1 / 28

ECN3102 Makroekonomi

ECN3102 Makroekonomi. Pengajar: Prof. Madya Dr. Tan Hui Boon Ph.D.(Economics) Virginia Polytech. Inst. & State University, USA. Maklumat Pensyarah Kursus. Pejabat: Bilik 208, Blok E, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, UPM.

Télécharger la présentation

ECN3102 Makroekonomi

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. ECN3102 Makroekonomi Pengajar: Prof. Madya Dr. Tan Hui Boon Ph.D.(Economics) Virginia Polytech. Inst. & State University, USA.

  2. Maklumat Pensyarah Kursus Pejabat: Bilik 208, Blok E, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, UPM. No. Tel: (03) 8946 7640 atau 016 296 1636 No. Fax: (03) 8948 6188 E-mail: tanhb@econ.upm.edu.my Masa berhubung: Khamis 3:00 – 5:00 Petang

  3. Kursus ini menekankan kepada konsep-konsep dan teori makroekonomi yang merangkumi • perakaunan pendapatan negara; • pengeluaran dan pasaran barang; • permintaan dan penawaran buruh dalam pasaran buruh; • penggunaan, simpanan, dan pelaburan; • kadar faedah dan pasaran wang; • model klasik dan model Keynes; • dasar kewangan dan fiskal; • penstabilan dan pertumbuhan ekonomi; • inflasi dan pengangguran.

  4. Objektif Kursus Pada akhir kursus ini pelajar akan: • menghuraikan konsep-konsep asas makroekonomi; • menganalisis kesan dasar-dasar ekonomi kerajaan; • menggunakan model‑model makroekonomi yang telah dibincangkan untuk menganalisis masalah ekonomi semasa.

  5. Penilaian Peratusan Tugasan 30 Peperiksaan Pertengahan Semester (Unit 1-5)30 Peperiksaan Akhir Semester (Unit 6-10)40 Jumlah 100

  6. Buku Rujukan Utama Abel A.B. and B.S. Bernanke (2005), Macroeconomics, Fourth Edition, Addison-Wesley Publishing Company, Inc.

  7. Modul ECN 3102 Makroekonomi • Modul ini terbahagi kepada 10 unit. • Selain dari 10 unit yang khusus kepada topik-topik dalam kursus ini, satu panduan mengguna modul juga disediakan.

  8. Setiap unit dalam modul ini mengandungi beberapa tajuk utama. • Setiap tajuk utama pula akan dibahagikan kepada beberapa sub-tajuk yang menghuraikan perbincangan dengan secara terperinci. • Bagi setiap unit, aktiviti dan latihan yang sesuai juga diberikan. Pelajar boleh melakukan penilaian diri berasaskan rangka jawapan aktiviti dan latihan yang diberi pada akhir setiap unit oleh tutor.

  9. Panduan Tugasan • Tugasan ini merupakan satu tugasan kumpulan (empat pelajar sekumpulan) yang menyumbangkan 30% kepada jumlah markah kursus ECN 3102 Makroekonomi. • Garis panduan untuk menyediakan tugasan ini adalah seperti berikut: • Setiap kumpulan memilih satu tajuk mengenai isu-isu semasa makroekonomi.

  10. Tajuk-tajuk yang boleh dipilih termasuk: • Pertumbuhan Ekonomi Malaysia/ASEAN/Asia • Inflasi di Malaysia/ASEAN/Asia • Pasaran Buruh di Malaysia/ASEAN/Asia • Masalah Pengangguran di Malaysia/ASEAN/Asia • Eksport dan Import Negara Malaysia/ASEAN/Asia • Dasar Fiskal di Malaysia/ASEAN/Asia • Dasar Kewangan di Malaysia/ASEAN/Asia • Modal Manusia dan Produktiviti di Malaysia/ASEAN/Asia • Pelaburan dan Perindustrian di Malaysia/ASEAN/Asia • Globalisasi dan Ekonomi di Malaysia/ASEAN/Asia • P-ekonomi dan K-ekonomi di Malaysia/ASEAN/Asia • AFTA dan Kesannya ke Atas Ekonomi Malaysia/ASEAN

  11. Menyediakan satu laporan mengenai isu-isu semasa yang berkaitan dengan tajuk yang dipilih dengan berpandukan kepada surat khabar, majalah, jurnal dan laporan-laporan ekonomi. • Bahan-bahan rujukan yang digunakan perlu disertakan sebagai lampiran (appendix) tugasan ini. Sumber-sumber rujukan tersebut juga perlu disenaraikan dalam senarai Rujukan. • Tugasan ini harus mengandungi lebih kurang 25 (± 2) muka surat.

  12. Segala jadual dan rajah yang berkaitan boleh dimasukkan ke dalam kandungan teks tugasan tersebut dengan sumbernya disertakan di bahagian bawah jadual atau rajah tersebut. • Selepas Bab yang terakhir, sertakan senarai Rujukan dan lampiran-lampiran yang berkaitan. • Gunakan font 12, Times New Roman, and 11/2 ruangan (spacing) untuk menaip kandungan teks tugasan ini.

