1 / 17

KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA

KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA. Nur Aziema Bt Mohamad Azmin 5 Ummu Habibah. Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya pembentukan negara bangsa Eropah . (Ruj:Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms.67-71).

snowy
Télécharger la présentation

KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA Nur Aziema Bt Mohamad Azmin 5 Ummu Habibah

  2. Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya pembentukan negara bangsa Eropah.(Ruj:Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms.67-71)

  3. Huraikan usaha-usaha pembentukan negara bangsa Itali pada abad ke-19.(Ruj:Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms.68)

  4. Apakah yang dimaksudkan dengan amalan real politik?(Ruj:Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms.68) • Amalan mewajarkan apa sahaja cara untuk mencapai matlamat politik. • Cara yang biasa digunakan ialah tipu helah, kekerasan bersenjata dan peperangan.

  5. Senaraikan negara bangsa baru yang muncul di Eropah hasil Deklerasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson.(Ruj:Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms.68) • Czechoslovakia • Estonia • Finland • Latvia • Lithuania • Poland • Yugoslavia

  6. Sebutkan amalan real politik dan”politik darah dan besi” yang digunakan oleh Otto von Bismarck untuk menyatukan negara Jerman.(Ruj:Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms.69) • Tipu helah • Pemalsuan dokumen • Provokasi • Penipuan • Ugutan • Isu membenci kuasa asing

  7. Mengapakah usaha pembinaan negara Islam di Madinah berbeza daripada pembinaan negara bangsadi Eropah?(Ruj:Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms.71) • Pembentukan negara Islam di Madinah tidak menggunakan kaedah realpolitik atau politik darah dan besi. • Pembentukan negara secara penyatuan melalui prinsip Islam. • Menyusun perlembagaan terlebih dahulu sebelum mengasaskan kerajaan Islam. • Penduduk berbilang bangsa disatukan melalui Piagam Madinah. • Pembentukan kerajaan Islam berasaskan diplomasi,musyawarah dan permuafakatan. • Pembentukan negara disebabkan wujudnya kerjasama antara pemimpin dengan pemimpin dan antara pemimpin dengan rakyat.

  8. Apakah yang dimaksudkan dengan kerajaan mengikut sistem politik masyarakat Melayu tradisional?(Ruj:Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms 65) • Sesebuah kerajaan bererti negeri dengan segala jajahan takluknya. • Kemunculan kerajaan disebabkan adanya raja. • Negeri bererti kawasan. • Sempadan kerajaan ditentukan melalui kesetiaan rakyat terhadap raja. • Kerajaan yang kuat akan menakluk/menaungi kerajaan yang lemah.

  9. Nyatakan ciri-ciri bangsa Malaysia.(Ruj:Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms.66-67) • Sekumpulan manusia yang menjadi warganegara Malaysia. • Bangsa Malaysia lahir apabila terbentuknya negara Malaysia. • Terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. • Dibentuk melalui penggunaan satu bahasa kebangsaan,pengamalan kebudayaan dan Rukun Negara.

  10. Apakah perubahan yang berlaku terhadap konsep kerajaan dan negeri masyarakat Melayu setelah British campurtangan di Semenanjung Tanah Melayu?(Ruj:Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms.66) • Setiap kerajaan Melayu dirujuk sebagai negeri. • British menetapkan sempadan bagi setiap negeri. • Konsep kerajaan digantikan dengan konsep negeri. • Malayan Union diperkenalkan untuk membina negara dan bangsa yang moden. • Persekutuan Tanah Melayu 1948 menggabungkan semua Negeri Melayu dalam sebuah pentadbiran pusat. • Kemerdekaan menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah negara. • Penggabungan Sarawak dan Sabah dengan Persekutuan Tanah Melayu mewujudkan negara Malaysia.

  11. Berikan alasan yang menunjukkan bahawa pembentukan negara Malaysia adalah sesuatu yang unik.(Ruj:Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms.71) • Dibentuk kerana kebijaksanaan pemimpin. • Tidak melibatkan pertumpahan darah. • Kemerdekaan dicapai melalui rundingan. • Melalui proses pakatan murni dan tolak ansur antara kaum.

  12. Apakah yang dimaksudkan dengan wilayah pengaruh dalam Kesultanan Melayu Melaka?(Ruj:Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms.75) • Kawasan tempat tinggal rakyat. • Sempadannya diterima umum. • Kawasan yang rakyatnya menerima dan memperakui pemerintahan seseorang raja.

  13. Nyatakan keadaan-keadaan yang menunjukkan kedaulatan Kesultanan Melayu Melaka.(Ruj:Buku Teks Tingkatan Lima ms.76) • Mempunyai hak mutlak terhadap rakyat. • Kekuasaan yang dimiliki oleh negara dan perintah. • Pemerintah boleh menggunakan kuasa untuk menggubal undang-undang. • Pemerintah boleh menguatkuasakan undang-undang. • Kekuasaan itu tidak boleh dihadkan oleh mana –mana pihak. • Bebas daripada campurtangan kuasa asing. • Raja mempunyai kuasa memerintah.

  14. Berikan alat-alat yang menjadi lambang kebesaran sultan dan Kesultanan Melayu Melaka.(Ruj:Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 76) • Alat regalia. • Nobat. • Warna. • Bahasa. • Undang-undang. • Protokol. • Adat istiadat istana.

  15. Apakah tanda ketaatan rakyat kepada raja yang memerintah pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.(Ruj:Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms.78) • Bersedia mempertahankan negara. • Menghadiri adat istiadat kerajaan. • Mengadakan gotong-royong. • Kerahan tenaga.

  16. Apakah persamaan kandungan antara Undang- Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu 1911?(Ruj:Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms.82 dan 84-85)

  17. Huraikan perkembangan Sistem Jemaah Menteri yang dilaksanakan di Kelantan pada abad ke-19.(Ruj:Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms.82-84)

More Related