1 / 30

PELAKSANAAN PROGRAM NILAM 2010

2. JAWATANKUASA PROGRAM NILAM 2010. PENASIHATPENGETUA(PHILIP CHOO KUONG KIONG). PENGERUSIPEN.KANAN 1(LING CHUONG ING). TIMB PENGERUSI 1PEN.KANAN HAL EHWAL MURID(CHEW NGAT JONG). TIMB. PENGERUSI 2PEN.KANAN KO-K/ MENTOR PERPUSTAKAAN(ARUNEGERI A/L THANNIMALAI). SETIAUSAHAGURU NILAM(JAMILAH BI

teranika
Télécharger la présentation

PELAKSANAAN PROGRAM NILAM 2010

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


    1. 1 PELAKSANAAN PROGRAM NILAM 2010 SMK JALAN OYA SIBU

    2. 2 JAWATANKUASA PROGRAM NILAM 2010

    3. 3 PENGENALAN Program NILAM merupakan program yang memberi peluang kepada murid-murid menggunakan keupayaan diri membentuk tabiat membaca. Program ini merupakan salah satu program berterusan dijalankan sepanjang tahun. Perlaksanaan program ini akan menjadi pemangkin dalam memudahkan proses pengajaran & pembelajaran yang menyumbang ke arah pencapaian akademik yang cemerlang serta membina masyarakat berbudaya membaca.

    4. 4 MATLAMAT Membina tabiat membaca dalam kalangan pelajar

    5. 5 RASIONAL Membina budaya ilmu dalam sesebuah masyarakat melalui amalan membaca yang berterusan. Program NILAM ini juga salah satu pendekatan baru bagi meningkatkan keberkesanan ke arah program galakan membaca yang berkesan.

    6. 6 PENDEKATAN Bagi menjayakan program ini, pendekatan yang diambil dalam pembinaan tabiat membaca di kalangan murid seharusnya berupa paksaan yang berterusan.

    7. 7

    8. 8 KUMPULAN SASAR Semua murid Tingkatan satu hingga Tingkatan empat

    9. 9 BAHAN BACAAN Koleksi buku-buku pusat sumber sekolah Bahan bacaan daripada Perpustakaan Awam, Perpustakaan Bergerak dan lain-lain. Bahan bacaan terdiri daripada buku fiksyen dan bukan fiksyen, majalah, jurnal dan e-book juga digalakkan.

    10. 10 MASA PERLAKSANAAN Aktiviti membaca dimasukkan dalam jadual pengajaran & pembelajaran. Satu waktu daripada mata pelajaran Bahasa Malaysia Satu waktu daripada mata pelajaran Bahasa Inggeris

    11. 11 PERANAN AHLI JAWATAN KUASA NILAM A. PENASIHAT - PENGETUA Memastikan kejayaan perlaksanaan & keberkesanan program NILAM Memahami dasar dan matlamat program NILAM Memberi taklimat kepada guru dan ibu bapa Memastikan pelaksanaan Program NILAM berjalan lancar Menentukan keberkesanan jadual pelaksanaan Program NILAM Mengambil tindakan susulan bagi mengatasi kelemahan program NILAM Memastikan bahan bacaan cukup bagi menjayakan Program NILAM Mendapatkan kursus @ seminar berkaitan program.

    12. 12 B. PENGERUSI PENOLONG KANAN Mempengerusikan mesyuarat Memahami dasar & matlamat program Memberi taklimat kpd gurudan ibu bapa Memastikan perlaksanaan program berjalan lancar Menentukan keberkesanan jadual perlaksanaan Program NILAM Mengenalpasti guru menghadiri kursus & seminar berkaitan Menyemak & mengesah rekod bacaan murid Meluluskan peruntukan kewangan & yg berkaitan Mengesahkan laporan yg berkaitan Program NILAM

    13. 13 C. TIMBALAN PENGERUSI PK HEM & PK KO-KURIKULUM Menjalankan tugas pengerusi semasa ketiadaan beliau Membantu Pengerusi melaksana, merancang, menyelaras, memantau & menilai Program NILAM Membantu Pengerusi menjayakan dan mengenalpasti kelemahan Program NILAM Menyelia aktiviti Program Nilam & memastikan Program NILAM dilaksanakan mengikut dirancang Menyediakan pengurusan kewangan Program NILAM Menyemak & mengesah rekod pembacaan murid

