1 / 31

SKIM PENTAKSIRAN

SKIM PENTAKSIRAN. PENGGAL 1. KERTAS SOALAN CONTOH 930/1 STPM 2012 SYARIAH KERTAS 1 (PENGAJIAN FIQH) (Dua jam) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL) SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE ) Arahan kepada calon:

Télécharger la présentation

SKIM PENTAKSIRAN

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. SKIM PENTAKSIRAN

  2. PENGGAL 1

  3. KERTAS SOALAN CONTOH • 930/1 STPM 2012 • SYARIAH • KERTAS 1 • (PENGAJIAN FIQH) • (Dua jam) • MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA • (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL) • SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA • (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE) • Arahan kepada calon: • JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. • Jawab empat soalan sahaja: dua soalan dalam Bahagian A dan dua soalan dalam Bahagian B. • Anda boleh menjawab sama ada dalam Bahasa Melayu atau.bahasaArab. • Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ]. • Kertas soalan ini terdiri daripada halaman bercetak. • Majlis Peperiksaan Malaysia • STPM 930/1

  4. Bahagian A: Muamalat dan Munakahat Jawabdua soalan sahaja. 1 (a) Jelaskan konsep riba dari segi pengertian, dalil, dan jenis riba. [6] (b) Jelaskam empat hikmat pengharaman riba. [8] (c) Jelaskan hukum dan alasan bagi persoalan-persoalan yang berikut: (i) Faedah yang dikenakan pada pinjaman sebagaimana yang diamalkan oleh perbankan konvensional sekarang, [3] (ii) Faedah atas akaun simpanan yang dibayar secara tetap oleh pihak bank. [3]

  5. 2 (a) Terangkan konsep hibah dari segi pengertian, dalil, dan hukum. [6] (b) Jelaskan tiga syarat pelaksanaan hibah. [6] (c) Sebuah bank telah merujuk kepada anda selaku penasihat syariahnya untuk menyediakan produk akaun simpanan tanpa faedah tetapi mempunyai sumbangan hibah. Sediakan sebuah proposal yang mengandungi rukun dan syarat yang membolehkan produk tersebut dilaksanakan. [8]

  6. 3 (a) Terangkan konsep peminangan dari segi pengertian, dalil, dan hukum. [6] (b) Jelaskan tiga hikmat diharuskan peminangan terhadap perempuan yang hendak dikahwini. [6] (c) Seksyen 15 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003 memperuntukkan: “Jika seseorang telah mengikat suatu pertunangan mengikut hukum syarak, sama ada secara lisan atau secara bertulis, dan sama ada secara persendirian atau melalui seorang perantaraan, dan kemudiannya enggan berkahwin dengan pihak yang satu lagi tanpa apa-apa sebab manakala pihak yang satu lagi bersetuju berkahwin dengannya, maka pihak yang mungkir adalah bertanggungan memulangkan pemberian-pemberian pertunangan, jika ada, atau nilainya dan membayar apa-apa wang yang telah dibelanjakan dengan suci hati oleh atau untuk pihak yang satu lagi untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu, dan yang demikian boleh dituntut melalui tindakan mahkamah.” Berdasarkan peruntukan di atas, bincangkan pendapat fuqaha mengenai hak yang boleh dituntut jika berlaku putus tunang. [8]

  7. Bahagian B: Mirath dan Jenayah Jawab dua soalan sahaja. 4 (a) Terangkan takrif mirath dan ilmu mirath. [4] (b) Jelaskan empat hak yang berkaitan dengan harta pusaka. [8] (c) Selesaikan kes pembahagian harta pusaka berikut: (i) Seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan ibu, bapa, dan seorang anak perempuan. [4] (ii) Seorang perempuan meninggal dunia dan meninggalkan suami, dua orang anak perempuan, dan seorang saudara perempuan seibu sebapa. [4]

  8. 5 (a) Jelaskan empat tanggungan harta pusaka sebelum pembahagiannya dilakukan. [8] (b) Selesaikan kes pusaka yang berikut: Seorang perempuan datang menemui anda untuk menyelesaikan pembahagian pusaka bekas suaminya yang memiliki 48 hektar tanah ladang. Si mati meninggalkan seorang isteri, seorang anak lelaki, bapa, dan datuk. (i) dengan memberikan kadar bahagian dan alasan, tentukan waris yang layak dan waris yang tidak layak untuk menerima pusaka tersebut. [8] (ii) selesaikan pembahagian pusaka tersebut kepada waris si mati. [4]

