1 / 32

MenilaiFaedah dan kos Barangan dan Perkhidmatan Tak Berpasaran

MenilaiFaedah dan kos Barangan dan Perkhidmatan Tak Berpasaran. Pendahuluan Kebanyakan aktiviti ekonomi beroperasi melalui sistem pasaran ( market system ) yang mana tekanan pasaran ( market forces ) akan menentukan harga dan kuantiti barang dan perkhidmatan.

alodie
Télécharger la présentation

MenilaiFaedah dan kos Barangan dan Perkhidmatan Tak Berpasaran

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. MenilaiFaedah dan kos Barangan dan Perkhidmatan Tak Berpasaran

  2. Pendahuluan • Kebanyakan aktiviti ekonomi beroperasi melalui sistem pasaran (market system) yang mana tekanan pasaran (market forces) akan menentukan harga dan kuantiti barang dan perkhidmatan. • Namun kita juga akan dapati projek-projek yang menimbulkan masalah kepada sistem harga dalam menilai faedah dan kos projek berkenaan.

  3. Kita akan dapati kebanyakan projek taman rekreasi seperti taman tasek, taman bunga atau taman negara wujud sebagai barang awam (public goods) oleh kerana ianya mempamerkan ciri-ciri penggunaan tanpa saingan dan tanpa pengasingan yakni barang awam apabila ianya ditawarkan faedahnya dapat dinikmati oleh semua pihak tanpa ada kuasa yang dapat menghalangnya samaada individu tersebut membayar atau tidak untuk menikmati perkhidmatan tersebut.

  4. Kewujudan barang awam menimbulkan masalah kepada sistem harga oleh kerana apabila ianya ditawarkan ramai individu akan menikmati faedahnya tak kira samaada mereka bayar atau tidak keatas perkhidmatan tersebut, jika pun ada bayaran dikenakan ianya adalah terlalu rendah berbanding faedah (utility) yang diperolehi dari menikmati kemudahan berkenaan

  5. Untuk menilai faedah dan kos barang dan perkhidmatan tak berpasaran ini kita akan lihat kepada dua kaedah yang sering digunakan dalam menilai projek awam seperti projek taman rekreasi dan sebagainya: • Kaedah kos perjalanan (travel costmethod,TCM) • Kaedah penilaian kontingen (contingentvaluation method,CVM)

  6. Kaedah kos perjalanan (TCM) • TCM merupakan satu-satu kaedah alternatif yang meletakan nilai keatas satu-satu tapak kemudahan rekreasi berdasarkan lebihan pengguna (consumersurplus) yang boleh dikira dari anggaran keluk permintaan. • Masalah untuk menganggarkan keluk permintaan bagi kebanyakan tapak atau kemudahan rekreasi luar (outdoor recreational facilities) seperti taman negara ialah ianya tidak dikenakan bayaran masuk (entrancefee) dan lebih menyulitkan lagi kerana tidak ada data harga.

  7. TCM merupakan satu kaedah untuk menilai kemudahan kemudahan rekreasi dengan mengira lebihan pengguna (consumersurplus) yang dikira dari anggaran keluk permintaan. • Data penting untuk kaedah ini ialah kos perjalanan (travel costs) yang dibelanjakan oleh pelawat (visitors) untuk sampai ke tapak atau kemudahan rekreasi berkenaan

  8. Rasional asas TCM ialah jika kos kemasukan ke tapak berkenaan adalah sifar atau bayaran yang dikenakan terlalu rendah berbanding dengan kos perjalanan yang telah dibelanjakan maka harga berkesan (effective price) bagi kemudahan rekreasi berkenaan adalah kos perjalanannya.Dengan lain perkataan kita boleh mengandaikan bagi seseorang individu yang rasional faedah atau utiliti yang diperolehi dari kemudahan tertentu mestilah sekurang kurangnya sama dengan kos yang sanggup dibelanjakan oleh individu berkenaan untuk menikmati kemudahan rekreasi berkenaan

  9. Kaedah kos perjalanan ini mula ditulis oleh Clawson (1959) dan dibincang dengan lebih terperinci dalam Clawson and Knetch (1966).