    14. 14 D. PENYELARAS PROGRAM GURU PERPUSTAKAAN & MEDIA Memberi taklimat tentang perlaksanaan program Menentukan program & menyediakan kertas kerja aktiviti yang hendak dilaksanakan. Merancang anggaran perbelanjaan program Menganjurkan aktiviti Program NILAM peringkat sekolah Memastikan program berjalan lancar Menjadi urus setia untuk pemberian anugerah NILAM di peringkat sekolah Mengenalpasti dan membimbing calon untuk anugerah NILAM peringkat negeri Mendapatkan pengesahan laporan & data NILAM daripada pengetua Menghantar laporan dan data NILAM ke PKG Menyemak & mengesah rekod bacaan murid

    15. 15 E. SETIAUSAHA GURU NILAM Menyimpan rekod, minit mesyuarat & surat menyurat Menyelaras perjalanan mesyuarat dan hal-hal yang berkaitan Membantu Penyelaras Program menjalankan aktiviti NILAM Mempamerkan data dan maklumat di sudut NILAM Mengumpulkan maklumat ( kertas kerja, laporan, bahan, data,) & menyerahkan kepada penyelaras program Menyediakan laporan berkala dan laporan tahunan bertulis untuk dikemukakan kepada Penyelaras Program NILAM dan salinan kepada Pengerusi Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid

    16. 16 F. PENOLONG SETIAUSAHA GURU DATA NILAM Mengumpul data rekod membaca dan Rakan Pembaca murid daripada Guru Tingkatan setiap bulan Memasukkan data ke pengkalan data Menganalisis data rekod membaca dan rekod aktiviti Rakan Pembaca Menyerahkan analisis data rekod membaca murid dan analisis aktiviti Rakan Pembaca kepada Guru NILAM Mengemas kini data NILAM Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid

    17. 17 G. KETUA BIDANG/ KETUA PANITIA Membantu pihak sekolah dalam pemilihan bahan bacaan Merancang dan menyelaras aktiviti P&P yang boleh menjurus ke arah pembacaan berkualiti Membuat perancangan, anggaran perbelanjaan Program NILAM bersama-sama Penyelaras Program Memantau Perlaksanaan Program NILAM Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid. H. GURU PERPUSTAKAAN Membuat penggredan buku Menyediakan bahan bacaan yang mencukupi bagi menjalankan Program NILAM Mengagihkan buku pinjaman secara berkelompok. Membantu setiausaha menganjurkan sebarang aktiviti untuk menyokong Program NILAM Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid

    18. 18 I. GURU TINGKATAN & GURU MATA PELAJARAN Menyediakan sudut bacaan di kelas Mendapatkan buku Rekod Bacaan daripada PSS/ Koperasi dan mengedarkan kepada murid Menggalakkan murid mengikuti aktiviti Program NILAM Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid Merekod bilangan buku yang dibaca ke dalam Borang Data NILAM Membantu pelaksanaan Program NILAM mengikut perancangan Menyerahkan data NILAM kepada guru Data NILAM setiap hujung bulan. Mengenalpasti dan menyenaraikan murid yang layak ke Tahap Rakan Pembaca kepada Guru Pembimbing Rakan Pembaca.

    19. 19 J. WAKIL PIBG Menghadiri setiap mesyuarat Jawatankuasa NILAM Menjadi pengantara untuk menyampaikan maklumat program NILAM PIBG berfungsi sebagai agen kepada penglibatan institusi institusi lain dalam menjayakan program ini dari segi khidmat nasihat, sumbangan buku dan kewangan. K. IBU BAPA Menggalakkan anak-anak membacandi rumah dengan bimbingan daripada ibu bapa. Menyediakan bahan bacaan di rumah Membuat pinjaman bahan bacaan daripada sumber lain. Memastikan anak anak sentiasa mempunyai bahan untuk dibaca dan membuat rekod bacaan. Mengesah dan menandatangani rekod bacaan anak-anak.

    20. 20 L. PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH Membantu murid untuk meminjam buku di PSS. Membuat pameran buku-buku yang sesuai untuk dipinjam. Membantu guru PSS menyediakan bahan bacaan. Membantu guru PSS menganalisis data bacaan murid. Mempamerkan graf-graf bacaan murid M. PEMBANTU PERPUSTAKAAN Membantu dalam penggredan buku. Memastikan jadual program dipatuhi. Memastikan segala rekod berkaitan program disimpan dengan baik. Memastikan aktiviti Program NILAM berjalan dengan lancar di perpustakaan.

