1 / 44

MORFOLOGI

MORFOLOGI. (Pembentukan Kata). Apakah morfologi?. Satu cabang ilmu linguistik yang merujuk kepada kajian tatakata yakni bagaimana kata dibentuk. Kajian terbahagi kepada dua:. morfem: bebas terikat kata: akar terbitan. KATA TUNGGAL.

devorit
Télécharger la présentation

MORFOLOGI

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. MORFOLOGI (Pembentukan Kata)

  2. Apakah morfologi? • Satu cabang ilmu linguistik yang merujuk kepada kajian tatakata yakni bagaimana kata dibentuk.

  3. Kajian terbahagi kepada dua: • morfem: • bebas terikat • kata: • akar terbitan

  4. KATA TUNGGAL • Kata dasar, yakni kata yang tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. • Contoh: • itu, bakal, ke.

  5. i. Unit bebas Contoh: saya ii. Kata tugas Contoh: di, ke, pada. iii. Kata akronim Kata yang diterbitkan melalui proses penggabungan singkatan beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan utuh. Contoh: pawagam (panggung wayang gambar) JENIS KATA TUNGGAL

  6. TIGA CARA MENULIS AKRONIM • i. Gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang disingkatkan keseluruhan tulisannya dengan huruf besar. • Contoh: • ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia

  7. TIGA CARA MENULIS AKRONIM • ii. Gabungan huruf awal dan atau suku kata ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya, jika bukan nama khas. Contoh: • tabika - taman bimbingan kanak- kanak • lurang - lubang orang

  8. TIGA CARA MENULIS AKRONIM • iii. Gabungan huruf awal dan atau suku kata itu menjadi nama khas, kata itu ditulis bermula dengan huruf besar. Contoh: • Mara - Majlis Amanah Rakyat

  9. 2. KATA TERBITAN • Bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang menerima imbuhan. • Contoh: • berlari • memasak

  10. 3. KATA MAJMUK • Kata yang wujud apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu. Contoh: • bumiputera, air mata.

  11. JENIS-JENIS KATA MAJMUK • i. rangkaian kata bebas: • biru laut jalan raya ketua menteri • nasi minyak Raja Muda

  12. JENIS-JENIS KATA MAJMUK • ii. istilah khusus • model linear • telefon dail terus • pita suara

  13. JENIS-JENIS KATA MAJMUK • Iii. kiasan • buah hati • manis mulut • ringan tulang • berat tangan

  14. PENJAMAKAN KATA MAJMUK/KATA GABUNG • Hanya perkataan pertama yang terlibat. Contoh: • alat tulis menjadi alat-alat tulis • pasar raya menjadi pasar-pasar raya

  15. KEKECUALIAN • Penggandaan yang melibatkan simpulan bahasa dan kata yang telah mantap, penggandaan melibatkan keseluruhan kata. Contoh: • anak emas-anak emas • tandatangan-tandangan

  16. PENGGUNAAN PENANDA JAMAK • Semua, banyak, sekumpulan, para. • Semua guru besar bukan semua guru-guru besar • Mereka bukan mereka-mereka

  17. PENGIMBUHAN KATA MAJMUK • Kata gabung berimbuhan awalan atau akhiran. Contoh: • bercampur aduk • daya serapan • mengambil alih

  18. PENGIMBUHAN KATA MAJMUK • Kata gabung berimbuhan apitan. Contoh: • pengambilalihan • mengehaknegarakan • ketidakstabilan

  19. 4. KATA GANDA • Kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata ganda tersebut diulang secara keseluruhan atau pada bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Contoh: • kanak-kanak, rumah-rumah.

  20. Penggandaan penuh • Ayat-ayat • Kereta-kereta • Bunga-bungaan • Kementerian-kementerian • Setiausaha-setiausaha

  21. Penggandaan separa • Lelangit • Lelaki • Pepohon

  22. Penggandaan berentak • Sayur-mayur • Warna-warni • Saudara-mara

  23. Awalan Kata Nama • PeN- • Pe- • PeR- • Ke- • Juru-

  24. Awalan PeN- • Pe- bergabung dengan huruf-huruf m,n,ny,r,l dan w. • Contoh: • Penyanyi • Pelayan • pewangi

  25. P, T, K dan S • Huruf pertama dalam kata dasar luluh dan digantikan menjadi bentuk sengau. • Pukul - pemukul • Takut - penakut • Karang - pengarang • Sayang - penyayang

  26. PeN- menjadi pem- • Kata dasar bermula dengan huruf b, dan kata pinjaman yang bermula dengan huruf b, f dan v dan gugus konsonan yang bermula dengan huruf b dan p. • Contoh: baca menjadi pembaca. Boikot menjadi pemboikot, veto menjadi pemveto, fatwa menjadi pemfatwa, blok menjadi pemblok, dan proses menjadi pemproses.

