1 / 25

Unit 4: DASAR PEMBANGUNAN NEGARA ( dasar-dasar utama )

Unit 4: DASAR PEMBANGUNAN NEGARA ( dasar-dasar utama ). DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL. DPN telah dilancarkan oleh YAB Dato’ Seri Dr.Mahathir Mohammad pada 17 Jun 1991

niyati
Télécharger la présentation

Unit 4: DASAR PEMBANGUNAN NEGARA ( dasar-dasar utama )

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Unit 4:DASAR PEMBANGUNAN NEGARA (dasar-dasarutama)

  2. DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL • DPN telah dilancarkan oleh YAB Dato’ Seri Dr.Mahathir Mohammad pada 17 Jun 1991 • Diperkenal menggantikan DEB dengan pengekalan matlamat serampang 2 mata iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat ke arah mengukuhkan perpaduan negara • Dimensi baru DPN adalah • memberi penekanan kepada strategi pembasmian kemiskinan • Mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera • Menggalakkan penglibatan sektor swasta • Menumpukan proses pembangunan sumber manusia, sistem nilai dan etika

  3. OBJEKTIF UTAMA DPN: • Matlamat terakhir DPN adalah perpaduan negara • Mencapai taraf negara maju secara holistik dari segi keadilan sosial, nilai,etika dan moral, kestabilan politik dll • STRATEGI DPN: • Mewujudkan keseimbangan optimum antara matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan • Pembangunan yang seimbang bagi sektor utama ekonomi • Mengurang & menghapuskan ketaksamaan sosial dan ekonomi negara • Menggalak & memperkukuhkan integrasi nasional • Membangunkan masyarakat yang progresif • Memajukan sumber manusia negara • Menjadikan sains & teknologi seabagi teras perancangan pembangunan negara • Mengutamakan perlindungan alam sekitar dan ekologi Malaysia

  4. Program pelaksanaan DPN: • Pencapaian yang berkualiti dan berkekalan • Persaingan dalam pasaran antarabangsa • Wawasan 2020 • Pembasmian kemiskinan • Penyusunan semula masyarakat Rumusan: • DPN masih mengekalkan matlamat utama DEB untuk mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi berasaskan pembangunan yang seimbang dan pengagihan yang saksama untuk mencapai keadilan sosial dan mengukuhkan perpaduan negara

  5. DASAR WANITA NEGARA RASIONAL • Menyedari pelbagai peranan wanita dalam keluarga, masyarakat, ekonomi dan politik negara, kerajaan mengakui bahawa strategi-strategi yang khusus perlu dibentuk bagi melibatkan wanita secara berkesan dalam proses pembangunan supaya potensi wanita dapat dioptimumkan. • Usaha gigih perlu diambil untuk membantu wanita melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan sosial dan ekonomi yang utama. Ini memerlukan satu dasar bagi memberi panduan serta arah haluan dalam segala usaha pembangunan supaya kepentingan dan penyertaan wanita tidak terabai dan diintegrasikan sumbangan mereka dalam proses pembangunan negara. • Kerajaan telah menggubal Dasar Wanita Negara (DWN) dalam tahun 1989 dengan tujuan memperjelaskan kesungguhan kerajaan ke arah membantu penyertaan wanita dalam arus pembangunan negara dengan lebih bermakna. • DWN menyediakan garis panduan bagi mengintegrasikan sumbangan wanita dalam proses pembangunan negara

  6. OBJEKTIF DASAR WANITA NEGARA • Membangun potensi dan mendayaupayakan wanita dari pelbagai lapisan masyarakat dan dalam semua sektor sebagai agen perubahan kepada masyarakat serta penyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial negara; 2.  Menyediakan persekitaran yang kondusif, termasuk penggubalan dasar dan perundangan mesra wanita, bagi meningkatkan martabat dan kesejahteraan hidup wanita dalam semua aspek termasuk fizikal, ekonomi, sosial, politik, kesihatan, psikologi dan kerohanian; 3.  Membudayakan kesaksamaan gender di kalangan semua lapisan masyarakat dalam semua sektor; 4.  Memastikan pandangan dan suara wanita diterima pakai dalam proses membuat keputusan di semua peringkat; 5.  Mencapai perkongsian saksama antara wanita dengan lelaki dalam memperoleh dan mengawal sumber dan peluang penyertaan serta menikmati manfaat pembangunan; dan 6. Meningkat dan mengukuhkan perkongsian adil dan saksama antara wanita dengan lelaki dalam semua aspek kehidupan bagi memantapkan institusi keluarga serta membangunkan komuniti dan masyarakat.

