1 / 35

Pengenalan

Penggulungan dan pembubaran syarikat Yap Mei Wven 129334 Oon Shiau Hun 129546 Sun Cha Huei 129962 Khaw Wooi Cheng 130023. Pengenalan. Sebuah syarikat hanya boleh ditamatkan dan namanya boleh dibatalkan daripada senarai Pendaftar Syarikat mengikut proses undang-undang.

leif
Télécharger la présentation

Pengenalan

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Penggulungan dan pembubaran syarikatYap Mei Wven 129334Oon Shiau Hun 129546Sun Cha Huei 129962Khaw Wooi Cheng 130023

  2. Pengenalan • Sebuah syarikat hanya boleh ditamatkan dan namanya boleh dibatalkan daripada senarai Pendaftar Syarikat mengikut proses undang-undang. • Tujuan utama penggulungan adalah mengumpul dan menilai aset syarikat yang hasil kutipannya daripada proses itu akan : • Digunakan untuk membayar hutang pemiutang mengikut senarai keutamaan • Digunakan untuk menyusun semula hak-hak para penyumbang di kalangan mereka.

  3. Profesor Gower mentafsirkan penyelesaian atau liquidation sebagai satu keadaan yang perniagaan syarikat atau perkongsian itu akan ditamatkan, segala asetnya dijual, pihak pemiutang dibayar hutangnya, baki jualan aset dibahagi-bahagikan kepada ahli-ahlinya dan akhir sekali barulah syarikat itu dianngap tidak wujud lagi. • Beliau juga menyatakan bahawa sitilah “penyelesaian” sebenarnya berasal daripada undang-undang kebankrapan.Manakala penggulungan pula berasal daripada proses anologi bagi membubarkan ssebuah perkongsian atau pentadbiran harta atau aset si mati.

  4. Jenis-jenis penggulungan • Proses penggulungan syarikat telah dinyatakan dalam Bahagian X, bermula daripada seksyen 212 sehingga sekeyen 318 dalam Akta Syarikat 1965. • Sesebuah syarikat atau perkongsian itu boleh ditamatkan melalui dua cara iaitu : • Melalui mahkamah • Melalui kerelaan ahli-ahlinya sendiri • Jika sesebuah syarikat itu insolven iaitu menjalankan perniagaan dengan tiada keuntungan, maka pihak pemiutang akan mewajibkan proses penggulungan melalui mahkamah. Manakala proses penggulungan dengan kerelaan itu boleh dilakukan oleh seseorang ahli syarikat itu.

  5. Cara penggulungan syarikat • Terdapat tiga cara bagaimana syarikat itu digulung : a. Melalui perintah mahkamah (Seksyen 221 Akta Syarikat 1965) b. Penggulungan secara sukarela (Seksyen 221 Akta Syarikat 1965) c. Apabila wujud keadaan-keadaan yang boleh memberi kuasa kepada pendaftar untuk membatalkan pendaftaran syarikat-syarikat yang tidak berfungsi atau tidak menjalankan aktiviti perniuagaan mengikut objektif syarikat.( Seksyen 308 Akta Syarikat 965)

  6. Penggulungan syarikat secara sukarela terbahagi kepada dua bahagian iaitu penggulungan secara sukarela oleh ahli dan penggulungan sukarela oleh pemiutang. • Dalam kes penggulungan ahli, syarikat mestilah tidak mengalami masalah kebanrapan untuk membolehkan ahli melantik penyelesai sementara. Jika unsur kebankrapan wujud, pelantikan penyelesai sementara akan menjadi hak pemiutang dan pemeriksaan boleh dilakukan terhadap tindakan yang telah dan pernah dilakukan oleh pihak pentadbiran dan pengurusan syarikat. • Penggulungan oleh mahkamah tidak melibatkan sebarang campur tangan daripada mana-mana pihak dalam syarikat seperti yang berlaku dalam proses penggulungan sukarela.

  7. PENGGULUNGAN OLEH MAHKAMAH • Alasan Penggulungan 1) S 218 AS 1965, perkara yang membolehkan mahkamah mengeluarkan perintah penggulungan: • Sykt tlh meluluskan satu ketetapan khas spy ia digulung oleh mahkamah. • Sykt ingkar dlm menyerah laporan berkanun @ dlm mengndalikan mesyuarat berkanun.

