fakulti ekonomi dan pengurusan kursus mikroekonomi kod ecn 3101 n.
Download
Skip this Video
Loading SlideShow in 5 Seconds..
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Kursus: Mikroekonomi Kod: ECN 3101 PowerPoint Presentation
Download Presentation
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Kursus: Mikroekonomi Kod: ECN 3101

play fullscreen
1 / 32

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Kursus: Mikroekonomi Kod: ECN 3101

457 Views Download Presentation
Download Presentation

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Kursus: Mikroekonomi Kod: ECN 3101

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - E N D - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Presentation Transcript

  1. Fakulti Ekonomi dan PengurusanKursus: MikroekonomiKod: ECN 3101 Program: Bacelor Pendidikan Jarak Jauh Semester Satu, 2007/08 Pensyarah: Dr. Lee Chin E210, Fakulti Ekonomi & Pengurusan Tel: 603 - 8946 7769 Email: leechin@econ.upm.edu.my

  2. UNIT 8Monopoli

  3. MONOPOLI • Monopoli diertikan sebagai seorang penjual tunggal yang menjual sesuatu barang yang tidak mempunyai pengganti yang hampir serta adanya sekatan untuk masuk ke industri.

  4. Asas-asas kewujudan monopoli • Hak ke atas sesuatu bahan mentahdikuasai oleh sebuah firma sahaja. • Keperluan modal yang besar dan pengeluaran dibuat secara besar-besaran untuk mendapat faedah ekonomi mengikut skel. “Monopoli semulajadi”. Contoh: Elektrik, air • Firma mempunyai hakcipta dan hak ‘patent’ bagi mengeluarkan sesuatu barang atau menggunakan sesuatu proses pengeluaran. • Wujud disebabkan franchise kerajaan.Contoh: lesen perlu diperolehi sebelum memulakan sesuatu jenis perniagaan.

  5. MONOPOLI • Firma monopoli adalah juga pasaran dan mempunyai kuasa monopoli. • Kuasa monopoli adalah keupayaannya untuk menentukan P > MC dan keluk permintaan yang dihadapinya adalah bercerun negatif. • Oleh itu monopoli boleh menentukan jumlah kuantiti yang dikeluarkan tetapi harga ditentukan oleh keluk permintaan pasaran. • Ataupun monopoli boleh tentukan harga dan jumlah kuantiti yang boleh dijual bergantung kepada permintaan pasaran. • Darjah kuasa monopoli adalah bergantung kepada keanjalan permintaan barangnya. • Semakin kurang barang pengganti yang hampir, semakin kurang anjal permintaan maka semakin tinggi darjah kuasa monopoli

  6. Keluk permintaan dan keluk hasil sut • Andaikan keluk permintaan monopoli diberi oleh persamaan: P = a – bQ, ceteris paribus. TR = PQ = aQ – bQ2 AR = TR / Q = a – bQ = keluk permintaan MR = dTR / dQ = a –2bQ. • Oleh itu keluk hasil sut juga bercerun negatif tetapi kecerunannya dua kali ganda lebih besar daripada kecerunan keluk permintaan.

  7. Keanjalan (d) dan Hasil Sut (MR) • MR = d(PQ) / dQ = P + QdP/dQ = P + P(Q/P) (dP/dQ) = P + P(1/d ) MR = P (1 + 1/d) atau P(1 – 1/ d ) • Bila d = -1, MR = P(1-1) = 0. • Bila d < 1, MR < 0. • Bila d > 1, MR > 0. • Dari formula tersebut, MR adalah positif sekiranya d > 1, oleh itu monopoli sentiasa akan beroperasi di bahagian keluk permintaan yang anjal.