  10. Menerbitkan Keluk Permintaan Kos Perjalanan (Travel cost Demand Curve) 1. Menentukan zon-zon yang mempamerkan kos perjalanan,populasi,bilangan lawatan dan lain lain data untuk membolehkan pembentukan zon jarak bagi model kos perjalanan (distance zone for a travel costs model)

  11. 2. Anggarkan pertalian antara kadar lawatan (visits rate) bagi tiap-tiap zon dan kos perjalanan berkaitan (estimate the relationship between the visits rate of each zone and the associated travel cost) Umumnya kedua varibel ini kadar lawatan (V) dan kos perjalanan (C) adalah bertalian songsang (inverse relationship) dan pertalian ini dikenali juga sebagai keluk permintaan permulaan (initial demand curve)

  12. 3. Menganggarkan keluk permintaan akhir (final demand curve) yang menunjukan pertalian antara jumlah kos (total costs) atau dianggap juga sebagai harga (price) dengan jumlah pelawat (visitors) Dari keluk permintaan akhir ini anggaran kawasan dibawah keluk ini adalah jumlah faedah dari tapak atau kemudahan berkenaan.

  13. Contoh Perkiraan Kaedah Kos Perjalanan (TCM) Berikut ialah data yang diperolehi dari projek rekreasi XYZ dan kita boleh mengira Jumlah Faedah (total benefits) dari projek berkenaan Zon. Pop (P). Kos Perjalanan. Bil Lawatan(L) Purata (C) 1 1000 RM1.00 400 2 2000 3.00 400 3 4000 4.00 400

  14. 1. kirakan Kadar Lawatan V = L / P Zon Pop.(P) Bil.Lawatan Kadar Lawatan (L) (V) 1. 1000 400 400 / 1000 = 0.4 2. 2000 400 400 / 2000 = 0.2 3. 4000 400 400 / 4000 = 0.1

  15. 2. Dapatkan pertalian antara kadar lawatan (V) dan kos perjalanan (C) atau keluk permintaan keseluruhan pengalaman V = a + bC Kadar Lawatan (V) Kos Perjalanan (C) 0.4 RM1.00 0.2 3.00 0.1 4.00

  16. Gunakan Kaedah regressi Y = a + bX 2 2 b = [nE(XY)-EXEY] / [nEX - (EX) a = E Y / n – b EX / n

  17. 2 • Kadar lawatan kos Perjalanan XY X Y (V) X (C) 0.4 1 0.4 1 0.2 3 0.6 9 0.1 4 0.4 16 E 0.7 8 1.4 26 n = 3

  18. b = [3(1.4) – 8(0.7)] / [3(26) -64 = 4.2 – 5.6 / 78 – 64 = - 1.4 / 14 = - 0.1 a = 0.7 / 3 – (-0.1) 8 / 3 = 0.233 – (- 0.267) = 0.5 Pertalian antara V dan C V = 0.5 – 0.1C

  19. 3. Keluk Permintaan Permulaan (tunjukkan gambarrajah) V = 0.5 – 0.1C Zon C V VxP L 1 1 0.5-0.1(1)=0.4 0.4x1000=400 2 3 0.5-0.1(3)=0.2 0.2x2000=400 3 4 0.5-0.1(4)=0.1 0.1x4000=400

  20. 4. Pengiraan CS daripada Keluk Permintaan Akhir Bayaran masuk RM1.00 Zon 1 Zon 2 Zon 3 C 1 3 4 C* 2 4 5 V 0.5-0.1(2)=0.3 0.1 0 P 1000 2000 4000 L 0.3(1000)=300 0.1(2000)=200 0(4000)=0

  21. Bayaran masuk RM2.00 Zon 1 Zon 2 Zon 3 C 1 3 4 C* 3 5 6 V 0.2 0 -0.1 P 1000 2000 4000 L 200 0 0

  22. Bayaran masuk RM3.00 Zon 1 Zon 2 Zon 4 C 1 3 4 C* 4 6 7 V 0.1 -0.1 -0.2 P 1000 2000 4000 L 100 0 0

  23. Bayaran masuk RM4.00 Zon 1 Zon 2 Zon 3 C 1 3 4 C* 5 7 8 V 0 -0.2 -0.3 P 1000 2000 4000 L 0 0 0

  24. Daripada pengiraan, Jadual Permintaan Akhir adalah (tunjukkan gambarrajah) Harga(H) Lawatan (L) 4.00 0 3.00 100 2.00 200 1.00 500 0 1200

