1 / 45

TAKLIMAT KERJA KURSUS

TAKLIMAT KERJA KURSUS. ZAHRIN BIN HJ ABU Penolong Pengarah Kanan Unit Peperiksaan SPM SPPMALN. CARTA PETUGAS PENTAKSIRAN KERJA KURSUS. KETUA PENTAKSIR KEBANGSAAN (KPK).

finn
Télécharger la présentation

TAKLIMAT KERJA KURSUS

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. TAKLIMAT KERJA KURSUS ZAHRIN BIN HJ ABU Penolong Pengarah KananUnit Peperiksaan SPMSPPMALN

  2. CARTA PETUGAS PENTAKSIRAN KERJA KURSUS

  3. KETUA PENTAKSIR KEBANGSAAN (KPK) Personel yang dilantik oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia yang mempunyai kemahiran dalam pentadbiran dan pentaksiran bagi mengurus mesyuarat penyelarasan peringkat kebangsaan, dan menyediakan laporan untuk Lembaga Peperiksaan Malaysia.

  4. KETUA PENTAKSIR NEGERI (KPN) Personel yang dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri yang mempunyai kemahiran dalam pentaksiran bagi menyelaraskan skor calon di sekolah. Personel juga bertanggungjawab mengesan kelemahan-kelemahan yang menimbulkan keraguan dalam pemberian skor calon.

  5. PENTAKSIR KAWASAN (PKw) Personel yang dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri dan mempunyai kemahiran dalam pentaksiran bagi menyelaraskan skor calon di sekolah. Personel juga bertanggungjawab mengesan kelemahan dan penyelewengan yang menimbulkan keraguan dalam pemberian skor calon.

  6. KETUA PENTAKSIR SEKOLAH Personel yang dilantik oleh Pengetua dan mengajar mata pelajaran berkenaan pada tahun peperiksaan serta mahir dalam tugas pentaksiran. Personel berkenaan bertanggungjawab menilai dan memberi skor kepada hasil kerja calon, merekod skor, menyimpan evidens, dokumen berkaitan serta menghantar skor calon yang telah diselaraskan ke Lembaga Peperiksaan secara ‘on line’ dan salinan bercetak dengan kerjasama Setiausaha Peperiksaan Sekolah.

  7. PENTAKSIR SEKOLAH • Personel yang dilantik oleh Pengetua dan mengajar mata pelajaran berkenaan pada tahun peperiksaan serta mahir dalam tugas pentaksiran. • bertanggungjawab menilai dan memberi skor kepada hasil kerja calon, merekod skor, menyimpan evidens, dokumen berkaitan serta menghantar skor calon yang telah diselaraskan ke LPM secara ‘on line’ dan salinan bercetak dengan kerjasama Setiausaha Peperiksaan Sekolah.

  8. PENYELARASAN Penyelarasan merupakan satu proses yang dijalankan untuk memastikan keselarasan kefahaman terhadap skema penskoran, penggunaan yang betul bagi skema penskoran dan skor yang betul bagi setiap pelajar.

  9. PENYELARASAN • penyelarasan pentadbiran • keselarasan dari segi dokumen, panduan pentaksiran, kaedah dan borang pentaksiran • pengurusan skor • memastikan konstruk, aspek, elemen, gred, markah dan skala skor yang seragam

  10. Penyelarasan dilaksanakan oleh: • Pentaksir Kebangsaan • Pentaksir Negeri • Pentaksir Kawasan • Ketua Pentaksir sekolah

  11. PEMANTAUAN Satu proses mendapatkan maklumat dan memastikan pentaksiran dilaksanakan mengikut prosedur dan jadual pentaksiran yang ditetapkan.

  12. TUJUAN PEMANTAUAN • memastikan semua calon ditaksir mengikut dokumen atau panduan pentaksiran. • memastikan pentaksiran dilakukan mengikut prosedur dan ketetapan yang dibuat dengan adil, sahih dan amanah.

  13. Pemantau Luaran • Pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) • Jemaah Nazir • Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) • Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah / Bahagian (PPD/PPB)

  14. Pemantau Dalaman • Pengetua • Penolong Kanan Akademik • Guru Cemerlang • Guru Kanan Mata pelajaran / Ketua Panitia

  15. PENGESANAN Pengesanan ialah proses menilai program Kerja Kursus dari segi pencapaian objektif, kekuatan dan kelemahan serta impaknya untuk tujuan memperbaiki Kerja Kursus.

  16. Tugas & Tanggungjawab KPK Sebelum • Memberi Taklimat dan mesyuarat kepada Ketua Pentaksir Negeri. • Melawat sekolah • Menjalankan penyelarasan. • Mempengerusikan mesyuarat bersama pentaksir negeri. • Menentukan agenda mesyuarat.

  17. Tugas & Tanggungjawab KPK Semasa • Berjumpa Pengetua Sekolah memaklumkan kehadiran • Melihat jadual perancangan pentaksiran calon-calon sekolah Selepas • Mendapatkan laporan penyelarasan daripada pentaksir negeri. • Menghantar laporan penyelarasan kepada Lembaga Peperiksaan Malaysia.

  18. Tugas & Tanggungjawab KPN Sebelum • Menghadiri mesyuarat penyelarasan peringkat kebangsaan • Melawat Sekolah. • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa Semasa • Menyediakan laporan penyelarasan • Menyelaras skor calon di sekolah

  19. Tugas & Tanggungjawab KPN Selepas • Mengarahkan pentaksir sekolah mentaksir semula aspek yang berkaitan dalam pentaksiran jika ada keraguan serta memaklumkan kepada LPM. • Menghantar laporan kepada pentaksir kebangsaan. • Menghantar laporan penyelarasan kepada LPM. • Menyelesaikan kes-kes khas

  20. Tugas & Tanggungjawab PKw Sebelum • Menghadiri mesyuarat penyelarasan peringkat negeri. • Menyelaras skor murid di sekolah. Semasa • Mengarahkan pentaksir sekolah mentaksir semula aspek yang berkaitan dalampentaksiran jika ada keraguan serta memaklumkan kepada pentaksir negeri.

  21. Tugas & Tanggungjawab PKw Selepas • Menghantar laporan kepada pentaksir negeri • Menyelesaikan kes-kes khas

  22. Tugas & Tanggungjawab KPS Sebelum • Menghadiri mesyuarat penyelarasan. • Mengendalikan mesyuarat di peringkat sekolah dan memberi taklimat kepada pentaksir Sekolah. Semasa • Mengadakan penataran peringkat sekolah • Mentaksir kerja murid. • Menyelaras skor murid di sekolah.

  23. Tugas & Tanggungjawab KPS Selepas • Mentaksir semula kerja murid jika ada perubahan selepas diselaraskan oleh pentaksir negeri/ kawasan. • Menyerahkan skor kepada SUP • Memastikan setiap murid pindah di hantar ke sekolah baru. • Menyediakan sijil PBS bagi setiap calon. • Menyimpan rekod dan evidens di tempat selamat.

  24. Tugas & Tanggungjawab KPS Selepas • Tempoh penyimpanan adalah selama 6 bulan selepas keputusan diumumkan. • Memastikan pentaksir sekolah memasukkan skor dalam aplikasi yang ditetapkan oleh LPM • Memberi kerjasama kepada pentaksir negeri / kawasan dalam urusan penyelarasan • Menyelesaikan kes-kes khas

  25. Tugas & Tanggungjawab PS Sebelum • Menghadiri mesyuarat penyelarasan. • Mengendalikan mesyuarat di peringkat sekolah dan memberi taklimat kepada murid Semasa • Mentaksir kerja murid. • Merekodkan skor murid di sekolah.

  26. Tugas & Tanggungjawab PS Selepas • Mentaksir semula kerja murid jika ada perubahan selepas diselaraskan oleh pentaksir negeri/ kawasan. • Menyerahkan skor kepada KPS • Memastikan setiap murid pindah di hantar ke sekolah baru. • Menyediakan sijil PBS bagi setiap calon. • Menyimpan rekod dan evidens di tempat selamat dan diserahkan kepada KPS.

  27. Tugas & Tanggungjawab PS Selepas • Tempoh penyimpanan adalah selama 6 bulan selepas keputusan diumumkan. • Memastikan pentaksir sekolah memasukkan skor dalam aplikasi yang ditetapkan oleh LPM • Memberi kerjasama kepada pentaksir negeri / kawasan dalam urusan penyelarasan • Menyelesaikan kes-kes khas

  28. PENGURUSAN SKOR CALON • Pentaksir mentaksir sesuatu aspek berdasarkan kriteria yang ditetapkan dalam aspek berkenaan dan dilakukan dengan sempurna oleh calon. • Gred Skor diberi dengan membandingkan pernyataan kriteria bagi setiap aspek yang ditaksir menggunakan maklumat yang terdapat dalam Buku Panduan Pentaksiran.

  29. Semua skor untuk setiap aspek yang ditaksir dicatat dalam Borang Penilaian Individu (BPI) untuk setiap calon. • Skor keseluruhan untuk Elemen dimasukkan ke dalam Borang Kelompok Gred Elemen (BKGE) • Borang Penilaian Individu (BPI) dan Borang Markah Calon hendaklah diperbanyakkan oleh pihak sekolah. • Borang BPI dan BKGE yang telah lengkap dengan Skor perlu disimpan dan dipastikan keselamatannya kerana skor merupakan data peperiksaan di peringkat SPM.

  30. PENGURUSAN SKOR CALON • CALON PINDAH • Memastikan sekolah baru yang dipilih menawarkan Kerja kursus yang sama dengan pilihan Kerja kursus yang diambil oleh mereka • Sekolah asal calon bertanggungjawab untuk memastikan rekod, butiran pentaksiran dan skor calon diterima oleh sekolah baru calon.

