1 / 28

KEGANASAN RUMAHTANGGA

KEGANASAN RUMAHTANGGA. ADVOKASI KANAK-KANAK DAN KELUARGA FEM 4123. DEFINISI. Merangkumi perbuatan-perbuatan: Serang (assault), Sentuh (battery), Gangguan (harassment), Pemenjaraan yang menyalahi undang-undang (unlawful confinement), Kekejaman fizikal dan mental,

greta
Télécharger la présentation

KEGANASAN RUMAHTANGGA

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. KEGANASAN RUMAHTANGGA ADVOKASI KANAK-KANAK DAN KELUARGA FEM 4123

  2. DEFINISI • Merangkumi perbuatan-perbuatan: • Serang (assault), • Sentuh (battery), • Gangguan (harassment), • Pemenjaraan yang menyalahi undang-undang (unlawful confinement), • Kekejaman fizikal dan mental, • Penganiayaan seksual (sexual abuse) • Atau apa-apa perbuatan pencerobohan atau aniaya.

  3. Sambungan… • Busby (1989) - penggunaankekerasan fizikal oleh ahli keluarga yang menyebabkan kecederaan atau kesakitan kepada ahli keluarga yang lain. • 4 jenis keganasan atau penderaan yang biasa berlaku: • Penderaan fizikal • Penderaan psikologi • Penderaan seksual • Penderaan sosial

  4. PENDERAAN FIZIKAL • Bentuk keganasan atau penderaan yang paling banyak dilaporkan kerana mudah dikesan. • Mangsa (biasanya isteri) mengalami kecederaan tubuh badan. • Kecederaan boleh jadi akibat penggunaan senjata seperti pisau, kayu, rotan, benda tajam, puntung rokok, sterika panas atau sebarang bentuk kekerasan.

  5. PENDERAAN PSIKOLOGI • Menurut Strauss dan Gelles (1986), penderaan psikoogi juga dikenali sebagai penderaan secara lisan atau mental / emosi yang melibatkan : • Ancaman atau ugutan, • Tidak mahu bercakap, • Sengaja menimbulkan kemarahan, • Menyatakan sesuatu yang menyakitkan hati, • Menghina, • Menyumpah.

  6. PENDERAAN SEKSUAL • Melibatkan perbuatan memperkosa atau melakukan hubungan seks secara paksa dan ganas. • Menurut Norhalim (1994) penderaan seksual termasuklah tindakan suami melacurkan isteri untuk tujuan mendapat wang.

  7. sambungan • Kajian Brandl (1990) – penderaan seksual berlaku apabila pasangan melakukan hubungan seks dengan cara yang menjijikkan, ganas sehingga mencederakan dan memaksa pasangan melakukan hubungan seks dengan lelaki lain.

  8. PENDERAAN SOSIAL • Memalukan mangsa secara fizikal atau lisan di khalayak ramai. • Melarang mangsa bergaul dengan masyarakat. • Menahan keinginan mangsa untuk menikmati kebebasan bergerak mahupun bersuara.

  9. KITARAN KEGANASANLENORE WALKER (1979) • Fasa 1 : Tension Building • Wujud ketegangan dalam rumahtangga. • Isteri jalankan tugas sebaik mungkin untuk elakkan krisis. • Serangan kecil mungkin berlaku. • Ketegangan berterusan.

  10. Sambungan… • Fasa 2 – The Explosion • Pendera hilang kawalan. • Pendera mengganas untuk ‘mengajar’ isteri. • Serangan berterusan. • Serangan sering berlaku dan kadang-kadang berlarutan sehingga sehari dua.

  11. Sambungan… • Fasa 3 – The Honeymoon • Keadaan tegang reda. • Pendera kononnya menyesal, mohon ampun dan berjanji tidak akan mengulang keganasan. • Isteri maafkan dan percaya segala janji suami. • Fasa simbiotik ini kadang-kadang menyukarkan sebarang pertolongan yang perlu diberikepada mangsa dan juga pendera.

