1 / 40

PENAMATAN KONTRAK PERKHIDMATAN

PENAMATAN KONTRAK PERKHIDMATAN. PENDAHULUAN. Setiap yang bermula ada akhirnya. Setiap kontrak perkhidmatan ada penamatannya. Penamatan kontrak perkhidmatan merupakan satu terma yang penting di dalam sesuatu kontrak perkhidmatan.

amos
Télécharger la présentation

PENAMATAN KONTRAK PERKHIDMATAN

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. PENAMATAN KONTRAK PERKHIDMATAN

  2. PENDAHULUAN • Setiap yang bermula ada akhirnya. • Setiap kontrak perkhidmatan ada penamatannya. • Penamatan kontrak perkhidmatan merupakan satu terma yang penting di dalam sesuatu kontrak perkhidmatan.

  3. “Tiap-tiap kontrak perkhidmatan bertulis suatu fasal hendaklah dimasukkan bagi memperuntukkan tentang cara-cara di mana kontrak perkhidmatan boleh ditamatkan oleh mana-mana pihak.” (seksyen 10(2), Akta Kerja 1955)

  4. JENIS-JENIS PENAMATAN KONTRAK PERKHIDMATAN • penamatan dengan notis • penamatan tanpa notis • penamatan disebabkan pemberhentian kerja (renti kerja sentara)

  5. PENAMATAN DENGAN NOTIS • “Setiap kontrak perkhidmatan hendaklah mengandungi terma menetapkan tempoh notis yang diperlukan bagi menamatkan kontrak perkhidmatan tersebut. (seksyen 12(1), Akta Kerja 1955) • “Jika sekiranya tempoh notis tidak dinyatakan dalam kontrak perkhidmatan, tempoh notis hendaklah seperti berikut:

  6. 4 minggu notis jika pekerja telah bekerja kurang daripada dua tahun. • 6 minggu notis jika pekerja telah bekerja 2 tahun atau lebih tetapi kurang daripada 5 tahun. • 8 minggu notis jika pekerja telah bekerja 5 tahun atau lebih. (seksyen 12(2), Akta Kerja 1955)

  7. Keadaan-keadaan Yang Memerlukan Notis • a) majikan telah memberhentikan atau berniat untuk berhenti untuk menjalankan perniagaan bagi tujuan-tujuan di mana pekerja itu diambil bekerja • b) majikan telah memberhentikan atau berniat untuk berhenti menjalankan perniagaan di tempat di mana pekerja itu dikontrakkan untuk bekerja

  8. c) kehendak-kehendak perniagaan tersebut bagi pekerja menjalan kerja dari jenis yang tertentu telah tamat atau susut atau dijangka tamat atau susut • d) kehendak-kehendak perniagaan tersebut bagi pekerja menjalan kerja di tempat ia dikontrakkan telah tamat atau susut atau dijangka tamat atau susut • e) pekerja telah enggan menerima pemindahannya ke mana-mana tempat pekerjaan • f) pertukaran telah berlaku dalam pemunyaan perniagaan (seksyen 12(3), Akta Kerja 1955)

  9. “Tempoh penamatan untuk kakitangan domestik hanyalah 14 hari.” (seksyen 57, Akta Kerja 1955) • “Notis hendaklah dalam bentuk bertulis.” (seksyen 12(4), Akta Kerja 1955) • Sekiranya majikan gagal memberi notis yang mencukupi, pekerja adalah layak mendapat Gaji Ganti Notis. Gaji Ganti Notis hendaklah dibayar dengan sepenuhnya selewat-lewatnya pada hari kontrak perkhidmatan ditamatkan.

