1 / 16

Bab 4 MASAKAN

Bab 4 MASAKAN. Perancangan Menu. Menu ialah suatu senarai hidangan yang lengkap untuk sesuatu hidangan. Tujuan utama merancang sesuatu menu: Untuk menyediakan hidangan makanan yang berkhasiat, menarik, seimbang dan menyelerakan.

rhonda
Télécharger la présentation

Bab 4 MASAKAN

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Bab 4MASAKAN

  2. Perancangan Menu • Menu ialah suatu senarai hidangan yang lengkap untuk sesuatu hidangan. • Tujuan utama merancang sesuatu menu: • Untuk menyediakan hidangan makanan yang berkhasiat, menarik, seimbang dan menyelerakan. • Untuk menjimatkan tenaga, kos, bahan makanan dan masa penyediaannya. • Mengelakkan pembaziran perbelanjaan.

  3. Contoh Menu Sarapan pagi Sandwich sardin Nasi lemak Susu segar Minum pagi / petang Kek pisang Karipap Air teh / kopi Makan tengahari / malam Nasi minyak Ayam masak merah Acar timun Dalca Air tembikai

  4. FAKTOR PENYEDIAAN MENU • Tujuan • Sajian • samada untuk • majlis formal • atau tidak formal Keseimbangan Hidangan - variasi warna, bau, rasa, kaedah dan tekstur • Keperluan • Fizikal • bekalan nutrien untuk • setiap individu ikut umur, • jantina, pekerjaan • Kegemaran • Individu • individu mempunyai • selera yang berbeza • Bilangan • Tetamu • kuantiti makanan • bergantung kepada • bilangan tetamu • yang hadir Perbelanjaan - kos perbelanjaan bahan mentah, upah, liabiliti • Sumber • kewangan, bahan • segar, tenaga kerja, • masa dan kemahiran

  5. Penyediaan dan Penyajian Hidangan Hidangan Sepinggan Lengkap • Merupakan hidangan yang seimbang dan mempunyai kandungan nutrien yang lengkap untuk tubuh badan. • Boleh disaji sebagai hidangan utama atau snek. • Dapat disaji secara peranggu meja atau makanan berpek.

  6. Dapat disediakan dalam beberapa cara iaitu: • Cara Timur Nasi Goreng, Mi Siam, Kuetiau Goreng • Cara Barat Burger, Piza Ayam, Hotdog, Makaroni • Cara budaya setempat Nasi Kerabu, Lontong, Laksa, Mee Rebus

  7. Alatan dan Kelengkapan Dapur • Penggunaan alatan dan kelengkapan dapur yang sesuai akan memudahkan proses penyediaan makanan. • Alatan kelengkapan dapur secara umumnya terbahagi kepada 3 peringkat: • Semasa penyediaan memasak • Semasa memasak • Semasa menghidang

  8. Alas Meja Napkin Kain Dapur ALATAN DAPUR Kad Menu Gubahan Bunga

  9. Kain Dapur • Kain Pengelap • Mengeringkan peralatan masakan dan menutup bahan masakan sebelum dimasak. • Diperbuat daripada kain kapas dan kain linen yang menyerap air. • Kain Pencuci • Mencuci dan mengelap pinggan mangkuk, periuk. • Kain kapas lembut seperti kain net atau kain tuala. • Kain Maslin • Menutup makanan sebelum dan selepas dimasak. • Menapis cecair seperti agar-agar, sirap dan santan. • Kain kapas halus berwarna putih.

  10. Apron • Tuala Tangan • Mengesat dan mengeringkan tangan yang bersih • Diperbuat daripada kain tuala dan kain linen yang menyerap air. • Sarung Tangan Ketuhar • Mengangkat alatan yang panas dari dapur. • Mengeluarkan loyang dari oven. • Diperbuar daripada kain tahan panas seperti kain kapas. • Kain Pengelap Lantai • Alas Dulang

  11. Etika Makan Merupakan peraturan atau tatacara yang baik dan perlu diamalkan semasa makan di meja makan.

  12. Adab dan sopan yang perlu diamalkan semasa makan: • Duduk dengan postur yang baik. Badan tidak membongkok dan kaki dirapatkan. • Letakkan napkin atau servit di atas riba. • Tunggu semua orang berada di meja makan sebelum mula makan. • Selalu layan tetamu atau orang yang lebih tua sebelum mula makan. • Ambil makanan yang secukup sahaja supaya orang lain juga dapat rasainya. • Suap makanan sedikit demi sedikit ke mulut. Jangan makan dengan gelojoh.

  13. Kunyah makanan dengan perlahan tanpa membuka mulut. Jangan bercakap apabila mulut penuh dengan makanan. Berbual dengan lemah lembut dan cakap tentang perkara yang baik sahaja. Elakkan daripada berdiri untuk mengambil makanan. Minta bantuan orang yang berdekatan untuk menghulurkan makanan tersebut. Jangan tiup makanan yang panas. Biarkan makanan sejuk dahulu. Gunakan kutleri dengan betul dan rapatkan setelah selesai makan.

  14. Kumpulkan sisa makanan di hujung pinggan, bukan di atas meja. • Kacau kopi dan teh dengan senyap. Letakkan camca di piring bukan di dalam cawan. • Jangan tinggalkan meja makan sebelum semua orang habis makan. Minta izin jika perlu berbuat demikian. • Jangan merokok atau mencungkil gigi di hadapan tetamu.

  15. REFLEKSI

  16. SekianSelamat Mengulangkaji

More Related