  12. FAKTOR KEGANASAN • Busby (1989), • Faktor individu seperti pengambilan arak dan rendah pendidikan; • Faktor pasangan seperti tekanan dan kuasa; • Faktor sejarah lampau seperti pendera pernah mengalami penderaan semasa kanak-kanak

  13. Sambungan… • Abdullah Ah Hadi et al (1990), • Syak wasangka terhadap isteri • Pertelingkahan kewangan • Seks dan kasih sayang • Hubugan sulit suami • Campurtangan mentua • Isteri tidak pandai mengurus rumahtangga.

  14. AKTA KEGANASAN RUMAHTANGGA (AKR 1994) • Cadangan penggubalan – Mac 1994 oleh 10 NGO yang dinamakan Kumpulan Tindakan Bersama dan dibawa ke parlimen pada April 1994, berkuatkuasa pada 1 Jun 1996. • Tujuan AKR 1994 adalah untuk melindungi mangsa penderaan dan penganiayaan di kalanganahli keluarga yang tinggal serumah. • Terpakai kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa, jantina, keturunan dan tempat tinggal. • Selari dengan Perkara 8 Perlembagaan Malaysia – kesaksamaan undang-undang.

  15. AKTA KEGANASAN RUMAHTANGGA (AKR 1994) • Falsafah: • Membendungkecenderunganuntukmenggunakankeganasansebagaialatuntukmenyelesaikanmasalahrumahtangga • Memeliharakesejahteraankeluarga. • Sebagaiinstrumenuntukmangsamendapatkanperlindungan • Matlamat: • Perludilihatsebagaipembaikankeadaandanbukanperuntuhrumahtangga. • Perlindunganundang-undangdalamhalrumahtanggadanperkara-perkara yang bersampingandengannya.

  16. Sambungan… • AKR 1994 perlu dibaca bersama Kanun Keseksaan – pendekatan jenayah. • AKR 1994 tidak mewujudkan apa-apa kesalahan baru tetapi mengadakan peruntukan perlindungan untuk keselamatan mangsa. • Kesalahan matrimoni yang bukan kesalahan jenayah , tidak diliputi oleh AKR 1994. • Perintah Perlindungan Interim: berfungsi sebagai cooling off period kepada pasangan. • Yang layak dapat perlindungan: isteri atau suami de facto, anak lelaki, anak perempuan, abang, kakak, adik, ibu bapa, kanak-kanak bawah 18 thn yang tinggal sebagai ahli keluarga dan orang dewasa yang tidak berkemampuan tinggal sebagai ahli keluarga.

  17. Sambungan… • Definisi keganasan rumahtangga menurut S.2 AKR 1994: • Secara sengaja meletakkan atau cuba meletakkan mangsa dalam ketakutan terhadap kecederaan fizikal. • Menyebabkan kecederaan fizikal kepada mangsa dengan satu perbuatan yang diketahui akan menyebabkan kecederaan tersebut.

  18. Sambungan… • Memaksa atau mengancam mangsa untuk melakukan apa-apa kelakuan atau perbuatan berbentuk seksual atau selainnya , yang mana mangsa ada hak untuk tidak melakukannya. • Mengurung atau menahan mangsa tanpa kerelaannya. • Memusnah atau merosakkan harta isteri dengan niat untuk menyebabkan kesedihan atau kegusaran isteri.

  19. CONTOH KES • Seorang wanita, Salumah Abdulah berumur 54 tahun mati akibat cedera di kepala, dipercayai kerana dipukul suami. Suami seorang bekas pengawal keselamatan berusia 55 tahun. Pihak polis menangkap dan menahan reman suami mangsa selama 5 hari untuk siasatan. Suami didakwa di bawah S. 325 Kanun Keseksaan – menyebabkan cedera parah kepada mangsa.

  20. PERINTAH PERLINDUNGAN • Perintah yang boleh dipohon mangsa dibawah Kanun Keseksaan (KK) jika berlaku keganasan. • Implikasi: menghalang pelaku melakukan keganasan terhadap mangsa. • Mahkamah boleh perintah pelaku untuk tidak menghasut orang lain supaya melakukan keganasan terhadap mangsa. • Tempoh hayat perintah perlindungan: tidak lebih 12 bulan daripada tarikh kuatkuasa perintah.