  10. PENAMATAN TANPA NOTIS • i) penamatan samada oleh majikan atau pekerja • ii) penamatan oleh majikan sahaja • iii) penamatan oleh pekerja sahaja

  11. PENAMATAN SAMADA OLEH MAJIKAN ATAU PEKERJA • Terdapat dua keadaan di mana penamatan jenis ini boleh dilakukan. • a) pembayaran suatu indemniti (seksyen 3(1) & 57, Akta Kerja 1955) • b) pelanggaran syarat kontrak perkhidmatan dengan sengaja (seksyen 13(2), Akta Kerja 1955)

  12. Pelanggaran oleh Majikan • Pelanggaran oleh majikan boleh berlaku, jika beliau gagal membayar upah kepada pekerja dalam tempoh yang ditetapkan dibawah Bahagian III Akta Kerja 1955. (seksyen 15(1), Akta Kerja 1955)

  13. Pelanggaran oleh Pekerja • Pelanggaran oleh pekerja boleh berlaku jika pekerja terus menerus tidak hadir kerja selama lebih daripada dua hari kerja berturut-turut tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada majikannya atau ia tidak mempunyai alasan yang munasabah bagi ketidakhadiran itu. Di mana seseorang pekerja mempunyai alasan yang munasabah bagi ketidakhadiran ia hendaklah memberitahu atau cuba memberitahu majikannya tentang alasan itu sebelum ketidakhadirannya atau secepat mungkin yang boleh semasa ketidakhadiran tersebut. (seksyen 15(2), Akta Kerja 1955)

  14. Contoh Alasan Munasabah • “Masalah kesihatan adalah alasan yang munasabah dan penyingkiran pekerja oleh majikan adalah tidak sah.” (Selangor Omnibus Co. Sdn Bhd v. Perumal & Anor [1981] MLJ 124)

  15. “Pekerja yang tidak hadir (kerana menghadiri mogok sah) tidak menghadapi risiko kehilangan kerja. Kontrak perkhidmatan itu digantung dan tidak ditamatkan kerana mogok itu, dan pekerja berhak kepada ‘status quo’nya dan terma dan syarat yang sama.” (South East Asia Fire Bricks Sdn Bhd v. Non-Metallic Mineral Products Manufacturing Emplyoyees Union [1980] 2 MLJ 165)

  16. “Mempunyai alasan yang munasabah adalah tidak memadai. Pekerja mestilah atau cuba memberitahu majikan secepat mungkin akan alasan yang munasabah.” (United Malayan Pineapple (Award no. 43 of 1973))

  17. PENAMATAN OLEH MAJIKAN SAHAJA • Seseorang majikan bolehlah menamatkan perkhidmatan pekerjanya tanpa notis atas alasan salahlaku yang berlawanan dengan syarat-syarat kontrak perkhidmatan yang dilakukan oleh seseorang pekerja dan penamatan hanya boleh dilakukan setelah majikan menjalankan siasatan untuk membuktikan salahlaku (seksyen 14(1), AK 1955)

  18. Contoh Salahlaku • Tidur semasa menjalankan tugas • Cuai • Mencuri harta majikan dan pekerja lain • Mabuk semasa bekerja • Bergaduh semasa bekerja • Tidak menurut perintah majikan yang sah

  19. Siasatan • Siasatan ini dinamakan siasatan dalaman • Siasatan wajib dilakukan • “Jika siasatan salahlaku tidak dilakukan, penamatan kontrak perkhidmatan adalah tidak sah kerana siasatan sebelum penamatan adalah mandatori.” (Milan Auto Sdn Bhd v. Wong Seng Yen [1994] 2 MLJ 135)

  20. Prinsip-prinsip Siasatan • Seseorang tidak boleh menghakimi kesnya sendiri • Seseorang tidak boleh dihukum sebelum dihakimi dan diberi peluang untuk membela diri • Keputusan hendaklah jujur dan tidak berat sebelah (adil) • Alasan-alasan penghakiman hendaklah diberitahu kepada tertuduh.