  8. Sambung………………. • Sykt tidak memulakan perniagaan dlm tempoh 1 thn slps ia diperbadankan. • Bil ahli dikurangkan kpd dua orang. • Sykt tdk mampu membyr hutang. • Pengarah tlh bertindak dgn mengutamakan kepentingan sendiri. • Seorg. inspektor tlh melaporkan bhw : (i) sykt tidak mampu byr hutang dan patut digulung. (ii) sykt hdklah digulungkan demi kepentingan awam , pmg-pmg syer @ pemiutang.

  9. Sambung……… • Apb tempoh penamatan sykt yg. ditetapkan dlm memorandum @ perkara persatuan tlh berakhir. • Mahkamah berpendapat bhw ia adil & saksama utk dibubarkan. • Lesen tlh ditolak @ dikembalikan bagi Sykt-sykt yg. Memegang lesen di bwh Akta Bank & Institusi kewangan 1989 & Akta Bank Islam 1983 • Sykt tlh menjlnkan perniagaan & menerima deposit dlm Malaysia yg melanggar Akta Bank Islam 1983 @ Akta Institusi Kewangan 1989.

  10. PETISYEN PENGGULUNGAN Di bwh S 217 AS 1965, Phk-phk yg layak membawa petisyen penggulungan sykt melalui perintah mahkamah ialah: Syarikat Mana-mana pemiutang yg dijangka. Penyumbang @ pmg amanah bagi kes kebankrapan/ pmg harta bagi penyumbang yg muflis. Menteri (s 205) @ alasan menurut S 218(1) (d) AS. Penyelesai

  11. Kuasa Mahkamah Mendengar Petisyen • S 221 As 1965 menyatakan bhw mahkamah berhak utk menolak petisyen dgn @ tanpa kos, menagguhkan perbicaraan @ perintah lain yg difikirkan sesuai. • Mahkamah tdk blh menolak utk membuat perintah penggulungan atas alasan: (a) Aset sykt tlh digadaikan sepenuhnya @ digadaikan dgn jumlah yg melebihi drpd aset yg sedia ada. (b) Tiada lagi aset yg wujud utk dibahagi-bahagikan di kalangan penyumbang-penyumbang dlm kes petisyen yg dikemukakan oleh penyumbang.

  12. Sambung………………. • Bagi petisyen yg dikemukakan atas alasan sykt tlh ingkar utk menyerah simpan laporan berkanun @ ingkar dlm mengendalikan mesyuarat berkanun, mahkamh blh: (i) Mengarah spy laporan berkanun diserah simpan @ spy mesyuarat diadakan. (ii) memerintah org yg bertanggungjwb kpd keingkaran membyr kos. • S222 AS 1965 terpakai dlm tempoh masa slps petisyen penggulungan dikemukakan ttp sblm perintah penggulungan dibuat oleh mahkamah.

  13. Tempoh Masa Penggulungan • S 219(1) AS 1965 menyatakan bhw jika sblm permohonan dikemukakan, satu ketetapan tlh diluluskan oleh sykt utk penggulungan scr sukarela, maka penggulungan bermula pada masa ketetapan yg diluluskan. • S 219(2) AS 1965, bagi kes-kes lain iaitu apb sykt tidak memutuskan utk membuat penggulungan scr sukarela, maka penggulungan mahkamh bermula pd masa petisyen permohonan dikemukakan kpd mahkamah.

  14. Penggulungan Secara Sukarela Terdapat 2 jenis : a) secara sukarela oleh ahli apabila sykt solvent (mampu bayar hutang ) b) secara sukarela oleh pemiutang apabila sykt tdk dpt meneruskan perniagaan dan tdk mampu bayar hutang.

  15. 2 keadaan membolehkan sykt digulung secara sukarela yg diperuntukkkan dlm S254(1) AS 1965 : (a) Apabila tempoh sykt yg teleh ditetapkan dlm memorandun @perkara pesatuan telah tamat @ berlaku kejadian yg b m’bubarkan sykt & dlm mesyuarat agungnya sykt meluluskan suatu ketepatan yg m’hendaki sykt digulung secara sukarela. (b) Apabila sykt meluluskan ketetapan khas supaya sykt digulung secara sukarela.

