1 / 39

Faraidh

Faraidh. Definisi: Ilmu yang memperkenalkan tentang waris dan apa yang berhak baginya dari peninggalan si mati. Kelebihan Ilmu Faraid يُوصِيكُمْ اللَّهُ فِي أَوْلاَدِكُمْ لِلذَّكَرِ مِثْلُ حَظِّ الأُنثَيَيْنِ

thelma
Télécharger la présentation

Faraidh

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Faraidh

  2. Definisi: Ilmu yang memperkenalkan tentang waris dan apa yang berhak baginya dari peninggalan si mati.

  3. Kelebihan Ilmu Faraid يُوصِيكُمْ اللَّهُ فِي أَوْلاَدِكُمْ لِلذَّكَرِ مِثْلُ حَظِّ الأُنثَيَيْنِ Allah telah mewasiatkan kepada kamu tentang hal anak-anak kamu. Bahagian lelaki adalah dua bahagian perempuan. An-Nisa’ 11

  4. Belajarlah ilmu faraidh dan ajarkanlah kepada manusia kerana sesungguhnya aku ini adalah manusia yang akan mati dan sesungguhnya ilmu ini akan ditarik dari manusia dan akan berlaku fitnah antara manusia sehingga apabila bertengkar dua orang tentang ilmu faraidh, mereka tidak dapat mencari seseorang yang dapat menyelesaikan di antara mereka. Hadis riwayat Ahmad

  5. Belajarlah ilmu faraidh kerana ia sebahagian dari agama kamu dan ajarkanlah ia kepada manusia kerana sesungguhnya ia merupakan separuh ilmu dan sesungguhnya ia akan dilupakan dan sesungguhnya ia adalah ilmu pertama yang akan dicabut dari umatku. Riwayat Abu Daud

  6. Rukun Pembahagian Pusaka Pewaris (si mati) Orang yang mewarisi Harta yang ditinggalkan

  7. Syarat Pembahagian Pusaka Yakin tentang kematian Pewaris Orang yang mewarisi diyakini hidup semasa matinya pewaris Mengetahui sebab perwarisan

  8. Sebab Pembahagian Pusaka Kerana ikatan kekeluargaan Kerana ikatan perkahwinan Kerana ikatan hamba dan tuannya

  9. Sebab Terhalangnya Pembahagian Pusaka Pembunuhan Berlainan agama Hamba sahya

  10. Perkara Yang Bersangkut Paut Dengan Harta Pusaka Pertama: Hendaklah diselesaikan segala perkara yang bersangkutan dengan harta pusaka seperti zakat

  11. Kedua: Keperluan untuk mengurus mayat seperti kain kafan, upah mandi mayat, kubur.

  12. Ketiga: Hutang yang ditanggung oleh si mati samada hutang dengan manusia seperti hutang duit atau hutang kepada Allah seperti haji.

  13. Keempat: Wasiat si mati yang tidak melebihi 1/3 dari harta peninggalannya. Kelima: Pembahagian pusaka kepada ahli waris mengikut faraidh.

  14. Jenis-Jenis Perwarisan Mengikut bahagian yang telah ditetapkan seperti ½, ¼ dan sebagainya.

  15. Asabah: Iaitu baki harta warisan selepas pembahagian kepada ahli waris lain , atau keseluruhan jika tiada ahli waris

  16. Mahjub: Iaitu bila seseorang ahli waris terhalang dari mendapat harta warisan kerana wujudnya ahli waris lain yang lebih dekat dengan si mati.

  17. Ahli-Ahli Waris Lelaki Suami Anak lelaki Cucu lelaki dari anak lelaki Bapa Datuk sebelah bapa Adik beradik lelaki kandung Adik beradik lelaki sebapa Adik beradik lelaki seibu Anak lelaki kepada adik beradik lelaki kandung

  18. Anak lelaki kepada adik beradik lelaki sebapa Bapa saudara dari sebelah bapa, kandung (sedatuk senenek) Bapa saudara dari sebelah bapa, sedatuk Sepupu lelaki sebelah bapa kandung (sedatuk senenek) Sepupu lelaki sebelah bapa sedatuk Pembebas hambanya

  19. Ahli-Ahli Waris Perempuan Isteri Anak perempuan Cucu perempuan dari anak lelaki Ibu Nenek sebelah ibu Nenek sebelah bapa Adik beradik perempuan Kandung Adik beradik perempuan sebapa Adik beradik perempuan seibu Pembebas hambanya

