1 / 19

PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING KERJAYA- PUSAT SUMBER KERJAYA@ ”CAREER RESOURCE CENTRE”

PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING KERJAYA- PUSAT SUMBER KERJAYA@ ”CAREER RESOURCE CENTRE”. Ibrahim bin Ya’akub Koordinator, Pusat Sumber Kerjaya, SMK Tun Habab, 81900 Kota Tinggi. Pendahuluan. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kerjaya merupakan suatu usaha

blaise
Télécharger la présentation

PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING KERJAYA- PUSAT SUMBER KERJAYA@ ”CAREER RESOURCE CENTRE”

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING KERJAYA-PUSAT SUMBER KERJAYA@”CAREER RESOURCE CENTRE” Ibrahim bin Ya’akub Koordinator, Pusat Sumber Kerjaya, SMK Tun Habab, 81900 Kota Tinggi

  2. Pendahuluan Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kerjaya merupakan suatu usaha pelengkap kepada perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sedia ada pada keseluruhannya. Untuk melaksanakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kerjaya yang efisyen, sepatutnya dimulakan dengan membina atau menubuhkan Pusat Perkhidmatan Kerjaya (Mizan Adiliah,1992:89) atau Perpustakaan Kerjaya ( Othman,2005:229). Dalam konteks Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di SMK Tun Habab adalah dicadangkan penubuhan sebuah Pusat Sumber Kerjaya atau Career Resource Centre” atau singkatannya “CRC” bagi memenuhi keperluan pelajar khasnya.

  3. Rasional • Penubuhan “CRC” bertujuan membantu individu yang memerlukan maklumat tentang kerjaya. Biasanya maklumat yang terkumpul dengan teratur dan sistematik di suatu tempat khas akan dapat membantu individu mendapatkan jawapan tentang persoalan yang berkaitan dengan perkembangan kerjaya. • Individu tersebut juga boleh mendapatkan penjelasan yang lebih teratur dan sempurna dengan bantuan serta bimbingan dari seorang kaunselor. • Klien yang datang mengunjungi “CRC” akan dapat membaca, menyedari peluang latihan pekerjaan yang terbuka untuk mereka dan boleh berbincang bersama secara lebih mendalam dengan kaunselor tentang hal-hal kerjaya dan perkembangan swadiri.

  4. Matlamat • Mengadakan kemudahan sebuah Pusat Sumber Kerjaya atau “Career Resource Centre” ( CRC ) bagi menyokong Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Kerjaya yang efisyen serta sistematik dimana “CRC” berkenaan mengandungi data-data yang tepat, maklumat semasa, serta bercorak aneka bahan rujukan yang sesuai dengan keperluan pelajar dan watak organisasi sekolah.

  5. Objektif • Membantu individu yang memerlukan maklumat tentang kerjaya mendapat jawapan tentang soalan yang berkaitan dengan perkembangan kerjaya. • Menyediakan tempat yang sesuai dan kondusif di mana segala maklumat terkumpul dengan teratur di satu tempat khas. • Individu mendapat penjelasan yang lebih teratur dan sempurna dengan bantuan serta bimbingan seorang kaunselor pelajar.

  6. Lokasi Adalah dicadangkan “CRC” yang hendak ditubuhkan berada dilokasi “Bilik Rawatan Pergigian” sedia ada. Justifikasinya ialah; Ia berada bersebelahan Unit Bimbingan dan Kaunseling sedia ada; Berada di laluan pengguna pada masa lapang; Lokasinya berhampiran dengan Pusat Sumber Sekolah (PSS) yang dapat memberi kemudahan kepada pengguna yang ingin belajar atau membuat rujukan di PSS dan seterusnya peluang menapak ke “CRC”.

  7. ( Blok Tun Seri Lanang )

  8. Suasana • “CRC” hendaklah dibangunkan dengan menampilkan beberapa ciri yang memiliki keistimewaan seperti dari segi konsep bilik/pejabat yang terbuka, tenang,kondusif , pemilihan serta kedudukan perabot yang moden dan milinium; disamping mengelakkan daripadan suasana bilik darjah. • CRC sebegini diyakini akan berjaya memupuk kesedaran serta tanggapan/persepsi baru bahawa bagi mendapatkan kaunseling kerjaya adalah berlainan daripada mempelajari subjek/mata pelajaran di kelas atau di bilik darjah.

  9. Sasaran • Perkhidmatan yang disediakan di “CRC” disasarkan kepada; • Pelajar • Guru • Staf sokongan • Ibubapa/penjaga

  10. Kewangan • Adalah mustahak agar perkhidmatan bantuan yang teguh diperolehi dari pihak yang menguasai sumber peruntukan serta tanggungjawab membuat keputusan asas dasar yang difikirkan penting bagi kemajuan perkembangan “CRC”.

