Dimensidalaman yang dikenalisebagaimetafizikmembentangkangagasankesatuansegala yang wujudatauWahdatulWujud.

  9. Profesor Hamid Algar didalam tulisannya The Thought of Ali Syari’ati merumuskan bahawa seluruh dimensi kebendaan dan kerohanian mesti berada dalam kesatuan dalam persepsi seorang Muslim.Malah alam dunia dan alam akhirat mesti dilihat sebagai satu kesatuan.

  10. al-Biruni dlm Tahdid Nihayah al-Amakin & Kitab al-Jamahir • Pengetahuan tentang Alam Tabi’i dan fenomenanya adalah ciptaan Ilahi • Siapakah yang menyusunatur fenomena tabii yang hebat ini ? Selanjutnya turut menginsafi sifat-sifat keagunganNya.”

  11. Ibn Abi `Usaybi`ah dalam Tabaqat al-`Atibba` memetik catatan Ibn Haytham (965-1039 M) ttg Tauhid • Saya akan meneliti mengapakah kita telah dianugerahkan kebenaran dan pertunjuk sehingga kita mendekati Allah SWT. • Apakah faktor yang menyebabkan kita mentaatiNya dan mencintaiNya ? * Kebenaran hanya akan dicapai melalui formula2, teori2 dan kefahaman2 yang menjadi landasan utama kekuatan intelektual. • 3 disiplin sains yang menghasilkan falsafah kebenaran,iaitu matematik,fizik dan teologi (agama).

  12. Kedudukan Al-Quran • Kitab suci al-Quran merupakan petunjuk,penjelasan,peringatan,penyedaran dan rahmat.Lebih jauh daripada itu al-Quran menjadi penilai atau pengukur kepada semua perkara • al-Quran dinamakan sebagai al-Furqan lantaran di dalamnya terdapat kreiteria yang membezakan di antara kebenaran dengan kebatilan atau di antara kebaikan dari keburukan

  13. Firman Allah SWT:  • تبارك الذي نزل الفرقان علي عبده ليكون للعالمين نذيرا • Maksudnya:"Maha Suci Allah yang telah menurunkan al-Furqan (al-Quran) kepada hambaNya, agar ia menjadi peringatan kepada seluruh alam." • ( Surah al-Furqan ayat 1 )

  14. Al-Quran tidak menghalang manusia berfikir dan berfalsafah.Malah al-Quran menganjurkan kegiatan berteori dan berfalsafah serta membuat penyelidikan tentang hakikat sesuatu.,memerhati dan melihat alam untuk mengenali Penciptanya

  15. Dalam disiplin keilmuan Islam pengkajian ini dinamakan sains kosmologi.Sains ini berkait rapat dengan wahyu, lantaran prinsipnya yang teguh dan hidup, atau pun idea utamanya mencetuskan realitinya dimana sahaja, samada dalam kehidupan sosial atau pun dalam kosmos di mana tamadun itu hidup dan bernafas.

  16. Dalam peradaban tradisional pengkajian alam tabii mungkin dilaksanakan dengan tujuan diamalkan dalam penghidupan masyarakatnya seperti yang dapat dilihat dalam teknologi abad pertengahan dan teknologi zaman sebelumnya.Dalam masyarakat tersebut aspek alam tabii dikaji dengan tujuan mencari nilai kegunaannya yang dapat dimanfaatkan oleh masyarakat dalam keperluandan kegunaan seharian.

  17. Kajian tentangnya dibuat dengan tujuan menjalinkan kewujudan kosmik ke dalam sistem rasional yang mampu menyerap kewujudan kosmik tadi,seperti yang terdapat dalam sistem falsafah masysyai ( Peripatetics ) atau ke dalam sistem matematik seperti yang dilakukan oleh Archimedes.

