1 / 32

MINGGU 05

MINGGU 05. Golongan Kata: Kata Adjektif. HASIL PEMELAJARAN. Pelajar dapat mengenal pasti: Elemen kata adjektif Ciri kata adjektif Jenis kata adjektif Pembentukan kata adjektif. KATA ADJEKTIF.

elroy
Télécharger la présentation

MINGGU 05

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. MINGGU 05 Golongan Kata: Kata Adjektif

  2. HASIL PEMELAJARAN Pelajar dapat mengenal pasti: • Elemen kata adjektif • Ciri kata adjektif • Jenis kata adjektif • Pembentukan kata adjektif

  3. KATA ADJEKTIF • Kata adjektif ialah kata sifat yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Kata adjektif boleh disertai kata penguat atau/dan kata bantu. Fungsi kata adjektif untuk menerangkan keadaan, rupa, atau sifat kata nama atau frasa nama: sudah sangat sempit sekali • Semua kata dasar / kata akar yang dapat disertai kata penguat ialah kata adjektif. • Terdapat juga kata yang bentuk wujudnya kata nama, tetapi digunakan dalam posisi kata adjektif, seperti kata pemalas, pemboros, peramah, pesakit, kebudak-budakan, kewanitaan, keindiaan… • Terdapat juga kata yang menerangkan keadaan, rupa atau sifat nama tetapi bukan kata adjektif: rumah induk, rumah judi, bilik pengantin…

  4. KATA ADJEKTIF • Kebiasaannya kata adjektif hadir di belakang kata yang diterangkan. Kata lain yang disisipkan antara kedua-duanya itu dapat mengubah status hubungannya: pengantin baharu, bandar bersih, makanan enak, mahasiswi kedekut, rumah besar… Frasa: pengantin yang baharu, bandar yang bersih, makanan yang enak, mahasiswi yang kedekut, rumah yang besar… Ayat: pengantin itu baharu, bandar itu bersih, makanan di atas meja itu enak, mahasiswi di dalam bilik ini kedekut, rumah tiang sebatang itu besar…

  5. CARA MENGENAL KATA ADJEKTIF • Dapat disertai kata penguat: hebat amat, paling pandai, cantik nian, degil betul, agak sedih, sangat janggal, rendah amat, murah sekali… • Dapat disertai imbuhanteryang bermaksud paling dan se yang bermaksud sama: tersayang, tercinta, terlicin, tergatal, termuda, segatal, sehitam, semahal, seindah, serajin… • Hadir selepas nama benda / perkara: tulisan halus, lukisan cantik, pergerakan lincah, fikiran kolot, rumah besar, ikan busuk… • Dapat disertai kata nafi tidak: tidak sombong, tidak jahil, tidak bijak, tidak malas, tidak cantik, tidak kedekut… • Dapat diulang dengan awalan se dan akhiran nya: semasam-masamnya, sehitam-hitamnya, setinggi-tingginya, sekuat-kuatnya, sejahat-jahatnya, selaju-lajunya…

  6. JENIS KATA ADJEKTIF • Kata adjektif sifatan / keadaan • Kata adjektif warna • Kata adjektif ukuran • Kata adjektif bentuk • Kata adjektif waktu • Kata adjektif jarak • Kata adjektif cara • Kata adjektif perasaan • Kata adjektif pancaindera

  7. KATA ADJEKTIF SIFATAN / KEADAAN • Kata yang memberi pengertian sifatan atau keadaan sebagai unsur keterangan nama, iaitu: * Keadaan sifat atau rupa sesuatu benda yang dapat dilihat * Keadaan yang dipunyai oleh sesuatu (benda, orang…) * Tanda yang khusus untuk mengenal sesuatu benda * Pembawaan seseorang seperti perangai, tabiat atau watak baik, gopoh, takut, tegas, marah, jahat, pandai, berani, nakal, buas, cerdik, lembut, sihat, tenang, tegang, rajin, segar, gelora, kecewa… Sifat Nama: muka masam, basikal baharu, kain jarang, baju singkat, seluar ketat, kereta api lama, janji palsu… Sifat Kerja: tersenyum sinis, menjeling manja, menari lembut, hidup lama, tersusun rapi…

