1 / 13

Zainal Abidin Rahman

Kepimpinan dalam Islam Sesi 1. Zainal Abidin Rahman. TRAINER / FASILITATOR. Zainal Abidin Rahman B Sc, MA, PhD (Cand) (email: zainal@competenestrategies.com).

ballari-taj
Télécharger la présentation

Zainal Abidin Rahman

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Kepimpinan dalam Islam Sesi 1 Zainal Abidin Rahman

  2. TRAINER / FASILITATOR Zainal Abidin Rahman B Sc, MA, PhD (Cand) (email: zainal@competenestrategies.com) Zainal adalah saorang penceramah , konsultan dan coach yang berpengalaman selama lebih dari 20 tahun. Dia telah melatih dan menolong beribu klien di rantau Asia tenggara termasuk MNC untuk menaikan tahap kompetensi, keyakinan dan keselarasan (competence, confidence, congruence) mereka dalam pelbagai kerjaya dan industri. Sebelum menjadi konsultant selama hamper 30 tahun dia telah berjaya dalam kerjaya di dalam jurusan finance, perakaunan, sumber manusia, dan latihan. Dia telah dilatih di Amerika, UK dan Australia dengan pelbagai bidang kemahiran organisasi termasuk NLP, Ericksonian hypnosis, psikologi tenaga, psikologi keperibadian (personality psychology), Solution focus dan Appreciative Inquiry. Zainal telah ditauliah sebagai pelatih NLP, Enneagram, MBTI, dan banyak lagi kaedah untuk mengembangkan potensi manusia. Dalam kerjayanya sabagai penceramah dan konsultan Zainal telah melatih korporasi berbilang bangsa dan gergasi termasuk Citicorp, Gunnebo, Shneider, Sony, Toshiba, NUS dan Petronas. Zainal sedang membuat kajian peringkat PhD di Universiti South Australia dalam bidang kepimpinan dan kerohanian Islam dalam bisnes.

  3. Pengenalan module • Modul ini akan membincangkan prinsip-prinsip kepimpinan Islam dan bagaimana ia dapat digunapakai di dalam era moden ini, samada dalam keluarga atau organisasi. Modul ini bukan sahaja mempertingkatkan pengetahuan kognitif tapi juga menajamkan kemahiran kepimpinan peserta melalui tugasan yang diberikan. Peserta juga akan membuat perbandingan ringkas mengenai teori-teori kepimpinan barat serta tamadun-tamadun lain seperti, Cina, Jepun dan India untuk melihatkan kelebihan prinsip kepimpinan Islam. • Hasil Pembelajaran • Di akhir modul pelajar dapat: • Mengenalpasti krisis kepimpinan dan jalan keluar kepada krisis tersebut berdasarkan teori kepimpinan Islam • Membezakan teori-teori kepimpinan selain Islam dengan teori Islam serta membuat perbandingan. • Menghayati Islam serta dapat berfikir secara rasional, kreatif, kritikal dan analatikal berpandukan Islam serta berpengaruh dalam komunikasi.

  4. Silibus Pengajian • Definasi kepimpinan dan fungsinya dalam masyarakat tersusun • Krisis kepimpinan Muslim masakini dan penyelesaiannya • Kepimpinan, organisasi dan masa depan Muslim • Konsep kepimpinan dalam Islam • Sumber prinsip Islam dari Al-Quran, Al-Hadith, sejarah • Asas moral kepimpinan Islam • Peranan adab dan akibat kehilangan adab dikalangan para pemimpin • Insan sebagai Khalifah Allah dan tugasannya • Ciri-ciri dan kompetensi pemimpin yang berkesan • Kepimpinan bermula dengan memimpin diri sendiri • Muhasabah untuk meningkatkan potensi sebagai pemimpin (self-leadership) • Struktur dan fungsi kerja berkumpulan • Peranan pemimpin dalam memperkasakan kerja berkumpulan • Mengenal naluri insan dan motivasi • Prinsip dan kemahiran berkomunikasi sebagai pemimpin • Cara-cara membuat keputusan (decision styles) • Pemimpin sebagai pembina modal insan (people development and coaching) • Delegasi dan membina kemahiran wargakerja • Perbandingan ringkas prinsip kepimpinan – mana yang lebih berkesan? • Halatuju kepimpinan, organisasi dan prestasi Muslim masadepan

