1 / 8

BAHAGIAN PERKHIDMATAN

No. Siri : BK 10/13 No. Fail : JPA(BKP)548/1/12 Pindaan : 00/2009. BAHAGIAN PERKHIDMATAN. JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA PANDUAN PERAKUAN TINDAKAN TATATERTIB. “JPA PENERAJU PERUBAHAN PERKHIDMATAN AWAM”. PANDUAN PERAKUAN TINDAKAN TATATERTIB. JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA.

rasha
Télécharger la présentation

BAHAGIAN PERKHIDMATAN

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. No. Siri : BK 10/13 No. Fail : JPA(BKP)548/1/12 Pindaan : 00/2009 BAHAGIAN PERKHIDMATAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA PANDUAN PERAKUAN TINDAKAN TATATERTIB “JPA PENERAJU PERUBAHAN PERKHIDMATAN AWAM”

  2. PANDUAN PERAKUAN TINDAKAN TATATERTIB JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

  3. Kata-kata Aluan Ketua Pengarah Perkhidmatan AwamMalaysia Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmat dan inayah-Nya, maka Buku Panduan JPA Edisi Keempat dapat diterbitkan sebagai satu usaha murni ke arah meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan. Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang dibentangkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri meletakkan harapan yang tinggi terhadap keupayaan perkhidmatan awam sebagai penggerak kemajuan negara. Ia dizahirkan melalui teras kedua dan kelima RMK-9 yang menekankan aspek modal insan yang berminda kelas pertama dan meningkatkan keupayaan organisasi. Realitinya, persekitaran perkhidmatan awam tidak lagi seperti biasa. Justeru, JPA perlu terus relevan melaksanakan peranan untuk menjelmakan manifestasi stakeholders kepada rakyat. JPA harus sentiasa mengamalkan prinsip kaizen bagi memastikan perkhidmatan yang disampaikan adalah berkualiti dan melangkaui kebiasaan. Saya berharap agar semua usaha JPA dapat diterjemahkan melalui penerbitan Buku Panduan JPA Edisi Keempat ini. Semoga dengan penerbitan Buku Panduan JPA, segala urusan antara pelanggan dengan JPA dapat dipermudahkan dan dipercepatkan. Sekian, terima kasih. (TAN SRI ISMAIL ADAM)

  4. PANDUAN PERAKUAN TINDAKAN TATATERTIB PENDAHULUAN Pegawai awam yang melanggar tatakelakuan atau larangan atau mana-mana peraturan yang telah ditetapkan dari semasa ke semasa boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. DOKUMEN YANG DIPERLUKAN i) Surat perakuan dari Ketua Jabatan. ii) Laporan pelanggaran tatatertib : - apa pelanggaran yang telah dilakukan; - siapa yang terlibat; - bila berlaku dan di mana; - bukti pelanggaran/ saksi/ dokumen berkaitan; - nyatakan peraturan yang dilanggar; - salinan Kenyataan Pekhidmatan; dan - dokumen-dokumen lain yang berkaitan. PROSES KERJA i) Urus setia akan semak perakuan dan sediakan kertas Penentuan Pengerusi/ prima facie; ii) Kertas Penentuan Pengerusi/ prima facie dibawa ke Mesyuarat JKTT; 1

  5. Kertas Penentuan Pengerusi dipertimbangkan oleh pengerusi Lembaga; • Kertas prima facie dipertimbangkan oleh Pengerusi Lembaga Tatatertib; • Jika ada kes prima facie, surat pertuduhan akan dihantar kepada pegawai melalui Ketua Jabatan dan pegawai diminta membuat representasi bertulis dalam tempoh 21 hari; • Ulasan Ketua Jabatan; • Urus setia sediakan kertas untuk pertimbangan Lembaga; • Lembaga Menimbangkan kertas tindakan tatatertib; dan • Keputusan Lembaga disampaikan kepada pegawai melalui Ketua Jabatan; dan • Keputusan Lembaga Tatatertib direkodkan dalam buku perkhidmatan pegawai. • KUASA YANG MELULUSKAN • Lembaga Tatatertib. 2

  6. Kertas penentuan Pengerusi dibentangkan dalam Mesyuarat JKTT Tidak Lengkap Keputusan Mesyuarat JKTT Pinda Setuju Peraturan 37 Pertimbangan Pengerusi Peraturan 36 Kes dihantar ke SPA untuk tindakan Urus setia sediakan kertas prima facie Pengerusi LTT menimbangkan kes prime facie Tiada Kes ditutup Surat pertuduhan dihantar kepada pegawai Pegawai jawab surat pertuduhan Ulasan Ketua Jabatan Urus setia sediakan kertas untuk pertimbangan LTT Tidak bersalah Tidak bersalah Keputusan didapati bersalah dan dikenakan hukuman Dibebaskan Keputusan LTT diberitahu kepada pegawai dan direkodkan CARTA ALIRAN KERJA Urus setia semak perakuan dan sediakan Kertas Penentuan Pengerusi/ prima facie 3

  7. PERTANYAAN Sebarang kemusykilan dan pertanyaan sila hubungi alamat berikut : Bahagian Perkhidmatan Aras 6-7, Blok C2, Kompleks C Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 Putrajaya Tel : 03-88854000 Fax : 03-88892204 TPB(K)TT 03-88854115 KPP(K)TT1 03-88854993 KPP(K)TT2 03-88854356 KPP(K)TT3 03-88854111 KPP(K)TT4 03-88854600 4

  8. Disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

More Related