  8. KATA ADJEKTIF WARNA • Kata yang memberi pengertian warna sebagai unsur keterangan, iaitu kesan corak rupa yang diperoleh mata daripada cahaya yang mempunyai gelombang yang berbeda, dan dipancarkan kembali oleh benda: putih, kuning (air, langsat, kunyit, Tok Sami), hijau (telur itik, daun, pucuk pisang, tua, muda),biru (tua, muda, laut, langit), kelabu (asap, tahi anjing), hitam (legam, manis, tampuk manggis), merah (darah, hati, jambu, cabai, tua, muda), jingga, ungu, perang… kelabu asap, rambut hitam, warna biru, merah cabai, hitam legam, biru laut, rumput hijau, layar ungu, rumah perang…

  9. KATA ADJEKTIF BENTUK • Kata yang memberi pengertian rupa bentuk sebagai unsur keterangan, iaitu rupa, susunan, caradan gaya: bulat, bujur, leper, bundar, buncit, lekuk, nipis, meleding, pipih, bengkok, lonjong, lurus, kempis, bongkok, tirus… meja bulat, muka bujur sirih, bongkok sabut, garisan lurus, rumah kecil, kereta empat segi, hati bengkok, perut kempis, kepala lonjong, galah bengkok, mulut bundar…

  10. KATA ADJEKTIF UKURAN • Kata yang memberi pengertian ukuran sebagai unsur keterangan, iaitu besarnya atau saiz sesuatu bendaatau perkara: panjang, pendek, kecil, nipis, tohor, besar, kerdil, singkat, tinggi, lebar, tebal, cetek, dalam, rendah, renek, labuh… akal pendek, dinding tebal, kain sempit, kebaya labuh, seluar singkat, baju nipis, jiwa kerdil, air dalam, buku besar, kayu tebal, kereta panjang, pohon renek…

  11. KATA ADJEKTIF WAKTU • Kata yang memberi pengertian konsep masa sebagai unsur keterangan, iaitu: rangkaian atau rentetan saat (dini, kini dan akan datang), jangka masa tertentu, saat, kala, ketika, masa atau kesempatan untuk berbuat akan sesuatu, peluang atau tempoh, keadaan hari atau suasana. lama, baru / baharu, suntuk, segera, spontan, lambat, silam, lampau, lewat, cepat, awal, sebentar, sekejap… pengantin baharu, zaman dini, kisah lampau, kekasih lama, tunggu sekejap, datang segera, sehari suntuk, bertindak spontan, berjalan lambat, tidur awal, masa silam…

  12. KATA ADJEKTIF JARAK • Kata yang memberi pengertian konsep jauh dan ruang (renggang) antara dua benda atau keadaan sebagai penerang kata nama. jauh, dekat, hampir, nyaris… jauh di mata, dekat di hati, handai taulan, jauh dan dekat, teman rapat, pandangan jauh, jambatan hampir roboh, saudara dekat, pergi jauh, terbang rendah, nyaris terbunuh…

  13. KATA ADJEKTIF CARA • Kata yang memberi pengertian keadaan, kelakuan atau ragam sebagai penerang kata nama, iaitu laku, macam, dan seperti. cepat, laju, deras, lambat, perlahan, sengit, lincah, gopoh, sering, jarang, selalu, jelas… silat lincah, berlari laju, arus perlahan, kain jarang, persaingan sengit, pendaftaran lewat, bekerja dengan gopoh, berjalan dengan perlahan-lahan, dibuang cepat, jelas sekali, tersenyum selalu, pergerakan lincah, sering sakit…

