1 / 30

UNDANG-UNDANG EJENSI

UNDANG-UNDANG EJENSI. Pengenalan Cara-cara ejensi diwujudkan Tanggungjawab prinsipal dan ejen Kesan kontrak yang dibuat oleh ejen Penamatan ejensi. 1. Pengenalan. Undang-undang ejensi di Malaysia ditadbirkan oleh bahagian X Akta Kontrak , 1950.

Télécharger la présentation

UNDANG-UNDANG EJENSI

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. UNDANG-UNDANG EJENSI Pengenalan Cara-cara ejensi diwujudkan Tanggungjawab prinsipal dan ejen Kesan kontrak yang dibuat oleh ejen Penamatan ejensi

  2. 1. Pengenalan. • Undang-undang ejensi di Malaysia ditadbirkan oleh bahagian X Akta Kontrak, 1950. • Namun undang-undang Inggeris yang berkaitan dgn ejensi boleh diterima pakai bagi mengisi kekosongan akta. • Penggunaan undang-undang Inggeris dibenarkan melalui penguatkuasaan Sek.5Akta Undang-undang Sivil, 1956.

  3. Kontrak ejensi wujud ant. Prinsipal dan ejen. • Sek.135 AK, 1950: ‘ “ejen” ialah org yg diambil bekerja utk membuat sebarang kerja bagi org yg lain atau mewakili org yg lain dlm urusan dgn pihak ke-3. Org yg mana kerja itu dibuat baginya atau yg diwakilinya dipanggil sebagai ‘prinsipal’.

  4. Kontrak ejensi terbahagi kpd 2: i) Kontrak ant.prinsipal dgn ejen yg mana ejen mendapat kuasanya utk bertindak utk dan bagi pihak prinsipal; dan ii) Kontrak ant. Prinsipal dgn pihak ke-3 melalui kerja ejen. • Sek.137: sesiapa shj boleh menjadi ejen ant. Prinsipal dgn pihak ke-3. Tetapi seseorg prinsipal tidak boleh menuntut apa-apa ganti rugi drp. ejen yg belum berumur dewasa dan tidak berakal sempurna, sekiranya berlaku kecuaian atau kerugian semasa menjalankan urusannya sebagai ejen.

  5. 2. Cara-cara ejensi diwujudkan. • 5 cara: I) Ejensi secara perjanjian nyata ii) Ejensi secara pelantikan tersirat iii)Ejensi secara pengesahan /ratifikasi iv)Ejensi secara keperluan v) Ejensi secara persekatan /estopel

  6. i) Ejensi secara perjanjian nyata • Wujud apb. Seorang ejen dilantik samada melalui perjanjian bertulis/ lisan oleh seorg prinsipal – Sek.140 AK,1950

  7. ii) Ejensi secara pelantikan tersirat • Wujud apb diambil kesimpulan drp hal keadaan kes, dan apa-apa yg disebut atau ditulis, atau perjalanan biasa urusan, boleh dianggap sebagai keadaan kes itu –Sek.140. • Ada ketikanya, kuasa yg diberikan secara perjanjian nyata tidak memberikan perincian jelas ttg had kuasa ejen. Oleh sebab itu, andainya tiada arahan sebaliknya, seorang ejen yg mempunyai kuasa utk melakukan sesuatu, ada kuasa melakukan segala perbuatan disisi undang-undang yg berikutan kelakuan itu.- sek.141. • Kes: Summers v Solomon

  8. Wujud dlm perhubungan ant. Rakan-rakan kongsi dlm sesebuah firma perkongsian. – sek.7, Akta Perkongsian, rakan2 kongsi merupakan ejen ant. Satu dgn yg lain apb. mereka berkontrak dlm menjalankan urusan perniagaan. • Common Law, Hubungan ejensi wujud ant. Suami dan isteri.- anggapan isteri mempunyai kuasa utk berhutang atas nama suami.

  9. iii) Ejensi secara pengesahan/ratifikasi. • Boleh diwujudkan jika berlaku salah satu drp keadaan berikut: 1. Apb. ejen yg dilantik bertindak diluar drp kuasa yg diberikan; atau 2. Apb.seseorg yg tidak pernah dilantik sebagai ejen bertindak seolah-olah dia ada kuasa sebagai ejen. • Sek.149, memberi pilihan kpd prinsipal samada hendak menerima atau menolak kontrak tersebut. • Sekiranya prinsipal menerima kontrak tersebut, penerimaan ini dikenali sebagai ratifikasi.

