1 / 19

PERSEKITARAN FIZIKAL AG1133

PERSEKITARAN FIZIKAL AG1133. KULIAH 1. PENGENALAN. APA ITU GEOGRAFI? Geografi ialah ilmu yang mengkaji tentang interaksi antara manusia dan alam sekitar dalam ruang pada sesuatu masa, sama ada ia merupakan ruang fizikal ataupun ruang sosial.

chakra
Télécharger la présentation

PERSEKITARAN FIZIKAL AG1133

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. PERSEKITARAN FIZIKALAG1133 KULIAH 1

  2. PENGENALAN APA ITU GEOGRAFI? Geografi ialah ilmu yang mengkaji tentang interaksi antara manusia dan alam sekitar dalam ruang pada sesuatu masa, sama ada ia merupakan ruang fizikal ataupun ruang sosial. Ruang fizikal merujuk kepada semua unsur fizikal iaitu atmosfera (udara), biosfera (hidupan), hidrosfera (air) dan litosfera (kerak bumi). Ruang sosial merujuk kepada semua aktiviti manusia seperti pergerakan manusia (mobiliti/ migrasi dll), demografi atau kependudukan (kelahiran, kematian dll), petempatan, perbandaran dan banyak lagi yang berkaitan dengan aktiviti manusia.

  3. BEBERAPA DEFINISI GEOGRAFI Eratosthenes – Ilmuan Greek/Yunani Geo membawa maksud BUMI Graphos bermaksud KAJIAN @ PENERANGAN Ptolemy , 150 SM • Geografi menyediakan satu pandangan menyeluruh mengenai bumi melalui pemetaan lokasi bagi setiap tempat di bumi. Carl Sauer, 1925 • Ahli geografi mesti melihat geografi dalam perspektif yang saintifik dimana ahli geografi mesti mampu menyusun, menghuraikan hubungan unsur dan menjelaskan bagaimana hubungan ini mencorak ruang dan lanskap tersebut menjadi sesuatu yang unik dan tersendiri berbanding kawasan lain. (Ini kerana perubahan sesuatu lanskap mempunyai pertalian antara aspek/ unsur fizikal dan manusia yang membentuk unsur/ fenomena/ faktor sosial dalam dalam sesuatu ruang)

  4. Cho (1995) • Takrifan geografi bukan sekadar apa yang digariskan pada perkataan yang dikaitkan dengan kajian ke atas bumi tetapi juga meliputi fitur/ unsur/ fenomena dan karakter-karakter yang membentuk sesuatu lanskap itu mempunyai ciri tersendiri, istimewa, berbeza dan unik dalam sesuatu ruang geografi. • Bergman & Renwick (1999) • Geografi adalah kajian interaksi semua fenomena fizikal dan manusia dalam-satu-satu tempat/ruang dan bagaimana interaksi ruang mewujudkan pula aspek pengurusan untuk ruang itu sendiri.

  5. APA ITU GEOGRAFI FIZIKAL Geografi fizikal ialah kajian mengenai proses-proses fizikal di ruang fizikal atau ruang sosial pada sesuatu masa.

  6. 4 tema utama pengajian geografi:- • Pengajian Ruangan • (The Spatial Traditions) • Pengajian Kawasan • (Area Studies Traditions) • Pengajian Manusia dan Alam Sekitar • (Man-Land Traditions) • Pengajian Sains Bumi • (Earth Science Traditions)

  7. TEMA-TEMA GEOGRAFI FIZIKAL • General Physical Geographystudy of spatial patterns of weather and climate, soils, vegetation, animals, water, and landforms, including human and environment interaction. • Astronomystudy of the solar system • Geology (Earth Science)studies the earth's surface and the processes that shape it • Natural Hazards and Disastersearthquakes, volcanoes, hurricanes, floods, tsunamis, droughts, etc. • Biogeography • spatial relationships of plants and animalsGeomorphology & Topography • study of landforms and landscapesNatural Resources & Energy SourcesClimatology (Climate)study of the condition of the atmosphere over a long period of time and the effect of weather on life, including climate zones • Hydrologystudy of water in all forms, including waterbodies and the hydrological (water) cycle • Oceanographystudy of the ocean and its phenomenon, including ocean currents, tides, coastlines, and the seafloor • Ecology & Conservationstudy of ecosystems and the interactions between plants and animals and their environment; conserving natural resources • Meteorology (Weather)study of the condition of atmosphere for short time periods • Pedologystudy of soils • Some Specific Landforms, Waterbodies, & Other Physical Features

