1.2k likes | 2.24k Vues
Tajuk 3: Teori-teori Pembangunan. Kuliah ini akan membolehkan pelajar mengulas dan mengkritik teori-teori pembangunan. Lima jenis teori pembangunan. 1.Teori Linear Berperingkat (1950 – 1960) i.Peringakat pertumbuhan Rostow ii. Model Harrod-Domar. 2. Teori Perubahan Struktur .
E N D
Tajuk 3: Teori-teori Pembangunan • Kuliah ini akan membolehkan pelajar mengulas dan mengkritik teori-teori pembangunan
Lima jenis teori pembangunan 1.Teori Linear Berperingkat (1950 – 1960) i.Peringakat pertumbuhan Rostow ii. Model Harrod-Domar
2. Teori Perubahan Struktur. i. Teori Lewis mengenai dua-sektor dengan lebihan buruh. ii. Teori corak pembangunan Chenery.
3. Teori Revolusi Pergantungan Antarbangsa 4. Teori Neoklasikal ‘Counter-Revolution’ 5. Teori Pertumbuhan Ekonomi Baru.
Teori Linear Berperingkat (1950 – 1960) • Selepas perang dunia kedua, banyak negara yang dahulunya dijajah telah menerima kemerdekaan. • Ahli-ahli ekonomi di negara-negara maju tiada panduan bagaimana proses pertumbuhan ekonomi dapat dicapai oleh masyarakat pertanian yang miskin, dan tiada mempunyai sebarang struktur ekonomi moden.
Mereka akhirnya mencadangkan model Rancangan Marshall yang telah digunakan untuk membangunkan semula negara-negara Eropah yang musnah semasa perang dunia ke dua. • Menurut ahli-ahli ekonomi ini, negara maju yang ada sekarang pada asalnya adalah tidak maju, tetapi setelah melalui beberapa peringkat pembangunan, keadaan mereka berubah.
Oleh itu negara-negara miskin yang baru merdeka, jika mengikut proses yang telah dilalui oleh negara-negara maju, sudah tentu dapat bertukar menjadi maju juga.
Peringakat pertumbuhan Rostow • Teori ini mengatakah perubahan dari keadaan tidak membangun kepada keadaan membangun (maju) dapat digambarkan melalui beberapa peringkat , • dan perlu dilalui oleh semua negara di dunai ini.
5 peringkat pertumbuhan Rostow ialah; • Masyarakat traditional • pra-syarat bagi peringkat meluncur ke pertumbuhan berterusan • peringkat meluncur ke pertumbuhan berterusan • peringkat kematangan • peringkat maju – penggunaan yang tinggi.
Bagi negara-negara miskin yang masih berada di peringkat pertama, perlu mengikuti/mematuhi beberapa peraturan supaya boleh bersedia untuk meluncur ke hadapatn dan mencapai pertumbuhan ekonomi berterusan. • Salah satu keperluan di peringkat kedua ialah untuk mengerakkan tabungan dari dalam dan luar negeri,
Yang akan digunakan sebagai pelaburan, • Yang akan dapat mendatangkan pertumbuhan ekonomi. • Secara formalnya hubungan tabungan, pelaburan dan pertumbuhan telah dihuraikan oleh Harrod dan Domar dalam teori mereka ‘Teori Pertumbuhan Harrod-Domar’.
Persamaan untuk tabungan; S = sY Di mana S = tabungan s= kadar tabungan Y = jumlah pendapatan negara (KDNK)
Persamaan pelaburan (I) I = K • Pelaburan merupakan perubahan dalam stok modal. • Tetapi nisbah modal-output k adalah K = K/Y, atau k= K/Y Atau K = k.Y = I
Jumlah tabungan harus sentiasa sama dengan jumlah pelaburan, jadi boleh ditulis, S = I sY = k Y produktiviti modal s/k = Y/Y atau Y/Y = s. (1/k) pertumbuhan ekonomikadar tabungan
Oleh itu pertumbuhan ekonomi ditentukan oleh kadar tabungan (s) dan produktiviti modal (1/k) • Bila s dan 1/k bertambah, akan didapati pertumbuhan ekonomi. • Contoh; • Keadaan asal, Y/Y = s.(1/k) = 6%/3 = 2%
Jika s dapat ditingkatkan menjadi 15%, pertumbuhan ekonomi juga akan bertambah menjadi Y/Y = s.(1/k) = 15%/3 = 5%
Atau produktiviti dapat ditambah dari (1/3) menjadi (1/2) , • petumbuhan juga akan bertambah menjadi Y/Y = s/(1/k) = 6%/ = 3%
Untuk mendapatkan petumbuhan KDNK 7%, ekonomi ini perlu meningkatkan tabungan kepada Y/Y = s/(1/3) = s%/3 = 7% s = 3 x 7 = 21% • jika kadar tabungan sebenar hanyalah 15%, akan wujud lombang tabungan (saving gap) sebanyak 21 – 15 = 6%
lompang ini boleh dipenuhi melalui pinjaman atau bantuan dari luar negeri. • Teori ini digunakan untuk menyokong tindakan memberi bantuan teknikal dan bantuan kewangan kepada NSM oleh negara-negara maju.