  10. Ratifikasi boleh dilakukan samada secara nyata atau tersirat.- Sek.150 dan kes, Muthuchellapa Chettiar v Indian Overseas Bank Ltd. • Kesan ratifikasi: i) prinsipal terikat dgn kontrak tersebut seolah-olah ejen diberi kuasa sebelumnya ii)bersifat retrospektif – kesan kuatkuasa ke belakang.

  11. Syarat2 ejensi secara ratifikasi: 1. Ejen bertindak melampaui kuasa (s.149) atau seseorang bertindak seolah-olah dia ada kuasa sebagai ejen.(s188) 2. Ejen mestilah bertindak sebagai ejen prinsipal dan bukan bertindak utk dirinya sendiri.- Keighley Maxted & co v Durant. 3. Semasa kontrak dibuat, ejen mestilah mempunyai prinsipal yg sebenarnya wujud dan boleh ditentukan. 4. Prinsipal mesti mengetahui segala urusan yg hendak diratifikasinya- s.151

  12. 5. Prinsipal mesti meratifikasi keseluruhan kontrak/tindakan ejen- s.152. • Ratifikasi mestilah tidak memudaratkan hak dan kepentingan pihak ke-3-s.153 • Ratifikasi mesti dilakukan dlm tempoh yg munasabah.- Grover& Grover v Matthews

  13. iv) Ejensi secara keperluan • S.142: ejen berkuasa melakukan apa shj dlm masa kecemasan utk mengelakkan kerugian kpd prinsipalnya. • Syarat2 ejensi secara keperluan: i) Ejen mesti menghubungi prinsipal terlebih dahulu. Jika gagal, barulah boleh bertindak mengikut budi bicara. kes: Springer v Great Western Railway Co.

  14. ii) Tindakan ejen bertujuan mengelakkan prinsipal drp mengalami kerugian. kes: 1. Springer 2. Prager v Blatspiel iii) Tindakan ejen dilakukan secara ‘bona fide’ iv) Ejen dan prinsipal telah menjalin hubungan ejensi dari awal. • Kegagalan memenuhi mana2 syarat tidak akan mewujudkan ejensi secara keperluan. • Jika semua syarat dipenuhi, prinsipal akan bertanggungan atas segala tindakan ejen.

  15. v) Ejensi secara persekatan/estopel. • S 190: Apb ‘P’ samada melalui tutur kata atau perbuatan, tlh menyebabkan pihak ke-3 mempercayai bahawa’E’ ialah ejennya, dan mempunyai kuasa utk melakukan sesuatu bg pihaknya, dan pihak ke-3 mempercayai ‘E’ mempunyai kuasa tersebut sehingga merugikannya, Maka ‘P’ akan disekat drp menafika tentang kewujudan kuasa ‘E’.

  16. 3. TANGGUNGJAWAB PRINSIPAL & EJEN • Lazimnya apb prinsipal dan agen membuat kontrak agensi(samada secara nyata / tersirat) tugas dan hak2 mrk dinyatakan dlm salah satu syarat yg terdapat dlm kontrak agnsi tsbt. • Namun terdpt juga kontrak agensi yg tdk memperuntukkan sedemikian, maka tugas2 dan hak2 kedua belah pihak boleh lah dirujuk kpd s164 – s178 Akta Kontrak.

  17. (a)T/jwb Agen thdp Prinsipal • Mematuhi arahan Prinsipal- s164 Kes Turpin v Bilton- agen gagal membeli insurans utk kapal prinsipalnya sptmana yg diarahkan. Apb kapal itu hilang, mahkamah memutuskan bhw agen bertanggungan thdp kerugian yg dialami oleh prinsipalnya. Namun agen tdk perlu mematuhi arahan prinsipal sekiranya arahan tsbt bersalahan dgn undang2, spt yg diputuskan dlm kes Cohen v Kittel (s177 Akta Kontrak).

  18. 2. Jika tdk mendapat arahan drpd prinsipal, agen perlu bertindak mengikut kelaziman • S164 • eg. A bertugas sbg agen selama 3 tahun di sykt P dalam pembekalan daging beku. Pada setiap bln P akan memberitahu A dimana bekalan tsbt perlu dihantarkan., ttp pd bln ini P mempunyai urusan peribadi di luar negara dan tdk sempat memberi A arahan.Maka A perlu bertindak mengikut kelaziman yg diikuti pd bln2 sebelumnya.

