1 / 29

PERPUSTAKAAN & UNDANG-UNDANG

PERPUSTAKAAN & UNDANG-UNDANG. AZMI AB RAHMAN FAKULTI PENGURUSAN MAKLUMAT UiTM. APAKAH UNDANG-UNDANG. Peraturan untuk mengawal tingkah laku manusia didalam sesuatu masyarakat. Satu Badan Peraturan yang dikuatkuasakan oleh Negara. PERPUSTAKAAN.

rosemarie
Télécharger la présentation

PERPUSTAKAAN & UNDANG-UNDANG

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. PERPUSTAKAAN & UNDANG-UNDANG AZMI AB RAHMAN FAKULTI PENGURUSAN MAKLUMAT UiTM

  2. APAKAH UNDANG-UNDANG • Peraturan untuk mengawal tingkah laku manusia didalam sesuatu masyarakat. • Satu Badan Peraturan yang dikuatkuasakan oleh Negara.

  3. PERPUSTAKAAN • Perpustakaan mempunyai satu set aktiviti yang saling berhubung kait dikenali sebagai fungsi termasuklah perolehan, pengkatalogan,penyusunan maklumat, sirkulasi, menyediakan akses kepada maklumat dan menyediakan kakitangan serta bangunan

  4. Prinsip Kuasa Dalam Perpustakaan • Secara mudah “kuasa” adalah keupayaan seseorang, badan atau agensi untuk melakukan atau bertindak. Setiap orang, badan atau agensi mempunyai kuasanya yang tersendiri, di dalam bidang kuasa dan mengikut had-had kuasa yang ada padanya. • Bagi tujuan perbincangan disini, kita juruskan perbincangan kepada kuasa perpustakaan sahaja.

  5. Contoh-contoh Badan Dan Kuasa

  6. Organisasi Perpustakaan Dari Perspektif Undang-Undang • Akta perpustakaan negara malaysia 1972 • Enakmen Dan Ordinan. Contoh: • Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak, 1977 • Ordinan Pustaka Negeri Sarawak 1999

  7. Akta Perpustakaan Negara Malaysia 1972 3. Maka adalah dengan ini ditubuhkan suatu Perpustakaan Negara Malaysia (kemudian • daripada ini disebut "Perpustakaan") dengan maksud-maksud dan tujuan-tujuan yang berikut: • (a) menyediakan bagi penggunaan generasi masa kini dan masa depan suatu koleksi sumber-sumber perpustakaan di peringkat kebangsaan; • (b) memudahkan penggunaan di seluruh negara sumber-sumber perpustakaan yang terdapat di dalam dan di luar negeri; dan • (c) mengadakan kepimpinan dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan perpustakaan.

  8. ENAKMEN PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERAK, 1977 3. (1) Maka adalah dengan ini ditubuhkan suatu pertubuhan perbadanan yang dinamakan 'Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak' yang turun temurun dan boleh mendakwa dan didakwa. (2) Perbadanan hendaklah mempunyai suatu meteri dan boleh dari semasa ke semasa menukar, mengubah atau membaharui meteri tersebut sebagaimana yang difikirkan patut, dan sehingga suatu meteri diadakan di bawah seksyen ini suatu cap yang mengandungi tulisan 'Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak' boleh digunakan sebagai meteri. (3) Meteri atau cap Perbadanan itu hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.

  9. Fungsi Dan Kuasa Pentadbiran Perpustakaan • Wade mengatakan bahawa berkaitan kaedah penurunan kuasa, tidak dapat dielak bahawa tugas dan kuasa (duties and power) menjadi bercampur aduk. • Suatu badan pentadbiran mungkin ada tugas (atau tanggungjawab) untuk dilaksanakan, tetapi kuasa bagi memutuskan bagaimana tugas itu perlu dilaksanakan adalah didalam bidang budibicaranya.