  18. 3.iii Peranan dan Sumbangan Sains dan Teknologi dalam Pembangunan Ummah • Al-Quran & al-Sunnah mengemukakan gagasan pembinaan masyarakat tauhid yang berdaulat dan merdeka.Untuk merealisasikan masyarakat sedemikian memerlukan persiapan yang mantap dalam pelbagai aspek meliputi persiapan kerohanian,fizikal,persaudaraan Islam dan ilmu pengetahuan.

  19. Antara kelengkapan terpenting untuk mendaulatkan Islam ialah kekuatan ketenteraan yang bukan sekadar memiliki kepakaran tenaga manusia tetapi juga memerlukan kombinasi peralatan ketenteraan yang canggih bersandarkan penguasaan sains dan teknologi.Kesemua kekuatan ini mampu disediakan oleh kerajaan Islam yang berdaulat dan bertanggungjawab kepada Islam dan ummah.

  20. al-Quran melalui surah al-Hadid,57:25 mengarahkan umat Islam memanfa’atkan kekuatan besi yang menjadi asas kepada segala kekuatan material untuk menegakkan kedaulatan negara dan masyarakat Islam.Dalam konteks untuk menegakkan kemerdekaan dan kedaulatan ummat Islam daripada bergantung kepada pihak lain,mereka perlu mengembangkan polisi-polisi Islam untuk memperkukuhkan pengusaan dalam lapangan sains dan teknologi.

  21. لَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلَنَا بِالْبَيِّنَاتِ وَأَنزَلْنَا مَعَهُمُ الْكِتَابَ وَالْمِيزَانَ لِيَقُومَ النَّاسُ بِالْقِسْطِ وَأَنزَلْنَا الْحَدِيدَ فِيهِ بَأْسٌ شَدِيدٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ مَن يَنصُرُهُ وَرُسُلَهُ بِالْغَيْبِ إِنَّ اللَّهَ قَوِيٌّ عَزِيزٌ Maksudnya:Demi sesungguhnya Kami telah mengutuskan rasul2 Kami dengan membawa bukti2 dan mukjizat yang jelas nyata,dan Kami telah menurunkan bersama2 mereka kitab suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan,supaya manusia dapat menjalankan keadilan.Dan Kami telah menciptakan besi dengan keadaannya yang mengandungi kekuatan yang handal serta pelbagai faedah lagi bagi manusia.(Dijadikan besi dengan keadaan yang

  22. demikian,supaya manusia dapat mempergunakan faedah2 itu dalam kehidupan mereka) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (mempergunakan kekuatan handalnya itu dalam menegakkan dan)mempertahankan agama Allah serta menolong rasul2Nya,padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya);Sesungguhnya Allah Maha Kuat Lagi Maha Berkuasa. (surah al-Hadid,57:25)

  23. Sebaliknya,ummat Islam masih jauh terkebelakang dalam penguasaan ilmu pengetahuan khususnya dalam aspek sains dan teknologi.Fenomena ini telah dinyatakan oleh Ibnu Ikhwah seorang ulama` aliran Syafi’iyyah abad ke 7 Hijrah yang menyatakan: “ mempelajari ilmu perubatan merupakan kefardhuan masyarakat secara keseluruhannya,akan tetapi pada zaman kita ini kaum Muslimin tidak mengambil berat tentang sains perubatan.

  24. Kami hanya menemui ahli perubatan dan ahli kimia daripada kaum Yahudi dan Nasrani di dalam tanahair Islam.Mereka bergiat dalam sains perubatan tanpa menimbulkan masalah yang membabaitkan agama.Pada zaman ini saya tidak pernah melihat pembelajaran sains perubatan ini secara meluas.Sebaliknya saya dapati ramai di kalangan umat Islam menceburkan diri dalam lapangan pengajian feqah dan akhlak serta amat gemar berdebat tentang masalah yang remeh temeh dan memperbesarkan isu-isu tersebut.