  21. Hak Majikan Semasa Siasatan • Semasa siasatan dilakukan, majikan dibenarkan menggantung pekerja daripada kerja untuk tempoh tidak melebihi 2 minggu dan semasa tempoh penggantungan kerja, seseorang pekerja hendaklah dibayar tidak kurang dari setengah upahnya Sekiranya selepas siasatan salahlaku itu tidak dapat dibuktikan, pekerja berkenaan hendaklah dibayar upah sepenuhnya bagi tempoh dia digantung kerjanya. (seksyen 14(2), AK 1955)

  22. PENAMATAN OLEH PEKERJA SAHAJA • Penamatan oleh pekerja boleh dibuat jika dia atau mana-mana tanggungannya diancam oleh bahaya atau penyakit yang ia tidak setuju menghadapi dibawah kontrak perkhidmatannya. (seksyen 14(3), AK 1955)

  23. PENAMATAN DISEBABKAN PEMBERHENTIAN/RENTI KERJA SENTARA • Pemberhentian bermaksud penamatan kontrak perkhidmatan akibat keadaan berlebihan pekerja yang boleh timbul daripada beberapa sebab seperti penutupan syarikat, penyusunan semula syarikat, pengurangan pengeluaran, penggabungan syarikat, perubahan teknologi, pengambilalihan syarikat, kegawatan ekonomi dan lain-lain.

  24. Langkah-langkah Untuk Mengelak Pemberhentian • Pengambilan pekerja baru hendaklah dibekukan kecuali bagi bidang-bidang kritikal • Menghadkan kerja lebih masa • Menghadkan kerja pada hari rehat mingguan dan cuti am • Mengurangkan hari-hari bekerja dalam seminggu atau mengurangkan bilangan kerja giliran

  25. Mengurangkan kerja harian • Mengadakan program latihan semula kepada pekerja • Mengenalpasti kerja-kerja alternatif dan pertukaran ke bahagian/kerja lain di dalam syarikat yang sama (atas persetujuan)

  26. Melaksanakan pemberhentian kerja sementara misalnya dalam bentuk penutupan sementara dengan menawarkan gaji yang berpatutan dan menbantu mereka mendapatkan kerja sementara di tempat lain sehingga operasi dapat diteruskan semula (atas persetujuan) • Pengurangan gaji pekerja yang dibuat secara adil di semua peringkat sebagai langkah terakhir. (atas persetujuan)

  27. Langkah-langkah Untuk Pengurangan Terpaksa • Memaklum dan mengadakan perbincangan dengan pekerja-pekerja atau KS yang mewakili mereka secapat mungkin mengenai pemberhentian pekerja yang akan dilakukan. • Menawarkan skim pemberhentian/persaraan secara sukarela dengan kadar bayaran pampasan yang sebaik mungkin. • Bersarakan pekerja-pekerja yang berumur lebih dari umur persaraan biasa.

  28. Membantu pekerja-pekerja mencari kerja di tempat pekerjaan lain sebelum pemberhentian dibuat dengan kerjasama Jabatan Buruh dan Jabatan Tenaga Rakyat • Melaksanakan pemberhentian pekerja secara berperingkat-peringkat dalam tempoh yang lebih panjang. • Pekerja asing hendaklah diberhentikan dahulu daripada pekerja tempatan dalam kategori pekerjaan yang sama • Pemberhentian hendaklah berdasarkan prinsip LIFO.

  29. Pemberhentian Disebabkan Lebihan Pekerja • “Keadaan lebihan pekerja hendaklah benar-benar berlaku.”(Marlin Rajiman v. MA Services Sdn Bhd [1994] 2 MLJ 404) • “Pemberhentian hendaklah berdasarkan prinsip LIFO. Kegagalan majikan untuk memenuhi keperluan prinsip LIFO menjadikan pemberhentin pekerja atas alasan lebihan pekerja menjadi tidak sah.” Koperasi Jayadiri (M) Bhd v. Lai Chui Yin (Award 35/1993,74)

  30. Adalah dilarang untuk memberhentikan pekerja tempatan bagi tujuan untuk mengambil pekerja asing (seksyen 60M, AK 1955). • Sekiranya majikan hendak mengurangkan tenaga kerjanya oleh sebab lebihan pekerja, maka majikan tidak boleh menamatkan perkhidmatan seseorang pekerja tempatan melainkan setelah menamatkan perkhidmatan semua pekerja asing yang bekerja dengannya dalam bidang-bidang yang serupa dengan bidang-tugas pekerja tempatan.(seksyen 60N, AK 1955)