  11. JAWATANKUASA PENGURUSAN “CRC” Penasihat Encik Mustafa bin Sani Pengetua,SMK Tun Habab Pengerusi Encik Azman bin Abd. Hamid, Ketua, Unit Bimbingan dan Kaunseling Koordinator Encik Ibrahim bin Ya’akub Ahli Puan Sara binti Ithnin Petugas “CRC”

  12. Masa Operasi • “CRC” akan dibuka kepada pengunjung/pengguna mengikut waktu berikut; Hari : Isnin – Khamis Masa : 8.00 pagi hingga 6.00 petang Hari : Jumaat Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari • 3.00 petang hingga 6.00 petang

  13. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Kerjaya • 1.Inventori Individu dan Rekod Pelajar *Mengemaskini kad maklumat pelajar *Menyenaraikan pelajar yang difikirkan perlu mendapat perkhidmatan kaunseling • 2.Pemberian Maklumat *Maklumat tentang peluang-peluang pelajaran, latihan dan pekerjaan selepas SPM/STPM*. *Maklumat yang mendalam tentang pekerjaan. *Cara-cara menyediakan pelajar kearah kerjaya yang diminati. *Maklumat tentang tekanan perasaan,kebimbangan dan hubungankaitnya dengan pencapaian dalam pekerjaan. *Menyediakan maklumat bimbingan melalui risalah, katalog dan poster yang sesuai.

  14. 3.Perkhidmatan Penempatan *Memupuk bakat, minat dan motivasi melalui aktiviti persatuan dan kurikulum. *Penempatan kepada program pengalaman kerja atau khemah kerja. • 4.Perkhidmatan Perundingan dan Rujukan *Merujuk pelajar dan individu kepada sumber-sumber maklumat tentang peluang-peluang pendidikan. *Berunding dengan guru tentang unsur-unsur kerjaya yang boleh diterapkan dalam pengajaran.

  15. 5.Konferensi dengan Ibubapa *Membantu ibubapa merancang masa depan anak-anak mengikut potensi mereka. *Bertukar-tukar pendapat dan maklumat tentang pencapaian anak- anak. *Meningkatkan kefahaman ibu bapa tentang perkembangan kerjaya anak-anak selepas SPM/STPM*. • 6.Perkhidmatan Penilaian *Penilaian keperluan dan masalah utama pelajar tingkatan 4. *Penilaian pelajar yang dianggap berisiko tinggi berkaitan dengan kesedaran kerjaya mereka.

  16. Fungsi “CRC” 1. Pemberian maklumat – mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat kerjaya dan latihan. 2. Mengemas kini fail-fail maklumat kerjaya. 3. Memberi penerangan tentang cara mengisi borang permohonan pekerjaan. 4. Mengelolakan lawatan kerjaya. 5. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kerjaya sama ada secara individu, kelompok atau kumpulan besar. 6. Penempatan – akademik, kerjaya

  17. Koleksi Bahan • A. Kumpulan maklumat pendidikan • B. Kumpulan maklumat pekerjaan • C. Kumpulan maklumat keperibadian dan masyarakat.

  18. Penutup • Untuk memperkasakan Unit Bimbingan dan Kaunseling dari aspek perkhidmatan yang ditawarkan kepada warga sekolah maka penubuhan “CRC” akan menjadi “katalis” atau pemangkin kepada Penawaran Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Kerjaya yang lebih sistematik dan komprehensif.

  19. KAJIAN KEBERKESANAN PUSAT SUMBER KERJAYA, SMK TUN HABAB KOTA TINGGI Abstrak Kajian ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan Pusat Sumber Kerjaya (PSK) atau “Career Resource Centre” (CRC) yang telah diwujudkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab. Borang Maklum Balas Kepuasan Pelanggan yang dibina sendiri oleh penyelidik digunakan untuk melihat keseluruhan kualiti perkhidmatan bagi memenuhi kepuasan pelanggan. Selain itu dokumen seperti catatan pelawat dan testimoni juga digunakan sebagai sumber maklumat maklum balas pelanggan. Sampel kajian seramai 49 orang terdiri dari mereka yang telah mendapat kemudahan dari perkhidmatan Pusat Sumber Kerjaya sama ada pelajar sekolah SMK Tun Habab sendiri selain pelawat dari luar daerah dan negeri Johor. Dapatan kajian mendapati lebih 80% pelajar atau klien yang telah mendapatkan perkhidmatan dari Pusat Sumber Kerjaya ini telah berjaya memberikan pekhidmatan yang berkualiti.

More Related