  9. 6 (a) Takrifkan diyat mughallazah dan diyat mukhaffafah. [4] (b) Jelaskan perbezaan antara diyat mughallazah dengan diyat mukhaffafah dari segi kesalahan dan tempoh bayarannya. [8] (c) Seksyen 304, Kanun Keseksaan (N.M.B. Bab 45) memperuntukkan: “barang siapa melakukan kesalahan mematikan orang dengan salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh orang hendaklah diseksa dengan penjara yang boleh sampai dua puluh tahun dan bolehlah juga dikenakan denda, jika perbuatan yang menyebabkan kematian itu dilakukan dengan niat hendak menyebabkan kematian; atau dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya, jika perbuatan itu dengan mengetahui bahawa perbuatan itu mungkin menyebabkan kematian, atau sesuatu bencana tubuh yang mungkin menyebabkan kematian.” Bincangkan sejauh mana sistem denda yang diperuntukkan dalam seksyen 304 di atas menepati sistem diyat dalam undang-undang jenayah Islam. [8]

  10. PENGGAL 2

  11. KERTAS SOALAN CONTOH • 930/2 STPM 2012 • SYARIAH 2 • KERTAS 2 • (USUL FIQH DAN KAEDAH FIQH) • (Dua jam) • MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA • (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL) • SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA • (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE) • Arahan kepada calon: • JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. • Jawab empat soalan sahaja: dua soalan dalam Bahagian A dan dua soalan dalam Bahagian B. • Anda boleh menjawab sama ada dalam Bahasa Melayu atau bahasa Arab. • Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ]. • Kertas soalan ini terdiri daripada halaman bercetak. • Majlis Peperiksaan Malaysia • STPM 930/2

  12. Bahagian A: Usul Fiqh Jawab dua soalan sahaja. 1 (a) Terangkan pengertian ijmak dan kedudukannya sebagai sumber hukum. [6] (b) Jelaskan tiga syarat ijmak. [6] (c) Bincangkan pandangan fuqaha tentang penghujahan ijmak sukuti. [8]

  13. 2 (a) Jelaskan istihsan dari segi pengertian dan dalil. [4] (b) Dengan memberikan contoh, jelaskan tiga bahagian istihsan. [9] (c) Dengan menggunakan kaedah istihsan,berikan ulasan anda tentang keharusan jual beli istisna’. [7] 3 (a) Takrifkan taqlid dan talfiq berserta contoh. [8] (b) Jelaskan bentuk taqlid yang diharamkan dan bentuk taqlid yang diharuskan oleh Islam. [6] (c) “Masyarakat Islam di Malaysia bertaqlid kepada mazhab Shafie, namun dalam pembayaran zakat fitrah mereka telah bertalfiq kepada mazhab Hanafi.” Bincangkan. [6]

  14. Bahagian B: Kaedah Fiqh Jawab dua soalan sahaja. 4 (a) Jelaskan kaedah al-darar yuzal dari segi pengertian, huraian, dan dalil. [6] (b) Jelaskan tiga kaedah terbitannya. [6] (c) Dengan menggunakan kaedah al-darar yuzal, nyatakan kaedah terbitan bagi masalah berikut: (i) Seseorang ditegah mengurus harta miliknya jika pengurusan tersebut membahayakan dan memudaratkan orang lain. (ii) Ayam ternakan komersial dibunuh bagi tujuan mengawal wabak selesema burung. (iii) Seorang wanita membuka tudung kepalanya untuk mengelak daripada ancaman musuh. (iv) Doktor lelaki yang merawat wanita ajnabi diharuskan melihat tempat yang sakit sahaja. [8]

  15. 5 (a) Dengan memberikan contoh, jelaskan kaedah al-masyaqqah tajlibut taysir dan kaedah ladharara wala dhirar. [12] (b) Dengan berpandukan kaedah al-umur bimaqasidiha, nyatakan hukum dan kaedah terbitan pada persoalan yang berikut: (i) Seorang suami memanggil isterinya yang bernama Taliqah (perempuan yang dicerai) dengan niat menceraikan isterinya. [2] (ii) Seorang suami menceraikan isterinya dengan lafaz, “Aku ceraikan engkau Siti dengan talak satu.” Dia mengulangi lafaz itu sebanyak tiga kali dengan tujuan untuk menguatkan tindakannya apabila isterinya tidak percaya dengan ucapan tersebut. [2] (iii) Seorang lelaki telah berniat menunaikan solat jenazah lelaki tetapi ternyata mayat itu adalah perempuan. [2] (iv) Seorang lelaki telah bersumpah beberapa kali bahawa dia tidak akan meminum walaupun segelas air apabila dia dahaga, tetapi dengan niat bukan semua jenis air. Dia kemudian meminum air zamzam yang diberikan oleh kawannya. [2]

  16. 6 (a) Terangkan kaedah dari segi pengertian, huraian, dan contoh. [6] (b) Dengan mengemukakan dalil dan huraian, jelaskan kaedah asal bagi kaedah terbitan pada soalan (a) di atas. [6] (c) Selain kaedah terbitan pada soalan (a) di atas, nyatakan dua kaedah terbitan lain berserta contoh. [8]

