1 / 42

PEMILIHAN & PENGGUNAAN PPE

PEMILIHAN & PENGGUNAAN PPE. Disediakan oleh : Shamsudin bin Abdul Aziz (J36) Unit Kelulusan, Seksyen Peralatan, Bhg. Higien Industri & Ergonimik (BHIE) Jab. Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP). KANDUNGAN:. Pengenalan Definasi Penilaian Hazard Jenis PPE Pemilihan PPE FAQ PPE.

antranig
Télécharger la présentation

PEMILIHAN & PENGGUNAAN PPE

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. PEMILIHAN & PENGGUNAAN PPE Disediakan oleh : Shamsudin bin Abdul Aziz (J36) Unit Kelulusan, Seksyen Peralatan, Bhg. Higien Industri & Ergonimik (BHIE) Jab. Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

  2. KANDUNGAN: • Pengenalan • Definasi • Penilaian Hazard • Jenis PPE • Pemilihan PPE • FAQ PPE

  3. 1. PENGENALAN PPE • Kelengkapan Pelindung Diri (KPD) atau Personnal Protective Equipment (PPE) adalah peranti pelindung diri yang dipakai semasa bekerja. • Keberkesanan pelindungan PPE bergantung kepada kesesuaian, pemakaian, pengunaan dan penyelenggaran yang betul. • Kehendak PPE dalam 29 CFR 1910.132 adalah - PPE disediakan - digunakan - diselenggara kebersihannya - keadaan dapat dipercayai

  4. 1. PENGENALAN PPE • Setiap PPE yang digunakan mestilah dari jenis yang telah diluluskan oleh JKKP

  5. 1. PENGENALAN PPE

  6. 2. DEFINASI PPE • Apa-apa kelengkapan yang dimaksudkan untuk dipakai atau dipegang oleh seseorang yang sedang bekerja dan yang melindunginya terhadap satu atau lebih risiko kepada keselamatan atau kesihatannya dan apa-apa aksesori tambahan yang direkabentuk untuk memenuhi matlamat itu(3) (3) Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya kepada Kesihatan) 2000 • Peralatan dan pakaian yang dipakai oleh pekerja untuk mencegah atau mengurangkan pendedahan kepada hazard keselamatan dan kesihatan(1) (1) Basics of Industrial Hygiene: Chapter 12-Selection and Use of Personal Protective Equipment by Debra Nims

  7. 3. Penilaian Hazard Terdapat 3 langkah Penilaian Hazard, iaitu; 1. Dijalankan oleh Penyelia dan pekerja berpengalaman yang mengetahui proses kerja dan hazard. Dimana tinjauan melalui berjalan untuk memerhati proses, perkakasan, peralatan, dan mengenalpasti potensi hazard. Ini termasuklah; - Laluan atau kemasukan pendedahan - Organ sasaran 2. Menentukan hazard sediada memberi risiko kecederaan kepada pekerja disamping menyemak rekod jenis dan lokasi kejadian yang lepas. 3. PPE dipilih menurut tahap keseriusan hazard.

  8. 4. JENIS PPE 1. Pelindung Pernafasan (Disposable & Mask respirator) 2. Pelindung Pendengaran (Earmuff & Earplug) 3. Pelindung Mata 4. Pelindung Tangan 5. Pelindung Kaki 6. Pelindung Badan 7. Pelindung Kepala 8. Pelindung Jatuh

  9. JENIS PPE: Pelindung Pernafasan Half-face Respirator Disposable Mask Full-face Respirator Self-Contained Breathing Apparatus (SCBA)

  10. JENIS PPE: Pelindung Pernafasan • Walaupun pelindung ini baik dan pilihan yang logik untuk pelindungan pekerja, namun pemakaiannya semasa bekerja menyebabkan pekerja tidak selesa, panas, sukar berkomunikasi, dan menyebabkan kabus atau gangguan penglihatan terutamanya bagi mereka yang memakai cermin mata. • Dalam Standard OSHA bagi program Pelindung Pernafasan 29 CFR 1910.134 mengariskan; • Peruntukan untuk memilih penggunaan pelindung pernafasan yang sesuai. • Penilaian perubatan untuk pekerja yang dikehendaki memakai pelindung pernafasan. • Prosedur uji-padan. • Prosedur memakai pelindung pernafasan dalam keadaan rutin dan kecemasan. • Prosedur dan jadual untuk membersihkan, membasmi kuman, membaiki, menyimpan, memisahkan, dan lain-lain