  31. PENGURUSAN SKOR CALON PENGHANTARAN MARKAH KE LPM Pihak sekolah memasukkan data gred markah calon yang telah diselaraskan secara On-Line pada awal bulan Ogos dan menghantar hasil cetakan komputer ke Jabatan Pelajaran Negeri pada hujung bulan Ogos. Jabatan Pelajaran Negeri menghantar cetakan komputer ke Lembaga Peperiksaan Malaysia selewat-lewatnya pada akhir bulan September

  32. SENARAI SEMAK PENYELARASAN • Laporan Penyelarasan Pentaksiran • Borang Penyelarasan Markah Calon • Graf Penyelarasan Pentaksiran Projek • Borang Pengesahan Penyelarasan Pentaksiran • Cetakan Markah • Borang Tuntutan Borang

  33. PROSEDUR PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KERJA KERJA KURSUS

  34. Pemantauan Pemantauan pentaksiran adalah proses memastikan pentaksiran yang dijalankan oleh pentaksir mematuhi prosedur yang ditetapkan.

  35. Objektif Pemantauan • Memastikan kerja kursus/ projek dilaksanakan oleh semua calon. • Memastikan pentaksiran dilakukan secara adil. • Memastikan tiada unsur penyelewengan dalam proses Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

  36. Tugas Pemantau • Memastikan kerja projek dilaksanakan seperti yang ditetapkan. • Memastikan evidens dan dokumen disimpan di tempat yang selamat. • Menyediakan laporan untuk perhatian Lembaga Peperiksaan Malaysia/ Jabatan Pelajaran Negeri.

  37. PEMANTAUDALAMAN • Pemantau dalaman adalah terdiri daripada pihak pentadbiran sekolah (Pengetua / Penolong Kanan / Guru Kanan Teknik dan Vokasional). • Tugas pemantau dalaman ialah memastikan segala aktiviti pentaksiran kerja kursus mematuhi prosedur dan jadual perancangan pentaksiran yang ditetapkan.

  38. Pemantau dalaman akan mengesahkan aktiviti pentaksiran pada ruangan yang disediakan pada BPI. • Pemantau dalaman akan mengesahkan kehadiran penyelaras dengan menggunakan Borang Pengesahan Kehadiran Penyelaras. • Mengambil tindakan susulan terhadap laporan yang dikemukakan oleh pemantau luaran dan penyelaras luaran sekiranya ada.

  39. Pemantau Luaran • Pemantau luaran adalah terdiri daripada pegawai-pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, dan Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan. • Pemantau luaran akan hadir ke sekolah yang ditetapkan pada tarikh yang dijadualkan. Borang

  40. KERJASAMA JPN • Perlantikan Penyelaras Kawasan • Taklimat Pentaksiran dan Penyelarasan peringkat Negeri • Pemantauan

  41. CARTA ALIR PENGOPERASIAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH PERANCANGAN DI PERINGKAT LPM PENAMBAHBAIKAN PENATARAN DI PERINGKAT KEBANGSAAN PENATARAN DI PERINGKAT JPN PENATARAN DI PERINGKAT PPB/D PELAKSANAAN PENYELARASAN PEMANTAUAN PENGESANAN LAPORAN LAPORAN LAPORAN LAPORAN DAN CADANGAN

  42. Menghadiri Taklimat Penyelarasan Merancang Jadual Penyelarasan Membuat Lawatan Penyelarasan Menyediakan Laporan Penyelarasan Menghantar Laporan ke Sekolah dan JPN Menghadiri Mesyuarat Pasca penyelarasan Ada Masalah? Tiada Menghantar Laporan ke LPM CARTA PENGOPERASIAN PENYELARASAN

  43. Menghadiri Taklimat Pemantauan Merancang Jadual Pemantauan Membuat Lawatan Pemantauan Menyediakan Laporan Pemantauan Menghantar Laporan ke Sekolah dan JPN Menghadiri Mesyuarat Pasca pemantauan Ada Masalah? Tiada Menghantar Laporan ke LPM CARTA PENGOPERASIAN PEMANTAUAN

  44. “Untuk mengurus dunia hari ini kepandaian sahaja tidak mencukupi. Untuk itu, tugas kita ialah untuk melahirkan pegawai-pegawai yang bijaksana. Dengan kebijaksanaannya, ia mampu menjangkau dengan mata hati, dapat melihat petanda-petanda awal sesuatu yang akan berlaku dan mampu bertindak dengan betul, tepat dan cepat bagi menghalang sesuatu yang tidak diingini daripada berlaku.” Petikan ucapan Pengarah Peperiksaan Persidangan Pegawai Kanan Peperiksaan Dan Unit Penilaian Peperiksaan JPN Kali ke 44

  45. Sekian, terima kasih

More Related