Kritikan ke atas Teori Berperingkat • Selepas tahun 1970 an, NSM yang dibantu oleh negara-negara maju masih tidak menunjukkan hasil seperti yang diramalkan oleh teori linear berperingat. • Beberapa sebab yang mungkin adalah;
Rancangan Marshall berjaya memulihkan negara-negara Eropah yang musnah dalam perang dunia ke dua kerana mereka telah sedia ada struktur yang diperlukan seperti; • Institusi kewangan • Kemudahan pengangkutan • Tenaga kerja terlatih • Sikap positif
Teori pertumbunan Rostow dan model Harrod-Domar mengandaikan perkara-perkara ini telah ada di negara-negara mundur di Afrika, Asia dan Amerika Selatan.
2. Teori Linear Berperingkat ini tidak melihat negara-negara miskin ini sebagai sebahagian daripad sistem antarabangsa yang kompleks. • Jadi sebenarnya tidak cukup dengan hanya membekalkan keperluan-keperluan pembangunan seperti kewangan, kepakaran dan teknologi kepada negara-negara miskin.
Keadaan pergantungan negara-neara miskin kepada kuasa-kuasa maju perlu diberi perhatian.
Teori perubahan sturktur menekankan cara negara-negara mundur mengubah ekonomi mereka • dari ekonomi yang bergantung kepada pertanian kepada ekonomi yang lebih moden, • berasaskan bandar, industri dan perkhidmatan.
Dua teori pembangunannya ialah • i. Teori Lewis mengenai dua-sektor dengan lebihan buruh. • ii. Teori corak pembanguna Chenery.
Teori Pembangunan Lewis. • Model ini ini mula-mula dikenalkan oleh Lewis dalam tahun 1950an, dan kemudiannya diperbaiki oleh Fei dan Ranis. • Teori ini telah mendapat sambutan dalam tahun-tahun 1960an dan 1970an.
Andaian-andaian; Andaian pertama, NSM mempunyai dua sektor • sektor pertama adalah sektor tradisional/pertanian • yang bercirikan • Lebih penduduk • Produktiviti buruh sifar
oleh itu pekerja-perkerja sektor ini boleh dipindahkan ke sektor lain tanpa mengurangkan pengeluaran sektor tradstional/pertanian ini. • Keadaan ini dipanggil buruh berlebihan.
Sektor kedua – adalah sektor moden yang bercirikan; • Produktiviti yang tinggi • Melibatkan sektor moden di bandar-bandar • Buruh dri sektor tidak produktif akan dipindahkan ke sektor kedua yang lebih produktif ini untuk mempercepatkan pertumbuhan output di sektor moden ini.
Andaian kedua: • cepat atau lambat perpindahan buruh ini akan bergantung kepada faktor-faktor seperti • kadar pelaburan perindustrian dan • pertambahan modal di sektor moden. • Untuk menambah pelaburan,keuntunganmesti melebihi upah atau;
Keuntungan > upah pengusaha pekerja iv.Semua keuntungan ini diandaikan akan dilaburkan semula oleh pengusaha.
v. Tingkat upah di sektor moden adalah tetap dan lebih tinggi daripada upah di sektor tradisional. • Lewis mengandaikan upah sektor modenadalah 30% lebih tinggi dari upah sektor tradisional. • Dengan kadar upah yang tetap, keluk penawaran buruh di sektor moden adalah anjal sempurna.