  17. KERTAS SOALAN CONTOH • 930/4 STPM 2012 • SYARIAH 4 • KERTAS 4 • (KERJA KURSUS) • (KERJA PROJEK) • MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA • (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL) • SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA • (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE) • Arahan kepada calon: • 1. Kerja kursus (kerja projek) Syariah wajibdilaksanakan oleh semua calon STPM sebagai komponen penting pentaksiran penggal 2. • 2. Kerja kursus (kerja projek) ini mengandungi tema tugasan berkaitan isu dan persoalan semasa dalam bidang Syariah. Semua calon yang mengambil kertas ini dikehendaki menyedia dan menyerahkan tugasan tersebut untuk ditaksir. • Kertas soalan ini terdiri daripada halaman bercetak. • Majlis Peperiksaan Malaysia • STPM 930/4

  18. Pilih satu daripada tajuk di bawah ini, dan sediakan kerja kursus yang panjangnya antara 2000 hingga 2500 patah perkataan. Tema 1 Jual beli Contoh: (a) Konsep bay’ bithaman ajil dan amalannya di bank ..... (pilih salah satu perbankan Islam di kawasan anda). (b) Konsep bay’ inah dan amalannya di Bank Kerjasama Rakyat Malaysia.

  19. Tema 2 Perkahwinan Contoh: (a) Adat perkahwinan orang Islam di kawasan anda masa kini: Sejauh mana menepati hukum syarak. (b) Perceraian di luar mahkamah: Kajian di Mahkamah Rendah/ Tinggi Syariah .... (pilih salah satu Mahkamah Syariah di kawasan anda).

  20. PENGGAL 3

  21. KERTAS SOALAN CONTOH • 930/3 STPM 2012 • SYARIAH 3 • KERTAS 3 • (AYAT AHKAM DAN HADIS AHKAM) • (Dua jam) • MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA • (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL) • SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA • (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE) • Arahan kepada calon: • JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. • Jawab empat soalan sahaja: Dua soalan dalam Bahagian A dan dua soalan dalam Bahagian B. • Anda boleh menjawab sama ada dalam Bahasa Melayu atau.bahasa Arab. • Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ]. • Kertas soalan ini terdiri daripada halaman bercetak. • Majlis Peperiksaan Malaysia • STPM 930/3

  22. Bahagian A: Ayat Ahkam Jawab dua soalan sahaja. 1 Firman Allah SWT • Terangkan konsep nusyuz dari segi pengertian dan tiga hikmat larangannya. [5] • Berdasarkan ayat di atas, jelaskan empat cara mengatasi nusyuz. [8] • (c) Tanggungjawab mengurus keluarga terletak di bahu suami. Bincangkan. [7]

  23. 2 Firman Allah SWT • Berdasarkan ayat di atas, • (i) jelaskan tiga perkara penting dalam kehidupan sseorang Islam, [6] • (ii) kemukakan dua contoh amalanjihad yang tidak melibatkan peperangan. [4] • Berpandukan ayat di atas dan nas lain, huraikan lima cara untuk merealisasikan umat Islam sebagai umat contoh. [10]

  24. 3 Firman Allah SWT • Nyatakan sabab nuzul ayat 31 dan 32 di atas [4] • Berdasarkan ayat di atas, jelaskan empat unsur jahiliah berkaitan dengan berhias dalam masyarakat kini. [8] • (c) Bincangkan sejauh mana amalan berhias muda-mudi Islam masa kini menepati garis panduan hukum syarak. [8]

  25. Bahagian B: Hadis Ahkam • Jawab dua soalan sahaja. • Hadis Rasulullah SAW • (a) Berdasarkan hadis di atas, perihalkan empat bentuk amalan yang memberikan pahala berterusan hingga akhirat. [8] • (b) Kenal pasti tiga mesej yang terdapat dalam hadis di atas. [6] • (c) Dengan memberikan contoh, bincangkan konsep ilmu yang berguna mengikut perspektif Islam. [6]

  26. Hadis Rasulullah SAW • (a) Nyatakan maksud ungkapan berikut: • [6] • (b) Berdasarkan hadis di atas dan nas lain, jelaskan empat ciri isteri solehah. [8] • (c) “Keruntuhan moral anak-anak masa kini berlaku akibat kegagalan peranan ibu bapa dalam rumah tangga.” Bincangkan. [6]

  27. Hadis Rasulullah SAW • (a) Berpandukan hadis di atas dan nas-nas lain, huraikan lima bentuk jual beli yang ditegah oleh Islam. [10] • (b) Jelaskan lima implikasi penipuan dalam urusan jual beli terhadap masyarakat. [10]

More Related