  25. Justeru itu bandar2 dipenuhi oleh para fuqaha` yang sibuk mengeluarkan fatwa masing2 tentang pelbagai isu.Saya tidak faham kenapa fenomena ini boleh terjadi,walhal menurut ajaran Islam bahawa pada sesuatu masa,apabila sesuatu lapangan yang diperlukan oleh orang ramai diabaikan maka sewajarnya ada golongan tertentu atau individu tertentu berusaha memenuhi kewajipandan peranan tersebut.”(Ibn Ikhwah,1976,Kitab Ma’alim al-Qurbah fi `Ahkam al-Hisbah,al-Qaherah,halaman 254).

  26. Menurut Imam al-Ghazali didalam adikaryanya “Ihya` ‘Ulum al-Din”,apa yang disuarakan oleh Ibn Ikhwah itu berkaitan dengan keperluan dan tanggungjawab umat Islam untuk menguasai sains dan teknologi yang merupakan ilmu fardhu kifayah.Situasi yang dihadapi oleh Ibn Ikhwah pada abad ke 7 H itu masih tidak jauh berbeza dengan senario umat Islam abad ke 15 H yang masih dijajah dan dikuasai dalam pelbagai lapangan kehidupan, lebih-lebih lagi dalam bidang ilmu fardhu kifayah.Kondisi ini adalah diakibatkan umat Islam tidak mengambil manfa’at dan kesempatan daripada pelbagai anugerah Allah yang ada di sekeliling mereka daripada pelbagai sumber.

  27. Sehubungan ini pujangga Islam Iqbal menyatakan : Muslim semalam telah berbangga dengan penguasaan ilmunya,akan tetapi pada hari ini kaum Muslimin telah terhina lebih daripada orang lain. Al-Quran telah membuat seruan dalam Surah al-Anfal,8:60 supaya kaum Muslimin bergerak dan bangkit mempersiapkan diri dalam rangka menegakkan masyarakat yang berdaulat dan digeruni oleh musuh-musuhnya.

  28. Mereka perlu ingat bahawa umat Islam pada hari ini mendiami lebih daripada 50 negara umat Islam,malah sebahagian mereka mendiami negara-negara lain di Timur dan Barat dunia.Umat Islam merupakan 1/5 daripada penduduk bumi dan mendiami 1/5 daripada wilayah yang didiami manusia.Negara-negara umat Islam menghasilkan 50% daripada tenaga petroleum dunia dan kaya dengan bahan-bahan mentah yang lain.Tetapi malangnya mereka masih mengimpot bahan makanan serta masih menjadi pengguna kepada pelbagai produk sains dan teknologi masyarakat bukan Islam.

  29. وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا اسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍ وَمِن رِّبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدْوَّ اللّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِن دُونِهِمْ لاَ تَعْلَمُونَهُمُ اللّهُ يَعْلَمُهُمْ وَمَا تُنفِقُواْ مِن شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنتُمْ لاَ تُظْلَمُونَ Maksudnya:Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan2 berkuda yang lengkap bersedia,untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh2 yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya,sedangkan Allah mengetahuinya.Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu,dan kamu tidak akan dianiaya.Surah al-Anfal ayat 60.

  30. Rumusan • 1. Keimanan menjadi teras atau paksi utama kepada ilmu pengetahuan.Kedua-duanya berjalan seiringan.Justeru itu orang-orang yang beriman perlu menguasai ilmu pengetahuan baik ilmu fardhu ‘ain,mahupun ilmu fardhu kifayah.Seandainya mereka menguasai pelbagai lapangan ilmu pengetahuan,mereka berupaya menegakkan kebenaran,keadilan dan keamanan kepada seluruh manusia.

  31. 2. Islam menggesa kaum Muslimin menguasai sains dan teknologi dalam rangka untuk mencapai kemerdekaan dan kedaulatan negara Islam.Sungguhpun demikian sains dan teknologi perlu disaring dan dibersihkan daripada unsur- unsur yang bercanggah dengan Islam seperti sekularisme,humanisme,positivisme dan seumpamanya.Apabila sains dan teknologi tidak berlandaskan kerangka wahyu Islam,ia boleh mencetuskan krisis akhlak,kemanusiaan dan kemusnahan sebagaimana yang telah dialami oleh pihak Barat.