  7. STRATEGI PELAKSANAAN • Memperkukuhkan Unit Hal Ehwal Wanita (HAWA) Sebagai Jentera Pembangunan Negara jentera negara bagi kemajuan wanita ialah HAWA yang kini diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Sosial • Mengorientasikan Dasar dan Tindakan Agensi Kerajaan Supaya Memasukkan Proses Perancangan, Pelaksanaan dan Pengawasaan Program-program Pengintegrasian Wanita • Pendidikan dan Latihan Untuk Menyedarkan Pihak Pentadbiran Kerajaan Mengenai Isu Wanita. Bagi membangkitkan kesedaran dan komitmen institusi dan agensi kerajaan, program latihan kepekaan jantina di pelbagai peringkat hendaklah diadakan

  8. RUMUSAN • Kejayaan dasar ini bergantung kepada komitmen dan sokongan semua pihak terutama kepimpinan tertinggi serta kerjasama agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan masyarakat sivil. Kesediaan semua pihak untuk menerima anjakan paradigma merupakan prasyarat kepada kejayaan pelaksanaan Dasar Wanita Negara dan PTPW. • Dasar Wanita Negara merupakan dasar pembangunan sosio- ekonomi yang merangkumi falsafah, inspirasi dan aspirasi wanita daripada pelbagai peringkat umur, lapisan masyarakat dan semua sektor. Pelaksanaan dasar ini menjadi agenda utama kerajaan untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang maju, dinamik dan berdaya saing serta penyayang, adil dan saksama.

  9. STRATEGI PELAKSANAAN 4. Menjalankan penyelidikan mengenai aspek gender bagi menjana pendekatan inovatif dan kreatif dalam penggubalan dasar dan perancangan serta pelaksanaan program. 5. Melaksanakan sepenuhnya pengumpulan, penganalisaan dan pengaplikasian data dan maklumat oleh agensi-agensi kerajaan, pihak swasta dan pertubuhan bukan kerajaan mengikut pecahan jantina untuk tujuan perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian program. 6. Meningkatkan kapasiti dan keupayaan wanita dalam semua bidang bagi memastikan penglibatan mereka yang berkesan dalam pembangunan ekonomi dan sosial negara, termasuk penglibatan dalam politik dan proses membuat keputusan.

  10. DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN RASIONAL • Sistem pendidikan di zaman penjajahan telah berkembang tanpa mengambil kira kepada keperluan pembangunan, pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan negara. Sistem Pendidikan berkenaan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang dan keturunan mereka kepada negara asal mereka dan menekan suppress semangat pembangunan rakyat tempatan. Sistem ini mungkin secocok dengan Tanah Melayu yang terjajah tetapi apabila Tanah Melayu sudah merdeka, ia didapati tidak lagi sesuai. Oleh itu, langkah-langkah diambil bagi menggubal satu sistem pendidikan kebangsaan yang sesuai untuk negara yang merdeka dan mempunyai matlamat-matlamat sendiri

  11. OBJEKTIF DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN “Bahawasanya dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, dan politiknya..." Objektif ini dinyatakan secara am tetapi dalam melaksanakannya, Kementerian Pendidikan dengan berpandukan kepada Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960, telah mentafsirkannya sebagai menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja ("tenaga rakyat," istilah yang digunakan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet) bagi keperluan ekonomi.

  12. STRATEGI PELAKSANAAN (a)Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama (b)   Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia  bagi semua jenis sekolah(c)   Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua(d)   Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan(e)   Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan  pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu (f)    Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun(g)    Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar atau pendalaman

  13. (h) Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melalui  penyusunan semula kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun 1978 (i)    Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat universiti terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan (j)    Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin; (k)    Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempuma bagi pembelajaran bahasa- bahasa lain seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil; dan (l)    Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin,   seperti pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri Islam dan lain-lain.

