1 / 17

MINGGU 4

MINGGU 4. TEORI ASAL USUL BAHASA. HASIL PEMELAJARAN. Pelajar dapat mengenal pasti dan menerangkan: > teori asal-usul bahasa melalui pendekatan tradisional dan moden. > asal-usul bahasa Melayu. ASAL-USUL BAHASA. ANALOGIS Suatu gejala semula jadi dan mempunyai logik yang tersendiri

doyle
Télécharger la présentation

MINGGU 4

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. MINGGU 4 TEORI ASAL USUL BAHASA

  2. HASIL PEMELAJARAN • Pelajar dapat mengenal pasti dan menerangkan: > teori asal-usul bahasa melalui pendekatan tradisional dan moden. > asal-usul bahasa Melayu.

  3. ASAL-USUL BAHASA • ANALOGIS • Suatu gejala semula jadi dan mempunyai logik yang tersendiri • Setiap kata dasar dapat diperincikan asal-usul dan makna • ANOMALIS • Bahasa tidak regular dan • tiada hubungan antara kata dengan alam semula jadi

  4. TEORI ASAL-USUL BAHASA • MONOGENETIK Beranggapan bahawa bahasa berasal daripada satu sumber, dan kemudian berpecah kepada beberapa bahasa lain di dunia. Sumber bahasa yang utama itu dianggap pemberian kudus daripada Tuhan • POLIGENETIK Beranggapan bahawa sumber kejadian bahasa bukanlah satu tetapi pelbagai. Dengan kata lain, bahasa diwujudkan oleh pelbagai faktor yang dipengaruhi pula oleh pelbagai konteks

  5. TEORI ASAL-USUL BAHASA • PENDEKATAN TRADISIONAL • Fasa kedewaan dan kepercayaan • Fasa organis: teori bow-wow,teori pooh-pooh,teori ding-dong, teori yo-he-ho,teori gerak geri, teori muzikal, dan teori kontak • PENDEKATAN MODEN • Faktor fizikal dan psikologikal dalam perkembangan bahasa

  6. PENDEKATAN TRADISIONAL: FASA KEDEWAAN • Pada abad ke-17, seorang ahli filologi Swedia mengatakan bahawa Tuhan menggunakan bahasa Swedia. Nabi Adam menggunakan bahasa Denmark, dan naga menggunakan bahasa Perancis. • Bahasa di syurga ialah bahasa Belanda. • Pada abad ke-17, Raja Mesir membuat eksperimen tentang asal-usul bahasa. Bahasa pertama di dunia ialah bahasa Phrygia. • Versi Cina pula mengatakan bahawa Tuhan mengajarkan bahasa manusia melalui seekor kura-kura. • Amaterasu, Tuhan orang Jepun mengajarkan bahasa Jepun. • Nabu, Tuhan orang Babilonia mengajarkan bahasa kepada keturunan mereka. • Brahmana mengajarkan tulisan Hindu.

  7. FASA ORGANIS: TEORI BOW-WOW • Bahasa lahir hasil daripada peniruan bunyi alam semula jadi seperti salakan anjing atau ciakan burung. Oleh itu, teori ini dikenali juga dengan nama teori Onomatopia. • Banyak kata yang ditiru langsung daripada bunyi alam, iaitu simbolisme bunyi. Contoh: kokok, ketak, dentum, wakwak, pitpit, citcak, dentam, quack, cuckoo, peeuit, splash, sneeze, grunt, bump… • Orang primitif meniru bunyi satwa peliharaan, satwa buruan atau bunyi alam yang didengarnya. • Kata pertama ialah tiruan terhadap hujan, angin, sungai, ombak dan sebagainya.

  8. FASA ORGANIS: TEORI POOH-POOH • Nama pooh-pooh diberi oleh penentang teori Evolusi Darwin. • Bahasa berasal daripada bentuk primitif, iaitu daripada ekspresi emosi sahaja. • Bahasa wujud hasil daripada luahan atau jeritan emosi semula jadi kerana sakit atau seronok. • Udara yang keluar daripada hidung dan mulut akan mengeluarkan bunyi pooh atau pish. • Teori ini tidak menerangkan sifat artikulasi bahasa, dan tidak mengaitkan bunyi bahasa itu dengan lambang. • Seruan merupakan bentuk linguistik yang terawal, iaitu yang berupa panggilan, laungan, ajakan dan anjuran.

  9. FASA ORGANIS: TEORI DING-DONG • Wujud hubungan yang harmoni antara bunyi dengan makna, iaitu bahasa lahir secara alamiah. • Makna terbahagi dua, iaitu makna sosial dan makna linguistik. Makna linguistik pula terbahagi dua, iaitu makna leksikal dan makna struktural. • Manusia memiliki kemampuan yang istimewa untuk mengeluarkan ekspresi ujaran, dan setiap rangsangan luaran yang diterima akan diberi ekspresi pertuturan. • Ketika ujaran, wujud tiga suasana, iaitu rangsangan penutur,ujaran (tindak balas penutur dan rangsangan pendengar), dan tindak balas pendengar. • Teori ini tidak menerangkan apa-apa tentang asal-usul bahasa.

