1 / 19

KULIAH 12

KULIAH 12. DASAR-DASAR SOSIAL DAN RUKUNEGARA DATIN DR. SARVINDER KAUR. RUKUNEGARA Kesedaran kaum-kaum di Tanah Melayu dari segi ekonomi, kedudukan dan kerakyatan telah menyebabkan rasa curiga dan takut. Beberapa rusuhan perkauman telah berlaku, yang paling teruk berlaku pada 13 Mei 1969.

shea
Télécharger la présentation

KULIAH 12

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. KULIAH 12 DASAR-DASAR SOSIAL DAN RUKUNEGARA DATIN DR. SARVINDER KAUR

  2. RUKUNEGARA Kesedaran kaum-kaum di Tanah Melayu dari segi ekonomi, kedudukan dan kerakyatan telah menyebabkan rasa curiga dan takut. • Beberapa rusuhan perkauman telah berlaku, yang paling teruk berlaku pada 13 Mei 1969. • Dari tragedi ini Kerajaan sedar masalah perkauman dan telah memulakan langkah-langkah kearah perpaduan. • Berikutan peristiwa 13 Mei, darurat telah diisthiarkan pada 16 Mei 1969, sistem kerajaan berparliamen telah digantung dan Majlis Gerakan Negara telah ditubuhkan.

  3. Majis Perundingan Negara ditubuhkan oleh Pengarah Majlis Gerakan Negara untuk menasihati Majlis tersebut mengenai isu perkauman: • Membincangkan dan meneliti isu-isu perpaduan negara • Menyelesaikan masalah-masalah perpaduan negara • Hasilnya: Rukun Negara dibentuk, diisthiarkan pada 31 Ogos 1970 oleh YDPA. • Merupakan ideologi kebangsaan negara.

  4. PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN • Tujuan: berusaha mendidik warganegara supaya menjadi warganegara baik dan mempunyai perkembangan pemikiran yang baik • Kerana: setiap kaum mempunyai kepercayaan kepada agama dan setiap agama menyuruh penganutnya melakukan kebaikan.

  5. 2. KESETIAN KEPADA RAJA DAN NEGARA • Tujuan: memupuk semangat taat dan cinta terhadap negara dan raja dan mewujudkan semangat kenegaraan. 3. KELUHURAN PERLEMBAGAAN • Perlembagaan sebagai sumber undang-undang tertinggi, rakyat mestilah menerima dan mematuhi undang-undang ini.

  6. 4. KEDAULATAN UNDANG-UNDANG • Undang-undang menjamin keselamatan, keamanan dan keadilan seseorang dan negara keseluruhannya. • Ini hanya boleh dicapai sekiranya undang-undang dihormati dan diterima oleh masyarakat. 5. KESOPANAN DAN KESUSILAAN • Kesopanan adalah untuk melahirkan masyarakat yang beradap, mengikut peratuaran, tertib dan bermaruah. • Kesusilaan adalah untuk melahirkan masyarakat yang berakhlak dan berhema mulia.

  7. DASAR-DASAR SOSIAL • Dasar merupakan panduan/asas kepada pelan tindakan yang telah dirancang untuk sesuatu tujuan bagi kepentingan sesuatu organisasi. • Dalam menjalankan tugas, pentadbir & kakitangan akan melaksanakan tugas berpadukan kepada dasar-dasar ini.

  8. DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN • Sejarah: • Kesultanan Melaka – berteraskan pengajaran Islam – bermula di surau, madrasah dan kemudian di pondok-pondok. • Penjajahan Portugis – berteraskan pengajian agama Kristian Roman Katholik. • Penjajahan Belanda – berteraskan Kristian Protestan. • Penjajahan Inggeris – 4 jenis sekolah: • Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu, Sekolah Cina dan Sekolah Tamil. • Tiada keseragaman.

  9. Penyata Razak 1956 • Jawatankuasa dipengerusikan oleh Dato’ Abdul Razak Hussein (Tun) untuk mengkaji sistem pendidikan. • Diantara syor-syor lapuran Razak: • Sekolah Rendah – Sekolah Rendah Umum dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan. • Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di Sekolah Rendah Umum dan Bahasa Cina, Tamil dan Inggeris dijadikan bahasa perantar di Sekolah Rendah Jenis Umum.

  10. Penyata Rahman Talib 1960 • Jawatankuasa dipengerusikan oleh Abdul Rahman Talib, untuk mengkaji perlaksanaan Penyata Razak. • Diantara cadangan: • Pendidikan percuma diberikan kepada semua murid sekolah rendah kerajaan • Kelas peralihan dibentuk • Sistem jemaah nazir diperkenalkan • Sekolah Umum dijadikan Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Umum dijadikan Sekolah Jenis Kebangsaan • Peperiksaan diselaraskan

  11. Kedua-dua lapuran tersebut adalah berasaskan perpaduan. • Cadangan-cadangan telah digubal semula pada tahun 1961 dan dinamakan Akta Pelajaran 1961. • Dasar-dasar ini diubah dari semasa ke semasa bagi memenuhi kehendak semasa. • Jawatankuasa-jawatankuasa lain juga telah diwujudkan untuk mengkaji semula dasar-dasar yang ada. Cth. Pada tahun 1974 jawatankuasa ditubuhkan yang telah memperkenalkan sistem KBSR dan KBSM.

  12. DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN • Berdasarkan tiga prinsip utama: • Berteraskan kepada kebudayaan Rakyat Asal Rantau ini. • Penerimaan Unsur-Unsur Kebudayaan lain yang sesuai dan wajar • Islam sebagai Unsur Utama dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan

  13. DASAR BELIA NEGARA • Berasaskan prinsip-prinsip: • Mengamalkan prinsip Rukunegara • Mempunyai semangat perpaduan dan kesukarelaan dan mengamalkan prinsip autonomi • Mempunyai sifat-sifat kepimpinan yang matang • Menggalakkan penyertaan dalam proses perancangan negara • Mempunyai moral yang tinggi dan sikap yang mementingkan kesihatan dan kecergasan • Mempunyai taraf keilmuan yang luas dan mendalam

  14. DASAR LUAR NEGARA • Pengaruh Dasar Luar • Persekitaran geostrategik • Kepentingan sumber ekonomi • Sistem politik negara • Struktur demografik • Kedudukan strategik dan keselamatan • Institusi antarabangsa • Undang-undang antarabangsa

  15. Malaysia dan hubungan antarabangsa • Pertubuhan Asia Tenggara (ASA) • Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) • Rundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC) • Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) • Pertubuhan Negara-Negara Komanwel • Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) • Persidangan Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC)

  16. DASAR WANITA NEGARA • Kepentingan peranan wanita dalam keluarga, masyarakat, ekonomi dan politik negara • Melibatkan wanita secara berkesan dalam proses pembangunan • Mengintegrasikan sumbangan wanita

  17. Objektif • Menjamin perkongsian yang saksama antara lelaki dan wanita dalam pemilikan sumber dan maklumat dan mendapat faedah dari pembangunan • Mengintegrasikan wanita ke dalam semua sektor pembangunan negara untuk meningkat mutu kehidupan, membasmi kemiskinan, mengapuskan kejahilan dan buta huruf

  18. DASAR SOSIAL NEGARA • Dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan nsan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup masyarakat

  19. Dasar-Dasar Lain • Dasar Kebajikan Masyarakat • Dasar Perumahan • Dasar Buruh Negara • Dasar Bersih Cekap dan Amanah • Asas kepada kempen kepimpinan melalui teladan

More Related