  14. RUMUSAN • Dasar Pendidikan Kebangsaan sememangnya dapat menampung keperluan-keperluan negara buat masa ini dan masa depan. • Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai tahap negara perindustrian adalah penting rakyatnya diberikan pendidikan secucuk dengan keperluan-keperluan swasta bagi bidang-bidang tertentu seperti pengeluaran, pelancongan, perkhidmatan, dan sebagainya. • Dasar ini seharusnya dapat menggalakkan lebih ramai rakyat yang terlibat secara aktif dalam bidang keusahawanan dan tidak bergantung semata-mata kepada kerajaan untuk mencari kerja.

  15. DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN RASIONAL • Dasar ini digubal sebagai garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. • Penggubalan dasar ini juga dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan sejarah serantau dan kedudukan negara ini sebagai pusat pertemuan serta pusat tamadun dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau serta peranannya sebagai sebuah pusat pertemuan, telah melahirkan proses interaksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur-unsur yang sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini dari pelbagai unsur-unsur kebudayaan dunia. 

  16. PRINSIP-PRINSIP ASAS DASAR KEBUDAYAAN • Berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini yang merangkumi kawasan Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, Thailand dan Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia, Melanesia dan Oceania) sehingga Malagasi adalah merupakan bahagian utama dari kawasan tamadun atau budaya Melayu. Rantau ini merupakan pusat pemancaran, pengembangan dan warisan Kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman dan ditandai pula oleh kegemilangan dan keagungan tamadun Melayu yang berpusat di Melaka yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa (lingua franca).

  17. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima. Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan dan prinsip ini sangat bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai budaya • Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia.

  18. DASAR WAWASAN NEGARA • merupakan Rancangan Rangka Panjang Ketiga (RRJP3)tumpu kepada peningkatan keutuhan dan daya saing negara • meningkat kualiti pembangunan dan menjana pertumbuhan tinggi yang mampan supaya rakyat menikmati kemakmuran

  19. OBJEKTIF DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN • Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui Kebudayaan • Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan; dan • Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.

  20. RASIONAL • membangunkan Malaysia sebagai negara bermasyarakat berpengetahuan • menjana pertumbuhan yang didorong sumber dan kekuatan tempatanmenjadikan pertanian, pembuatan dan perkhidmatan yang lebih dinamik • mencapai penyertaan bumiputera yang berkesan dan pemilikan ekuiti 30 peratus menjelang 2010meningkat penyertaan bumiputera dalam sektor utama ekonomi

  21. OBJEKTIF DASAR WAWASAN NEGARA • membina bangsa berdaya tahan • menggalak pengwujudan masyarakat yang saksama melalui pembasmian kemiskinan dan pengurangan kesetidakimbangan di kalangan dan kumpulan etnik wilayah • mengekal pertumbuhan ekonomi yang tinggi • mempertingkat daya saing untuk menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi • membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan • mengukuhkan pembangunan sumber manusiameneruskan pembangunan alam sekitar

  22. DASAR BELIA NEGARA • Dasar ini digubal untuk membangunkan taraf sosial dan ekonomi belia di samping mengukuhkan perpaduan dan keselamatan negara • Untuk mencapai matlamat ini, beberapa program dan aktiviti yang boleh meningkatkan kemahiran para belia dalam bidang kepimpinan, perniagaan dan vokasional

  23. PRINSIP-PRINSIP DASAR BELIA • Mengamalkanprinsip Rukunegara • Mewujudkan semangat perpaduan dan sukarelawan • Mewujudkan sifat-sifat kepimpinan yang matang • Menggalakkan penyertaan dalam proses perancangan negara • Membina moral yang tinggi dan sikap mementingkan kesihatan • Mencapai taraf keilmuan yang luas dan mendalam

  24. PELAN INTEGRITI NASIONAL • Pelan Integriti Nasional adalah satu pelan atau rancangan yang dirancangkan serta dilancarkan oleh kerajaan Malaysia dengan fokus utamanya untuk menanam dan memupuk budaya etika dan integriti di kalangan semua lapisan masyarakat Malaysia. • Pelan Integriti Nasional ini telah dilancarkan pada 23 April 2004, oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, selaras dengan cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu untuk membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur

  25. OBJEKTIF PELAN INTEGRITI NASIONAL 1. Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat bekerjasama dalam usaha besar • membina masyarakat yang bersatu padu, berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika; • Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha peningkatan integriti supaya integriti menjadi budaya masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang; 4. Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti; 5. Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara, dan peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat; dan 6. Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani cabaran abad ke-21 khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan.

More Related