1 / 32

TEORI DAN AMALAN PERAKAUNAN PAF 3013

TEORI DAN AMALAN PERAKAUNAN PAF 3013. TOPIK 2 (BAHAGIAN II) PENDEKATAN POSITIF PENDEKATAN GELAGAT. PERKARA :. Pendekatan Positif Pendekatan Gelagat. PENDEKATAN POSITIF. Fokus utama pendekatan positif terhadap perakaunan ialah :-

vesna
Télécharger la présentation

TEORI DAN AMALAN PERAKAUNAN PAF 3013

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. TEORI DAN AMALAN PERAKAUNANPAF 3013 TOPIK 2 (BAHAGIAN II) PENDEKATAN POSITIF PENDEKATAN GELAGAT

  2. PERKARA : • Pendekatan Positif • Pendekatan Gelagat

  3. PENDEKATAN POSITIF • Fokus utama pendekatan positif terhadap perakaunan ialah :- • menerangkan dan meramal bagaimana pihak pengurusan memilih piawaian/ standard • dengan menganalisa kos dan manfaat terhadap pendedahan penyata kewangan. • yang berkaitan dengan individu-individu dan sumber-sumber yang berada di dalam ekonomi.

  4. Teori Perakaunan Positif berdasarkan kepada penyataan berikut:- a) Pengurus, pemegang saham dan pembuat standard / ahli politik adalah rasional dan dan mereka cuba untuk memaksimakan utiliti mereka. b) Yang mana ianya berkaitan secara langsung dengan pendapatan dan juga kekayaan mereka. - Namun begitu, idea utama dalam pendekatan positif ialah untuk membina/membangunkan hipotesis terhadap faktor yang mempengaruhi amalan dalam dunia perakaunan dan menguji kesahihan hipotesis berdasarkan kepada bukti empirikal.

  5. Andaian Teoritikal dalam Teori Perakaunan Positif • Teori Agensi • Teori Kos Kontrak

  6. TEORI AGENSI • Jesen dan Meckling menerangkan perhubungan agensi adalah wujud apabila berlaku kontrak di antara satu kumpulan (prinsipal) dengan satu kumpulan lain (agen) untuk melaksanakan perkhidmatan bagi pihak prinsipal. • Di bawah kontrak ini, prinsipal mengagihkan sebahagian kuasa untuk membuat keputusan kepada agen.

  7. MASALAH AGENSI • Masalah yang dihadapi oleh agen bertindak/ membuat keputusan untuk memaksimakan kebajikan prinsipal. • Information asymmetry antara agen dengan prinsipal, dimana agen mempunyai banyak maklumat mengenai syarikat berbanding prinsipal.

  8. Masalah agensi ini secara tidak langsung meningkatkan kos agensi. (e.g : kos pemantauan) • Kos Pemantauan adalah kos pemantauan gelagat agen. Ia merupakan satu perbelanjaan oleh prinsipal untuk mengukur, memerhati dan mengawal gelagat agen. (e.g: kos audit, kos untuk membuat perancangan ganjaran pihak pengurusan)

  9. TEORI KOS KONTRAK • Teori Kontrak memyatakan bahawa syarikat adalah legal nexus of contract bagi menggambarkan hubungan kontrak di antara syarikat dengan pembekal dengan pelanggan bagi faktor pengeluaran. • Firma diwujudkan kerana kos untuk berurusniaga atau berkontrak adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan menjalankan kontrak secara persendirian/individu. Dimana urusniaga itu dapat dibuat melalui sesebuah organisasi dan bukan melalui orang perseorangan. • Ianya dinamakan legal nexus of contract kerana ianya berpusat, atau manjadi penghubung kontrak antara syarikat sebagai pelanggan dengan pembekal yang pelbagai.

  10. Contoh-contoh kontrak : • Terma dan syarat di dalam dokumen pekerjaan bagi pengurus oleh pemegang saham. • Pekerjaan untuk perkilangan atau pekerjaan-pekerjaan lain. • Untuk pembekalan barangan. • Penjualan dan penghantaran barangan serta perkhidmatan. - Kewujudan firma menjadi alat yang cekap bagi menguruskan aktiviti ekonomi organisasi kerana ianya dapat mengurangkan kos kontrak.

  11. Kedua-dua andaian (Teori Agensi dan Teori Kos Kontrak) meyifatkan pihak pengurusan memilih prosedur-prosedur perakaunan berdasarkan tujuan-tujuan yang tertentu. • 3 jenis Hipothesis: • Hipotesis Perancangan bonus • Hipotesis Ekuiti Hutang • Hipotesis Kos Politik

  12. HIPOTESIS PERANCANGAN BONUS • Menyatakan bahawa pengurus di firma yang menggunakan perancangan bonus adalah lebih suka memilih kaedah perakaunan yang meningkatkan pendapatan tahun semasa. • Rasionalnya, tindakan ini dapat meningkatkan bonus yang bakal diterima.