  32. 3.2 Fakta-fakta Saintifik dalam al-Quran dan al-Sunnah • Analisis Fakta-fakta Saintifik di dalam al-Quran dan al-Sunnah • Fenomena alam tabi’i • a Penciptaan alam • b Tempoh penciptaan alam • c Penciptaan langit • d Penciprtaan matahari • e Penciptaan bumi • f Penciptaan bulan • g Satu sistem alam • ii Kejadian manusia

  33. AnalisisFakta-faktaSaintifik : Perspektif Al-Quran Al-Quran menganjurkan penelitian saintifik.Kitab suci ini mengemukakan suatu dimensi baru kepada manusia sejak 14 abad yang lalu untuk mengkaji fenomena tabi’i serta membimbing mereka membongkar rahsia alam metafizika.Bagi pendokong kosmologi,al-Quran bagi mereka merupakan ensaiklopedia tentang manusia.Manakala bagi teologis kitab suci itu adalah khazanah yang kaya tentang ketuhanan.Demikian juga bagi failasuf,al-Quran dalah segala-galanya tentang persoalan kewujudan dan pemecahan masalahnya.Al-Quran telah membentangkan fenomena tabi’i seraya membimbing manusia menuju ma’rifatuLlah ( mengenali Allah ).Bagi kitab ini fenomenma tabii adalah bukti2 kewujudan dan kekuasaan Allah SWT.( Lihat Surah Ali ‘Imran,(3):190 )

  34. Pada hakikatnya,penciptaan alam tabii seperti langit dan bumi merupakan suatu susunan ilmu pengetahuan yang kompleks serta misteri yang sukar dijangkau oleh akal manusia melainkan dengan hidayah serta tawfiq Allah yang memudahkan mereka memahami dan menghayatinya.Sehubungan ini pemerhatian ke atas fenomena tabii akan mengheret manusia untuk mengenali rahsia keagungan Pentadbir,Pengatur dan Penguasa yang sebenar alam iniKegiatan tersebut juga merupakan ibadah yang amat tinggi nilainya dari perspektif Islam.Perhatikan firman Allah SWT dalam ayat-ayat berikut yang bermaksud :

  35. أفلا ينظرون الي الابل كيف خلقت والي السماء كيف رفعت والي الجبال كيف نصبت والي الأرض كيف سطحت • Maksudnya:”Maka apakah mereka tidak memerhatikan unta bagaimana ia diciptakan.Dan langit bagaimana ia ditinggikan.Dan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan.Dan bumi bagaimana ia dihamparkan.”(Surah al-Ghasyiyah (88):17-20)

  36. وفي الأرض ءايات للموقنين وفي أنفسكم أفلا تبصرون وفي السمآء رزقكم وما توعدون فورب السمآء والأرض انه لحق مثل ما أنكم تنطقون • Maksudnya:Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda ( kekuasaan Allah ) bagi orang-orang yang yakin dan juga pada dirimu sendiri, dan apakah kamu tiada memperhatikan ? Dan hnya di langit terdapat ( sebab-sebab ) rezekimu dan terdapat pula apa yang dijanjikan kepadamu.Maka demi Tuhan langit dan bumi, sesungguhnya yang dijanjikan itu adalah benar-benar ( akan terjadi ) seperti perkataan yang kamu ucapkan. ( Surah al-Zariyat ( 51 ) : 20-23 )

  37. Penelitian tentang hakikat insan sebagai makhluk,hamba dan khalifah Allah amat sarat perbahasannya di dalam al-Quran.Ianya merupakan sebahagian daripada pengkajian fenomena tabii.Falsafah yang tersirat daripada perbahasan ini ialah dalam rangka menghampirkan diri kepada Allah.Pada hakikatnya ayat-ayat al-Quran merupakan pendokumentasian segenap ayat alam jagatraya atau ayat kauniyyah.