  10. FASA ORGANIS: TEORI YO-HE-HO • Bahasa tercipta daripada bunyi yang dihasilkan oleh sekumpulan manusia ketika bekerjasama melakukan sesuatu. • Bunyi wujud dengan tidak disengajakan akibat penggunaan tenaga dan hembusan udara, seperti mengangkat rumah, pokok, batu… • Ucapan tertentu wujud kerana gerakan otot, dan pita suara bergetar lalu terciptalah ucapan khusus. Bunyi itu berkembang, dan akhirnya menjadi kata yang bermakna, seperti bunyi: house, left, angkat… • Konsep bunyi yang dikemukakan dalam teori ini dapat menerangkan kejadian vokal dan konsonan dalam ujaran • Bahasa pertama lahir akibat daripada kegiatan sosial, dan tujuan utamanya untuk berkomunikasi antara manusia dalam konteks budaya tertentu.

  11. FASA ORGANIS: TEORI GERAK GERI • Kewujudan bahasa berasaskan gerak geri satwa, dan masyarakat primitif. Ini menunjukkan bahawa gerak mendahului pertuturan dalam semua aktiviti kehidupan. • Pergerakan yang berbeda akan menghasilkan bunyi yang berbeda. Bunyi ini akhirnya akan menggantikan pergerakan untuk digunakan secara meluas. • Teori ini mengatakan bahawa masyarakat yang semakin maju memerlukan isyarat yang lebih tepat untuk menyatakan sesuatu. Ini bermakna isyarat mendahului ujaran. • Dalam beberapa hal, isyarat tidak dapat digunakan, seperti di tempat gelap atau sedang membawa sesuatu. Oleh itu, mereka memerlukan isyarat lisan, yang akhirnya berkembang menjadi bahasa.

  12. FASA ORGANIS: TEORI MUZIKAL • Bahasa berasal daripada nyanyian atau bahasa berirama. • Sejarah perkembangan bahasa mempunyai haluan yang sama sejak adanya manusia dan bahasa pada zaman dini. • Bahasa primitif terdiri daripada perkataan atau ungkapan yang panjang, dan menyakitkan rahang apabila membunyikannya. • Bahasa mempunyai jeda muzik/irama yang luas, sejenis nyanyian tanpa kata, untuk tujuan ekspresi semata-mata, bukannya tujuan komunikasi. Ekspresi yang paling kuat ialah ekspresi CINTA (suka sekali, sayang benar, perasaan atau berperasaan kepada negara, orang tua, kebebasan…)

  13. FASA ORGANIS: TEORI KONTAK • Bahasa wujud daripada keinginan semula jadi manusia untuk berhubung sesama mereka dalam kehidupan sehari-hari. Oleh itu, bahasa dini ialah bahasa imperatif, iaitu terdiri daripada perintah, suruhan, arahan, larangan… • Peringkat kelahiran bahasa: Bunyi kontak (ekspresi bukan komunikasi) Jeritan (bersifat komunikatif untuk tujuan persekitaran bukannya individu, dan tujuan mengawal bahaya) Panggilan (memenuhi keperluan individu) Perkataan (fungsi simbolik dan kiasan)

  14. PENDEKATAN MODEN • Mekanisme artikulasi manusia memungkinkan terhasilnya ujaran yang lengkap. Namun, faktor psikologi juga turut membantu perkembangan bahasa yang baik dan berkesan. • Kesan psikologi terhadap benda, perkara atau peristiwa dinyatakan dalam bentuk ujaran. Oleh itu, ujaranialah hasil kemampuan manusia untuk mengenal pasti gejala sebagai lambang dan keinginan untuk mengungkapkan lambang itu dalam pelbagai konteks. • Ahli Antropologi menyimpulkan bahawa manusia dan bahasa berkembang bersama. Apabila manusia mempunyai kemampuan, menemukan ketrampilan dan mempergunakan alat, maka mulailah mereka berbicara.

  15. PENDEKATAN MODEN • Ada yang mengatakan bahawa perkembangan bahasa sama seperti bayi yang berkembang menjadi dewasa. Ucapan bayi akan berkembang menuju kemantapan dan ketuntasan. • Perkembangan bahasa selari dengan perkembangan budaya dan peradaban. Ini demikian kerana manusia dianugerahi konsep kebahasaan dan kemampuan berbahasa, dan dengannya manusia berupaya mengkonsepkan alam sekitar melalui ujaran yang merupakan penampilan kebahasaannya.

  16. ASAL-USUL BAHASA MELAYU • Dua kelompok nenek moyang orang Melayu: > Yunan, China: Melayu proto atau Melayu kuno. Tiba di Nusantara sejak SM 2,500 > Asia Tengah: Melayu Deutro atau Melayu moden. Tiba di Nusantara sejak SM 1,500 • Melayu proto berpecah menjadi orang Jakun, Laut, Kanak, Temuan, Biduanda… • Melayu Deutro memperkembang bahasa Jawa, Dayak, Minangkabau, Batak, Visaya…

  17. KESIMPULAN • Asal-usul bahasa digarap oleh golongan Analogis dan Anomalis. • Golongan Analogis mewujudkan teori Monogenetik, dan golongan Anomalis newujudkan teori Poligenetik. • Pendekatan tradisional melihat asal-usul bahasa daripada dua fasa, iaitu fasa kedewaan dan kepercayaan, dan fasa organis. • Pendekatan moden melihat bahasa melalui fakta fizikal dan psikologikal. • Bahasa Melayu berasal daripada dua kelompok asal orang Melayu, iaitu dari Yunan, China, dan Asia tengah.

More Related