  13. HIPOTESIS EKUITI HUTANG - Semakin tinggi nisbah hutang/ ekuiti sesebuah firma, maka pengurus akan lebih suka menggunakan kaedah perakaunan yang boleh meningkatkan pendapatan.

  14. HIPOTESIS KOS POLITIK - firma besar adalah lebih suka memilih kaedah perakaunan yang merendahkan pendapatan berbanding firma kecil.

  15. KES : KOS POLITIK DAN PEMILIHAN KAEDAH PERAKAUNAN – INDUSTRI FARMASI • Hipotesis Kos Politik menjangkakan bahawa firma besar suka memilih kaedah perakaunan yang merendahkan pendapatan berbanding firma kecil. • Bermula pada tahun 1990, Kerajaan US lebih memfokuskan kepada kos kesihatan dalam kempen dan polisi mereka. Mereka berusaha untuk mencapai kos perubatan yang munasabah, kerana ubat-ubatan adalah amat penting kepada masyarakat awam dan mereka tidak boleh membebankan masyarakat awam dengan kos tersebut.

  16. Kerajaan US mengharapkan harga bagi ubat-ubatan tidak akan dimanipulasikan oleh industri farmasi. Tambahan lagi, pada masa itu, keuntungan yang dihasilkan oleh industri farmasi adalah sangat tinggi. • Jadi, industri farmasi cenderung untuk menggunakan kaedah perakaunan yang mengurangkan pendapatan untuk menunjukkan laporan keuntungan yang rendah pada tahun berikutnya. Mereka menggunakan strategi ini kerana tekanan dari politik. • Ahli penyelidik/ ahli politik mengatakan bahawa industri farmasi membelanjakan wang yang banyak dalam pengiklanan berbanding R&D. Maka harga perubatan tidak sepatutnya begitu mahal.

  17. Industri Farmasi cuba menggunakan kaedah perakaunan untuk mengurangkan keuntungan mereka. (e.g : meningkatkan susutnilai, meningkatkan inventori usang, meningkatkan belanja hutang lapuk, meningkatkan manfaat persaraan) - Kajian Meyer, Karim dan Gara membuktikan bahawa Hipotesis Kos Politik wujud dalam kes ini.

  18. PENDEKATANGELAGAT • Pendekatan gelagat merupakan pemerhatian, dan dalam kes tertentu, ianya menerangkan tentang gelagat individu atau kumpulan yang terdiri daripada pelabur, pemiutang, pekerja atau kerajaan dalam memberi respon terhadap maklumat perakaunan. • Disebabkan maklumat perakaunan digunakan bagi pembuatan keputusan bagi individu atau kumpulan, fokus utama pendekatan gelagat adalah berkaitan dengan gelagat membuat keputusan mereka.

  19. PENDEKATANGELAGAT • Dalam pembentukan teori perakaunan, pendekatan gelagat menekankan:- • Kerelevanan untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat yang di komunikasikan. (orentasi keputusan komunikasi) • Gelagat individu dan kumpulan disebabkan oleh komunikasi maklumat. (orentasi pembuat keputusan)

  20. Pendekatan gelagat menekankan gelagat manusia, dimana ia berkaitan dengan maklumat perakaunan dan masalah. Dalam konteks ini, pemilihan teknik perakaunan adalah berdasarkan kepada objektif gelagat pengguna maklumat perakaunan. • Objektif asas gelagat perakaunan ialah untuk menerangkan dan menjangkakan gelagat manusia dalam keseluruhan konteks perakaunan.

  21. BENTUK-BENTUK KAJIAN TENTANG KESAN GELAGAT KEPADA MAKLUMAT PERAKAUNAN 1. Pendedahan maklumat yang mencukupi 2. Manfaat penyata kewangan 3. Sikap mengenai amalan laporan Koporat. 4. Penilaian materialiti 5. Kesan keputusan bagi prosedur perakaunan yang berbeza-beza.

  22. PENDEDAHAN MAKLUMAT YANG MENCUKUPI • Tidak semua syarikat mendedahkan kuantiti maklumat yang sama dalam penyata kewangan. Sesetengah syarikat mendedahkan maklumat yang minima sepertimana yang diwajibkan oleh undang-undang manakala sebahagian lagi mendedahkan maklumat kewangan dengan lengkap dan sempurna. • Tambahan pula, cara di mana data kewangan diletakkan boleh memberi kesan terhadap manfaat penyata kewangan kepada pengguna.

