1 / 8

kompetensi guru

kompetensi guru

NORHAMIDAH
Télécharger la présentation

kompetensi guru

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. MODEL KOMPETENSI 2014/11/6

  2. DEFINISI KOMPETENSI competence berasal daripada kata kerja Latin iaitu competere yang bermaksud to be suitable iaitu sesuatu yang bersesuaian (Nordhaug dan Grouhaug dalam Yusnita 2003). Lyle M.Spencer di dalam bukunya, 'Competence at Work' telah mentakrifkan kompetensi seperti berikut : 'A competency is an underling characteristic of an individual that is causally related to criterion-referenced effective and/or superior performance in a job situation.' underling characteristic bermaksud kompetensi merupakan satu watak yang mendalam dan kukuh pada seseorang individu dan ianya akan meramalkan perilaku individu tersebut dalam semua keadaan dan tugas yang diberikan causally related bermaksud kompetensi boleh menyebabkan atau meramalkan tingkah laku dan prestasi seseorang. Ia merupakan dorongan atau motif yang menjadi faktor penyebab tindakan tersebut dilakukan criterion-referenced bermaksud kompetensi ialah faktor sebenar yang boleh meramalkan seseorang itu berupaya melakukan suatu tugasan dengan baik atau sebaliknya.      2014/11/6

  3. MODEL KOMPETENSI ICEBERG 2014/11/6

  4. CIRI-CIRI KOMPETENSI  Model Kompetensi Iceberg mengandungi 7 kategori kompetensi yang dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu : (i) Kumpulan Kompetensi Pengetahuan/kemahiran yang ditunjukkan oleh rajah Iceberg yang berada di paras air. Kumpulan kompetensi ini terdiri daripada kategori kompetensi seperti berikut : (a) Kemahiran (b) Pengetahuan (ii) Kumpulan Kompetensi Tingkah Laku yang ditunjukkan pada bahagian Iceberg yang berada di bawah paras.Kumpulan kompetensi ini terdiri daripada kategori kompetensi seperti berikut : (a) Nilai (b) Peranan Sosial (c) Imej Diri (d) Sifat (e) Motif 2014/11/6

  5. CIRI-CIRI KOMPETENSI Menurut Hay McBer (1996) dalam Mohammed Sani (2007b), tiga kompenan kompetensi utama adalah pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi. i) Kompetensi Pengetahuan : maklumat yang dimiliki oleh sesuatu bidang ii) Kompetensi kemahiran : kebolehan untuk melakukan suatu tugas fizikal dan mental (ability to use in practice). iii) Kompetensi peribadi atau sikap : nilai-nilai peribadi dan (personal attributes and behaviours) yang perlu Mohammed Sani 2007b) menjelaskan tentang model kompetensi Iceberg dengan menyatakan bahawa : Kemahiran dan pengetahuan terletak di hujung Iceberg dan berada di atas paras air. Dalam hal ini, pengetahuan dan kemahiran adalah kompenan kompetensi yang mudah dilihat dan dikenal pasti serta boleh diperolehi. Namun begitu, kemahiran dan pengetahuan tidak dapat membezakan prestasi yang dihasilkan. Sebaliknya, personaliti terletak di bawah paras air dan sukar diketahui. Walaupun demikian, ia merupakan kompenan pendukung yang sukar dilihat dan dikenal pasti.  seseorang dalam secara perlakuan dihayati dan diamalkan.  2014/11/6

  6. CIRI-CIRI KOMPETENSI  Menurut Boyatzis, individu-individu yang memiliki kompetensi dikenalpasti melalui ciri-ciri berikut iaitu (i) berorientasikan kompetensi dengan menumpukan kepada objektif, tugasan dan pencapaian (ii) menentukan hala tuju yang mencabar, (ii) membuat perancangan yang sistematik, (iv) memudahkan orang lain mengatasi halangan (v) menggalakkan orang lain juga menuju kompetensi.  Kompetensi adalah gabungan pengetahuan, kemahiran, pemahaman dan sikap yang dipratik serta ditunjukkan dalam bentuk tingkah laku apabila melakukan sesuatu tugas. Ia juga merupakan kebolehan seseorang menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya dengan baik, cekap dan berkesan. 2014/11/6

  7. KOMPETENSI KEWARGANEGARAAN PELAJAR PELBAGAI ETNIK Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti kompetensi kewarganegaraan pelajar pelbagai etnik. Kajian ini berdasarkan Model Kompetensi Iceberg yang menekankan tiga domain utama iaitu pengetahuan, kemahiran dan sikap. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan dan instrumen yang akan digunakan ialah soal selidik. Data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS dan perbincangan dapatan kajian menggunakan kaedah analisis deskriptif dan inferensi. Hasil dapatan kajian akan melihat keberkesanan pendidikan kewarganegaraan secara formal di sekolah mampu memupuk sikap kenegaraan pelajar. Implikasinya, pelaksanaan pendidikan kewarganegaraan di sekolah mampu melahirkan pelajar sebagai seorang warganegara yang baik. 2014/11/6

  8. Sejauhmanakah teori atau model tersebut diaplikasikan dalam penyelidikan pendidikan? Model Kompetensi Iceberg sangat popular digunakan dalam penyelidikan pendidikan terutamanya dalam mengkaji tahap kompetensi pengetua, guru- guru dan pelajar model ini yang menekankan tiga elemen utama iaitu kompetensi pengetahuan (domain kognitif), kompetensi pengetahuan (domain psikomotor) dan kompetensi sikap (domain afektif). Elemen-elemen tersebut merupakan faktor yang menunjukkan perbezaan tahap prestasi yang dikaitkan dengan kompetensi di antara individu yang cemerlang (outstanding preformer) dengan individu yang biasa prestasinya (average performer) Model ini sangat sesuai diaplikasikan dalam penyelidikan pendidikan kerana model kompetensi merupakan satu set kompetensi yang diolah dengan cara unik bagi menentukan kecemerlangan sesebuah organisasi, kumpulan perkhidmatan, tugas dan peranan yang perlu dijayakan oleh seseorang individu. • • • 2014/11/6

More Related