  10. Ini mungkin boleh menimbulkan salahguna kuasa (kuasa asal atau kuasa yang diperturunkan itu). • Ini kerana salah satu jalan dimana fungsi-fungsi badan berkenaan disalahgunakan ialah melaksanakan penurunan kuasa kepada pihak lain yang tidak ada hak untuk melaksanakannya

  11. Contoh Kuasa Dan Tugas Yang Diperuntukan Akta: Akta Perpustakaan Negara 1972 4. (1) Perpustakaan hendaklah diuruskan dan dikawal oleh Ketua Pengarah yang dilantik oleh Yang di-pertuan Agong. (2) Ketua Pengarah hendaklah mempunyai tugas-tugas yang berikut: (a) menasihatkan Menteri atas polisi negara bagi segala perkara berkenaan dengan perpustakaan dan segala perkara lain yang berhubungan dengan perpustakaan;

  12. (b) menasihatkan dan membantu dalam perancangan dan perkembangan perpustakaan di peringkat kebangsaan; (c) memperolehi dan menyelenggarakan suatu koleksi sumber-sumber perpustakaan yang lengkap di peringkat kebangsaan yang mencerminkan warisan intelektual, kesusasteraan dan kebudayaan negara dan juga suatu koleksi representatif di peringkat kebangsaan yang mencerminkan pengetahuan dan kebijaksanaan manusia yang terkumpul;

  13. Contoh Kuasa Dan Tugas Yang Diperuntukan Enakmen: Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak, 1977 TUGAS-TUGAS DAN KUASA-KUASA PERBADANAN 8. Tugas-tugas Perbadanan ialah : 1. menubuh, melengkap, mengurus dan menyenggarakan Perpustakaan Awam Negeri Perak; 2. mengembangkan dan menggalakkan pembacaan khususnya dalam Bahasa Kebangsaan; 3. mengembangkan dan menggalakkan penggunaan buku-buku di Perpustakaan Awam untuk rujukan dan untuk pinjaman tertakluk kepada pemeliharaan yang sempurna terhadap kehilangan atau kerosakan;

  14. 9. Perbadanan boleh : 1. menubuh, mengurus dan menyelenggarakan cawangan-cawangan Perpustakaan Awam di mana-mana bahagian dalam Negeri; 2. mengadakan dan menyelenggarakan perpustakaan-perpustakaan bergerak; 3. menasihat perpustakaan Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri dalam Negeri;

  15. Prinsip Perwakilan Kuasa Dalam Perpustakaan Penurunan kuasa adalah bagi tujuan pelaksanaan statut yang lebih licin, teratur, cepat dan berkesan, mengikut masa, keadaan (situasi) dan tempat. Ini sebenarnya yang di cita-citakan daripada konsep asal penurunan kuasa. Ianya lebih merupakan pelaksanaan tugas dan tanggungjawab yang dinyatakan didalam statut. Namun didalam menurunkan kuasa ini pula, timbul pula beberapa isu dan persoalan, diantaranya:

  16. Pertama, adakah kuasa itu boleh iperturunkan? • Kedua, adakah ia diperturunkan oleh pihak yang betul? • Ketiga, adakah pihak yang diturunkan kuasa itu adalah pihak yang betul? • Keempat, apakah bentuk, jenis, bidang dan had kuasa yang diperturunkan itu? • Kelima, adakah pihak yang diturunkan kuasa itu melaksanakan kuasa didalam bidang, had dan jenis yang dibolehkan? Atau telah lampau kuasa?

  17. Keenam, apa pula yang perlu dilakukan jika berlaku lampau kuasa? • Ketujuh, apa pula yang perlu dilakukan jika pihak yang memberi kuasa atau pihak yang diturunkan kuasa telah gagal dalam melaksanakan tugas dan kuasanya? • Kelapan, apakah konsep penurunan kuasa dan pelaksanaan kuasa ini adalah begitu ketat (rigid) dan tiada ruang budibicara? • Kesembilan, siapakah pihak yang boleh diperturunkan kuasa? (individu, sekelompok individu, badan dan lain?). • Kesepuluh, bagaimana kuasa itu dilaksanakan? Dan bagaimana pihak yang diturunkan kuasa itu perlu laksanakan kuasa-kuasa yang diperturunkan kepadanya?