Model Lewis secara formal Sektor tradisional • fungsi pengeluaran TPA = f(LA KA tA) hanya LA yang berubah di mana; Tp = jumlah pengeluaran makanan di sektor pertanian LA = jumlah buruh KA = jumlah modal tA = tingkat teknolologi
b. keluk keluaran purata dan keluk marginal untuk buruh APLA MPLA • Diandaikan ada lebihan buruh, jadi MPLA = 0 • Di sektor tradisional ini, segala pengeluaran dibahagikan secara sama rata diantara mereka. Oleh itu kadar upah adalah mengikut keluaran purata; • WA = APLA = TPA / LA
Sektor moden • Fungsi pengeluaran sektor moden diberikan oleh TPM = f(LM KM1 tM) • hanya LM yang berubah pertambahan modal. di mana; TPM = jumlah pengeluaran di sektor moden
LM = jumlah buruh KM = jumlah modal tM = tingkat teknolologi • Tingkat modal boleh ditambah, iaitu pengusaha akan melabur semula keuntungan mereka.
Akan ada lebih dari satu fungsi pengeluaran, TPM1, TPM2 danTPM3, yang bertambah mengikut • MPL diperolehi dari fungsi pengeluaran, dengan andaian pasaran adalah sempurna. MPLM = DLM
Teori Lewis • Terdapat lebihan buruh di sektor tradisional. • Pengeluar di sektor moden boleh mengambil seberapa ramai buruh dan tidak perlu bimbang kadar upah akan naik. • Oleh itu boleh andaikan penawaran buruh adalah anjal sempurna.
Bilangan buruh yang akan diambil oleh sektor moden adalah mengikut syarat memaksimakan keuntungan, iaitu D1 = SL = L1 • Bila menggunakan L1 , output dikeluarkan ialah OD1FL1 • Jumlah upah adalah OWMFL1
Keuntungan OWMD1F • keuntungan ini di andaikan akan dilaburkan semula, menyebabkan tingakt modal bertambah menjadi KM2 • fungsi pengeluaran akan beralih menjadi TPM2 = f(LM KM2 tM)
Permintaan untuk buruh juga bertambah menjadi D2 • Bila menyamakan D2 = SL, didapati L2 buruh akan digunakan. • Pemgeluaran, upah dan keuntungan akan bertambah • Keuntungan ini akan dilaburkan semula, fungsi pengeluaran akan beralih ke atas menjadi TPM3, buruh diguna bertambah menjadi L3.
Menurut Lewis, proses pertumbuhan berterusan sektor moden • dan perkembangan gunatenaga akan terus berlaku • sehingga semua buruh berlebihan di sektor tradisional berpindah ke sektor moden. • Apabila tiada buruh berlebihan, sebarang perpindahan buruh ke sektor moden akan menyebabkan kadar upah buruh di sektor tradisional naik.
Keluaran marginal buruh bukan lagi sifar, oleh itu keluk penawaran buruh SL akan berkecerunan positif. • Rumusan: perubahan struktur dalam ekonomi telah berlaku denganperpindahan aktiviti ekonomi drisektor tradisional ke sektor moden.
Kritikan ke atas model Lewis. • Walau pun model pembangunan Lewis ini ringkas dan dapat mengambarkan pengalaman pertumbuhan ekonomi negara-negara barat, • tetapi 3 andaian utamanya tidak menunjukkan keadaan ekonomi sebenar di negara-negara dunia ketiga.
model ini mengandaikan kadar perpindahan buruh dari sektor teradisional ke sektor moden dan penciptaan pekerjaan di sektor moden adalah berkadar dengan kadar penciptaan modal di sektor moden,
ini bermakna lebih cepat penciptaan modal, lebih banyak pekerjaan dicipta dan lebih buruh dipindahkan dari sektor tradisional. • Soalannya: Bagaimana pula jika keuntungan yang dilaburkan semula digunakan untuk mesen dan peralatan yang menjimatkan penggunaan buruh? (Figure 3.2)
Asal: output OD1EL1 Upah OWMEL1 Keuntungan WMD1L1 Baru: output OD2EL1 Upah OWMEL1 Keuntungan WMD2L1 • Didapati upah tidak berubah, kesan dari perubahan hanya didapati oleh pengusaha, ini digelar ‘anti pembangunan’.