  11. JENIS PPE: Pelindung Pernafasan • Prosedur untuk pastikan kualiti udara secukupnya, kuantiti, dan aliran alat pernafasan bekalan atmosphera (udara). • Latihan pekerja dalam hazard pernafasan dimana mereka kemungkinan terdedah semasa situasi normal dan kecemasan. • Latihan pekerja berkaitan pelindung pernafasan yang sepatutnya, termasuk memakai, mencabut, had penggunaan, dan penyelenggaraan. • Prosedur penilaian berkala keatas keberkesanan program. • Pemakaian peruntukan secara sukarela tidak terpakai untuk pelindung habuk (dust mask)

  12. JENIS PPE: Pelindung Pernafasan • Terdapat 3 kelas/kategori pelindung pernafasan iaitu; • Respirator membersih udara (air-purifying respirator)–menyingkirkan ambien yang tercemar dengan cara penapisan atau penyerapan. • Respirator membekal udara (air-supplying respirator)–menyediakan udara bernafas dari luar kawasan kerja yang tercemar. • Perkakas Bernafas Swakandung (Self-Contained Breathing Apparatus) –menyediakan udara bernafas dari tangki yang dibawa bersama pekerja

  13. JENIS PPE: • Respirator membersih udara (tekanan negatif) • Pelindung jenis ini tidak boleh digunakan sekiranya; • 1. Kandungan Oksigen <19.5% (19.5<O2<23%) • 2. Persekitaran IDLH (Immediately Dangerous to Life and Health) • 3. Bahan karsinogen dan sensitif. • 4. Amaran kandungan bahan yang tidak jelas/kabur. • 5. Memasuki ruang; terkurung atau tidak dialih udarakan dimana keadaan pendedahan tidak dikategorikan • 6. Kehadiran kontamina yang tidak dikenali pada paras yang tidak diketahui • 7. Kepekatan kontaminamelebihi keupayaan maksimum katrij • 8. Kelembapan relatif tinggi, hujan.

  14. JENIS PPE: • Setiap katrij yang diluluskan oleh NIOSH perlu melabelkan kontamina yang dilindungi. • Sekiranya ada kewujudan teknologi, katrij gas dan wap perlu dilengkapi dengan perakuan NIOSH untuk End-of-Service-Life Indicator (ESLI). Penunjuk ini akan bertukar warna, sekiranya ia telah mencapai paras maksimum penggunaannya. • Sekiranya tiada ESLI ini, perlu ada program yang perlu diikuti untuk penukaran katrij. Setiap kontamina telah dipiawaikan warna seperti Jadual 1. (1) Basics of Industrial Hygiene: Chapter 12-Selection and Use of Personal Protective Equipment by Debra Nims • Maximum Use Concentration (MUC) adalah kepekatan paling tinggi untuk penggunaan sesuatu penapis atau kartrij yang diluluskan oleh NIOSH, dimana; MUC = PEL X APF • Assigned Protection Factor (APF) adalah paras minimum yang boleh dijangka melindungi pelindung pernafasan sekiranya ia dipadan, dipakai dan berfungsi dengan sempurna seperti Jadual 2 yang ditetapkan oleh NIOSH (1) Basics of Industrial Hygiene: Chapter 12-Selection and Use of Personal Protective Equipment by Debra Nims

  15. Penandaan Warna Kartrij: Jadual 1

  16. APF NIOSH: Jadual 2-Particulate Exposure

  17. APF NIOSH: Jadual 2–Gas/Vapor Exposure

  18. JENIS PPE: (2) Guidelines on the use of personal protective equipment against chemicals hazards, 2005

  19. JENIS PPE: • OSHA berkehendakan setiap pengguna respirator menjalankan uji-padan sebelum menggunakannya iaitu uji-padan kualitatif dan kuantitatif. Pemakai dikehendaki melakukan aktiviti fizikal dan bacaan rainbow passage. • Uji-padan kualitatif – sekiranya pemakai tidak memberi tindakbalas terhadap agen ujian, maka jenama dan saiz respirator tersebut sesuai dipakai. Agen ujian seperti • 1. minyak pisang (isoamyl acetate) hanya untuk respirator dilengkapi dengan katrij wap organik. • 2. agen pemanis (saccharin) & bitrex untuk respirator habuk zarah • 3. asap perengsa hanya untuk penapis kecekapan tinggi seperti P100 • Uji-padan kuantitatif –

  20. JENIS PPE: 2. Pelindung pernafasan membekal udara (tekanan positif) Powered air purifying respirators (PAPR) ini mengunakan kuasa bateri untuk aliran udara yang melalui kartrij atau penapis. Kuasa bateri mesti bertahan untuk tempoh 8 jam pengunaan. Namun disarankan untuk menukar bateri setiap 4 jam pengunaan untuk mengekalkan aliran udara yang sempurna. Aliran udara sekurang-kurangnya; i. 113.3L/min – jenis lekap muka ii. 170L/min – jenis helmet atau hood Dalam keadaan kerja berat, pekerja akan lebih bernafas dan menyebabkan kedua-dua jenis ini menjadi tekanan negatif. Oleh itu, jenis helmet atau hood dilarang pengunaannya untuk keadaan tertentu.