  18. PENURUNAN KUASAMENGIKUT AKTA Akta Perwakilan Kuasa 1956 • Seksyen 5 dimana menteri boleh menurunkan kuasa dan tugas-tugas dengan pemberitahuan melalui warta Akta Perpustakaan Negara 1972 • Seksyen 12. Ketua Pengarah boleh, atas syarat-syarat yang di-luluskan oleh Menteri, bekerjasama atau membuat perjanjian dengan pihak-pijak berkuasa atau orang-orang sama ada di-Malaysia atau tempat lain berkenaan dengan hal ehwal perpustakaan.

  19. Seksyen 14. Menteri boleh membuat peraturan-peraturan yang tidak berlawanan dengan peruntukan-peruntukan Akta ini berkenaan dengan penyempurnaan yang sepatutnya akan tugas-tugas Ketua Pengarah dan berkenaan dengan pengurusan dan pengawalan Perpustakaan dan bangunan-bangunan perpustakaan dan, khususnya, tanpa menyentuh keluasan makna yang tersebut diatas, peratoran-peraturan itu boleh mengadakan peruntukan berkenaan dengan

  20. (a) pengurusan dan pengawasan am Perpustakaan; (b) pengekalan ketenteraman dan pencegahan mudharat dalam bangunan perpustakaan dan kawasannya; (c) menahan masuk atau mengeluarkan dari Perpustakaan atau bangunan-bangunan Perpustakaan orang-orang yang didapati telah melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya; (d) jumlah denda yang boleh dikenakan oleh Ketua Pengarah kerana kerosakan, kehilangan atau kelewatan mengembalikan sumber-sumber perpustakaan yang dipinjam dan berkenaan dengan mengenepikan atau memulangkan balik denda-denda itu; (e) bayaran yang akan dikenakan oleh Ketua Pengarah kerana memberi perkhidmatan maklumat atau kerana membuat dan memperakui salinan-salinan mengenai mana-mana sumber perpustakaan dan berkenaan dengan pengecualian dari menjelaskan sepenuhnya atau sebahagian daripada bayaran itu.

  21. Dari Peruntukan Akta Itu Lahirlah Beberapa Peraturan: • Peraturan-peraturan Perpustakaan Negara (Pindaan) 1993 • Peraturan-peraturan Perpustakaan Negara (Bayaran dan Denda) 1993

  22. Penurunan KuasaMengikut Enakmen Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak 1977: Seksyen 24. 1) Perbadanan boleh dengan ketetapan yang dibuat di mesyuarat Perbadanan membuat kaedah-kaedah yang perlu dan patut bagi menjalankan maksud-maksud Enakmen ini dengan lebih berkesannya dengan tidak menyentuh keluasan peruntukan yang tersebut di atas membuat kaedah-kaedah bagi : 1. mengatur keahlian Perpustakaan Awam; 2. menetapkan borang permohonan untuk menjadi ahli Perpustakaan Awam;

  23. Seksyen 24 (2) Apa-apa Peraturan yang dibuat di bawah seksyen-kecil (1) tidak boleh berjalan kuatkuasa melainkan disahkan oleh Raja dalam Mesyuarat dan disiarkan dalam Warta. Dari Peruntukan Enakmen Itu Lahirlah Peraturan: • Kaedah-Kaedah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak 1992.

  24. Penurunan kuasa ini juga tertakluk kepada satu dotrin iaitu delegatus non potest delegrare, iaitu seseorang yang telah diturunkan kuasa kepadanya tidaklah boleh pula menurunkan kuasanya kepada pihak lain Menurut Willis, C., prinsip delegatus non potest delegare terpakai kepada perkara-perkara atau hal-hal berikut: • Sesuatu pihak berkuasa yang diberi kuasa untuk membuat peraturan umum dengan cara perundangan (legislation); • Pihak berkuasa yang diberi kuasa untuk menetapkan saman prosiding undang-undang boleh dimulakan ataupun tidak; • Pihak berkuasa yang beri diberi kuasa untuk memutuskan sesuatu isu khusus yang memberi kesan kepada hak-hak individu; • Pihak berkuasa yang diberi kuasa untuk bertindak yang melibatkan pelaksanaan kuasa budibicara, walaupun ianya dari jenis budibicara yang tidak luas, seperti penyerahan waran distres.