  19. 3. Melaksanakan tugas dgn berhati-hati, tekun dan mahir • S165 ie melaksanakan tugas selaras dgn skil dan kemahiran yg ada pada agen tsbt. • Kes Keppel v Wheeler- D diupah oleh P utk menjual rumahnya. Satu tawaran tlh diterima oleh P ‘tertakluk kpd kontrak’. Beberapa hari kemudian, satu tawaran harga yg lbh tinggi telah dibuat oleh Z, ttp tawaran itu tdk diberitahu olh D kpd P. satu kontrak bertulis tlh dibuat antara P dan pembuat tawaran pertama td. • Mahkamah memutuskan D bertanggungjwb utk membayar kpd P perbezaan harga antara tawaran pertama dan kedua td. • Kes lain: Heath v Parkinson- seseorg ejen mestilah memberitahu semua yg diketahuinya, yg blh mendorong prinsipal dlm membuat kontrak dgn mendpt harga terbaik. • Phillips v Barns: surat kuasa wakil- ejen blh bertindak tanpa arahan dr prinsipal, tk bermakna ejen terlepas dr tugas utk memberi informasi tpt dan berguna kpd prinsipalnya.

  20. 4. Mengemukakan akaun dgn betul dan menyerahkan segala wang yg diterima • S166- akaun yg dikemukakan mestilah akaun yg lengkap dan disertakan dgn bukti2 spt resit perbelanjaan dan invois. • S171- wang yg diterima bg phk prinsipal juga mesti diserahkan kpd prinsipal. • S170- namun agen boleh menolak mana2 wang pendahuluan yg dibuat olehnya utk sesuatu urusan tsbt. • Namun mahkamah dalam kes Lyell v Kennedy- agen yg tlh diamanahkan dgn wang prinsipal adalah sama kedudukannya dgn seorg pemegang amanah dan terikat utk menyimpan wang itu berasingan dgn hartanya sendiri.

  21. 5. Menghubungi prinsipal utk mendapatkan arahan lanjut • S167- semasa agen menghadapi kecemasan, kesusahan/ darurat, agen perlu hubungi prinsipal dgn menggunakan segala usaha yg munasabah utk mendapatkan arahannya. • Namun, s142 memberi pengecualian bg keadaan tsbt. Sekiranya prinsipal masih gagal dihubungi setelah usaha utk berbuat demikian buntu, maka agen boleh bertindak mengikut budi bicaranya.

  22. 6. Agen tdk boleh mewakilkan tugas/ kuasa kpd org lain (Delegatus non protest delagere) • S143 • John McCann & Co. v Pow- mahkamah menegaskan bhw seorg agen yg dilantik tdk mempunyai kebenaran/ kuasa termaklum utk melantik sub-agen. • Pengecualian:- • Prinsipal memberikan persetujuan utk agen melantik sub-agen dlm sesuatu urusan, kes De Bussche v Alt- lantikan sub-agen oleh agen yg berada di China utk penjualan kapal di Jepun diputuskan tdk bersalahan kerana perlantikan sub-agen dipersetujui oleh prinsipal itu sendiri;

  23. 2. Apb timbul keadaan darurat/ kecemasan eg agen jatuh sakit/ tercedera dalam kemalangan; 3. Jika tindakan yg hendak dilakukan adlh semata-mata tugas pengurusan yg tdk melibatkan kebijaksanaan/ budibicara agen sendiri. Kes: Allam & Co. v Europa Poster Services Ltd.- lantikan peguam sbg sub-agen bg menguruskan dokumen kontrak dibolehkan.

  24. 7. Tdk mededahkan maklumat rahsia/ dokumen sulit prinsipal (LS Harris Trustees Ltd v Power Packing Services) 8. Tidak menerima ‘untung rahsia’- termasuk pembayaran komisen / ganjaran/ faedah kewangan selain drpd yg diterima agen drpd prinsipal (Industries & Gen Mortgage Co. v Lewis). • s168- untung / bayaran tsbt tdk lagi menjadi rahsia jika prinsipal mengetahuinya dan bersetuju agar agen menerimanya. • Sekiranya prinsipal tdk menyetujuinya, antara remedi yg blh diambil:- • 1. Penamatan kontrak; • 2. Menuntut jumlah untung rahsia yg diterima- s169 (Tan Kiong Hua v Andrew SH Chong- P beli flat dr sykt dimana D adlh pengarah. P arah Dn jual flat, RM45,000, terjual RM54000, untung RM9000 kredit ke akaun sykt D. sykt bubar, untung rahsia diketahui. Ct: P berhak tuntut untung rahsia hasil kemungkiran ejen);