  21. JENIS PPE: • 3. Perkakas Bernafas Swakandung • Kebanyakan pelindung ini digunakan untuk kerja menyelamat, kecemasan, dan melawan kebakaran • Tangki udara mengandungi tekanan udara mampat serta penggunanya haruslah terlatih

  22. JENIS PPE: Pelindung Pendengaran Earmuff Ear Plug Setiap pelindung telinga haruslah mempunyai Noise Reduction Rate (NRR) dimana ; * Tahap pelindungan = Tahap bising sediada – (NNR-7) = xx dB(A)

  23. JENIS PPE 1. Ear Muff – boleh mengurangkan tahap kebisingan dengan NRR sehingga 36 dB(A).Pekerja haruslah memakai earplug semasa mengunakanya sebagai pelindung tambahan. 2. Ear Plug – boleh mengurangkan tahap kebisingan dengan NRR dari 25-29 dB(A)

  24. JENIS PPE: Pelindung Mata Safety Glass Face Shield

  25. JENIS PPE 2. Pelindung Mata: Face Shield - hanya bergantung kepadanya sendiri tidak mencukupi, pekerja haruslah memakai kacamata keselamatan bersama. - Ianya melindungi muka dan leher dari hazard percikan 1. Pelindung Mata: Safety Glass - Melindungi mata dari percikan objek atau cecair. Pengunaan cermin berwarna kuning haruslah dielakan semasa hari siang, dimana ianya lebih sesuai dipakai pada waktu malam.

  26. JENIS PPE: Pelindung Tangan Cotton Glove Chemical Glove Wire mesh Glove

  27. JENIS PPE Jangan gunakan sarung tangan jenis kapas untuk memanjat tangga jenis monkey ladder kerana licin kecuali sarung tangan tersebut disalut getah pada bahagian tapak tangan Lipatkan hujung sarung tangan getah semasa mengendali cecair atau bahan kimia Jangan gunakan sarung tangan semasa mengunakan mesin berputar seperti mesin gerudi dsbnya (sarung tangan keluli biasa digunakan utk kerja-kerja pemotongan berputar)

  28. JENIS PPE: Pelindung Kaki Gumboot SafetyShoes

  29. JENIS PPE Gumboots/Wellington boots – diperbuat dari getah, polyurethane (PU) atau polyvinylchloride (PVC). Kasut keselamatan - Ianya boleh mendatangkan bahaya sekiranya tali tidak diikat kemas.

  30. JENIS PPE 1. Berikut beberapa asas speksifikasi safety shoes menurut MS 1599:1998

  31. JENIS PPE 2. Beberapa optional/additional safety shoes menurut MS 1599:1998

  32. JENIS PPE 3. Kategori safety shoes menurut MS 1599:1998 • I-leather & others material • II-all rubber or polymeric safety shoes spec.doc, outsole property.doc

  33. JENIS PPE: Pelindung Badan Coverall Fire prove wear

  34. JENIS PPE 1. Pelindung Badan: Pakaian Pelindung Kimia - Setiap Pakaian Pelindung menjalani ujian Penelapan (Permeation), Perendahan (Degradation), dan Penembusan (Penetration). Data ujian ini tidak boleh dibuat perbandingan diantara pembuat. Ini adalah kerana; 1. Hanya 1 jenis bahan kimia sahaja semasa ujian, bukannya campuran kimia dan bukannya setiap bahan kimia diuji oleh pembuat 2. Ujian dijalankan pada suhu bilik. Penggunaannya di kawasan panas akan mempengaruhi keupayaan pelindung tersebut. 3. Kesempurnaan penggunaannya dari segi kekemasan, kesesuaian penggunaannya dsbnya.