  21. PERINTAH PERLINDUNGAN INTERIM • S.8 (1),(2),(3) AKR 1994 – mahkamah boleh keluarkan satu perintah perlindungan interim untuk menangkap pelaku dan menghadapkannya ke mahkamah dalam tempoh 24 jam. Pelaku tidak boleh dibebaskan kecuali dengan perintah mahkamah – ikat jamin. • S, 4 dan 12 KK: perintah boleh dikeluarkan sementara menunggu penyiasatan kes oleh polis. • Permohonan boleh cara ex-parte oleh mangsa.

  22. Sambungan… • Tidak patuh perintah: Kesalahan - tidak lebih RM2000 atau penjara sehingga 6 bulan bagi kesalahan pertama. • Bagi kesalahan melanggar perintah dengan melakukan keganasan ke atas orang yang dilindungi hukuman denda sehingga RM4000 atau penjara tidak melebihi setahun. • Bagi kesalahan kedua dan seterusnya, hukuman penjara selama tempoh tidak kurang 72 jam dan tidak lebih 2 tahun dan denda tidak lebih RM5000 juga boleh dikenakan.

  23. PERINTAH SAMPINGAN • S. 6 AKR 1994: Contoh: • Perintahmangsamendiamitempatkediamansecaraekslusif. • Melarangsebarangbentukkomunikasidiantaramangsadanpelakukecualidengankehadiranpegawaipenguatkusaatauoranh lain yang dinyatakan. • Perintahpelakumembenarkanmangsamenggunakankenderaanpelaku yang sebeluminibiadadigunakanolehmangsa. • Tempohhayat: tidaklebih 12 bulandaripadatarikhkuatkuasaperintah.

  24. REMEDI DI BAWAH AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN • S. 50: Taklik – isteri boleh mohon jika suami langgar perjanjian taklik sewaktu selepas akad nikah. • S.52(1)(h): Fasakh – isteri boleh mohon jika suami menganiaya. • S.52(i): Fasakh – isteri boleh mohon jika suami lazim menjadikan kehidupannya menderita oleh kelakuan aniaya. • Perlu bukti.

  25. REMEDI DI BAWAH AKTA MEMBAHARUI UNDANG-UNDANG (PERKAHWINAN & PERCERAIAN) 1976 • Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976: • S 53(1): kepecahbelahan perkahwinan. • S.54(b): “pihak menentang telah bertingkah laku secara yang memyebabkan sipetisyen tidak boleh dijangka dengan minasabah akan tinggal bersama pihak menentang.” • Kes Hoe Gan Tai lwn. Fong Chee Yan: mahkamah Persekutuan membenarkan perceraian kerana suami menyebabkan kecederaan fizikal kepada isteri. • Injunksi: sewaktu menunggu keputusan petisyen perceraian

  26. PERANAN PIHAK BERAUTORITI • Jika mangsa membuat aduan polis dan didapati mengalami kecederaan, mangsa akan dibawa untuk rawatan perubatan. • Di hospital terdapat Pusat Krisis Setempat, yang menempatkan kaunselor sukarelawan, pekerja sosial dan polis yangakan mengambil keterangan. • Biro Bantuan Guaman – bantu dalam proses keadilan.

  27. Sambungan… • Jika mangsa perlukan tempat perlindungan, JKM akan dihubungi. Biasanya mangsa akan ditempatkan di tempat yang selamat di bawah kelolaan JKM atau NGO (seperti Woman’s Aid Organization). • Kementerian Perpaduan dan Pembangunan Masyarakat menyediakan rumah perlindungan sementara kepada wanita yang menghadapi krisis rumahtangga.

  28. Sambungan… • HAWA telah menerima peruntukan khas untuk membina Pusat Khidmat Wanita di seluruh Negara. • LPPKN menyediakan siri bengkel perkongsian dalam usaha meningkatkan kesedaran tentang kekeluargaan. • Kesedaran dan kemahiran pihak suami dan isteri dalam mengendalikan rumahtangga ke arah masyarakat sejahtera merupakan cara penyelesaian yang terbaik.

More Related