  23. Penyelidikan : Purdy, Smith dan Gray • Mereka membuat hipotesis di mana peletakan maklumat dalam laporan kewangan boleh memberi kesan terhadap “visibility”. Cth: data di muka surat hadapan laporan kewangan mungkin lebih nyata daripada data yang sama diakhir laporan, data dalam nota kaki mungkin kurang nyata dari data yang sama dalam isi laporan kewangan. - Penyelidik telah menyediakan empat laporan tahunan yang sama dalam semua aspek kecuali tentang sebahagian data perakaunan yang telah dipersembahkan dalam cara yang berbeza bagi setiap kes.

  24. - Laporan tersebut telah dipersembahkan kepada 183 pengguna yang pakar tentang penyata kewangan. - Kesimpulannya, Purdy, Smith & Gray mendapati bahawa kedua-dua kaedah pendedahan mahupun peletakan sebarang item penting tidak akan memberi kesan signifikan ke atas “visibility”. - Hipotesis ini telah ditolak.

  25. PENDEDAHAN MAKLUMAT YANG MENCUKUPI • 3 Pendekatan 1) Memeriksa trend penggunaan data yang boleh menyelesaikan isu-isu kontroversi, sekiranya maklumat-maklumat yang tertentu dimasukkan. 2) Memeriksa persepsi dan sikap dari kumpulan kepentingan yang berbeza. 3) Memeriksa tahap maklumat yang berbeza yang didedahkan dalam laporan tahunan dan menentukan sebarang perbezaan yang signifikan berkaitan dengan pendedahan maklumat kewangan antara syarikat.

  26. KEGUNAAN/MANFAAT DATA KEWANGAN • Penyata kewangan amat berguna kepada individu atau kumpulan untuk membuat keputusan. ( Cth: Tugas utama pegawai pinjaman bank adalah untuk meramalkan kebolehbayaran bayaran. Dalam menilai kemampuan pelanggan untuk mendapat perkhidmatan pinjaman, pegawai pinjaman perlu menyiasat tentang kecairan, hutang dan keuntungan. Data dianalisis dari penyata kewangan.)

  27. Penyelidikan : Libby • Libby telah mengkaji ketepatan, ketekalan (dengan masa) dan persetujuan sebulat suara tentang ramalan kegagalan perniagaan oleh pegawai pinjaman bank dengan menggunakan nisbah kewangan. • Dalam kajian, 43 pegawai pinjaman bank membuat ramalan kegagalan perniagaan untuk 70 kes menggunakan lima nisbah perakaunan. (keuntungan bersih/jumlah aset, aset semasa/jumlah aset, tunai/jumlah aset, aset semasa/liabiliti semasa dan jualan/aset semasa) • Keputusan : 50% firma telah gagal dalam tempoh tiga tahun dari tarikh penyata kewangan.

  28. Pegawai pinjaman telah: a) Membuat ketepatan yang munasabah tentang ramalan kegagalan perniagaan dengan purata 74% adalah ramalan yang betul. b) Konsisten dengan masa adalah 89% c) Persetujuan antara satu sama lain adalah 80% • Keputusan ini berpendapat bahawa nisbah kewangan dari penyata kewangan berguna kepada pegawai pinjaman bank dalam meramal kegagalan perniagaan.

  29. KEGUNAAN DATA KEWANGAN • Dua pendekatan : 1. Memeriksa kepentingan relatif tentang analisis pelaburan bagi maklumat yang berbeza kepada kedua-dua pengguna dan penyedia maklumat kewangan. 2. Memeriksa kerelevanan penyata kewangan untuk membuat keputusan.

  30. AMALAN LAPORAN KOPORAT • Dua pendekatan • Memeriksa keutamaan untuk memilih teknik-teknik perakaunan. 2. Memeriksa sikap terhadap isu pelaporan umum seperti bagaimana maklumat sepatutnya boleh didapati, berapa banyak maklumat boleh didapati dan kepentingan tentang sesuatu item.

  31. PERTIMBANGAN MATERIALITI • Dua pendekatan • Memeriksa faktor utama yang menentukan pengumpulan, mengklasifikasi dan meringkaskan data perakaunan. 2. Memfokus tentang perkara apa yang pengguna pertimbangkan untuk menjadi material.

  32. KESAN KEPUTUSAN KE ATAS PROSEDUR PERAKAUNAN • Memeriksa keputusan dari menggunakan teknik perakaunan yang berbeza. ( Cth: teknik inventori, pemilihan ke atas maklumat bukan perakaunan) • Keputusan menunjukkan bahawa pemilihan teknik perakaunan dipengaruhi oleh keputusan individu dan tahap pengaruh ini bergantung kepada bentuk tugas, ciri-ciri pengguna dan sifat-sifat persekitaran yang dikaji.

More Related