  8. Contoh: Hasil Marginal (MR) • Jika monopoli yg memaksimumkan untung mengenakan harga $10 bagi sesuatu barang dan d = -1.25 pada harga tersebut. Andaikan, firma monopoli tidak dapat menjalankan diskriminasi harga, apakah hasil marginalnya? JAWAPAN: MR = P (1 + 1/d) MR = 10 (1 + 1/-1.25) MR = 2 Atau MR = P (1 – 1/ d ) MR = 10 (1 – 1/ 1.25 ) MR = 2

  9. Hasil Marginal & Jumlah Hasil • keluk hasil marginal menunjukkan perubahan dalam jumlah hasil akibat pergerakan sesuatu firma sepanjang keluk permintaan (D). • Jumlah hasil (TR) bertambah dengan output bila MR adalah positif atau D adalah anjal. • TR adalah maksimumbila MR = 0 atau D adalah anjal uniti. • TR berkurang dengan pengembangan output bila MR adalah negatif atau D adalah kurang anjal.

  10. Rajah 10.1: Keluk Permintaan dan Keluk Hasil Marginal Monopoli • Keluk pm, D berkecerunan negatif, MR < P. • MR adalah positif apabila D adalah anjal. • MR = 0 apabila D adalah anjal uniti dan TR adalah maksimum. • MR adalah negatif apabila D adalah kurang anjal.

  11. Penentuan Output dan Untung Maksimum • Kaedah Jumlah • Jumlah Hasil & Jumlah Kos • Jarak yang paling besar antara keluk TR dan TC • Kaedah Marginal • hasil marginal & kos marginal. • syarat pertama: MR = MC • syarat kedua: keluk MC memotong keluk MR dari arah bawah keluk MR. • d(MR) / dQ < d(MC) / dQ

  12. Rajah10.2: Keseimbangan J/Pendek Monopoli: Kaedah Jumlah • Keluk Jumlah Hasil (TR) monopoli berbentuk "U-terbalik" kerana monopoli perlu merendahkan harga untuk menjual unit tambahan. • Keluk Jumlah Kos (STC) berbentuk seperti biasa. • Untung adalah mak pd Q = 3, di mana • jarak menegak di antara TR dan STC adalah terbesar ($4.50). • KelukTR dan STC selari (rajah atas) • keluk jumlah untung tertinggi (rajah bawah). • Untung adalah positive di antara Q = 1.5 dan Q = 4.1, dan untung adalah negative pada tingkat output lain. • Pd Q = 0, jumlah kerugian $6 (=Jumlah Kos Tetap).

  13. Table 10.2 Jadual 10.2: Jumlah Hasil, Jumlah Kos & Jumlah Untung • Rajah 10.2

  14. Rajah 10.3: Keseimbangan J/Pendek Monopoli: Kaedah Marginal • Tingkat output optimum monopoli = 3 unit (Titik G)di mana MR = MC (dan MC memotong MR dari bawah). • Pd Q = 3, P = $6 (titik A), ATC = $4.50 (titik B), dan monopoli memperolehi untung per unit$1.50 (AB) dan jumlah untung $4.50 (luas ABCF ). • Pd Q < 3, MR > MC dan jumlah untung meningkatdengan menambahkan Q. • Pd Q > 3, MC > MR, jumlah untung meningkat dengan mengurangkanQ.

  15. Table 10.4 Jadual 10.4: Pemaksimuman Untung: Kaedah Marginal • Rajah 10.3

  16. Rajah 10.4: Permaksimuman Untung atau Peminimuman Kerugian • Jika Keluk pm ialah D¢ • outputoptimum monopoli ialah Q = 2.5 (titik G¢)di mana MR = MC (dan MC memotong MR dari bawah). • Q = 2.5, ATC > P, firma mengalami kerugian $1 (B¢A¢) per unit atau jumlah kerugian $2.50 (B¢A¢F¢C¢). • Jk firma henti operasi, akan mengalami kerugian yg lebih besar iaitu $6 =TFC (B¢H¢J¢C¢). • Titik penutupan firma (Z¢) ialah pd P = AVC.

  17. Keluk Penawaran Monopoli • Keluk penawaran ialah hubungan secara satu sama satu antara harga pasaran dan kuantiti yang ditawarkan dalam satu jangka waktu tertentu. • Bagi monopoli, tidak terdapat hubungan unik di antara harga dan outputditawarkan (iaitu, keluk penawaran "undefined"). • Monopoli tidak mempunyai keluk penawaran kerana kuantiti yang ditawarkan bergantung kepada kedudukan keluk permintaan pasaran.

