1 / 10

Pengurusan Hutang Kad Kredit

Pengurusan Hutang Kad Kredit.

zoltin
Télécharger la présentation

Pengurusan Hutang Kad Kredit

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Pengurusan Hutang Kad Kredit Mengikut statistik terkini yang diperolehi oleh Bank Negara Malaysia, jumlah hutang kad kredit yang masih tertunggak berjumlah RM 10.6 billion dan pasaran kad kredit ini bertambah 20% setiap tahun. Dengan kadar faedah 1.5% sebulan, bank-bank di Malaysia dengan mudah mendapat keuntungan faedah berjumlah RM 159 juta setiap bulan, tidak termasuk caj-caj untuk khidmat lain seperti caj pengeluaran tunai (5%) atau caj lambat bayar (RM5).

  2. Pengurusan Hutang Kad Kredit • Apa Jadi Apabila Anda Hanya Membayar Jumlah Minima Setiap Bulan? •  Dengan hanya membayar jumlah minima setiap bulan, hutang kad kredit RM 10,000 akan selesai sepenuhnya selepas lebih 89 pembayaran atau 7.4 tahun dengan jumlah faedah berbayar RM 4,055.

  3. Pengurusan Hutang Kad Kredit • “semakin tinggi jumlah hutang kad kredit anda, semakin lamalah hutang kad kredit itu akan selesai dan lebih banyak faedah yang anda perlu bayar kepada bank” • dan jika anda terus membayar bulanan pada kadar minima dan kemudian, mengguna-semula kad kredit tersebut, maka hutang kad kredit anda tidak akan selesai sampai bila-bila pun!

  4. Pengurusan Hutang Kad Kredit • Bagaimana Untuk Mengurus Hutang Kad Kredit Anda? • Jika anda mempunyai sejumlah wang yang besar, anda boleh gunakan ia untuk mengurangkan atau menyelesaikan hutang kad kredit anda. Daripada melaburkan wang tersebut ke dalam akaun simpanan tetap yang hanya memberi pulangan 3.5% setahun atau ke dalam pelaburan yang hanya beri pulangan 9.25% setahun, adalah lebih sesuai jika anda selesaikan hutang kad kredit yang caj faedah 18% - 21% setahun ke atas anda.

  5. Pengurusan Hutang Kad Kredit • Jika anda tidak mempunyai sejumlah wang yang besar dan hanya boleh menyelesaikan hutang kad kredit secara ansuran bulanan, ada beberapa perkara yang perlu anda ambil perhatian.

  6. 1 – Pengurusan Risiko • Jika anda mempunyai hutang kad kredit lebih RM 5000, anda seharusnya melindungi diri anda dengan Insurans kad kredit atau Takaful. • Mengapa takaful itu penting? Ini kerana, jika berlaku kematian @ diagnosis penyakit kritikal @ cacat keseluruhan (lumpuh) ke atas diri anda, keluarga anda terpaksa menanggung beban hutang kad kredit anda. • Menjadi lumpuh memang menyusahkan, tetapi menjadi lumpuh tanpa pendapatan berterusan dan hutang yang banyak adalah lebih perit lagi untuk ditanggung oleh keluarga anda.  

  7. 2 – Cari Punca Masalah : Mengapa Berhutang Kad Kredit? • Cara mudah untuk mengesan masalah ini adalah dengan membuat Penyata Aliran Tunai Bulanan (Monthly Cash-Flow Statement). Cara membuatnya cukup mudah dan ringkas :- + Pendapatan Bersih Bulanan (-) Pembayaran Bulanan untuk Pinjaman (-) Perbelanjaan bulanan  = Baki Positif (Surplus) atau Baki Negatif (Defisit)?

  8. Pengurusan Hutang Kad Kredit (Debt Management) • Saver Takafulink sekiranya tuan mempunyai baki positif(surplus) • Contoh: Potongan ASB/Simpanan bank RM200 sebulan. Setahun ada RM2,400. Jika simpan di bank, dapat 2% setahun                  = RM 48Jika simpan di pelaburan ASB, dapat 9% setahun = RM 216Jika bayar pada kad kredit melalui SAVERTAKAFULINK jimat faedah 18% setahun = RM 432        Anda perlu ingat bahawa FAEDAH adalah sesuatu yang anda perlu bayar kepada bank. • Mana lebih baik? Anda dapat RM 216 atau anda tidak perlu bayar faedah RM 432 dan hutang kad kredit anda selesai dalam tempoh 2 tahun disamping perlindungan khairat kematian(termasuk lumpuh/penyakit kritikal) dan perlindungan kos perubatan • (Nota : Ini cuma kiraan kasar sahaja)

  9. 3-Melalui ansuran bulanan tetapi mempunyai baki aliran tunai negatif (defisit) • perlu menyusun-semula baki hutang kad kredit anda itu dengan memindahkan ia ke dalam pakej pinjaman yang mempunyai caj faedah lebih rendah seperti pakej pinjaman peribadi di Bank Rakyat.  ATAU • Dengan mengumpul semua hutang kad kredit ke dalam satu akaun pinjaman rumah yang baru (debt consolidation), ia akan meringankan beban anda dari terpaksa pergi ke 4 - 5 bank sehari kepada 1 bank sahaja atau lebih mudah lagi, berurusan dengan 1 bank secara online/internet.  Kadar faedah baru yang dikenakan juga lebih rendah iaitu 6.25% setahun berbanding kadar faedah kad kredit 18% - 21% setahun. Jadi, anda akan dapat menyelesaikan hutang kad kredit itu tadi dengan lebih cepat jika anda membayar pada jumlah yang sama, tetapi pada kadar faedah yang lebih murah berbanding dulu.

  10. Kesimpulan • Antara tindakan yang anda perlu buat adalah :- - Kurangkan perbelanjaan semaksima yang boleh terutamanya yang tidak penting. - Susun-semua pinjaman sedia ada (re-financing) sebelum anda menghadapi masalah kewangan - Tambah pendapatan sampingan jika boleh - Peruntukkan untuk perkara yang tidak diduga Sekian Terima Kasih

More Related