  38. vii FENOMENA TABII • Alam tabii ialah alam yang dicipta oleh Allah dengan kaedah tertentu.Kesemua alam tabii ciptaanNya itu tunduk dan akur kepada hukum dan ketentuan Allah,yang disebut sunnatuLlah. Pengertian alam tabii dalam tradisi sains Islam berasaskan istilah al-tabi'ah yang seerti dengan istilah physis dalam bahasa Yunani atau istilah natura atau nature dalam bahasa Latin dan Inggeris.Walaupun istilah tabi'ah tidak ditemui di dalam al-Quran tetapi istilah tab' sering digunakan oleh al-Quran yang membawa erti khalq atau ciptaan.

  39. Konsep alam tabii menurut Abu Rayhan al-Biruni adalah sebagai prinsip kegiatan iaitu prinsip yang membawa perubahan dalam kosmos.Beliau menyatakan tidak dapat diragukan lagi bahawa kuasa kreatif alam tabii ( kurniaan dan perencanaan Allah SWT ) terdapat dalam kesemua kerja yang digerakkannya dan dalam kesemua perihalan yang dipertanggungjawabkan kepadanya ,tanpa membazirkan sebarang benda yang ditemuinya ; dan sekiranya terdapat terlalu banyak benda,maka kuasa kreatif alam tabii melipatgandakan kerja penciptaannya.

  40. Ibn Sina pula lebih menekankan tujuan mengapa alam tabi’i diciptakan.Beliau menyatakan bahawa alam semesta memaparkan tanda2 sebuah rencana yang bertujuan membawa manusia kepada Yang Maha Sempurna dan dalam ketertiban kewujudan fenomena tabi’i yang hakiki ia adalah selaras dengan ilmu azali Yang Maha Abadi.Alam tabi’i menggerakkan semua benda menurut tujuan dan matlamat tabi’i.Matlamat itu sentiasa menuju ke arah kebaikan dan kesempurnaan dan ini dicapai andainya tidak ada halangan yang mengganggu.Malah apa yang dilihat pada zahirnya sebagai sesuatu yang buruk,contohnya,layunya bunga, adalah untuk tujuan akhir yang lebih baik.

  41. Semua benda bergerak ke arah kebaikan,samada unsur,tumbuh-tumbuhan,haiwan,ataupun tubuh manusia.Di dalam badan manusia,umpamanya wujud penyakit yang berpunca daripada lebihan sesuatu kuasa, diimbangi semula oleh alam tabii, yang bertujuan untuk mewujudkan semula keseimbangan dan peraturan. Andainya terdapat keburukan atau kejelikan di dalam fenomena tabii daripada sudut pandangan manusia, maka ia bukanlah akibat

  42. yang diingini oleh alam tabii yang tindakannya semata-mata ke arah kebaikan,tetapi adalah sebab jirim dan sekatan yang didatangi kepada tindakan alam tabii ke atasnya.Sejauhmana alam tabii bertindak ke atas jirim maka ia akan menyempurnakan tindakannya,tetapi disebabkan adanya kemungkinan dan kebarangkalian yang seiring dengan jirim,maka alam tabii tidak dapat bertindak sempurna ke atas kesemuanya.Misalnya kematian yang dianggap tidak baik berfungsi untuk membebaskan jiwa ke atas keasalannya.

  43. Alam tabii juga mempunyai tujuan menyempurnakan tertib atur kejadian,keseimbangan dan keharmonian yang menguasai alam semesta.Alam tabii yang merupakan manefestasi Tuhan dalam kewujudan materialnya mempastikan benda-benda ini wujud berterusan.Ia mengawasi fungsi benda-benda ini agar setiap ketertiban yang sudah terhasil terpelihara dan segala-galanya menuju ke arah ketertiban.Contohnya spesis haiwan terpelihara melalui pembiakan.