  25. Pelaksanaan Kuasa Budibicara • Apabila dikatakan seseorang atau badan mempunyai “budibicara” ia bermaksud orang atau badan itu diberi kebebasan, berdasarkan pertimbangannya yang wajar, untuk melakukan sesuatu (yang dikiranya baik dan wajar). • Dalam kes perpustakaan adakan perkara ini terpakai?

  26. Contoh Kuasa Budibicara Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak, 1977 • Seksyen 15 (i) Pengarah boleh, menurut budibicaaranya meminjamkan bahan perpustakaan kepada lain-lain perpustakaan atau institusi tempatan, selama tempoh yang boleh ditentukannya dari semasa ke semasa, dan apa-apa syarat sebagaimana yang boleh dikenakannya. Apa-apa perbelanjaan yang dilakukan atas pinjaman itu hendaklah ditanggung oleh perpustakaan atau institusi yang meminjam. • Seksyen 15 (ii) Pengarah boleh menurut budibicaranya, meminjam bahan perpustakaan daripada lain-lain perpustakaan atau institusi tempatan, jika bahan perpustakaan yang diminta itu tidak terdapat dalam perpustakaan. Apabila meminjamkannya kepada pembaca ia boleh mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya patut.

  27. Dalam membincangkan pelaksanaan kuasa budibicara perpustakaan atau kakitangannya, persoalan mengenai motif, kemunasabahan dan niat baik akan diambilkira. Ini kerana ada badan kerajaan yang melakukan perbuatan yang salah dan ada juga yang melakukan dengan prosedur yang salah (iaitu perkara betul yang dilaksanakan dengan cara atau prosedur yang betul, tetapi dengan alasan yang salah). Dalam hal ini, dua prinsip akan digunakan: Prinsip 1 : Parlimen tentunya tidak bercadang menjadikan kuasa eksekutif itu adalah hakim kepada kuasanya sendiri. Oleh itu secara tersiratnya kuasa yang diberi bagi sesuatu maksud tertentu, yang telah pula digunakan untuk maksud-maksud yang lain, adalah menjadi menyalahi undang-undang. Prinsip 2 : Walau bagaimanapun mahkamah perlulah mempastikan supaya ianya tidak pula merampas atau menarik kuasa budibicara yang diberi kepada badan-badan berkenaan.

  28. Penutup • Secara jelas dapat dinyatakan bahawa perpustakaan yang dibincangkan mendapat kuasa perundangan yang sewajarnya. • Penurunan kuasa kepada perpustakaan atau pegawai adalah jelas melalui perundangan kecil yang dibuat. • Kuasa budibicara adalah diberi kepada perpustakaan melalui kakitangannya • Kesemua kuasa yang diberi adalah tertakluk kepada had peruntukan undang-undang

  29. Rujukan • Abdul Aziz Hussin. 19??. Kuasa, bidang kuasa dan penurunan Kuasa.. Retrieved Jun, 18, 2009 from: http://www.hbp.usm.my/aziz/KUASA%20-%2019.5.00.doc. • Malaysia. (1972). Akta Perpustakaan Negara Malaysia1972. Kuala Lumpur, Jabatan Cetak Kerajaan • Malaysia (1987). Akta Perpustakaan Negara (Pindaan) 1987. Kuala Lumpur, Jabatan Cetak Kerajaan. • Malaysia. (1977). Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak 1977. Kuala Lumpur, Jabatan Cetak Kerajaan. • Wade, H.W.R. (1971). Administrative law (3rd ed.). Oxford: Clarendon Press • Willis, C. (1943). Delagatus Non Potest Delegare. C.B. Rev., 21, 257

More Related