    21. 21 M. MURID Membaca buku sebanyak mungkin Menentukan bahan bacaan yang dibaca itu direkod Menentukan sentiasa mempunyai bahan bacaan tidak kira di mana sahaja. Mendapat bahan bacaan daripada pelbagai sumber Memastikan mereka mencapai tahap pembacaan yang telah ditetapkan untuk mendapat pengiktirafan Menjadi rakan pembaca bagi mereka yang layak dan berkeyakinan.

    22. 22 TAHAP PELAKSANAAN PROGRAM NILAM Tahap Pertama (JAUHARI) Membina kemahiran dan menanam minat membaca sehingga terbina satu tabiat Semua pelajar diwajibkan mengikuti aktiviti galakan membaca yang dirancang dan dijalankan oleh PSS sepanjang tahun Pelajar diberi kemudahan meminjam buku melalui PSS untuk galakan membaca yang dijalankan sepanjang tahun Tahap Kedua (Rakan Pembaca RP ) Mengutamakan aspek kepimpinan dalam aktiviti membaca. Dijalankan sekiranya Tahap Pertama (Jauhari) telah dilaksanakan dengan sempurna (b) Memberi penekanan terhadap kebolehan pelajar membimbing dan menarik minat orang lain untuk membaca.

    23. 23 SISTEM GANJARAN TAHAP JAUHARI Pengiktirafan Tahap Jauhari Sekolah Menengah Pengiktirafan diberi berdasarkan jumlah buku yang dibaca sepanjang tahun Direkod dalam Buku Rekod Kemajuan Murid, Sijil Berhenti Sekolah & Surat Akuan Sekolah

    24. 24 SISTEM GANJARAN TAHAP RAKAN PEMBACA (RP) Murid telah membaca 100 buah buku layak memasuki tahap RP Pengiraan markah bg tahap RP berdasarkan aktiviti yg dijalankan. Antaranya : - Bercerita Membaca bersama Meminjam buku

    25. 25 CARA PELAKSANAAN Dijalankan dengan bimbingan guru Aktiviti-aktiviti boleh dirancang secara formal atau tidak formal Cadangan aktiviti Bercerita Membaca bersama Syarahan Meminjamkan buku

    26. 26

    27. 27 Pengumpulan Data Pengumpulan data adalah satu perkara yang penting dalam perlaksanaan Program NILAM. Langkah-langkah pengumpulan data adalah seperti berikut : i. Guru mata pelajaran perlu mengisi butiran maklumat pembacaan murid dalam Rekod Bacaan Murid pada setiap bulan mengikut format yang disediakan. ii. Maklumat tersebut akan diserahkan kepada Guru Data Nilam setiap minggu pertama bulan berikutnya. iii. Guru Data NILAM akan memasukkan maklumat tersebut ke dalam Borang Data Program NILAM dan dimasukkan ke dalam komputer untuk rekod.

    28. 28 iv. Guru Data NILAM akan menyerahkan maklumat rekod pembacaan murid kepada Guru Tingkatan pada akhir tahun. v. Pada akhir tahun persekolahan ( Tingkatan 5) , jumlah buku dihitung dan diberi pengiktirafan ( Rujuk Jadual Pengiktirafan Tahap Jauhari & Pengiktirafan Tahap Rakan Pembaca) vi.Pencapaian keseluruhan di atas dicatatkan ke dalam Kad Rekod Kemajuan Program NILAM Surat Berhenti Sekolah Surat Akuan Sekolah

    29. 29 Contoh Borang Data Program NILAM Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Oya Tingkatan : 1 Cemerlang c.d.t 45 Jalan Bukit Kemuyang 96000 Sibu Sarawak BORANG DATA PROGRAM NILAM

    30. 30 REKOD PENCAPAIAN PROGRAM NILAM Nama Murid : No/ Kad pengenalan : Jumlah Buku : _____ Pengiktirafan : ______ ( Rujuk Jadual) Pengiktirafan Tahap Jauhari Pengiktirafan Tahap Rakan Pembaca

More Related