  14. KATA ADJEKTIF PERASAAN • Kata yang memberi pengertian konsep perasaan, iaitu perihal berasa dalam hati atau batin, hasil atau perbuatan berasa dalam hati atau batin, sentimen, sebagai penerang kata nama, dan perlu diikuti oleh kata sendi nama. ingin, hendak, mahu, rindu, gemar, sangsi, syak, suka, kecewa, sayu, geram, asyik, berahi, ghairah, benci, curiga, malu, gembira, merana, riang, kasih, sayang, cinta, percaya, yakin, was-was, segan, ragu, sedih… hati rindu, harapan kecewa, gadis malu, mimpi sedih, jiwa merana, berasa yakin, merintih sayu, amat sangsi, sungguh ragu, sangat ghairah…

  15. KATA ADJEKTIF PANCAINDERA • Kata yang memberi konsep rasa, pandang, aroma (bau), dengar, sentuh atau gabungan pancaindera sebagai penerang kata nama. rasa: perihal sesuatu yang dikecap oleh lidah atau keadaan yang dialami oleh bahagian tubuh. pandang: lihat sambil memperhatikan aroma: sesuatu yang tercium oleh hidung dengar: penanggapan bunyi suara oleh telinga sentuh: mengenai sesuatu

  16. KATA ADJEKTIF PANCAINDERA • Indera rasa: sedap, masin, masam, pedas, tawar, lazat, payau, pahit, manis, kelat… • Indera Pandang: cantik, tampan, lawa, jelita, ayu, comel, segak, molek, buruk, hodoh… • Indera Dengar: bising, garau, nyaring, garuk, mersik, serak, merdu, lunak… • Indera Aroma: harum, hanyir, hapak, semerbak, busuk, tengik, wangi, hancing… • Indera Sentuh: halus, licin, keras, kasar, lembut, lembik, kesat, lembap… • Gabungan Indera: bersih (sentuh + aroma), selesa ( sentuh + pandang), tenteram (dengar + pandang)…

  17. PEMBENTUKAN KATA ADJEKTIF • Kata Adjektif Tunggal • Kata Adjektif Turunan/Jadian - Kata Adjektif Terbitan - Kata Adjektif Majmuk - Kata Adjektif Ganda

  18. KATA ADJEKTIF TUNGGAL • Kata sifat yang wujud daripada bentuk dasar, iaitu tanpa gabungan dengan imbuhan atau tidak mengalami proses lain seperti penggandaan. • Antara fungsinya ialah penerang kata nama. Kata penguat atau kata bantu hanyalah bersifat pilihan. Contoh: ajaib, aneh, akrab, asli, bagus, cemas, gelisah, anggun, marah, teliti, pahit, gila, giat, keliru, kencang, landai, leluasa, genit, ceria, manis, buruk, cepat, lucu, bosan, boros, cemburu, ganas, enak, gusar, lemah, takut, mahal, sakit… * Buah pahititu tidak laku dijual * Pakaian anggunnya dicuri orang * Buaya ganasmati tercekik

  19. KATA ADJEKTIF TERBITAN • Awalan: ter(ter + KAdj) = paling - terkuno, termanis, termahir, teristimewa, tergarang, tercetek, tersihat, tersingkat, terlabuh, tergelembung… • Awalan: se(se + KAdj) = sama – secerah, sekolot, searif, segusar, sefasih, sejauh, sehitam, seindah… • Apitan: ke…an(ke + KN + an) – kebaratan, ketimuran, kecinaan, keindiaan, kemelayuan, kekelantanan… • Sisipan: em– gemuruh, gemilang, kemetot el – selerak, celoreng er– gerodak, kerelip

  20. KATA ADJEKTIF MAJMUK • Unit yang terpisah: kuning air, biru laut, muda remaja, hijau daun, merah api… • Unit tidak terpisah: sukacita, dukacita, dukalara… • Kiasan: berat mulut, besar akal, rancak di lebuh, panjang tangan, pandai besi… • Rangkaian kata adjektif tidak boleh dianggap kata adjektif majmuk kerana boleh disisipkan dengan unsur lain. Bentuk seperti ini dinamakan bentuk frasa. Contoh: • riang (dan) gembira, tua (dan) muda, panas (yang) terik, cantik (dan) manis, lemah (dan) lembut, sunyi (dan) sepi, jimat (dan) cermat, putih (dan) bersih, terang (dan) benderang…

