1 / 12

SOALAN STRUKTUR (berdasarkan nilai )

SOALAN STRUKTUR (berdasarkan nilai ). FORMULA AYAT 1: W ATAK + NILAI X AYAT 2: W ATAK + DEF INISI NILAI X + ISU SOALAN Jika soalan gunakan “ nilai yang perlu/mesti/ harus diamalkan , mesti guna semula perkataan ini selepas watak.

taro
Télécharger la présentation

SOALAN STRUKTUR (berdasarkan nilai )

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. SOALAN STRUKTUR (berdasarkan nilai ) FORMULA AYAT 1: WATAK + NILAI X AYAT 2: WATAK + DEFINISI NILAI X + ISU SOALAN Jika soalan gunakan “nilai yang perlu/mesti/ harus diamalkan, mesti guna semula perkataan ini selepas watak. Amanda disukai oleh pelajar-pelajar lain dalam kelasnya kerana dia seorang yang bersopan santun dan boleh dipercayai. Jelaskan dua nilai yang dipamerkan oleh Amanda. (4m) i) Amanda(W) mengamalkan nilai hemah tinggi. Amanda(W) beradap sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan (DEF) sehingga disukai semua pelajar dalam kelasnya.(ISU) Ii ) Nilai amanah. Amanda(W)mempunyai sikap bertanggungjawab yang menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain(DEF) .

  2. SOALAN ESEI 10 M ( 100% berdasarkan nilai ) FORMULA ( bagi satu set nilai – 5 markah ) AYAT 1 (1M): WATAK + NILAI X AYAT 2 (2M): WATAK + DEFINISI NILAI X @ 2 KATA KUNCI+ ISU AYAT 3 (1M): JELASKAN BAGAIMANA CARANYA (HOW) AYAT 4 (1M): TERANGKAN MENGAPA BUAT ( WHY) Jumlah 5m

  3. Semua penduduk Kampung Tasik Tambahan bergotong-royong membersihkan kawasan persekitaran supaya kampungnya bebas daripada demam denggi . Huraikan dua nilai yang diamalkan oleh penduduk Kampung Tasik Tambahan . ( 10 markah ) (A1) Penduduk Kampung Tasik Tambahan mengamalkan nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar. (A2) Penduduk Kampung itu(W) prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekitar dan berusaha untuk menyelesaikannya (DEF) dengan bergotong royong(ISU) (A3) Contohnya mereka membersihkan parit-parit yang tersumbat dan membersihkan tempat air bertakung di sekitar kawasan perumahan.(HOW) (A4) Hal Ini kerana mereka tidak mahu tempat itu menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.(WHY)

  4. (A1) Penduduk Kampung Tasik Tambahan mengamalkan nilai saling membantu dan bekerjasama. (A2) Mereka (W)ada usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama di peringkat individu, komuniti dan negara untuk mencapai sesuatu matlamat(DEF) dengan membersihkan persekitaran kampung. (A3) Contohnya semua penduduk sama-sama melibatkan diri dalam kerja membersihkan persekitaran tanpa berkira(HOW). ( A4) Hal ini kerana mereka sedar kebersihan alam sekitar adalah tanggungjawab semua orang di situ demi kebaikan mereka.(WHY) • Nota: • Jika ejaan nilai salah, penerangan tidak diberi markah untuk struktur dan esei. • Jika kata kunci dalam nili moral ditukar dengan perkataan lain atau yang hampir makna juga tidak boleh diberi markah. • Pelajar perlu menghafal nilai dan definisi dengan tepat. • Nilai tidak boleh guna singkatan, simbol, singkatan, ditulis terbalik/ditambah atau digugurkan imbuhan. Definisi dan kata kunci dibenarkan berbuat demikian.

  5. Baca dan fahami kandungan teks ucapan di bawah dan jawab soalan berikut. Dalam menjamin keamanan dunia, pelbagai undang-undang antarabangsa telah digubal dan dilaksanakan. Kita sebagai pencinta keamanan dunia mestilah mematuhi undang-undang antarabangsa ini….. • a. Senaraikan tiga daripada undang-undang antarabangsa yang dimaksudkan dalam teks ucapan. ( 3 markah) • Jelaskan dua nilai yang dapat dikesan daripada teks ucapan ini. • ( 4 markah ) • c. Huraikan tiga kesan negatif sekiranya tidak ada undang-undang antarabangsa. ( 3 markah )

  6. Jabatan Perikanan Malaysia memandang serius aktiviti menangkap ikan dengan cara yang menyalahi undang-undang seperti menggunkan tuba, racun, bom atau peralatan elektrik. • Jelaskan dua nilai yang sepatutnya diamalkan oleh pihak yang menangkap ikan. ( 4 markah ) • Tuliskan dua langkah yang dijalankan oleh Jabatan Perikanan Malaysia untuk menjamin sumber hidupan laut seperti ikan agar tidak mengalami kepupusan. ( 2 markah ) • Nyatakan dua kesan negatif jika aktiviti penangkapan ikan seperti di atas diteruskan. (2 markah ) • Terangkan dua cara kita boleh membantu menjaga laut. • ( 2 markah )

  7. Banyak masalah dapat diselesaikan dengan baik sekiranya para pengguna serta orang ramai mengetahui hak masing-masing sebagai pengguna dan mempertahankan hak tersebut. (a)Pihak kerajaan dan badan bukan kerajaan berusaha giat untuk mempertahankan hak rakyat sebagai pengguna. Huraikan dua nilai yang diamalkan oleh badan-badan tersebut. ( 6 markah ) (b) Namakan dua badan yang bertanggungjawab mempertahankan hak pengguna di negara kita. ( 2 markah ) (c) Bincangkan dua kesan sekiranya hak pengguna di negara ini tidak dipertahankan. ( 2 markah )

  8. Dewasa ini banyak program dianjurkan demi meningkatkan kesedaran tentang pengekalan alam sekitar dalam kalangan rakyat. Pelbagai pihak termasuk kerajaan, bukan kerajaan telah berganding bahu menganjurkan aktiviti seperti Program Kitar Semula Bincangkan nilai-nilai yang dapat dikesan melalui aktiviti ini. ( 10 markah )

  9. Dalam era globalisasi dan teknologi maklumat ini, didapati bahawa hubungan kekeluargaan telah menjadi semakin renggang dan tidak dititikberatkan. Pada pendapat anda, apakah nilai-nilai yang harus dimainkan oleh anggota keluarga dalam usaha membentuk keluarga yang bahagia? (10 markah)

  10. Kepelbagaian agama dan kepercayaan, tradisi dan adat resam serta bahasa bukan penghalang kepada keharmonian dalam masyarakat. Bincangkan nilai-nilai yang perlu menjadi amalan rakyat Malaysia dalam menjaga keharmonian dalam masyarakat. ( 10 markah )

  11. Malaysia menjalin hubungan baik dan bekerjasama dengan semua negara tanpa mengira ideologi, bangsa dan negara. Bincangkan nilai-nilai yang mempengaruhi prinsip yang diamalkan oleh Malaysia dalam menjamin kesejahteraan sejagat. ( 10 markah )

  12. Sebarang masalah sila melayari laman web: http://www.smkttmoral.tk/ Atau Menghubungi lekpeng_chong@ yahoo.com

More Related