  16. - S254 (2) menyatakan sykt perlu menyerahkan 1 salinan bercetak ketetapan kpd pendaftar dlm tempoh 7 hari slps ia diluluskan & m’berikan notis tentangnya dlm surat khabar, diedarkan ke seluruh M’sia dlm tempoh 10 hari slps ketetapan tersebut diluluskan. - Jika tidak mematuhi syarat tersebut, sykt & semua pegawai diaggap telah melakukan kesalahan terhadap AS & dikenakan penalti RM 1000 .

  17. Tempoh Masa Penggulungan Syarikat - S255(6) menetapkan bhw penggulungan sukarela bermula : apabila Borang 65A telah diserahkan kpd Pendaftar & penyelesai sementara telah pun dilantik sebelum ketetapan utk penggulungan diluluskan. Pengisytiharan Solvenan - S257 (1) :apabila penggulungan sukarela dicadangkan, pengarah sykt b membuat akuan bertuli dlm Borang 66 tentang hal ehwal sykt & menetapkan bhw sykt b membayar hutang secara penuh dlm tempoh tidak > 12 bln slps penggulungan bermula.

  18. - S257 (3) : akuan tersebut tidak berkuatkuasa utk tujuan ini melainkan ia: (a) Dibuat sms mesyuarat lembaga pengarah (b) Dibuat dlm tempoh 5 minggu slps ketetpan penggulungan diluluskan (c) Diserahkan simpan kpd pendaftar sebelum tarikh notis tentang mesyuarat utk membuat ketetapan dikeluarkan.

  19. Penggulungan Secara Sukarela oleh Pemiutang - S 260 (1) : sykt perlu memanggil suatu mesyuarat pemiutang sama ada pada hari yg sama ketetapan utk penggulungan sukarela dicadangkan @ pada hari yg berikutnya.

  20. - S 260(2) : sykt mesti m’adakan mesyuarat pd masa & tempat yg sesuai bagi sejumlah besar pemiutang & hendaklah: (a) m’berikan notis 7 hari genap melalui pos kpd pemiutang (b) M’hantar kpd setiap pemiutang suatu kenyataan yg menunjukkan nama semua pemiutang dan jumlah tuntutan mereka.

  21. - S 260 (3) : notis mesyuarat pemiutang hendaklah diiklankan dlm akhbar yg diedarkan ke seluruh M’sia sekurang2nya 7 hari sebelum tarikh mesyuarat. - S260 (4) : menetapkan pengarah sykt : (a) Mengemukakan kpd mesyuarat pemiutang2 suatu kenyataan penuh tentang hal ehwal sykt yg menujukkan cara bagaimana penilaian aset dibuat dan menyenarai pemiutang & aggaran jumlah tuntuan mereka. (b) Melantik seorang drpd mereka yg utk menghadiri meyuarat.

  22. - S 260 (6) : pemiutang b melantik seorang drpd mereka @ pengarah yg dilantik utk menjadi pengerusi mesyuarat. - Pengerusi ini mpy kuasa utk menentukan masa & tempat yg seuai utk m’adakan mesyuarat serta b menangguhkan meyuarat tersebut.

  23. Pelantikan Penyelesai - S261 (1) : pemiutang & sykt b m’calonkan seseorang sebagai penyelesai dlm mesyuarat masing2 . - Jika mereka m’calonkan orang yg berasingan, pilihan pemiutang diutamakan tetapi jika tiada, maka calon yg dikemukakan oleh sykt dilantik sebagai penyelesai.

  24. Jika berlaku kekosongan dlm jawatan penyelesai , S 261 (5) meperuntukkan melainkan jika penyelesai itu dilantik oleh mahkamah, maka kekosongan itu b diisi oleh pemiutang.

  25. Penggulungan Melalui Pembatalan Oleh Pendaftar • Di bawah Seksyen 308 Akta Syarikat memperuntukan bahawa sesebuah syarikat boleh diguluankan apabila wujud keadaan yang boleh memberikan kuasa kepada pendaftar untuk membatalkan pendaftaran sayrikat yang tidak berfungsi atau tidak menjalankan aktiviti perniagaan mengikut objektif syarikat.