  18. Rajah 10.5: Kos Marginal dan Penawaran J/Pendek • D ialah keluk pm asal dan D² ialah satu keluk pm alternatif yg kurang anjal. • Keluk MC memotong MR dan MR² pd G², tingkat output optimum ialah 3 unit, tidak kira samada monopoli menghadapi D atauD². • Dengan D, monopoli mengenakan P = $6, manakala dengan D², ia mengenakan P = $7.50. • Maka, bagi monopoli, tidak terdapat hubungan unik di antara harga dan outputditawarkan (iaitu, keluk penawaran "undefined").

  19. Dalam j/panjang, monopoli memaksimumkan untung dengan mengeluar pd M (Q = 4), di mana keluk LMC memotong keluk MR dari bawah. • Monopoli akan mengguna loji SATC2 dan beroperasi di titik Npada SATC = $3.50. • Monopoli akan memperolehi untung per unit$1.50 (RN) dan jumlah untung $6 (berbanding dengan $4.50 dalam j/pendek). Rajah 10.6: Keseimbangan J/Panjang Monopoli • P >LMC, ketidakcekapan peruntukan • P >LAC, ketidakcekapan pengagihan • LAC  LMC ketidakcekapan pengeluaran

  20. Monopoli Banyak Loji • Monopoli mempunyai beberapa loji dan struktur kos yang tersendiri. Loji 1: C1 = C1(q1) Loji 2: C2 = C2(q2) • Berapakah jumlah output yang patut dikeluarkan dan jumlah output dari setiap loji adalah berdasarkan kepada: i.                    MC di setiap loji adalah sama ii.                   MR = MC bagi setiap loji. • Kesimpulan: • Sebuah monopoli banyak loji memaksimumkan keuntungan dengan mengeluarkan output di mana MC keseluruhan bagi firma menyamai MR. • Tiap-tiap loji pula akan mengeluarkan output di mana MC loji sama dengan MC keseluruhan dan sama dengan MR pada output keseimbangan.

  21. Rajah 10.8: Keseimbangan J/Pendek Monopoli berbilang loji • Keluk SMC dua loji monopoli adalah SMC1 dan SMC2 (rajah kiri dan tengah). • Penambahan SMC1 dan SMC2 memberi SMC (rajah kanan). • SMC menunjukkan SMC ygminimumbagi monopoli untuk mengeluarkan setiap unit tambahan output. • Tingkat output optimum ialah Q = 4 (titik G, di mana SMC =MR). • Untuk meminimumkan STC, monopoli perlu mengeluar 3 unit output dengan loji 1 dan 1 unit dengan loji 2 supaya SMC1 = SMC2 = SMC = MR = $3. Nota Penting: Loji tidak sama, Kos tidak sama, P sama, SMC1 = SMC2= SMC = MR

  22. Rajah kiri menunjukkan salah satu loji monopoli. • Monopoli akan beroperasi loji ini pada E¢, di mana LAC1 = LMC1 = $1 and Q1 = 3. • Untuk mengeluarkan lebih output, monopoli perlu membina loji tambahan yg serupa dan beroperasi pada Q = 3. • Jika harga input malar, keluk LMC monopoli (jumlah 2 loji) adalah mendatar = $1 (rajah kanan). Tingkat output optimum pd titik E (LMC = MR = $1), Q = 6, P = $4, LAC = $1, dan monopoli memperolehi jumlah untung $18 dan menggunakan2 loji. Rajah 10.9: Keseimbangan J/Panjang Monopoli berbilang loji

  23. Diskriminasi Harga • Monopoli menjual barang yang sama dengan harga yang berlainankepada pembeli yang berlainan. • Terdapat 3 jenis diskriminasi harga: • Diskriminasi harga darjah pertama atau diskriminasi harga sempurna. • Diskriminasi harga darjah kedua. • Diskriminasi harga darjah ketiga.