  8. Antara persoalan-persoalan penting untuk dijawab dalam kajian geografi ialah seperti berikut:- • Persoalan Asas : APA, DI MANA, KENAPA dan BAGAIMANA ? • Kenapa manusia dan aktivitinya wujud dan di mana ia berada sekarang? • Bagaimana unsur/ elemen dan aktiviti di satu-satu tempat bertinteraksi dan menjadikan sesuatu lokasi/ ruang/ tempat/ kawasan itu unik ? • Apa hubungan antara lokasi/ruang/tempat/ kawasan yang berbeza keunikannya ? • Apakah faktor atau daya yang menyebabkan penyerakan dan pengagihan unsur/elemen dan aktiviti mengikut lokasi/ruang/ tempat/ kawasan ? • Bagaimana dan kenapa penyerakan dan agihan mampu berubah-ubah ?

  9. Sejarah perkembangan geografi Geografi mula wujud apabila sekitar 400 ribu tahun lampau : • Manusia mula ingin mengetahui tentang persekitarannya • Mengembara/ belayar untuk mencari tempat baru

  10. Tahap 1 : Zaman klasik • Herodotus (485-425 SM)- Menulis tentang manusia dan geografi fizikal dari banyak wilayah semasa pemerintahan Parsi. • Aristotle (684-322 SM)- secara saintifik telah menggambarkan bumi sebagai berbentuk sfera- permulaan kajian tentang bentuk bumi • Eratosthenes (276-194 SM) mengkaji tentang bentuk muka bumi • Strabo (64 SM-20 M) menulis 17 siri penulisan bertajuk ‘Geographia’ yang berkaitan dengan geografi budaya pelbagai kaum di Britain, India, Selatan Utopia dan utara Iceland. • Ptolemy(100-178 M) melakukan kompilasi maklumat geografi Greek dan Roman. Hasil penulisan beliau bertajuk ‘Geographike hyphegesis’ atau ‘Guide to Geography’.- memperkenalkan juga kordinat

  11. Tahap 2 : Zaman Pertengahan • Zaman pertengahan (Middle age-abad 5 hingga 13 M) memperlihatkan perkembangan geografi yang agak pesat. Di Eropah- ‘Viking of Scandavia’ giat mencari tanah jajahan baru. • Timur Tengah, ahli akademik berbangsa Arab mula menterjemahkan hasil kerja Tamadun Greek dan Rom. Al-Idrisi mahir membuat peta- terkenal dengan hasil deskripsi geografi beliau Kitab nuzhat al-mushtaq fi ikhtiraq al-afaq atau "The Pleasure Excursion of One Who Is Eager to Traverse the Regions of the World". • Ibn Battutah and Ibn Khaldun terkenal dengan penulisan berkaitan pengembaraan mereka di utara Afrika dan Timur Tengah.

  12. Tahap 3 : zaman Renaissance • 1400-1600 M semasa zaman Renaissance- Pelayaran yang membawa kepada perkembangan pelbagai ilmu termasuk geografi fizikal- Tokoh-tokoh: Christopehr Columbus, Vasco da Gamma, Ferdinand Magellan, Jacques Cartier, Sir Martin Frobisher dan John Davis. • Martin Behaim (1492)-Membuat glob sfera tiga dimensi. Tahap 4 : Abad ke-17 dan 18 • 1622-1650 M- Bernadus Varenius- menerbitkan rujukan geografi yang penting- ‘Geographia generalis (General Geografi : 1650).-idea-idea dalam geografi- membahagikan kajian geografi kepada 3 cabang iaitu (1) bentuk dan dimensi bumi, (2) variasi iklim dan pergerakan matahari dan bumi terhadap ruang dan masa dan (3) geografi budaya. • Immanuel Kant (1724-1804)-Pengetahuan manusia diperolehi daripada 3 cara (1) Pengetahuan yang diperolehi berdasarkan objek yang dikaji, (2) Pengetahuan daripada sejarah (temporal dimension) dan (3) Pengetahuan daripada memahami fakta dan hubungannya dengan ruang disebut sebagai ‘geografi’.- Membahagikan geografi kepada fizikal, metamatikal, moral, political, komersial dan teologi.

  13. Abad ke 18 banyak kesatuan yang berminat dengan isu geografi terutamanya di Amerika Syarukat dan Eropah- Alexander Von Humbolt (1844) ‘Kosmos’ menjelaskan geologi dan geografi fizikal bumi. • Frederich Ratzel (abad 19) – teori bahawa variasi budaya manusia dipengaruhi oleh persekitaran fizikal Tahap 5 : Abad -19 1950-an revolusi kuantitatif 1964 – 4 tradisi Willian Pattison (1) Tradisi ruang (2) Tradisi kawasan (3)Tradisi manusia dan alam sekitar (4)Tradisi sains bumi Terus berkembang sehingga kini- wujud tema berkaitan dengan persekitaran fizikal iaitu hidrosfera, atmosfera, litosfera dan biosfera.