  21. KATA ADJEKTIF GANDA • Penggandaan penuh: biasa-biasa, elok-elok, garang-garang, masin-masin, kemerah-merahan, kemalu-maluan, kebodoh-bodohan… • Penggandaan separa: besar-besaran, enak-enakan, gila-gilaan, lucu-lucuan… • Penggandaan berentak: kacau-bilau, gelap-gelita, porak-peranda, kusut-masai, lekak-lekuk, bengkang-bengkok… • Kata adjektif boleh diulang dua atau tiga kali: besar, sebesar-besarnya, masin, semasin-masinnya, keras, sekeras-kerasnya, tegang, setegang-tegangnya… • Kata adjektif juga boleh digunakan sederet: sombong, bongkak dan angkuh, cantik, suci dan pendiam, rajin, tekun dan amanah, gagah dan berani…

  22. PERBANDINGAN KATA ADJEKTIF Ciri utama KAdj ialah keupayaannya membandingkan maujud yang satu dengan maujud yang lain, sama ada sama, lebih, kurangatau paling. Perbandingan seharusnya melibatkan benda yang serupa, tidak boleh dengan benda lain. darjah biasa darjah bandingan darjah penghabisan ekuatif (sama) bandingan berbeda

  23. KATA ADJEKTIF DARJAH BIASA • Kata adjektif darjah biasa ialah kata adjektif yang tidak dibandingkan dengan apa-apa benda lain, tetapi dinyatakan secara terus. lembu gemuk, pen kontot, rumah putih, buku tebal, baju jarang, mahasiswi kedekut, kereta api lama, sungai dalam, bulan gelap, laut gelora, basikal tua, pohon rimbun, botol kosong, seluar ketat, kain singkat…

  24. KATA ADJEKTIF DARJAH BANDINGAN • Ekuatif (sama): dua hal yang dibandingkan itu sama atau setara, iaitu tidak berbeda. Darjah bandingan terbahagi dua, iaitu se (se + KAdj),dan se…dengan (sama + KAdj + nya + dengan) • se (se + KAdj):seindah lukisan, secantik bahasa, setinggi gunung, serajin orang ini, semahal mangga Siam, serendah mahasiswi ini, semanusiawi kita juga, seilmiah pensyarah itu… • se…dengan (sama + KAdj + nya + dengan):sama mahalnya dengan, sama cerdiknya dengan, sama manisnya dengan, sama pahitnya dengan, sama lembutnya dengan… * Tiada kata secantik bahasa, tiada gambar seindah lukisan. * Buah itu sama pahitnya dengan peria.

  25. KATA ADJEKTIF DARJAH BANDINGAN • Bandingan berbeda: satu atau dua maujud yang dibandingkan itu lebih atau kurang daripada maujud yang lain. Darjah bandingan itu terbahagi dua, iaitu tidak se + KAdjdan lebih / kurang + KAdj + daripada • tidak se + KAdj : tidak sesedap, tidak seenak, tidak sebahaya, tidak sekacak, tidak sehebat, tidak sepahit, tidak secergas, tidak sekilat… • Lebih / kurang + KAdj + daripada: lebih cantik daripada, lebih baik daripada, lebih bahaya daripada, lebih anggun daripada, lebih wangi daripada, kurang bersih daripada, kurang anggun daripada, kurang manis daripada, kurang kilat daripada… * Kasutnya kurang kilat daripada kasut saya. * Mangga Siam lebih enak daripada mangga Kelantan.

