1 / 16

kecerdasan pelbagai pembangunan keluarga(d)

kecerdasan pelbagai pembangunan keluarga(d). OBJEKTIF - Setelah menjalani aktiviti 2,para peserta akan dapat mengenali kelebihan dan kemampuan setiap anak yang mencerminkan kecerdasan pelbagai. Definisi.

idana
Télécharger la présentation

kecerdasan pelbagai pembangunan keluarga(d)

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. kecerdasan pelbagaipembangunan keluarga(d)

  2. OBJEKTIF- Setelah menjalani aktiviti 2,para peserta akan dapat mengenali kelebihan dan kemampuan setiap anak yang mencerminkan kecerdasan pelbagai.

  3. Definisi Kecerdasan pelbagai atau IQ (intelligence quotient) adalah istilah umum yang digunakan untuk menjelaskan sifat pemikiran yang mencakupi sejumlah kemampuan. Menurut seorang ahli psikologi barat iaitu Howard Gardner, setiap kanak-kanak mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza dan kecerdasan tersebut boleh ditingkatkan lagi dengan pendidikan ataupun melalui aktiviti yang bersesuaian.

  4. Ibu bapa perlu mengetahui bahawa setiap anak-anak yang dilahirkan mempunyai kebolehan dan tahap kecerdasan yang berbeza-beza antara satu sama lain. • Menurut Howard Gardner juga, kecerdasan tidak boleh diwarisi semata-mata tetapi kecerdasan boleh dipengaruhi oleh budaya, persekitaran dan juga suasana pembelajaran.

  5. PINTAR LOGIK ANGKA NATURALIS PINTAR DIRI ASPEK KECERDASAN PELBAGAI PINTAR BAHASA PINTAR PERGAULAN PINTAR RUANG PINTAR PENDENGARAN PINTAR PERGERAKAN

  6. Ciri-ciri aspek kecerdasan pelbagai

  7. Pintar bahasa • Kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini lebih suka bercerita,berjenaka dan berteka teki. • Mereka juga sentiasa menikmati permainan yang menggunakan perkataan seperti permainan yang melibatkan kemahiran untuk mengeja. • Sentiasa menghabiskan masa dengan membaca. • menikmati silang kata • Boleh membaca dan melukis dengan baik. • contoh kerjaya:- peguam,pelakon, novelis

  8. Pintar logik angka • Ciri-ciri yang dimiliki oleh kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini pula ialah: * mereka boleh menikmati corak dan koleksi barangan. * mereka juga gemar ujian minda dan permainan komputer. * bermain dan memikirkan sesuatu yang melibatkan angka. * lebih cenderung untuk menyelesaikan masalah dalam bentuk angka. * membentuk eksperimen untuk menguji sesuatu. • Contoh kerjaya:- akauntan, pengaturcara komputer, saintis

  9. Pintar ruang • Kanak-kanak yang tergolong dalam kategori kecerdasan ini mampu menikmati aktiviti kesenian dan kraf. • Mereka juga mempunyai bakat dalam bidang lakonan seperti drama. • Menikmati cantuman gambar (jigsaw), mencari jalan (maze), gambar dan video. • Gemar melukis dan mencipta. • Contoh kerjaya:- pelukis, jurubina, pengembara

  10. Pintar pendengaran • Bagi kanak-kanak yang memiliki kecerdasan ini, mereka mempunyai ciri-ciri yang berikut. • Antaranya ialah:- * suka menyanyi * sentiasa menikmati muzik * boleh mengingati melodi * mendengar dan membuat persembahan muzik * bermain atau membuat alat muzik * mengikut rentak muzik • Contoh kerjaya:- pemuzik, penggubah, penyanyi

  11. Pintar pergerakan • Individu yang mempunyai kecerdasan pintar pergerakan ini lebih gemar menari dan melakukan aktiviti olahraga. • Mereka juga berkemampuan untuk menghantar sesebuah mesej melalui pergerakan badan. • Suka bergiat dan suka menyentuh • Suka berlakon dan memainkan ape jua peranan atau pergerakan. • Suka membaiki peralatan. • Contoh kerjaya:- pakar bedah, juru ukir, penari.

  12. Pintar pergaulan • Kanak-kanak yang memiliki ciri-ciri ini lebih mudah untuk berkawan. • Suka mendampingi orang lain. • Mereka juga boleh menikmati permainan yang memerlukan kerjasama. • Suka menyelesaikan masalah secara berkumpulan. • Prihatin terhadap orang lain. • Contoh kerjaya:- ahli politik,kaunselor, jurujual

  13. Pintar diri • Kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri pintar diri lebih cenderung dan seronok bersendirian. • Mereka juga lebih suka membayangkan sesuatu. • Mempunyai pendapat atau perasaan yang kuat mengenai sesuatu. • Menyimpan catatan hadiah dan suka berhobi. • Bermotivasi untuk membuat sesuatu. • Contoh kerjaya:- penyajak, psikologis, ahli falsafah

  14. naturalis • Kanak-kanak yang memiliki ciri-ciri ini merupakan seorang yang prihatin terhadap alam. • Mereka juga mempunyai sikap penyayang yang tinggi. • Mempunyai sikap ingin tahu yang amat mendalam. • Mempunyai rasa empati (belas kasihan) terhadap semua benda hidup. • Berkebolehan dalam mengaitkan sesuatu perkara mengikut ingatan. • Mereka juga mudah terasa. • Merupakan seorang yang sangat sensitif atau peka terhadap sesuatu isu yang berkaitan dengan alam sekitar. • Contoh kerjaya :- ahli geologi, pendaki gunung, petani, ahli botani, penternak.

  15. Langkah-langkah meningkatkan kecerdasan pelbagai dalam diri anak-anak • Ibu bapa tidak sepatutnya menghalang keinginan anak-anak dalam melakukan apa jua perkara yang mereka sukai. • Ibu bapa juga boleh menjadikan teori kecerdasan pelbagai sebagai panduan untuk merancang teknik, kaedah dan strategi yang sesuai mengikut jenis kecerdasan, bakat dan potensi yang terdapat pada kanak-kanak. • Ibu bapa juga perlulah menyediakan persekitaran yang kondusif untuk membolehkan kanak-kanak mencipta pengetahuan.

  16. rumusan • Ibu bapa perlu menerima hakikat bahawa setiap anak yang dilahirkan mempunyai tahap dan aspek kecerdasan yang tersendiri. • Ibu bapa harus berusaha merangsang dan mengambil langkah-langkah yang tertentu bagi meningkatkan aspek kecerdasan yang kurang dalam kalangan anak-anak. • Ibu bapa tidak seharusnya memaksa harapan mereka ke atas anak di luar kemampuannya.

More Related