  5. Kaedah Pengajian Ilmiah (akademik) – kenal dengan keilmuan kepimpinan Islam dan lain-lain budaya Tapi bukan bercorak lecture (the guru knows best- I talk you listen). Bukan monologue tapi dialogue. Satu conversation, satu perbualan secara intellectual diantara insan yang peka tentang situasi Muslim masakini. Praktikal – meningkatan daya kepimpinan sendiri menjadi contoh misali – self leadership “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan bagi manusia, kamu menyuroh kepada makruf, mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah.” (Ali Imran, 110) “Tiap-tiap seorang daripada kamu adalah pemimpin. Justeru itu kamu adalah bertanggungjawab terhadap mereka yang diletak dibawah pimpinan kamu. Ketua negara adalah bertanggungjawab dari hal rakyatnya. Ketua keluarga adalah pemimpin pada keluarganyadan akan ditanya dari hal kepimpinannya; wanita adalah pemimpin dirumah suaminya dan ia bertangungjawab terhadap segala perkara yang diletak dibawah jagaannya; khadam (orang gaji) adalah pemimpin atau pengawal, justeru itu ia adalah bertanggungjawab menjaga harta tuannya, dan ia akan ditanya dari hal benda-benda yang diletak dibawah jagaannya. Justeru itu, kamu adalah bertanggungjawab terhadap mereka yang yang diletak dibawah pimpinan kamu.” (Hadith dari Bukhari dan Muslim)

  6. Muqadimah • Dunia Islam kini menghadapi satu era yang amat genting dalam sejarah. Walaupun umat Islam merupakan lebih dari satu per lima penduduk dunia dan kaya dengan sumber bumi ia megeluarkan hanya 8 % GNP dunia. Umat Islam diselimuti dengan pelbagai masaalah – buta tuli, kemiskinan, kemengangguran dan situasi imbangan ekonomi yang amat rumit. • Hampir semua negara Islam telah dijajahi – adanya selama 500 tahun. Kebanyakan negara ini telah dapat kemerdekaan hanya kira-kira 50 tahun yang lalu. Namun begitu boleh dikatakana kesemua negara-negara ini masih dibelenggu pelbagai masaalah, hingga ada yang dipanggil “failed state” atau negara yang gagal. • Selepas kolonisasi terdapat dua fenomena ketara dinegara-negara ini: • Korupsi dan kronisma dikalangan pemimpin-pemimpin Muslim yang amat berleluasa tanpa perasaan malu dan canggung. .. • Dikotomi diantara kaum secular dan agama. • Agama Islam mengajarkan prinsip dan amalan kepimpinan yang amat memberangsangkan dan yang telah terbukti berkesan dalam meningkatkan struktur dan mutu kehidupan orang Muslim atau bukan Muslim dan menjana kemajuan sains dan teknologi. Namun nampaknya kepimpinan Muslim masakini samaada dalam bidang politik, pembelajaran dan terutama sekali biznes amat ketandusan. Dan kita harus mengingati bahawa Islam adalah agama yang paling mesra dengan biznes dimana umatnya digalakkan bergiat. • Kemanakah halatuju umat dan negara-negara Islam? Jawapannya banyak bergantung pada mutu kepimpinan individu Muslim masakini dan masadepan.