  31. Faedah-faedah Penamantan & Pemberhentian • Menteri adalah dibenarkan melalui peraturan yang dibuat oleh AK 1955 mensyaratkan bagi hak-hak pekerja untuk mendapat bayaran dari majikan tentang • a) Faedah-faedah Penamatan • b) Faedah-faedah Pemberhentian/Renti Kerja Sentara (seksyen 60J(1), AK 1955) • Faedah-faedah dinyatakan oleh Peraturan-peraturan Kerja (Faedah-faedah Penamatan & Renti Kerja Sentara) 1980 (Peraturan 1980))

  32. Syarat Untuk Mendapat Faedah-faedah Penamatan • Pekerja itu hendaklah bekerja dengan majikannya untuk tempoh tidak kurang daripada 12 bulan. (peraturan 3, Peraturan 1980) • Tempoh 12 bulan ini boleh termasuk dua atau lebih tempoh bekerja dengan majikan yang berasingan asalkan tempoh di antara kontrak tersebut tidak melebihi 30 hari (peraturan 3(2), Peraturan 1980)

  33. Keadaan-keadaan Untuk Memperolehi Faedah Penamatan • Untuk mendapat bayaran faedah penamatan, seseorang pekerja hendaklah ditamatkan perkhidmatan kerana apa jua sebab kecuali, • a) apabila pekerja itu mencapai umur persaraan seperti yang terkandung di dalam kontrak perkhidmatan, • b) pemecatan atas alasan-alasan salah laku berdasarkan siasatan atau, • c) penamatan secara sukarela kecuali disebabkan

  34. i) kemungkiran secara sengaja oleh majikan (seksyen 13(2) AK 1955) ataupun ii) pekerja atau tanggungannya diancam bahaya secara serta merta (seksyen 14(3), AK1955). (peraturan 4(1), Peraturan 1980)

  35. Keadaan-keadaan Untuk Tidak Memperolehi Faedah Penamatan • Pekerja adalah tidak berhak kepada faedah penamatan dalam keadaan-keadaan berikut • a) jika kontrak perkhidmtannya diperbaharui atau diambil bekerja semula oleh majikannya, • b) jika majikan membuat penawaran pembaharuan atau pengambilan semula tidak kurang daripada 7 hari sebelum penamatan kontrak sebelumnya atau

  36. c) jika pekerja, setelah menerima notis penamatan telah meninggalkan majikan tanpa kebenaran terlebih dahulu atau tanpa membayar indemniti kepada majikan. (peraturan 4(2)(3)(4), Peraturan 1980)

  37. Keadaan-keadaan Untuk Mendapat Faedah Pemberhentian • Pekerja hendaklah tergolong di dalam kelompok pekerja di mana: • a) di mana majikan tidak memberi kerja sekurang-kurangnya 12 hari kerja dalam tempoh 4 minggu berturut-turut dan, • b) pekerja tersebut tidak mendapat sebarang saraan dalam tempoh tersebut yang tidak termasuk cuti-cuti yang layak diperolehi oleh pekerja. (peraturan 5(1), Peraturan 1980)

  38. Kaedah-kaedah Pembayaran Faedah Penamatan & Perberhentian • 10 hari upah jika bekerja kurang dari 2 tahun • 15 hari upah jika bekerja selama 2 tahun atau lebih tetapi kurang dari 5 tahun • 20 hari upah jika bekerja selama 5 tahun ataupun lebih • bagi tempoh yang tidak genap setahun, ia adalah dikira secara pro-rata mengikut genap bulan yang hampir sekali.(peraturan 6(1), Peraturan 1980)

  39. Tempoh Pembayaran Faedah-faedah • Segala pembayaran hendaklah dibuat tidak lewat dari 7 hari selepas kontrak ditamatkan dan untuk pemberhentian apabila tempoh 4 minggu berterusan telah berakhir. (peraturan 11(1), Peraturan 1980)

  40. KESIMPULAN • Penamatan merupakan satu terma yang penting di dalam sesebuah kontrak perkhidmatan • Apabila terdapat penamatan pekerja terbabit akan memperolehi faedah-faedah tertentu jika segala syarat-syarat dipenuhi.

More Related