  26. Sebelum sesebuah nama syarikat dibatalkan, syarikat tersebut perlu mengemukakan surat berkanun yang ditandatangani oleh salah seorang pengarahnya dan menyatakan : • Syarikat tidak pernah menjalankan perniagaan ataupun sudah berhenti menjalankan perniagaannya. • Syarikat tidak memiliki sebarang harta atau aset.

  27. Syarikat tidak mempunyai sebarang liabiliti dengan mana pihak lain ataupun apabila syarikat mempunyai liabiliti, ia diketepikan oleh pihak yang berkepentingan melalui surat yang dikemukakan. • Syarikat tidak mempunyai wang yang mencukupi bagi membayar belanja pembubarannya di mahkamah. • Syarikat itu bukan syarikat subsidiari kepada syarikat lain. • Syarikat itu bukan syarikat penjamin menurut peruntukan Akta Syarikat 1965. • Tempat atau pejabat berdaftar di mana rekod dan daftar berkanun syarikat boleh diperiksa, juga perlu dinyatakan.

  28. Surat berkanun itu perlu dikemukakan ke SSM bersama dengan senarai harta dan tanggungan syarikat (jika ada). • Apabila permohonan diluluskan, Pendaftar Syarikat menghantar notis melalui pos menurut Seksyen 308(1) Akta Syarikat: • Ke alamat berdaftar syarikat • Satu salinan dihantar ke LHDN • Satu salinan ke cawangan pejabat SSM (jika berkaitan)

  29. Apabila Pendaftar Syarikat tidak menerima sebarang bantahan dan tiada tanda yang menunjukan bahawa syarikat masih lagi menjalankan perniagaannya, maka setelah tamat tempoh satu bulan dari tarikh notis pertama, Pendaftar Syarikat akan mengeluarkan satu lagi notis di bawah Seksyen 308(2). Notis ini dihantarkan secara pos berdaftar : • Ke alamat berdaftar syarikat yang terakhir. • Satu salinan kepada semua pengarah syarikat • Satu salinan ke cawangan Pendaftar Syarikat (jika berkaitan).

  30. Satu salinan notis berkenan diserahkan ke Percetakan Nasional Berhad bagi tujuan pewartaan dalam warta kerajaan. • Sekiranya Pendaftar Syarikat tidak menerima sebarang bantahan selepas tiga bulan dari tarikh notis bi bawah Seksyen 308(2), notis di bawah Seksyen 308(4) pula akan dikeluarkan dan diposkan kepada: • Syarikat melalui alamat berdaftar terakhir syarikat. • Satu salinan kepada semua pengarah sayrikat. • Satu salinan ke pejabat cawangan Pendaftar Syarikat (jika berkaitan)

  31. Satu salinan perlu dihantar ke Percetakan Nasional Berhad bagi tujuan pewartaan dalam warta kerajaan. • Notis di bawah Seksyen 308(4) disiarkan dalam warta kerajaan, nama syarikat itu akan dibatalkan daripada senarai daftar syarikat. Ini bermakna syarikat itu dianggap dibubarkan bermula dari tarikh pewartaan itu. • Apabila dibatalkan pendaftarannya, usaha memulihkan syarikat yang dibatalkan pendaftarannya hanya dapat dilakukan dengan perintah dari Mahkamah Tinggi.

  32. Di bawah Seksyen 318(5) memperuntukan bahawa • permohonan perlu dibuat oleh orang yang merasa teriklan dengan pembatalan syarikat tersebut dan • permohonan itu handaklah dibuat dalam tempoh 15 tahun dari tarikh pembatalan pendaftaran syarikat tersebut.

  33. Kesimpulan • Terdapat 3 cara untuk meggulungkan sesebuah syarikat, iaitu : • melalui perintah mahkamah – di bawah Seksyen 221 Akta Syarikat. • secara sukarela – di bawah Seksyen 221 Akta Syarikat. • oleh ahli atau • pemiutang – di bawah Seksyen 10(2)(a)

  34. apabila wujud keadaan yang boleh memberikan kuasa kepada pendaftar untuk membatalkan pendaftaran syarikat yang tidak berfungsi – di bawah Seksyen 308 Akta Syarikat.

  35. Proses penggulungan syarikat telah jelas dinyatakan dalam Bahagian X, dari Seksyen 212 hingga ke Seksyen 318.

More Related