  44. Selanjutnya pembiakan terjamin dengan adanya hubungan kelamin atau kegiatan berpasang-pasangan dan perkelaminan pula terjamin menerusi hubungan intim.Jelas sekali bahawa fenomena tabii ini nyata dapat disahkan melalui pengalaman.Sesungguhnya berdasarkan ilmuNya yang serba mencakupi Tuhan telah menyediakan segala keperluan bagi sekalian makhluk dan menganugerahkan kepada mereka segala yang berguna bagi hayat mereka sendiri.

  45. Pengkajian ke atas alam tabii, yang didalamnya tujuan dan hikmah Ilahi terpancar, akan akhirnya membawa kitya kepada ilmu bagi sumber segala kewujudan.Sejauhmana semua makhluk bergantung wujud kepada Pencipta Yang Maha Wujud,maka sejauh itulah semua ilmu alam tabii mengandung tujuan dan maksud bagi memahami zat semua benda dalam hubungannya dengan keasalanPunca Ilahi.Semua zat yang wujud ini adalah diadakah oleh Zat Yang Wajib Wujudnya.

  46. Sebenarnya apa yang dapat dijangkau melalui penelitian sains dan garapan logik daripadanya tidaklah membawa kepada pembongkaran rahsia metafizika sesuatu itu,tetapi hanyalah sekadar mengenai aspek tertentu daripada manefestasi zahir benda itu atau akan hubungan fenomena yang zahir ini dengan aspek dalamannya atau noumena yang menjadi zat dan pusat yang menghubungkan fenomena dengan Tuhan Yang Wajib Wujud itu.

  47. Pengkajian terhadap alam tabii tidaklah sahaja penelitian ke atas fenomena dengan mencari perhubungan rapuh melalui minda dan sekadar menjelaskan tentang fenomena itu sahaja.Tetapi pengkajian fenomena sewajarnya di dalam perhubungannya dengan noumena iaitu pengkajian sesuatu yang juz`i ( sebahagian ) dan membawanya kepada yang kulli ( menyeluruh ) atau universal.Dengan itu sains alam tabii atau kosmologi selalu diikuti dengan satu macam misteri yang terdapat di sebalik lapisan metafizikal dan logikal.

  48. Sains Moden telah menyempitkan serta membataskan kaedah pengkajian alam tabii.Dalam sains Islam kaedah pengkajian alam tabii mempunyai pelbagai pendekatan.Misalnya kaedah pengkajian melalui pemerhatian dan percubaan,pemikiran dan renungan,dan juga kitab suci dan sumber-sumber tradisi adalah merupakan jalan ke arah ilmu memahami alam semesta.Jawapan yang diterima daripada alam tabii bergantung kepada persoalan yang dikemukakan terhadapnya dan bagaimana soalan itu disoal.

  49. Fakta yang ditemui melalui pemerhatian dan percubaan hanya mendapat makna di dalam rangka kerja keseluruhan.Inilah yang disebut oleh para saintis Muslim sebagai pandangan hidup Islam.Seorang failasuf dan saintis Muslim seperti al-Biruni tidak hanya terbabit dalam bidang-bidang yang terbatas.Lebih jauh daripada itu beliau adalah seorang astronomis,geologis,ahli geografi,sosiologis,ahli fizik dan juga jurutera.Kepelbagaian kemahiran dan kebolehannya itu menjadikan beliau seorang tokoh sains pemerhatian bagi berbagai bentuk alam tabii.

  50. viii Penciptaan Alam • Antara pemerihalan al-Quran tentang penciptaan alam adalah mengenai kejadian langit dan bumi yang pada asalnya bersatu atau berpadu tetapi kemudiannya kedua-duanya dipisahkan oleh Allah SWT.Proses ini disebut sebagai teori ledakan besar menurut kajian sains Moden.Al-Quran menegaskan : • أَوَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ كَانَتَا رَتْقاً فَفَتَقْنَاهُمَا وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَاء كُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ أَفَلَا يُؤْمِنُونَ

More Related