  27. PeN – menjadi pen • Kata dasar bermula dengan huruf d, c, jsy, dan z dan kata pinjaman yang bermula dengan huruf t dan s. Contoh: • dapat - pendapat • curi - pencuri • jaja - penjaja • syarah - pensyarah • tauliah - pentauliah • swasta - penswasta

  28. PeN- menjadi peng- • Kata dasar bermula dengan huruf g, kh dan h dan a, e, i o, u. Hadir juga bentuk-bentuk pengecualian yang kata dasar bermula dengan huruf k. Contoh: • gulung - penggulung • khianat - pengkhianat • elak - pengelak

  29. Kata pinjaman • kabul - pengkabul • katalog - pengkatalog • kategori - pengkategori • kritik - pengkritik

  30. Kekecualian • Kata dasar kaji – pengkaji. • Catatan: Kata kaji bukan kata pinjaman. Tujuannya untuk membezakan dengan kata pengaji.

  31. Peng- menjadi penge- • Apabila bergabung dengan kata dasar bereka suku kata. Contoh: • bom - pengebom • cat - pengecat • had - pengehad

  32. Pe- digabungkan dengan kata dasar tanpa melibatkan perubahan bunyi. • Pe + sakit - pesakit • Catatan:Sebagai perbezaan makna antara kata terbitan berawalan pe- dengan kata terbitan berawalan peN-. • peN- + sakit - penyakit

  33. Awalan peR- • Pada kata dasar jenis kata nama dan kata kerja tanpa melibatkan perubahan bunyi pada awal kata dasar. Contoh: • Per + asap  perasap • Per + buru  perburu

  34. Awalan ke- dan juru- • Tanpa melibatkan perubahan bunyi. Contoh: • Ke + kasih  kekasih • Juru + tari  jurutari

  35. Apitan • Ke-…-an • Pe-…-an • PeN…-an:pem-…-an,pen-…-an,peng-…-an,penge-…-an, peny-…-an. • PeR-…-an:pe-…-an, per-…-an.

  36. Sisipan • -el  telunjuk • -em  gemuruh • -er  kerlip • -in  sinambung

  37. Imbuhan Rangkap • mempeR-: memperisteri, mempersuami, memperbesar. dipeR-: diperalat. terpeR-: terperinci.

  38. Imbuhan Awalan • Maha,pra-,swa-tuna-eka-dwi-,tri-panca.Contoh: • Tunanetra, tunakarya. Swalayan, pramusaji.

  39. Sekian, terima kasih. Salam “Bahasa Jiwa Bangsa”

  40. Pascakursus:Ejaan, Penulisan Kata dan Pembentukan Kata. • Ejaan: • Bunyi:tiga:vokal, konsonan, diftong. • Pemisahan suku kata. • Pola suku kata. • Keselarasan huruf vokal. • Ejaan kata bahasa Inggeris.

  41. Penulisan Kata • Kata berawalan • Kata majmuk • Kata ganda • Kata nama • Kata ganti nama diri singkat • Kata bilangan/angka • Singkatan

  42. Pembentukan Kata • Imbuhan: • Awalan • Akhiran • Apitan • Imbuhan pinjaman • Akronim

  43. Kueja betul, bahasaku terampil • Pokok kari di tepi pekan, • Lebah bersarang di hujung pohon; • Ilmu kuberi harap dimanfatkan, • Andai terkurang maaf kumohon.

  44. Betulkan jika perlu: • Dia yakin bahawa rakyat di negara itu akan menyatupadu. • Melaka terkenal dengan bukit yang mereka mengenalikan sebagai Bukit China. • Pelajar itu gagal dalam akauntasi kerana dia tidak berminat dengan subjek tersebut. • Haslina melapor berita dari London.

More Related