  25. Berhak tdk membayar komisen/ ganjaran lain kpd agen; • Mendakwa kedua pihak iaitu agen dan phk ke3 disamping menuntut gantirugi bg sebarang kerugian yg dialami drpd kontrak itu ( Mahesan v M’sian Govt. Officers Cooperative Housing Society Ltd- dimana pihak perumahan boleh menuntut sama ada untung rahsia/ jumlah kerugian sebenar yg dialaminya hasil drpd kontrak yg dibuat oleh agen bg phknya, rujuk m/s 165)

  26. 9. Tidak membiarkan kepentingan peribadi bercanggah dgn kepentingan prinsipal (prinsip fidusiari/amanah antara agen dan prinsipal)- kes: McPherson v Watt. • T/JWB PRINSIPAL THDP AGEN 1. Membayar komisen/ lain2 ganjaran (jika tdk ditetapkan: berdasarkan prinsip quantum meruit) hasil penyempurnaan tugas yg diarahkan- s172, cross-ref s173- hilang hak akibat salah laku/ kemungkiran yg akibatkan kerugian kpd prinsipal, dan s174- hak lien thdp harta benda prinsipal oleh agen hingga prinsipal melunaskan bayaran, tanpa hak utk melupuskannya.

  27. 2. Melepaskan tanggungan agen/ mengganti bayar agen bg segala kerugian agen semasa menjalankan urusan yg sah dgn niat yang baik- s175 & s176 Keadaan2 dimana hak agen yg tsbt timbul:- • Agen mengalami apa-apa kerugian/ tanggungan/ perbelanjaan (yg sah sahaja) sepanjang berurusan. • Agen penyebab bencana kpd phk ke3- s176: prinsipal akan menanggung kerugian yg dilakukan oleh agen dlm menjalankan tugasnya dgn suci hati. • s178- agen berhak mendapat pampasan sekiranya mengalami kecederaan disebabkan kecuaian prinsipal.

  28. 4. KESAN KONTRAK YG DIBUAT OLEH AGEN • Kesan kontrak ini bergantung kpd kategori prinsipal. • Prinsipal yg dinamakan (Named Principal)- prins yg namanya didedahkan kpd phk ke3 olh agen. * s183- tiada tanggungan/ tiada hak muncul drpd kontrak yg dimasuki agen = hanya prinsipal punya hak untuk mendakwa dan didakwa pihak ke3 atas kemungkiran kontrak, dan tdk melibatkan agen. * Pengecualian: agen tak dedah nama prinsipal; walau didedahkan, prinsipal tak blh didakwa (gila); agen bertindak bg prinsipal yg bermastautin di luar negara.

  29. 2. Prinsipal yg diberitahu- diberitahu kpd phk ke3 tanpa mendedahkan pengenalan sebenar prinsipal (Disclosed Principal) • s183- seorang agen tdk akan bertanggungjwb secara sendiri thdp kontrak yg dibuat bg phk prinsipal sekiranya agen menyatakan kpd phk ke3 bhw ia adlh agen kpd seorg prinsipal. Kes: Universal Steam Navigation Co Ltd v James McElvie & Co., rujuk m/s 84. 3. Prinsipal yg tdk diberitahu (Undisclosed) s186- dlm keadaan agen bertindak sendirian, phk ke3 mempunyai pilihan mengenakan tanggungan thdp agen/ prinsipal/ keduanya sekali.

  30. 5. PENAMATAN EJENSI • Persetujuan bersama • Pembatalan kuasa agen oleh prinsipal- s154. s156- kebebasan utk prinsipal menarik balik kuasa yg diberikan kpd agen sblm kuasa tsbt dibuat. Namun jika sebhgn urusan tlh dibuat berdasarkan kuasa yg diberikan, prinsipal tdk blh membatalkan kontrak ejensi td- s157. • Penolakan kuasa oleh agen –s154/ notis penamatan munasabah diberikan- s159 • Melalui kuatkuasa undang-undang eg. Tamat tempoh kontrak, kematian agen/ prinsipal, ketidakwarasan, prinsipal bankrap, kontrak menjadi tdk sah akibat pindaan dibuat keatas undang2)

More Related