  7. Definasi kepimpinan dan fungsinya dalam masyarakat tersusun: • Kepimpinan dapat didefinsasikan sebagai seni atau skil dimana seseorang itu dapat mempengaruhi fikiran dan kegiatan manusia lain supaya mereka rela bergiat dan berusaha untuk mencapai gol atau matlamat orang itu. • Definasi ini mengandungi tiga unsur: • Melibatkan orang lain - sama ada pekerja bawahan atau para pengikut. • Pemimpin mempunyai kuasa atau otoriti memberi arahan pada orang lain. • Pemimpin mempunyai kebolehan mempengaruhi orang lain untuk membuat sesuatu kegiatan yang dikehendakinya. • Satu lagi definasi melibatkan diri kita sendiri – kerana kita harus mengawal dan memberi arahan pada diri kita sendiri untuk melakukan sesuatu yang terbaik bagi kita, saperti mengawal kita daripada membuat kegiatan yang tidak mendatang kebaikan atau mungkin mendatangkan keburukan. • Masyarakat tersusun mempunyai pelbagai cabaran yang tidak terdapat dikalangan masyarakat kuno. Pertama manusia terbahagi ke pelbagai kegiatan ekonomi yang menyumbang kepada kehidupan masyarakat itu sendiri. Keamanan dan kemakmuran masyarakat itu sendiri bergantung pada kerjasama dan kemuafakatan ribuan manusia yang mempunyai kehendak berlainan dan bercanggah. • Peranan pemimpin dipelbagai lapisan amat penting. Diantara fungsi pemimpin adalah: • Memberi visi dan rangsangan pada masyarakat itu itu mendaki tangga kejayaan dan kemewahan. • Mengembleng sumber asli dan sumber manusia supaya tercapai matlamat masyarakat itu. • Merancang pembaharuan dan perubahan yang menguntungkan semua pihak • Menghuraikan permaslahan yang dihadapi.

  8. Membuat keputusan yang bijak dan adil apabila ada percanggahan diantara ahili-ahli masyarakat itu sendiri. • Menghadapi dan mengatasi ancaman luar yang mungkin membawa kepada kehancuran masyarakat itu.

  9. Tokoh-Tokoh Kepimpinan Dalam Sejarah Islam

  10. Krisis kepimpinan Muslim masakini dan penyelesaiannya Bercakap tentang kepimpinan Islam ramai orang menaroh penuh harapan dan ada yang merasa sinis tentang pemimpin-pemimpin Islam sekarang Pemimpin-pemimpin Islam kontemporari yang memberi harapan Pemimpin-pemimpin Islam kontemporari yang mendatangkan perasaan sinis Ciri-ciri yang menbezakan mereka?

  11. Kepimpinan, organisasi dan masadepan Muslim Kenyataan nya umat Islam masakini amat lemah didalam menjalankan organisasi. Impak paling kuat yang akan mempengaruhi masadepan Muslim adalah melalui kesempurnaan berorganisasi. Melalui organisasi Muslim dapat mengembleng sumber asli dan manusia untuk mencapai matlamat besar dan jangka masa lama daripada yang dapat dicapai secara persendirian. Melalui organisasi Muslim boleh menunjukkan keperibadian Islam saperti yang disyorkan didalam al-Quran. Melalui organisasi Muslim dapat mempaparkan kesatuan umat Islam yang dikehendaki Allah. Melalui organisasi Muslim dapat mempraktikkan nilai-nilai Islam didalam etika kerja saperti: Amanah Bersih Cekap Ikhlas Dedikasi Tekun Berdisiplin Bekerjasama Berbudi mulia Bersyukur Ketepatan masa (punctuality) Keberkesanan dan kecekapan (effectiveness and efficiency) dalam operasi organisasi memerlukan mutu kepimpinan yang tinggi. Dalam ini seorang pemimpin yang beragama Islam patut menjadi tauladan.

  12. Assignment: Siapakah satu atau dua orang diantara para sahabat atau pemimpin Islam masa lampau yang anda kagumi dalam gaya kepimpinan mereka. Tuliskan apa ciri-ciri kepemimpin yang membuat anda mengaguminya dan bagaimana pemimpin Muslim masakini boleh mencontohi beliau. (200 perkataan)

  13. Rujukan Muslim Civilization – the causes and decline and the need for reform – M Umer Chapra Leading starts in the mind: A humanistic view of leadership, Moneim El-Meligi Tip Tip Cemerlang daripada Quran – Dr. Danial Zainal Abidin Leadership: An Islamic Perspective, Raffik Isa Beekun and Jamal Badawi.

More Related