1 / 37

PERUSAHAAN AWAM

PERUSAHAAN AWAM. DEFINISI. A.H.Hanson (1965) : Sebuah organisasi yang beroperasi berasaskan kepada prinsip komersil dan dikuasai secara menyeluruh atau sebahagiannya oleh kerajaan. DEFINISI.

Télécharger la présentation

PERUSAHAAN AWAM

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. PERUSAHAAN AWAM

  2. DEFINISI A.H.Hanson (1965) : Sebuah organisasi yang beroperasi berasaskan kepada prinsip komersil dan dikuasai secara menyeluruh atau sebahagiannya oleh kerajaan

  3. DEFINISI Abdullah Sanusi (1980:136): ditakrifkan sebagai badan kerajaan yang terlibat dalam pelbagai aktiviti ekonomi dan perniagaan termasuk syarikat yang memegang amanah untuk Bumiputera.

  4. DEFINISI Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (1974:2): merujuk kepada perusahaan di mana kerajaan mempunyai kepentingan majoriti dari segi pemilikan dan pengurusan.

  5. DEFINISI Mesyuarat pegawai-pegawai kanan dari negara sedang membangun (London 1979) : “Any commercial, financing, industrial, agricultural or promotional under-taking – owned by a public authority either wholly or through majority share-holding – which is engaged in a production and sales of goods and services and whose affairs are capable of being recorded in balance sheets and profit-loss accounts. Such undertaking may have diverse legal and corporate forms such as departmental undertakings, public corporations statutory agencies established by acts of parliament or joint stock companies registered under the company law.”

  6. CIRI-CIRI *Dimiliki dan dikawal sebahagian atau sepenuhnya oleh kerajaan. *Aktiviti yang pelbagai *Mengeluar/menjual barangan dan perkhidmatan *Pembiayaan sebahagian atau sepenuhnya oleh hasil daripada aktiviti atau operasi badan itu sendiri *Mempunyai bentuk organisasi yang pelbagai : perbadanan awam, jabatan dan syarikat.

  7. FAKTOR PENUBUHAN • Ketidakseimbangan sosio ekonomi • Mewujudkan keseimbangan agihan pendapatan di antara rakyat • Kekayaan negara dapat dinikmati secara adil dan saksama. • Mewujudkan keadilan sosial dan ekonomi sebagai pencepat proses pembangunan. • Ketidakseimbangan ekonomi mengikut kawasan • Sebagai ejen pembangunan di kawasan-kawasan kurang maju • Pembangunan ekonomi tidak tertumpu kepada satu-satu kawasan tertentu sahaja.

  8. FAKTOR PENUBUHAN • Pengurusan yang lebih fleksibel • Kerajaan mungkin mempunyai rancangan pembangunan sosial dan ekonomi tertentu yang tidak akan tercapai tanpa badan ini • Sesetengah aktiviti lebih baik dikendalikan oleh pihak kerajaan daripada pihak luar dari segi kewangan, bantuan atau kerjasama • Kemungkinan kerajaan mahu memiliknegarakan aktiviti-aktiviti asing /mengambil alih perusahaan penjajah selepas kemerdekaan. • Kerajaan mungkin berkemahuan untuk mewujudkan simpanan dengan cepat.

  9. FAKTOR PENUBUHAN • Keperluan menyediakan inisitiaf pembangunan • Pelaburan dan promosi aktiviti-aktiviti industri • Pembangunan infrastruktur dan aktiviti-aktiviti asas. • Menyelamatkan perusahaan swasta yang mengalami kerugian • Khususnya perusahaan swasta yang memerlukan modal yang besar

  10. FAKTOR PENUBUHAN • Menyerap guna tenaga • Kadar pertumbuhan penduduk agak tinggi, maka dapat menyerap tenaga buruh tambahan • Pembasmian kemiskinan dan penyusunan kembali masyarakat ( Dasar Ekonomi Baru) • Perusahaan swasta tidak dapat menyelesaikan masalah kemiskinan kerana memerlukan campur tangan kerajaan.

  11. FAKTOR PENUBUHAN • Perusahaan awam telah melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti berikut untuk memenuhi matlamat DEB: • bidang pertanian dan pembangunan wilayah seperti Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (FELDA), Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (FELCRA), RISDA KEJORA, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA).

