1 / 68

BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif. Minggu 1 Pengenalan. Ilmu linguistik wujud sejak zaman Yunani dan berkembang pada zaman Romawi dan zaman Islam. Pelbagai pemikiran yang mendasari huraian linguistik telah muncul.

kira
Télécharger la présentation

BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. BBM 3106TEORI LINGUISTIKOlehProf. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

  2. Minggu 1Pengenalan • Ilmu linguistik wujud sejak zaman Yunani dan berkembang pada zaman Romawi dan zaman Islam. • Pelbagai pemikiran yang mendasari huraian linguistik telah muncul. • Huraian bahasa menggambarkan gagasan pemikiran dan teori yang digunakan oleh ahli linguistik.

  3. Zaman Yunani • Heraclitus ; kaitan bahasa dengan alam • Plato; Kejituan penggunaan bahasa • Aristotle: bahasa adalah persetujuan masyarakat, dilihat dalam konteks

  4. Zaman Romawi • Lanjutan Yunani tanpa banyak perbezaan pemikiran • Varro; buku tatabahasa Latin • Priscian; Institutiones Grammaticae • Nahu Latin Priscian menjadi asas falsafah linguistik abad pertengahan Eropah

  5. Minggu 2Zaman Islam • Falsafah bahasa (lughat) • Sintaksis (nahwu) • Etimologi (sarf) • Morfologi (ishtiqaq) • Semantik (Ilm-ul-Ma’ani) • Stilistik (Ilm-ul-Bayan)

  6. Retorik (Ilm-ul-Badi’) • Fonologi (ilm-ul-Qira’at) • Wacana (Asbab-ul-nuzul)

  7. Pengertian Teori • Pendapat yg dikemukakan untuk menerangkan sesuatu perkara. • Maklumat yang dirumuskan oleh teori mendekati ciri ilmu. • Berasaskan kebenaran sama ada fakta atau reason (dalil).

  8. Kriteria Teori • Ada prinsip asas • Dianalisis secara relevan dan bersifat ilmu • Ada korelasi antara persoalan • Kekukuhan hujah • Sistematik

  9. Teori adalah satu penjelasan untuk sesuatu benda @ perkara yang diperhatikan. Justeru linguistik satu bidang bersifat saintifik, tentu mempunyai teori-teori yang dijadikan dasar untuk menganalisis dan menghuraikan data bahasa

  10. Minggu 3Teori Linguistik • Seperangkat hipotesis untuk menerangkan data bahasa sama ada bunyi bahasa atau makna. • Cabang linguistik yang menumpukan perhatian kepada teori umum dan kaedah umum dalam penyelidikan bahasa.

  11. Pola Teori Linguistik • Membina satu sistem (teori) yang mujarad • Mengkaji akibat sistem tersebut • Menolak sistem jika tidak dapat meramalkan fakta • Mengganti sistem yang lebih sesuai dengan fakta

  12. Teori Bahasa • Teori dalam linguistik deskriptif yang memperkatakan ciri-ciri dan fakta-fakta tentang struktur bahasa sejagat yang terdapat dalam semua bahasa manusia di dunia ini.

  13. Andaian dalam Teori Bahasa • Menurut ahli falsafah bahasa manusia secara fitrah @ innate mempunyai kebolehan untuk berbahasa. • Kebolehan ini merupakan sifat akal (bukan sifat biologis) yang bertempat di dalam otak.

  14. Minggu 4Linguistik Tradisional • Pemerian bahasa berdasarkan bahasa Yunani, Latin dan Sanskrit. • Nahu tradisional merupakan sumber maklumat yang kaya (banyak contoh). • Nahu sebenar (prinsip pembinaan ayat) perlu ditentukan oleh pembaca yang bijak.

  15. Bagi setiap rumus terdapat banyak kekecualian. • Masalah timbul apabila kekecualian melebihi bentuk yang seragam atau yang ada dalam peraturan.

  16. Aplikasi Pemikiran Tradisional • Menurut Jespersen nahu terbahagi kepada tiga: fonologi, morfologi dan sintaksis. • Bunyi dan signifikasi, bentuk dan fungsi tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan bahasa itu sendiri.