  35. JENIS PPE 2. Pelindung Badan: NOMEX IIIA - Benang dibuat dari bahan Flash Resistant oleh Du Pont, Taiwan. Diuji pada 8000C (2-5 saat)/6000C (8 saat) - Kain dijahit (costume made oleh Kawalan Api Engr. Sdn. Bhd., Sg. Buloh, Selangor, Malaysia. - Tidak boleh dicuci dengan bahan peluntur (bleach) atau dijemur dengan sinaran terus cahaya matahari.

  36. JENIS PPE: Pelindung Kepala Topi keselamatan

  37. JENIS PPE • Ia mempunyai tarikh dibuat, headband, head net & safety latch/chin straps. • Ianya jangan dicat atau ditembok, kerana akan mengurangkan ketahanan topi itu sendiri • Ia boleh mendatangkan bahaya (objek jatuh) sekiranya safety latch/chin straps tidak dipasang kemas. 1. Topi keselamatan – melindungi kepala dari objek maupun percikan cecair.

  38. JENIS PPE: Pelindung Jatuh 2. Abah-abah keselamatan (safety harness) -penggunaannya adalah lebih selamat jika dibandingkan dengan talipinggang keselamatan (pilihan:fall absorber/arrestor) Tali pinggang keselamatan (safety belt) -bhg. anchor perlu dicangkukkan pada tali nyawa (life line) atau struktur yang kukuh@selamat. * Kedudukansemasatergantung

  39. 5. PEMILIHAN PPE Antaranya adalah (3) ; 1. Sesuai dengan jenis kerja yang mereka diambil kerja 2. Padan dengan pekerja 3. Tidak memudaratkan keadaan kesihatan atau perubatan pekerja 4. Mencukupi bekalannya dan mudah didapati oleh pekerja yang menghendakinya (3) Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya kepada Kesihatan) 2000 Antaranya adalah (1) ; 1. Sesuai dengan keadaan fizikal dan persekitaran dimana ia akan digunakan 2. Ia mestilah memberi pelindungan yang mencukupi kepada pekerja dari hazard 3. Pekerja mesti memahami keupayaan dan had pendedahan termasuk bagaimana menguna dan menyelenggara PPE (1) Basics of Industrial Hygiene: Chapter 12-Selection and Use of Personal Protective Equipment by Debra Nims

  40. 6. FAQ PPE: 1. Mengapakah PPE perlu mendapatkankelulusan dari JKKP? Sebagai mematuhi Akta Kilang & Jentera 1967, Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Peraturan-Peraturan dibawahnya, walaupun PPE berkenaan telah menjalani ujian/pemeriksaan dari Badan Memeriksa/Menguji Tempatan maupun Luar Negara 2. Siapakah yang harus memohon kelulusan PPE? Pihak pembuat atau pengedar dilantik sesuatu PPE berkenaan 3. Bagaimanakah seseorang pengguna ingin mengetahui samada sesebuah PPE itu telah diluluskan oleh pihak JKKP? Pengguna boleh menyemak jenis PPE tersebut didalam laman web JKKP di www.dosh.gov.my. PPE yang tersenarai merupakan PPE yang telah mendapat kelulusan JKKP 4. Adakah majikan boleh mengenakan levi/caj PPE yang diberi kepada pekerja mereka? Tidak. Menurut seksyen 26, Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994

  41. 6. FAQ PPE: 5. Perlukah majikan merekodkan PPE yang dibekalkan kepada pekerja mereka? Ya 6. Adakah JKKP boleh/akan dipersalahkan sekiranya berlaku kemalangan/kejadian yang melibatkan PPE yang telah diluluskan? Tidak. Kelulusan PPE yang diberikan adalah terhad kepada aspek keselamatan PPE itu sendiri berdasarkan spesifikasi pembuat. Keselamatan dan kesesuaian penggunaan PPE adalah menjadi tanggungjawab pengguna kerana ianya adalah diluar pengetahuan dan kawalan JKKP 7. Adakah pihak JKKP mengeluarkan sebarang garispanduan berkaitan PPE? Ada. Pihak JKKP ada mengeluarkan “Guidelines On The Use Of Personal Protective Equipment Against Chemicals Hazards – Under The Occupational Safety And Health (Use And Standard Of Exposure Of Chemicals Hazardous Health) Regulation 2000“(JKKP:GP(I)7/2005)

  42. Rujukan: • Basics of Industrial Hygiene by Debra K.Nims, 1999 • Guidelines on The Use of Personal Protective Equipment Againt Chemicals Hazards by DOSH, 2005 • Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya kepada Kesihatan) 2000 • Lamanweb Karyanet-penerbitan dalam talian (www.karyanet.com.my)

More Related