  12. continued • Perusahaan awam yang terlibat dalam perindustrian dan perniagaan seperti PERNAS dan MARA. • Perusahaan awam yang terlibat dalam kewangan seperti Bank Pertanian, Bank Simpanan Nasional, Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Bank Bumiputra. • Perusahaan awam yang menyediakan kemudahan perkhidmatan seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Keretapi Tanah Melayu (KTM), Lembaga Letrik Sarawak, dan Lembaga Pelabuhan Kelang. • Perusahaan awam yang terlibat dalam pembangunan usahawan seperti MARA.

  13. Continued.. • Perusahaan awam yang terlibat dalam penyelidikan seperti Lembaga Penyelidikan Getah, Kemajuan Getah Malaysia, MARDI dan SIRIM. • Perusahaan awam yang terlibat dalam pelesenan seperti Lembaga Pelesenan Pengangkutan Jalan, Lembaga Pendaftaran dan Pelesenan Minyak Kelapa Sawit (PORLA). • Perusahaan awam yang bertujuan memajukan berbagai bidang ekonomi negeri-negeri di Malaysia,seperti Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri. • Perusahaan yang terlibat dalam pembangunan pelancongan dan kraftangan seperti Lembaga Penggalakkan Pelancongan, Perbadanan Kemajuan Kraftangan

  14. PERKEMBANGAN PERUSAHAAN AWAM • Bermula sejak sebelum merdeka • Penubuhan pengangkutan jalan keretapi yang pertama antara Taiping dan Port Weld (1855) • Selepas itu, kemudahan infrastruktur dan perhubungan yang lain telah diperkenalkan, seperti perkhidmatan telegraf yang pertama antara Taiping dan Kuala Kangsar (1876) dan perkhidmatan telefon yang pertama (1891).

  15. PERKEMBANGAN PERUSAHAAN AWAM • Zaman penjajahan- KTM (1948), LLN(1949), Lembaga Loteri Kebajikan Masyarakat (1950), RIDA (1951) dan FELDA (1956). • Penyertaan kerajaan kurang aktif, berperanan sebagai agen penggalak. • Isu ketidakseimbangan ekonomi kurang diberi perhatian kerana menumpukan pertumbuhan ekonomi. • Isu disuarakan wakil-wakil melayu dalam Majlis Perundangan Persekutuan (1948) • Lahir RIDA (1951), hingga 1957, 23 perusahaan awam.

  16. PERKEMBANGAN PERUSAHAAN AWAM • Peranan perusahaan awam sebagai agensi yang menyediakan kemudahan asas berterusan dalam jangka masa Rancangan Pembangunan Ekonomi Pertama dan kedua • Tetapi pembentukan RIDA masih gagal menjadikan penduduk luar bandar aktif dalam ekonomi. • Kongres Ekonomi Bumiputera (1965)- kesedaran masyarakat Melayu dalam perekonomian kurang menggalakan. • Desakan dikemukakan dalam kongres ini supaya peranan RIDA dipergiat dan diperluaskan dibawah nama baru (MARA).

  17. PERKEMBANGAN PERUSAHAAN AWAM • MARA- memaju, mendorong dan memudahkan pembangunan ekonomi dan sosial di kalangan penduduk bumiputera bagi mempercepatkan penyertaan mereka di bidang perniagaan dan perindustrian. • PERNAS (1969) – menyediakan kemahiran untuk orang Melayu melibatkan diri dalam perniagaan -- menubuhkan usaha-usaha bersama supaya penduduk Melayu digalakkan mengambil bahagian -- sebagai badan yang mengagihkan barang-barang di kalangan orang Melayu.

  18. PERKEMBANGAN PERUSAHAAN AWAM • 1969-1972- 60 perusahaan awam baru ditubuhkan, berbanding 38 selepas merdeka. • Sehingga hari ini lebih 1000 perusahaan awam di Malaysia dan diletakkan di bawah kawalan kementerian seperti Kementerian Pembangunan tanah dan Wilayah, Kementerian Pertanian dan Jabatan Perdana Menteri. • Peranan perusahaan awam disusutkan dalam era penswastaan. Beberapa agensi perusahaan awam diswastakan dan dilepaskan kepada milikan individu, namun kerajaan masih memiliki sejumlah ekuiti yang besar dalam agensi ini.

  19. BENTUK-BENTUK PERUSAHAAN AWAM • Jabatan Kerajaan • Satu badan yang menguruskan segala urusan yang berkait-rapat dengan penetapan dasar, peraturan kewangan juga pegambilan kakitangan tertakluk kepada semua perturan kerajaan. • Ciri-ciri berdasarkan seminar PBB • Dibiayai oleh peruntukan tahunan daripada perbendharaan keseluruhan atau sebahagian daripada hasil kegiatannya dibayar balik kepada perbendaharaan. • Tertakluk kepada kawalan belanjawan, perakaunan dan kredit • Kakitangan tetapnya adalah kakitangan kerajaan • Dibentuk di bawah kerajaan pusat dan tertakluk kepada kawalan langsung daripada ketua jabatan.