  24. i. Diskriminasi harga darjah pertama atau diskriminasi harga sempurna • Monopoli menjual setiap output secara berasingan dan mengenakan harga yang tetinggi. • Setiap pengguna akan sanggup membayar dengan harga yang tetinggi daripada tidak mendapatnya. • Monopoli mendapat semua lebihan pengguna.

  25. Rajah 10.10: Diskriminasi Harga Darjah Pertama • Pengguna sanggup bayar $22.50 untuk 3 unit komoditi, • tetapi hanya bayar $18, • Lebihan pengguna = $4.50. • Jika monopoli mengenakan harga $8.50 bagi unit pertama, $7.50 bagi unit ke-2 dan $6.50 bagi unit ke-3, • ia akan memperolehi $22.50 (mengambil semua lebihan pengguna).

  26. ii. Diskriminasi harga darjah kedua • Monopoli mengenakan harga yang sama per unit output, dan mengenakan harga yang lebih rendah kepada tambahan output yang dijual. • Contoh: harga blok. Elektrik, air. • Monopoli mendapat sebahagian dari lebihan pengguna.

  27. Rajah 10.10: Diskriminasi Harga Darjah Kedua • Jika monopoli set P = $7 bagi 2 unit pertama dan P = $6 bagi unit tambahan, • ia akan menjual 3 unit dan • mengambil $2 lebihan pengguna.

  28. iii. Diskriminasi harga darjah ketiga • Monopoli mengenakan harga yang berlainan ke atas barang yang sama di pasaran yang berlainan walaupun kos mengeluarkan dan memasarkan barang tersebut adalah sama. • Syarat-syarat diskriminasi harga: • pasaran boleh dipisahkan • keanjalan permintaan adalah berbeza antara pasaran • Dinyatakan keanjalan permintaan adalah berbeza untuk melaksanakan diskriminasi harga, MR1 = P1(1 – 1/d1 )  MR2 = P2(1 – 1/d2 ) d1 d2, maka P1 P2 • Monopoli akan mengenakan harga yang lebih tinggi di pasaran di mana keanjalan permintaan tidak anjal dan sebaliknya. • d1 > d2, maka P1 < P2

  29. D1 dan MR1(rajah kiri) ialah keluk pm dan keluk hasil marginal monopoli di pasaran 1. • D2 dan MR2, (rajah tengah) untuk pasaran 2. • Menambah D1 & D2, MR1 & MR2 secara mendatar, memberi keluk D & MR monopoli (rajah kanan). • Tingkat output optimum ialah 7 unit (MC =MR). Untuk memaksimumkan jumlah untung monopoli perlu menjual Q = 4 pada P = $7 di pasaran 1 dan Q = 3 pada P = $4.50 di pasaran 2, supaya MR1 = MR2 = MR = MC= $3. Dengan AC = $4 (titik Z rajah kanan), jumlah untung monopoli = $13.50. Rajah 10.11: Diskriminasi Harga Darjah Ketiga Nota Penting: Kos sama, Pasaran tidak sama, P tidak sama, MR1 = MR2= MR = MC

  30. Perbandingan antara monopoli dan pasaran persaingan sempurna • Dalam j/panjang, firma pasaran persaingan sempurna, (Pc = MCc = $3), Q = 4,000, harga = kos purata (P = LRAC) dan memperolehi untung normal. • Berbanding dengan PPS, monopolimengeluarkan kurang output (Q = 2,500), mengenakan harga yang lebih tinggi (Pm = $4), dan memperolehi untung positif.

  31. Perbandingan antara monopoli dan pasaran persaingan sempurna • Andaian monopoli dan pasaran persaingan sempurna mempunyai keluk kos yang sama. • Monopoli mengeluarkan kurang output berbanding dengan pasaran persaingan sempurna • Monopoli mengenakan harga yang lebih tinggi berbanding dengan pasaran persaingan sempurna • Adanya kos sosial atau dead weight loss akibat dari ketidakcekapan monopoli • Ketidak cekapan pengeluaran (productive inefficiency) bagi monopoli kerana LAC  LMC • Ketidakcekapan peruntukan (allocative inefficiency) bagi monopoli, P > MC

  32. Perbandingan antara Monopoli & Persaingan Sempurna: