1 / 30

MINGGU 10

MINGGU 10. FONETIK DAN FONOLOGI. HASIL PEMELAJARAN. Pelajar dapat: > merumuskan maksud fonologi > mengenal pasti bunyi konsonan, bunyi vokal dan diftong > menghuraikan bahagian fonetik. TATARAN LINGUISTIK. FONOLOGI. FON ( bunyi ) + LOGI ( ilmu ).

jonah
Télécharger la présentation

MINGGU 10

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. MINGGU 10 FONETIK DAN FONOLOGI

  2. HASIL PEMELAJARAN • Pelajar dapat: > merumuskan maksud fonologi > mengenal pasti bunyi konsonan, bunyi vokal dan diftong > menghuraikan bahagian fonetik

  3. TATARANLINGUISTIK FONOLOGI FON ( bunyi) + LOGI ( ilmu ) Bidang linguistik yang mempelajari, menganalisisdan membicarakanbunyi bahasa FONETIK FONEMIK

  4. FONETIK / FONEMIK • Fonetik ialah ilmu yang mempelajaribunyibahasa, yang dihasilkanolehalatujaranmanusia, dengantidakmemperhatikanfungsibunyiitu, samaadapembedamaknaatautidak. Bunyiterkecil yang membedakanmaknadinamakanfonem • Fonemikialah cabang fonologi yang menitikberatkananalisissIstembunyisesuatubahasasecarasinkronik, khususnyauntukmenciptasIstemtulisan, berbandingdenganfonologidiakronikatausejarah, yang dikenalidengannamafonematik

  5. FONETIK • Antara cabang fonetik ialah fonetik artikulator, fonetik akustik, fonetik motor dan fonetik auditori • Fonetik artikulator: tumpuan terhadap bunyi bahasa yang melalui rongga (mulut, hidung, farinks) dan saluran udara dari paru-paru melalui kerongkong dan pita suara, terus ke mulut atau hidung. Saluran udara pada pita suara dinamakan glotis

  6. FONETIK • Fonetik akustik: tumpuan terhadap kesan pendengaran bunyi bahasa. Akustik merujuk sifat bunyi dari segi fizikal yang bergantung pada mekanisme laluan udara di rongga mulut dan rongga hidung, dan gelombang udara yang keluar daripada rongga berkenaan • Fonetik motor: tumpuan terhadap pergerakan otot dalam menghasilkan bunyi bahasa • Fonetik auditori: tumpuan pada persepsi pendengar apabila mendengar sesuatu bunyi, iaitu mekanisme penerimaan bunyi bahasa itu oleh telinga kita

  7. ORGAN ARTIKULASI

  8. ALAT UJARAN Artikulator: alat yang boleh digerakkan Titik Artikulasi: alat yang tidak boleh digerakkan CARA BUNYI DIHASILKAN • Udara dari paru-paru dihembuskan keluar 2. Bahagian alat ujaran digerakkan 3. Pita suara digetarkan atau tidak digetarkan

  9. BUNYI BAHASA KONSONAN VOKAL Arus udara melalui rongga mulut mengalami sekatan Arus udara melalui rongga mulut tanpa sekatan Kawasan artikulasi Cara artikulasi Kedudukan lidah Bahagian lidah yang terlibat Keadaan bibir

  10. BUNYI KONSONAN • Bunyi konsonan ialah bunyi bahasa yang melibatkan sentuhan seketika antara artikulator dengan titik artikulasi. Ketika sentuhan terjadi, udara dari paru-paru tersekat. Apabila sentuhan itu terlepas, udara akan meluncur semula melalui mulut atau hidung • Bunyi oral akan terjadi apabila udara melalui rongga mulut, iaitu anak lidah dinaikkan untuk menutup laluan udara ke rongga hidung • Bunyi sengau (nasal) akan terjadi apabila udara melalui rongga hidung, iaitu anak lidah diturunkan ke bawah menutup rongga mulut • Untuk menghasilkan bunyi konsonan ini, udara dalam bahagian glotis akan menentukan sama ada bunyi tersebut bersuara atau tidak. Jika glotis bergetar, itu bunyi bersuara dan jika glotis tidak bergetar, itu bunyi tidak bersuara • Semua bunyi konsonan (oral atau sengau) dapat dibahagikan berdasarkan sentuhan artikulator dan titik artikulasi