  13. PENGENALAN Makroekonomi • Teori Ekonomi dibahagikan kepada Makroekonomi dan Mikroekonomi • Sebelum tahun 1930an, ahli ekonomi menumpukan perbincangan mereka terhadap mikroekonomi. • Hanya sejak terbitnya buku yang berjudul Teori Umum Gunatenaga,Bunga dan Wang (General Theory of Employment, Interest and Money) oleh John Maynard Keynes dalam tahun 1936, teori makroekonomi mula berkembang dengan pesatnya.

  14. Perbezaan di antara mikroekonomi dan makroekonmi ?

  15. Konsep-konsep Utama Makroekonomi • Makroekonomi adalah suatu bidang yang berkaitan dengan perhubungan antara pembolehubah-pembolehubah agregat seperti pendapatan negara, keluarana, gunatenaga, penggunaan agregat, tabungan agregat, tingkat harga/inflasi, wang, dan pertukaran asing.

  16. Matlamat Pengurusan Makroekonomi Matlamat-matlamat pengurusan makroekonomi adalah untuk mencapai • Gunatenaga penuh • Kestabilan harga (kadar inflasi yang rendah) • Perdagangan antarabangsa • Pertumbuhan Ekonomi yang memuaskan

  17. Pertumbuhan ekonomi dibahagikan kepada • pertumbuhan jangka panjang (ii) perubahan jangka pendek (kitaran perniagaan)

  18. Dasar-Dasar Makroekonomi • 1. Dasar Fiskal • 2. Dasar Kewangan • 3. Dasar Upah Harga • 4. Dasar Perdagangan Luar

  19. Sejarah Perkembangan Makroekonomi • Ekonomi moden bermula pada kurun kelapan belas apabila Adam Smith menerbitkan bukunya, “An Inquiry into the Nature and Causes of Wealth of Nations” (1776). • Beliau percaya atas ekonomi yang bebas. • Pasaran yang tidak seimbang akan dapat menyesuaikan diri tanpa sebarang campur tangan dari kerajaan (the invisible hand)

  20. Bermula dari Adam Smith lahirlah satu era ekonomi yang dipanggil ekonomi klasik • Teori Keseimbangan Umum (General Equilibrium) • Teori ini menggambarkan satu situasi pasaran di mana • keseimbangan dalam harga dan kuantiti barangan akan berlaku secara serentak.

  21. Zaman Kemelesetan Dunia (The Great Depression) 1929-1933 • Ekonomi dunia pada masa itu sedang mengalami satu kemerosotan yang paling buruk dalam sejarah. Dalam jangka masa itu kuantiti keluaran jatuh sebanyak 30%, kadar pengangguran mencapai 27% (record high), harga saham runtuh dan berjuta-juta penduduk menjadi miskin; ada yang membunuh diri. • Teori ekonomi klasik tidak dapat menerangkan dan menyelesaikan masalah tersebut. Ini memberikan dorongan kepada ahli-ahli ekonomi untuk mengkaji semula teori-teori asas dalam makroekonomi. Teori- teori makroekonomi baru yang diwujudkan selepas pengalaman kemelesetan dunia ini dirujukkan sebagai “akal makroekonomi” (roots of macroekonomi).

  22. John Maynard Keynes menerbitkan bukunya “The General Theory of Employment, Interest and Money” pada tahun 1936. • Teori Makroekonomi Keynesian • tingkat harga dan upah amat sukar disesuaikan dalam pasaran bebas (sticky prices) • mekanisme pasaran sukar untuk bergerak ke tingkat keseimbangan tanpa campur tangan Kerajaan secara langsung.

  23. Dasar-dasar kerajaan • The President’s Council of Economic Advisors ditubuhkan di Amerika Syarikat melalui the Employment Act of 1946. • Ini dirujukkan sebagai penyelarasan halus (the fine tuning). • Ramai ahli ekonomi mempercayai bahawa campur tangan kerajaan dapat menstabilkan ekonomi dari segi pengangguran dan inflasi, dan masalah- masalah makroekonomi telah dapat diselesaikan.

  24. Dalam tahun 70an dan 80an, berlakunya stagflasi stagflation, model Keynes gagal memberikan penjelasan dan penyelesaian yang memuaskan. • Ini merupakan satu desakan kepada pembinaan teori-teori makroekonomi yang lain. • Stagflasi adalah satu keadaan ekonomi • di mana tingkat harga melambung • tinggi semasa resesi (recession).

  25. Ekonomi Monetarisme • Sektor kewangan merupakan punca utama yang membawa kepada ketidakstabilan dalam ekonomi. • Jangkaan Rasional (School of Rational-Expectation) • Teori ini menumpukan kepada peranan jangkaan dalam menentukan tingkat harga dan keluaran.

  26. Terima Kasih Jumpa Lagi pada bersemuka kedua

More Related