html5-img
1 / 25

Ekosistem

Ekosistem. Nama: Simitha a/p Sugumaran (91178) Komathi a/p Subramaniam (94797). OBJEKTIF. Mata Pelajaran: Geografi Tingkatan: 4 Mulia Masa: 11.00 – 11.50 a.m. Tarikh: 15 Sept 2008. Objektif Am: Pelajar dapat memahami ekosistem hutan hujan tropika. Objektif Khas:

sen
Télécharger la présentation

Ekosistem

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Ekosistem Nama: Simitha a/p Sugumaran (91178) Komathi a/p Subramaniam (94797)

  2. OBJEKTIF Mata Pelajaran: Geografi Tingkatan: 4 Mulia Masa: 11.00 – 11.50 a.m. Tarikh: 15 Sept 2008 • Objektif Am: • Pelajar dapat memahami ekosistem hutan hujan tropika. • Objektif Khas: • Pelajar dapat mentakrifkan konsep ekosistem hutan. • Pelajar dapat menerangkan ekosistem hutan hujan tropika. • Pelajar dapat membina rantaian makanan dan siratan • makanan dalam ekosistem hutan hujan tropika.

  3. Isi Kandungan 1.0Konsep Ekosistem 2.0 Komponen-komponen Ekosistem 3.0 Ekosistem Hutan Hujan Tropika 4.0 Rantaian dan Siratan Makanan 5.0 Keseimbangan Ekosistem 6.0 Kesimpulan 7.0 Kuiz Tayangan Video

  4. Konsep Ekosistem • Ekologi ialah cabang sains yang mengkaji saling kaitan antara benda hidup dengan persekitarannya. • Ekosistem merupakan unit yang dikaji oleh ahli-ahli ekologi. • Bumi kita boleh dianggap sebagai satu ekosistem yang besar.

  5. Konsep Ekosistem • Ekosistem ialah suatu sistem di mana dua komponen, iaitu komponen biotik dan komponen abiotik saling bertindak balas. • Kajian ekosistem berkaitan dengan pola interaksi antara komponen biotik dan komponen abiotik dalam sesuatu kawasan atau unit ruang.

  6. Komponen-komponen Ekosistem

  7. Komponen Biotik • Biotik merupakan komponen-komponen organisma yang hidup. • Komponen-komponen yang hidup ini terdiri daripada semua tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan manusia, termasuk haiwan seni. Contoh

  8. Komponen Abiotik • Abiotik merupakan komponen-komponen persekitaran fizikal. • Komponen-komponen persekitaran ini terdiri daripada unsur-unsur udara, cahaya, air, dan tanah. Contoh

  9. Komponen Biotik Manusia Haiwan Tumbuhan

  10. Komponen Abiotik

  11. Ekosistem Hutan Hujan Tropika • Komponen Biotik dalam • Hutan Hujan Tropika • tumbuh-tumbuhan berbunga • burung • manusia • ular • serangga • pelbagai jenis haiwan • Komponen Abiotik dalam • Hutan Hujan Tropika • unsur-unsur iklim • tanah-tanih • mineral

  12. Di dalam sebuah hutan hujan tropika, tumbuh-tumbuhan adalah pengeluar. Contoh: pokok tualang, meranti, cengal, bunga-bungaan hutan, pokok renek, dan pokok yang memanjat seperti rotan yang sentiasa bersaing untuk mendapat punca tenaga iaitu cahaya matahari. • Hasil hutan seperti buah, daun, bunga, atau kayu akan menjadi sasaran kepada pengguna primer seperti ulat, rama-rama, labah-labah, tupai, dan banyak lagi. • Pengguna primer juga dikenali sebagai herbivor.

  13. Seterusnya, pengguna primer akan menjadi mangsa kepada pengguna sekunder. • Pengguna sekunder terdiri daripada haiwan seperti ular, harimau, dan burung helang. • Seterusnya, agen pengurai atau pereput berperanan dalam mengurai dedaun dan haiwan yang telah mati. Agennya seperti semut, anai-anai, kulat, dan bakteria. • Agen-agen pereputan ini akan menguraikan dan mengembalikan nutrien-nutrien seperti karbon dan nitrogen ke dalam tanah, udara, dan air.

  14. Setiap tahap memerlukan tenaga. Contohnya dalam ekosistem hutan tenaga diperolehi daripada matahari. • Komponen bukan hidup seperti air, udara, tanah, matahari, dan nutrien akan digunakan oleh pengeluar dalam proses fotosintesis.

  15. Rantaian Makanan • Merupakan kaedah pemakanan komponen hidup yang berperingkat-peringkat. • Proses aliran tenaga berlaku melalui rantaian makanan. Contoh

  16. Siratan Makanan • Kebanyakan ekosistem mempunyai beberapa rantaian makanan yang saling berkaitan antara satu sama lain. • Rantaian-rantaian makanan yang bertindih lapis ini dikenali sebagai siratan makanan. Contoh

  17. Rantaian Makanan

  18. Siratan Makanan

  19. Piramid Makanan

  20. Keseimbangan Ekosistem • Ekosistem dalam keadaan semula jadi wujud dalam keadaan yang seimbang. • Sekiranya terdapat kekurangan pada mana-mana satu komponen, komponen-komponen lain dalam sistem itu akan cuba menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru.

  21. Keseimbangan Ekosistem • Ekosistem hutan hujan tropika yang seimbang dapat menghasilkan makanan secukupnya untuk menampung keperluan sebilangan besar hidup-hidupan liar sebagai penggunanya. • Kehadiran manusia dalam sesuatu ekosistem telah membawa bersama perubahan-perubahan yang nyata kerana sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluan masing-masing. • Ini telah mengubah keadaan persekitaran semula jadi.

  22. Kesimpulan • Pada akhir pelajaran ini, pelajar haruslah memahami : • konsep ekosistem • komponen-komponen biotik dan abiotik • ekosistem hutan hujan tropika • rantaian dan siratan makanan • keseimbangan ekosistem

  23. Kuiz 1 • Komponen abiotik ialah komponen yang terdiri daripada benda bukan hidup.B S • Burung, singa, dan ular merupakan pengguna primer dalam ekosistem.B S • Cahaya matahari merupakan sumber tenaga asas kepada sesuatu rantaian makanan.B S

  24. Kuiz 2 • Sebutkan dua komponen yang terdapat dalam sesuatu ekosistem. i) Biotik ii) Abiotik • Berikan 2 contoh agen pengurai yang terdapat dalam sesuatu ekosistem. i) Bakteria ii) Kulat • Apakah yang terdapat dalam peringkat terbawah piramid makanan? Tumbuh-tumbuhan

  25. Tamat

More Related