  11. KONSONAN PLOSIF • Bunyi ini dihasilkan apabila sentuhan udara antara artikulator dengan titik artikulasi terjadi dalam rongga mulut. Apabila sentuhan itu dilepaskan dengan cepat, udara meletup keluar • Bilabial (dua bibir): Bunyi ini dihasilkan apabila bibir atas dan bibir bawah dirapatkan - [ p, b ] [pisang], [bawang] • Alveolar: Bunyi ini terhasil apabila hujung lidah menyentuh belakang gusi (alveolum) - [t, d] [tilam, daun] • Velar: Bunyi ini terhasil apabila belakang lidah dinaikkan hingga menyentuh lelangit lembut (velum) - [k, g] [kesat, gugup] • Uvular: Bunyi ini dihasilkan dengan menaikkan akar lidah bertemu dengan uvular (anak lidah). Bunyi yang dilambangkan [Q] ini sebenarnya bunyi qaf dalam bahasa Arab - [Q] [al-Quran] • Glotal: Bunyi ini dihasilkan dengan menyempitkan saluran glotis sehingga mewujudkan getaran pada pita suara. [q] ialah hentian glotis yang sama dengan hamzah dalam bahasa Arab. Bunyi ini tiada dalam bahasa Melayu

  12. KONSONAN NASAL • Dalam BM, terdapat empat konsonan nasal, iaitu m, n, ny, ng (bersuara). Berasaskan tindakan artikulator dan titik artikulasi, konsonan nasal yang terlibat ialah bilabial, alveolar, palato-alveolar dan velar • Bunyi nasal ini dikluarkan melalui hidung kerana udara disekat pada titik artikulasi. Konsonan alat-alveolar [ny] dihasilkan dengan mentyentuh lidah dengan lelalngit keras • Bilabial: [m] – [makan], [lama], [kelam] • Alveolar: [n] – [nasi], [manis], [kesan] • Palato-alveolar: [ny] – [nyior], [nyanyi] • Velar: [ng] – [nganga], [binatang]

  13. KONSONAN FRIKATIF • Bunyi ini dihasilkan apabila udara keluar melalui sisi lidah ketika terjadi sentuhan artikulator dengan titik artikulasi. Laluan udara itu disertai bunyi desisan atau geseran • Dalam BM baku, terdapat dua bunyi frikatif asli, iaitu [s] dan [h]. Dengan adanya pengaruh bahasa Inggeris dan bahasa Arab, bunyi frikatif BM telah bertambah • Labio-dental: [f, v] – [fasal], [versi], [universiti] • Alveolar: [s,z] – [sayang], [zakat] • Palatal: [sy] – [syarat] • Interdental: [θ] - tiada dalam BM • Velar: [kh] – [khamis] • Uvular: [gh] – [ghairah] • Faringgal: [‘] – [Za’ba] dalam Jawi dilambangan huruf ain • Glotis: [h] – [hari]

  14. KONSONAN AFRIKAT • Bunyi yang menggabungkan dua jenis artikulasi, iaitu artikulasi plosif dan artikulasi frikatif • Berasaskan mekanisme udara, bunyi desisan dan letupan dikeluarkan serentak • Tindakan artikulator dan titik artikulasi menunjukkan sentuhan daun lidah dengan lelangit keras dan hujung lidah dengan belakang gusi • Palato-alveolar:[c,j] – [cari], [cacing], [jari], [penjara], [kolej]

  15. KONSONAN LATERAL • Bunyi ini dihasilkan dengan cara udara melalui kedua-dua bahagian sisi lidah tanpa sebarang bunyi desisan • Bunyi yang kedengaran ialah bunyi seperti air yang mengalir • Tindakan artikulator dan titik artikulasi ialah sentuhan hujung lidah dengan belakang gusi • Dalam BM, hanya ada satu bunyi konsonan lateral bersuara, iaitu [l] • Alveolar: [l] – [lari], [lalu], [halal]

  16. KONSONAN GETARAN • Bunyi ini terhasil apabila hujung lidah bertemu dengan belakang gusi digetarkan sehingga udara yang melalui sisi lidah turut bergetar • Dalam BM, bunyi alveolar [r] ialah bunyi konsonan getaran bersuara yang jelas, seperti dalam kata [rantau], [marah]. Bunyi ini hadir pada posisi awal dan tengah perkataan • Bunyi [r] yang hadir pada posisi akhir perkataan dinamakan konsonan tamparan. Bunyi ini dihasilkan dengan cara hujung lidah menyentuh belakang gusi seketika, dan dilepaskan tanpa getaran, seperti dalam kata [kamar], [cemar], [lamar]

  17. SEPARUH VOKAL • BM mempunyai dua bunyi separuh vokal, iaitu [w] dan [y]. Bunyi ini memiliki sifat separuh vokal dan separuh konsonan, dan kedua-duanya bersuara • Vokal bilabial: [w] – [wajib], [kawan]. Untuk membunyikannya, belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut tanpa sentuhan, dan bibir dibundarkan. Artikulasi ini sama dengan artikulasi untuk [u]. Namun, artikulasi ini tidak bertahan lama kerana lidah dengan cepat meluncur ke hadapan, dan bibir dibundarkan, kemudian dihamparkan • Vokal palatal: [y] – [yakin], [payah]. Bunyi ini dihasilkan dengan permulaan artikulasi seperti artikulasi untuk vokal [i]. Artikulasi ini juga tidak bertahan lama kerana terjadi geluncuran apabila daun lidah dinaikkan dan menyentuh lelangit keras