  25. Lebihan Pengguna (CS) di kira dari keluk permintaan berkenaan ialah H 3 : ½ (1x1) + (3x1) = 3.5 H 2 : 3.5 + ½ (1x1) + (2x1) = 6 H 1 : 6 + ½ (1x3) + (1x3) = 10.5 H 0 : 10.5 + ½ (1x7) = 14 Jumlah Keluasan Kawasan di bawah Keluk Permintaan Akhir ialah 14x100 = 1400

  26. Kaedah Penilaian Kontinjen – Contingent Valuation Method (CVM) • Menerusi soalan kajiselidik dengan bertanya terus keutamaan individu pertanyaan mengenai kesanggupan membayar (willingness to pay, WTP) bagi pasaran hipotetikal yakni pasaran sebenarnya tidak wujud bagi barang berkenaan contohnya kawasan rekreasi, pembersihan sungai,peningkatan mutu persekitaran dll.

  27. Disebabkan WTP adalah tertakluk (contingent) ke atas pasaran yang dinyatakan maka pendekatan ini diberi nama kaedah kontinjen • Kaedah ini memerlukan 3 bahagian • Penerangan jelas berkaitan barang atau perkhidmatan yang ingin dinilaikan dan cara penyampaiannya kepada individu yakni pasaran mestilah munasabah dan kaedah pembayaran mestilah jelas • Soalan mengenai bayaran yang sanggup dibayar bagi mendapatkan barang atau perkhidmatan berkenaan • Soalan berhubung ciri atau latar belakang individu / reponden seperti umur,pendapatan dll.

  28. CVM merupakan kaedah yang digemari oleh penyelidik kerana ianya boleh digunakan untuk menilai pelbagai barang alam sekitar (environmental goods) tetapi masalah besar kaedah ini ialah terdapat beberapa bentuk ‘bias’ yang mungkin akan mengurangkan ketepatan kajian penilaian berkenaan [rujuk jadual 8.2 bahan rujukan Callan and Thomas (1996)]

  29. Contoh Satu kawasan sungai dikawasan hutan kini digunakan sebagai tempat rekreasi.Cadangan untuk membangun kawasan berkenaan telah dibuat maka pengguna tidak lagi dapat menggunakan kawasan tersebut sebagai tempat rekreasi Pelawat ditanya soalan samaada dia bersedia membayar RMxx (bida permulaan – starting bid) setahun supaya terus dapat menggunakan kawasan rekreasi berkenaan

  30. Bida tunggal (single bid) merupakan beberapa jumlah amaun ini ditanya kepada individu berlainan. • Bida tertumpu (coverging bid) adalah jika jawapan Ia (yes) amaun dinaikkan sehingga sampai tahap jawapan Tidak (no) dan jika jawapan awal Tidak amaun dikurangkan sampai jawapan Ia diterima.

  31. pertan • Pertanyaan boleh juga ditanya berasaskan kesanggupan menerima (willingness to accept,WTA) – adakah anda akanmenerima bayaran RMxx setahun bagi berhenti menggunakan kawasan rekreasi ini ? Jika jawapan Ia bida dikurangkan dan jika jawapan Tidak bida dinaikkan

  32. Maklumat berikut telah diperolehi mengenai kajian yang dibuat ke atas satu kawasan rekreasi 1 2 3 4 WTP Bil sampel Populasi Jumlah WTP (RM) (5% pop.) (RM) 0-10 50 1000 5000 10.01-20 100 2000 30000 20.01-30 200 4000 100000 30.01-40 450 9000 315000 40.01-50 150 3000 135000 >50 50 1000 100000 Jumlah 1000 20000 685000 Jumlah WTP = populasi x titik tengah WTP dan bida >50 titik tengah diandaikan RM100

More Related