  20. BENTUK-BENTUK PERUSAHAAN AWAM • Perbadanan Awam • satu bentuk organisasi komersil yang bebas, ditubuhkan dengan kehendak kerajaan di luar daripada rangka kerja jabatan-jabatan kerajaan dan undang-undang syarikat sebaliknya di bawah satu undang-undang yang khusus yang menetapkan tujuan-tujuan badan ini, struktur pentadbirannya, kegiatan-kegiatan, tanggungjawab dan sebagainya. • Ciri-ciri • Dimiliki oleh kerajaan keseluruhannya • Penubuhan di bawah satu undang-undang khusus • Merupakan satu entiti tersendiri dari segi undang-undang iaitu boleh mendakwa dan didakwa • Peruntukan untuk menyediakan modal atau membuat tuntutan kerugian adalah tanggungan sendiri • Kebanyakan kakitangan bukan terdiri daripada kaki tangan kerajaan

  21. BENTUK-BENTUK PERUSAHAAN AWAM • Syarikat Kerajaan • Penubuhan melalui pendaftaran undang-undang syarikat • kerajaan menanggung sekurang-kurangnya 51% daripada ekuiti modal ataupun merupakan pemegang saham tunggal ( milik penuh kerajaan). • Syarat yang dikenakan agak lonnggar dan boleh menjalankan perniagaan dengan lebih mudah • Kemajuan dikira daripada keuntungan tahunan • Tertumpu kepada penciptaan keuntungan semata-mata.

  22. Syarikat Kerajaan • Faktor penubuhan syarikat kerajaan • senang dibentuk berbanding perusahaan awam yang lain • Kerajaan boleh mengubah nisbah miliknya melalui penjualan dan pembelian saham mengikut keperluan • Boleh bergerak di bawah undang-undang yang sama seperti yang dikenakan kepada sektor swasta.

  23. Kerajaan juga bekerjasama dengan perusahaan swasta dalam berbagai-bagai bidang ekonomi dalam bentuk usahasama. • Asas penubuhan: • Inisiatif dan galakan kepada pelabur-pelabur swasta melalui penglibatan kewangan dalam sesuatu projek • Mendapatkan bahagian hak milik perusahaan swasta yang memerlukan bantuan • Menggalakkan penyertaan swasta melalui tawaran saham dan ekuiti yang menarik. • perusahaan ini merupakan perusahaan swasta yang di dalamnya terdapat campuran daripada usaha kerajaan sama ada dlm bentuk saham ( milikan), kewangan(pinjaman) dan galakan (inisiatif) • Bergerak bebas seperti dalam perusahaan swasta • Lebih bercorak perusahaan yang berasaskan tolong-menolong antara kerajaan dengan swasta.

  24. MASALAH PERUSAHAAN AWAM • Kekaburan objektif • Objektif tidak jelas • Perusahaan awam ditubuhkan dengan matlamat yang luas dan perbadanan itu sendiri yang menentukan. • Wujud juga pertentangan antara objektif kewangan dan sosial pada dan di antara badan-badan tersebut.

  25. MASALAH PERUSAHAAN AWAM • Masalah pertindihan fungsi • Tidak memberi kecekapan dan kurang efektif. • Perbadanan kecil yang berasingan akan membawa kepada ketidakcekapan dan pembaziran • Hanya memerlukan satu perbadanan tunggal dengan satu lembaga dan seorang pengarah yang boleh menubuhkan cawangan-cawangan tanpa memerlukan enakmen lain dan menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk pelbagai projek • Potensi pertentangan kepentingan antara satu sama lain begitu ketara • Penubuhan perbadanan yang mengendalikan fungsi yang sama di peringkat persekutuan dan negeri akan menimbulkan pertandingan dan konflik antara mereka dalam bidang aktiviti masing-masing.

  26. MASALAH PERUSAHAAN AWAM • Masalah kordinasi • Peringkat atas- perusahaan awam tertakluk kepada arahan-arahan rancangan ekonomi negara yang diputuskan oleh kerajaan atau agensi perancangan yang lain. • Peringkat kementerian- perumusan dan pelaksanaan objektif-objektif untuk keseluruhan bidang ekonomi • Menjadi semakin rumit kerana ada perbadanan yang terlibat dalam sektor pertanian yang tidak terletak di bawah Kementerian Pertanian. • Peringkat perusahaan- berkait dengan hubungan antara perusahaan itu sebagai pengguna atau pembekal.