  26. KATA ADJEKTIF DARJAH PENGHABISAN • Tingkat yang mengatakan bahawa daripada sekian hal yang dibandingkan itu, satu melebihi yang lain. • se + KAdj + gandaan + KN: sekeras-keras kerak nasi, sejahat-jahat binatang, setinggi-tingginya… • ter + KAdj: terkaya, termiskin, termurah (termurah sekali?) • paling + KAdj: paling rajin, paling anggun, paling lama (paling lama sekali?)… • KAdj + sekali: dalam sekali, indah sekali… • ter + amat / sangat + KAdj: teramat baik, tersangat mulia… • amat / sangat / sungguh + KAdj + sekali: amat bijak sekali, sangat agung sekali, sungguh biadap sekali…

  27. FUNGSI KATA ADJEKTIF • Sebagai predikat: …amat besar, …tidak mahal, … adalah baik, …sangat megah, …sopan amat • Penerang FN: KN + KAdj: buku biru, harga mahal… • Penerang FN: KN + (yang) + KAdj: buku yang biru, harga yang mahal… • Penerang FN: sisipan yang dapat membedakan makna: baju hijau, baju yang hijau rumah putih, rumah yang putih meja bulat, meja yang bulat * Kata Adj boleh disertai kata penguatdan kata pemeri. * Kata Adj hadir selepas KN dan boleh dipisahkan dengan yang.

  28. PENURUNAN KATA ADJEKTIF: KATA NAMA • Penambahan apitan ke…an: kesukaan, kebahagiaan, keramahan, kebencian… • Penambahan kata nya: tingginya, cantiknya, anggunnya, besarnya, panjangnya… • Penambahan kata si :si kaya, si manis, si botak, si pandai… • Penambahan kata yang : yang merah, yang manis, yang pahit, yang hitam, yang kerinting…

  29. PENURUNAN KATA ADJEKTIF: KATA KERJA • Penambahan morfem terikat meN, meN…kan, memper, meN…i: melebar, memanaskan, memburukkan, membiru, mengganas, membesarkan, mencemburui, memperindah… • Penambahan apitan ke…an: kepanasan, kesejukan, kehausan, kesakitan… > Wakil rakyat itu sedang membesarkan rumahnya. > Mahasiswa ini kesakitan. > Perbahasan itu telah memburukkan keadaan > Orang itu memperindah lukisannya. > Suaminya kehausan dan isterinya kepenatan.

  30. PENURUNAN KATA ADJEKTIF: FRASA KETERANGAN • Penambahan kata dengan: dengan gembira, dengan cepat, dengan sedih, dengan ganas • Pengulangan kata adjektif: perlahan-lahan, cepat-cepat, lambat-lambat, baik-baik… • Pengulangan dimulai se dan diakhiri nya: sebaik-baiknya, sejahil-jahilnya, secepat-cepatnya, seindah-indahnya… > Hang Jebat melompat dengan gembira > Dengan sedih, mahasiswi itu keluar dewan > Isterinya berjalan dengan laju > Suaminya membuka pintu perlahan-lahan > Jagalah diri anda baik-baik > Puisi itu hendaklah digubah seindah-indahnya

  31. KESIMPULAN • Kata adjektif ialah kata sifat atau kata keadaan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. • Kata adjektif dikenal pasti melalui kriteria seperti dapat disertai kata penguat, disertai imbuhan ter dan se, disertai kata nafi tidak, dapat diulang dengan awalan sedan akhiran nya, dan dapat hadir selepas nama benda/perkara. • Kata adjektif dapat dibahagikan kepada dua, iaitu kata adjektif tunggal dan kata adjektif jadian/turunan. Kata adjektif jadian/turunan ialah kata yang mengalami prosespengimbuhan, penggandaan, dan pemajmukan. • Tingkat perbandingan kata adjektif dapat dibahagikan kepadatiga, iaitu darjah biasa, darjah bandingan (sama atau berbeda) dan darjah penghabisan. • Kata adjektif berfungsi sebagai predikat, dan penerang frasa nama.

  32. KATA BIJAK PANDAI • LEBIH BAIK BEKERJA DENGAN SEORANG PROFESIONAL YANG TIDAK MENYUKAI ANDA DARIPADA BEKERJA DENGAN SAHABAT YANG TIDAK PROFESIONAL

More Related