  17. Golongan kata menurut Jespersen: a. kata nama – substantif b. kata ganti nama c. kata kerja (termasuk verbids) d. partikel

  18. Penggolongan kata berdasarkan makna dan fungsi dalam ayat, tetapi penekanan hendaklah kepada bentuk. • Dalam menganalisis the young boy ‘young’ sebagai kata adjektif kerana maknanya dan sebagai penerang substantif.

  19. Kata ‘young’ tidak boleh berakhiran jamak [-s], tetapi boleh berakhiran perbandingan [-er, -est]. • Peringkat kata (primer @ sekunder) bergantung kepada fungsinya dalam frasa atau ayat sama ada dalam hubungan sendian atau nexus.

  20. Definisi ayat menurut Jespersen ialah “pengucapan manusia yang bebas dan sempurna. Kesempurnaan dan kebebasan itu ditunjukkan oleh kehadirannya secara bersendirian”.

  21. Minggu 5Strukturalisme • Bahasa adalah sistem lambang. • Lambang terdiri daripada dua komponen, iaitu bunyi (signifier) dan makna (signified). • Bunyi yang tidak bermakna tidak dianggap sebagai signifier.

  22. Analisis Struktural • Kata rumah, strukturnya dua suku kata, ru + mah, iaitu S1 + S2. Struktur fonemnya, KVKVK. • Frasa rumah besar, struktur bentuknya KN + KS. Struktur fungsinya Inti + Keterangan.

  23. Ayat Saya hendak makan, struktur bentuknya KN – KKB – KK. Struktur fungsinya Subjek – Predikat, atau Pelaku – Perbuatan.

  24. Dalam linguistik struktural bahasa adalah bentuk. • Memberi keutamaan kepada bahasa lisan.

  25. Fungsi Bahasa • Hubungan antara satu bentuk linguistik dengan bahagian-bahagian lain yang digunakan dalam pola atau sistem linguistik, misalnya dalam nahu, frasa nama boleh berfungsi dalam struktur ayat sebagai subjek, objek, komplemen, dsb.

  26. Peranan yang dimainkan oleh bahasa dalam masyarakat atau antara individu, misalnya bahasa digunakan untuk menghubungkan idea, meluahkan perasaan, dsb.

  27. 7 Fungsi Bahasa • Alatan (instrumental) • Pentertib (regulartory) • Interaksi @perhubungan (interactional) • Peribadi (personal) • Penemuan (heuristic) • Khayalan (imaginative) • Pernyataan (representational)

  28. Fungsi Bahasa dalam Komunikasi • Fungsi yang dijalankan oleh bahasa dalam menimbulkan komunikasi @ perhubungan antara pemeran bahasa, sama ada secara bertutur @ menulis. • Penyampaian sesuatu komunikasi ada kalanya menimbulkan tindak balas, ada kalanya tidak.

  29. Tindak balas boleh berupa bahasa @ gerak geri @ kedua-duanya. • Antara fungsi bahasa dalam komunikasi ialah perisytiharan, penggerak komunikasi, penghargaan, bertanya, bercerita, berbincang, bekerjasama, berbahas, mengkritik dsb.

  30. Minggu 6Lakuan Bahasa • Tindakan yang dilakukan yang tergambar dalam bahasa yang digunakan. • Fungsi butir pertuturan @ tutur kata (lakuan pertuturan).

  31. Permintaan maklumat adalah satu lakuan bahasa dan lakuan ini diwujudkan dengan pelbagai cara (bertanya, meminta @ memberi komen). • Bertanya: Siapa nama awak?

  32. Meminta: Saya minta izin untuk bercakap. • Membuat komen: A: Ini darah kotor, ya, doktor, perlu dicuci. B: Memang benar.

  33. Minggu 7Teori Lakuan Pertuturan • Bahasa digunakan oleh penutur untuk mempersembahkan lakuan. • Bercakap dalam sesuatu bahasa bererti melibatkan diri dengan bentuk lakuan yang terikat dengan peraturan.