  20. Tingkatan Ahli Waris Tingkatan Pertama: Keluarga terdekat pewaris Suami Isteri Anak lelaki Anak perempuan Ibu bapa Kesemua mereka tidak akan terhalang dari mendapat harta pusaka

  21. Tingkatan Kedua: Adik beradik pewaris Adik beradik lelaki kandung Adik beradik perempuan kandung Adik beradik lelaki sebapa Adik beradik perempuan sebapa Adik beradik lelaki seibu Adik beradik perempuan seibu Mereka hanya akan mendapat harta pusaka jika tiada ahli waris Tingkatan Pertama

  22. Tingkatan Ketiga: Ahli waris yang menggantikan mereka di Tingkatan Pertama dan Kedua jika mereka tidak wujud. Untuk Tingkatan Pertama Cucu lelaki akan menggantikan anak lelaki Cucu perempuan akan menggantikan anak perempuan Datuk akan menggantikan bapa Nenek akan menggantikan Ibu

  23. Untuk Tingkatan Kedua Anak Saudara akan menggantikan adik beradik pewaris Bapa saudara akan menggantikan anak saudara Sepupu akan menggantikan bapa saudara

  24. Bahagian-Bahagian Faraidh Dalam Al-Quran 1/2 1/4 1/8 2/3 1/3 1/6

  25. Rumusan Hukum Faraidh 1-Suami a- Setengah ½ b- Seperempat ¼ 2-Isteri a- Seperempat ¼ b- Seperlapan 1/8

  26. 3-Anak Lelaki a- Asabah 4-Anak Perempuan a- Setengah1/2 b- Dua Pertiga 2/3 c- Asabah

  27. 5-Cucu lelaki dari anak lelaki a- Mahjub b- Asabah 6-Cucu perempuan dari anak perempuan a-Mahjub b-Setengah1/2 c- Dua Pertiga 2/3 d- Seperenam 1/6 e- Asabah

  28. 7-Bapa a- Seperenam 1/6 b- Seperenam 1/6 & Bakinya Asabah 8-Ibu a- Sepertiga 1/3 b- Seperenam 1/6 c- Sepertiga 1/3 dari baki

  29. 9-Datuk sebelah bapa a- Mahjub b- Seperenam 1/6 c- Seperenam 1/6 & Bakinya Asabah 10-Nenek sebelah bapa & ibu a- Mahjub b- Seperenam 1/6

  30. 11- Adik beradik lelaki kandung a- Mahjub b- Asabah 12- Adik beradik perempuan kandung a- Mahjub b- Setengah ½ c- Dua pertiga 2/3 d- Asabah

  31. 13- Adik beradik lelaki sebapa a- Mahjub b- Asabah 14- Adik beradik perempuan sebapa a- Mahjub b- Setengah ½ c- Dua pertiga 2/3 d- Seperenam 1/6 e- Asabah

  32. 15- Adik beradik lelaki/perempuan seibu a- Mahjub b- Sepertiga 1/3 c- Seperenam 1/6 16- Anak adik beradik lelaki kandung a- Mahjub b- Asabah

  33. 17- Anak adik beradik lelaki sebapa a- Mahjub b- Asabah 18- Pakcik sebelah bapa sedatuk senenek a- Mahjub b- Asabah

  34. 19- Pakcik sebelah bapa sedatuk a- Mahjub b- Asabah 20- Sepupu lelaki sebelah bapa sedatuk senenek a- Mahjub b- Asabah

  35. 21- Sepupu lelaki sebelah bapa sedatuk a- Mahjub b- Asabah

  36. Kaedah Umum Pembahagian Faraid 1- Sekiranya ahli waris lelaki dan perempuan dalam pangkat yang sama maka bahagia lelaki 2 kali bahagian perempuan

  37. 2- Jika wujud ahli waris yang dekat kepada pewaris, mereka akan menghalang ahli waris yang jauh dari menerima bahagian mereka. 3- Ahli waris yang tidak terhalang sama sekali dari menerima bahagian mereka ialah suami, isteri, anak lelaki dan perempuan, ibu dan bapa.

  38. 4- Semua ahli waris lelaki ada hukum asabah kecuali suami dan adik beradik lelaki seibu. 5- Semua ahli waris perempuan ada bahagian yang telah ditentukan. Mereka hanya akan mendapat asabah jika ada ahli waris lelaki yang setaraf dengannya,

  39. 6- jika tiada ahli waris lelaki dan ada baki setelah pembahagian kepada semua ahli waris, maka ianya akan diserahkan kepada baitul maal.

More Related