  14. Sejarah Perkembangan Geografi Fizikal Perkembangan geografi fizikal seiring dengan perkembangan ilmu yang lain. Geografi berkembang dengan pesat pada 1850-1950 akibat daripada beberapa faktor:\ • Uniformitarianism- Teori yang menyatakan bahawa keadaan bumi dipengaruhi oleh kejadian lampau dan kejadian kini. • Evolusi- Yang dicetuskan oleh Charles Darwin (1859)- Menjelaskan bahawa manusia akan mengalami perubahan genetik bagi generasi seterusnya.- Penggunaan sains salam menjelaskan tentang sesuatu fenomena dan mula mengabaikan mitos • Explorasi dan pemerhatian- koleksi data • Pemuliharaan- Perhatian kepada persekitaran yang semakin membangun Selepas 1950-an perkembangan geografi terutama dalam : • Revolusi kuantitatif • Kajian tentang hubungan manusia dan alam sekitar

  15. BIDANG KAJIAN • Ahli geografi fizikal bebas memilih apa yang hendak • dikaji. Secara umumnya, kajian ahli geografi fizikal • boleh ditumpukan mengikut komponen • asas sistem bumi iaitu: • Atmosfera • Biosfera • Hidrosfera • Litosfera • Pedosfera Atmosfera- Kajian tentang udara, iklim dan cuaca. Kajian boleh dijalankan dengan megkaji proses dan bentuk atmosfera. Contohnya pemanasan global penipisan ozon, jerebu, pencemaran udara dan sebagainya yang berkaitan dengan atmosfera. Biosfera- Biosfera merupakan semua hidupan di bumi yang terdiri daripada tumbuhan, haiwan dan manusia. Ia juga disebut sebagai life layer. Bahagian ini meliputi lapisan permukaan bumi (lapisan biofizikal) dan 300 kaki permukaan lautan

  16. Hidrosfera- Hidrosfera adalah jisim yang berkaitan dengan air, sama ada ia dalam bentuk cecair, pepejal dan wap. Ia meliputi air permukaan bumi (Laut, tasik, kolam dll), Air bawah tanah (air perigi, air tanih dll) dan wap di atmosfera serta pepejal dalam bentuk ais, glasier dan juga salji. • Litosfera- Litosfera adalah bahagian kerak bumi yang keras dan mempunyai ketebalan di antara 0-1000km. Ia membentuk benua yang merupakan platform yang mengelilingi bumi dan sebagai tempat tinggal hidupan. Litosfera terdiri daripada lapisan batuan dan lapisan tanih yang sangat kaya dengan nutrien dan organisma. Ia juga merupakan permukaan yang membentuk lanskap bumi atau bentuk muka bumi (landform) seperti gunung-ganang, bukit-bukau, cerun dan sebagainya. • Pedosfera- Pedosfera pula merupakan bahagian tanih. Ia terdiri daripada elemen yang membentuk tanih. Ia berada sama lapisan dengan Litosfera.

  17. PENUTUP Geografi fizikal merupakan bidang yang mengkaji tentang persekitaran fizikal. Ia telah bermula sejak 400 tahun lampau dan melalui sekurang-kurangnya lima tahap perkembangan sehingga kini. Tumpuan utama kajian ialah terhadap elemen yang membentuk sistem bumi, iaitu atmosfera (udara), biosfera (hidupan), hidrosfera (air) dan litosfera (kerak bumi) sertai pedosfera (bahagian tanih). Elemen ini saling berinteraksi antara satu sama lain sebagai satu sistem bumi. Banyak isu boleh dikaji oleh ahli geografi fizikal seperti isu penambakan, pencemaran, ekosistem dan sumber air.

  18. CADANGAN RUJUKAN • Bradshaw, M & Weaver, R. 1993. The Physical Geography: an introduction to earth environments. United State of America: The C.V Mosby Company. • Chan Ngai Weng dan rakan-rakan. 1993. Pengantar Geografi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. • Gregory, K.J. & Walling, D.E. 1988. Manusia dan Proses Persekitaran. Terj. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. • Jamaluddin Jahi dan Ismail Ahmad. 1987. Pengantar Geografi fizikal. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. • Web: • http://www.physicalgeography.net/fundamentals/1a.html • http://www.fiu.edu/~longoria/geo2200/ch01AC.html • Dan bahan lain yang bersesuaian.../

  19. SEKIAN

More Related