  34. Sewaktu bercakap, penutur sebenarnya melakukan sesuatu lakuan pertuturan, seperti membuat pertanyaan, memberikan perintah, dan membuat janji. • Lakuan pertuturan adalah yang penutur @ penulis lakukan semasa mengujarkan bentuk-bentuk kata tertentu.

  35. 3 gerak laku dalam persembahan lakuan pertuturan: a. Lakuan pengucapan b. Lakuan niat pengucapan c. Lakuan tindak balas pengucapan

  36. Ujaran performatif yang nyata • Niat pengucapan dinyatakan dengan jelas dalam lakuan pengucapan, mis: a) Saya berjanji saya akan datang. b) Saya yakin dia akan menang. c) Saya bersetuju saya silap.

  37. Ujaran performatif yang tidak nyata • Niat pengucapan tidak dinyatakan dengan jelas dalam lakuan pengucapan, misalnya: a) Ayah akan padamkan lampu.

  38. Syarat Kesesuaian TLP • Syarat kandungan proposisi • Syarat Persediaan • Syarat Keikhlasan • Syarat Tujuan

  39. Ujaran Saya berjanji saya akan menunggu di kantin dapat dianggap sebagai satu janji jika ujaran tersebut memenuhi kesemua syarat kesesuaian perjanjian.

  40. Ujaran Tak masuk, Inah? juga dapat dianggap sebagai satu pertanyaan jika ujaran tersebut memenuhi syarat-syatat kesesuaian untuk pertanyaan. Ujaran Tak masuk, Inah? juga dapat dianggap sebagai pelawaan jika memenuhi syarat kesesuaian pelawaan

  41. Minggu 8Teori Transformasi Generatif • Bahasa terdiri daripada rumus-rumus yang terhad untuk menghasilkan ayat yang tidak terhad. • Dalam pembentukan ayat terdapat 3 rumus: i) Rumus struktur frasa ii) Rumus transformasi iii) Rumus morfofonemik

  42. Rumus Struktur Frasa Memberi huraian lahiriah kepada sesuatu ayat dengan membahagikan ayat kepada unsur-unsurnya, iaitu frasa. Mis:

  43. (1) Ayat  FN + FK (2) FN  GNT + N (3) FK  Kata Kerja + FN (4) GNT  itu (5) N  budak, bola dll. (6) Kata Kerja  menendang, dll.

  44. Rumus Transformasi Memindahkan bentuk ayat dari satu jenis kepada jenis yang lain. Misalnya daripada ayat berita yang paling ringkas (ayat inti) menjadi ayat tanya, ayat perintah @ ayat pasif.

  45. Rumus Morfofonemik Memberi bentuk ejaan atau bunyi kepada lambang-lambang abstrak seperti FN, FK, dan sebagainya.

  46. Transformasi 1965 Pemindahan struktur dari struktur dalaman kepada struktur permukaan. Dua struktur ini sejajar dengan istilah keupayaan dan pengwujudan.

  47. Keupayaan (competence) : pengetahuan penutur dan pendengar tentang peraturan bahasanya. • Pengwujudan (performance): penggunaan bahasa yang sebenarnya oleh penutur dan pendengar dalam kehidupannya dalam masyarakat.

  48. Teori Standard • Melalui karyanya Aspects (1965) tersebut, Chomsky mengemukakan teori semantiknya yang dikenali juga dengan teori standard. • Makna sesuatu ayat ditentukan oleh struktur dalaman sintaksis.

  49. Teori Standard Tambahan • Struktur permukaan juga menentukan makna ayat. • Interpretasi semantik ditentukan oleh struktur dalaman dan struktur permukaan.

  50. Minggu 9Perkembangan Terkini TG (REST) • Makna terbahagi kepada dua, iaitu semantik linguistik (makna I) yang ditentukan oleh struktur dalaman dan struktur permukaan sintaksis, dan semantik bukan linguistik (makna II), apabila ayat dihubungkan dengan knowledge of the world.

More Related