  18. BERSUARA / TIDAK BERSUARA Berasaskan getaran pada pita suara. Jika pita suara bergetar, itu ialah bunyi bersuara dan jika pita suara tidak bergetar, itu ialah bunyi tidak bersuara Contohnya ialah : [ t, p, k, s, č ] = bunyi tidak bersuara [ d, b, g, z, ] = bunyi bersuara

  19. BUNYI VOKAL • Bunyi yang dihasilkan dengan tidak melibatkan sentuhan artikulator dan titik artikulasi, dan tidak melibatkan sekatan laluan udara • Untuk menghasilkan bunyi vokal, saluran udara pada glotis disempitkan, sehingga udara daripada paru-paru terpaksa melonjak keluar, dan menyebabkan pita suara bergetar untuk mengeluarkan bunyi bersuara • Berasaskan mekanisme pembunyian, semua bunyi vokal ialah bunyi bersuara

  20. VOKAL KEDUDUKAN LIDAH Darjah ketinggian lidah, iaitu jarak antara permukaan lidah dengan lelangit VOKAL SEMPIT Lidah diangkat ke lelangit setinggi mungkin tetapi tidak menyentuhnya. Ruang sempit yang terjadi akan mewujudkan bunyi [ i, u ] VOKAL SEPARUH SEMPIT Lidah diangkat 2 / 3 daripada kedudukan biasanya. Ruang yang terjadi akan menghasilkan bunyi [ e, o ]

  21. VOKAL SEPARUH LUAS Lidah diangkat 1 / 3 daripada kedudukan biasa. Ruang yang terjadi akan menghasilkan bunyi [ ε, د ] [ b ε k ε ŋ ] [ د r a ŋ ] VOKAL LUAS Lidah berada serendah mungkin atau dalam keadaan biasa. Ruang yang wujud akan menghasilkan bunyi [ a ]

  22. BAHAGIAN LIDAH DEPAN TENGAH BELAKANG [ ә ] [ u ] sempit [ o ] separuh sempit [ د ] separuh luas [ b ] luas [ i ] sempit [ e ] separuh sempit [ ε ] separuh luas [ a ] luas KEADAAN BIBIR BUNDAR NEUTRAL HAMPAR

  23. Belakang Depan Tengah i u Sempit o e Separuh sempit ә Separuh luas ε د ь Luas a CARTA VOKAL

  24. DIFTONG • Diftong ialah gabungan vokal dengan geluncuran • Dua bunyi vokal yang digeluncurkan, iaitu satu bunyi vokal kepada satu bunyi yang lain • Diftong boleh dianggap sebagai satu suku kata dan mempunyai puncak kelantangan • Jika geluncuran digambarkan sebagai w dan y, maka diftong BM ialah ay (ai), aw (au) dan oy (oi)

  25. DIFTONG Contoh : [ ai ] = vokal depan rendah + vokal depan tinggi * aising, hairan, capai [ au ] = vokal depan rendah + vokal belakang tinggi * aurat, saudara, kalau [ oi ] = vokal belakang separuh tinggi + vokal depan tinggi * oidium, boikot, dodoi [ el ] -------- age [ eldz] [ әu ] -------- home [ hәum ] [ eә ] -------- hair [ heә ]

  26. TRANSKRIPSI • Proses catatan pertuturan dalam bentuk tulisan dengan menggunakan satu sistem tanda graf • Penggunaan abjad fonetik yang ditetapkan oleh International Phonetics Association ( IPA ) • Satu lambang untuk satu bunyi dan ditulis kembali serapi mungkin untuk mewakili pertuturan sebenarnya • Antara transkripsi termasuklah transkripsi fonetik, transkripsi fonemik dan trankripsi ejaan Contoh : tulisan Saya belajar di UPM [ sayә bәlaja di yu pi εm ]

  27. KESIMPULAN • Fonologi ialah bidang linguistik yang mempelajari, menganalisis dan membicarakan bunyi bahasa • Fonetik terbahagi tiga bahagian, iaitu fonetik artikulasi, fonetik akustik dan fonetik auditori • Alat ujaran terbahagi dua, iaitu yang boleh digerak-gerakkan dan yang tidak boleh digerak-gerakkan • Bunyi konsonan dapat dianalisis melalui cara artikulasi dan kawasan artikulasi • Bunyi vokal dapat dianalisis berdasarkan kedudukan lidah, bahagian lidah yang terlibat, dan keadaan bibir • Transkripsi ialah pemindahan bunyi bahasa kepada tulisan

  28. KATA BIJAK PANDAI • SEDETIK SAHAJA ANDA BERFIKIR TENTANG KEGAGALAN, MAKA ANDA AKAN BENAR-BENAR GAGAL

More Related