  27. MASALAH PERUSAHAAN AWAM • Masalah hubungan menteri, lembaga dan pengurus • Ketidakjelasan kuasa yang meninggalkan kesan negatif kepada operasi • Menteri bertanggungjawab membuat rumusan dan menyediakan program-program berdasarkan dasar yang ditentukan • Pihak pengurusan berkewajipan melaksanakan program, skim atau projek yang dicadangkan • Saiz lembaga pengarah

  28. MASALAH PERUSAHAAN AWAM • Masalah kakitangan • Wujud kerana kekurangan tenaga pengurusan mahir yang mampu untuk menggerakkan perusahaan awam berasaskan keuntungan tanpa menjejaskan keperluan dan objektif sosial yang ditetapkan

  29. MASALAH PERUSAHAAN AWAM • Masalah-masalah lain • Masalah yang mungkin berpunca daripada luar perbadanan. • Masalah tidak ada dasar harga yang boleh diikuti untuk meletakkan nilai barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan • Tidak dapat mengadakan untung maksimum kerana kawalan harga melalui dasar harga. • Penyelewengan dan salah guna kuasa • Unsur-unsur politik

  30. KEBERKESANAN PERUSAHAAN AWAM • Diawasi oleh Majlis tindakan negara • Penubuhan ICDAU(Implementation Coordination and Development Administration Unit)- untuk menyelaraskan semua aktiviti perbadanan awam. • Penubuhan Kementerian Penyelarasan Perbadanan Awam (1974)

  31. KEMENTERIAN PENYELARASAN PERBADANAN AWAM • Menyelaras dan mengawas dasar, rancangan dan projek-projek yang dikelolakan oleh perbadanan-perbadanan awam supaya mencapai matlamat DEB • Menyediakan garis panduan tertentu kepada semua perbadanan awam • Menilai aktiviti dari segi pelaksanaan DEB • Mengenal pasti dan memperbaiki masalah-masalah yang mereka hadapi dan masalah perhubungan antara perbadanan • Menjayakan kerjasama antara semua perbadanan dan antara perbadanan dengan pejabat kerajaan • Mewujudkan keadaan yang sesuai bagi perkembangan aktiviti perusahaan awam

  32. KEBERKESANAN • Kejayaan tidak boleh diukur dengan pencapaian keuntungan tetapi sejauh mana ia telah dapat memenuhi tujuan-tujuan yang telah ditetapkan kerajaan. • Cth:- LLN- tidak boleh mengatakan bahawa ia sebuah perusahaan yang tidak cekap kerana tidak ada keuntungan yang diperolehi walaupun diuruskan dengan kos yang optimum.

  33. KEBERKESANAN • Bagi badan kewangan seperti bank, keuntungan boleh dijadikan alat pengukur yang utama dalam menilai kecekapan badan tersebut. • Selain badan kewangan, FELDA juga setanding dengan perusahaan swasta dengan pembukaan dan pembangunan tanah yang setanding estet-estet swasta.

  34. KEBERKESANAN • Ada perusahaan awam yang mengalami kerugian kerana kekurangan pengurus dan kakitangan yang layak dan berpengalaman • Kekurangan wang, persaingan hebat daripada swasta, terlalu berorientasikan tujuan sosial dan salah tadbir atau penyelewengan.

  35. KEBERKESANAN • Penilaian kejayaan perusahaan awam boleh dikaitkan dengan DEB. • Pencapaian matlamat DEB merupakan kejayaan perusahaan awam sendiri.

  36. PENCAPAIAN MATLAMAT DEB • Membasmi kemiskinan • Malaysia telah mengecap pertumbuhan ekonomi yang baik. • Pertambahan penyerapan guna tenaga • Pengurangan kadar kemiskinan negara,luar bandar dan bumiputera • Pendapatan purata bulanan isi rumah mengikut wilayah, strata bandar, luar bandar dan kaum dipertingkatkan. Sebahagian besar daripada isi rumah mempunyai pendapatan purata yang telah melewati garis kemiskinan • Bekalan kemudahan asas kepada golongan dan wilayah mundur dipertingkatkan

  37. PENCAPAIAN MATLAMAT DEB • Menyusun semula masyarakat • Hak milik saham bumiputera dalam syarikat-syarikat berhad meningkat dengan pesat. • Penyertaan guna tenaga bumiputera dalam bidang- bidang moden meningkat • Pewujudan sebuah masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB)

More Related