1 / 16

Kumpulan 5

Kumpulan 5. Nur Adleena Azyan Binti Mohd Adnan Siti Zaleha Binti Abdul Rahman Ee Sin Hwa Geethashiny a/p Mohan Purnima Devi a/p Narkandran. Rentap Wira Sarawak: “Agi Idup Agi Ngelaban”. Mengenali Rentap.

freira
Télécharger la présentation

Kumpulan 5

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Kumpulan 5 Nur Adleena Azyan Binti Mohd Adnan Siti Zaleha Binti Abdul Rahman Ee Sin Hwa Geethashiny a/p Mohan Purnima Devi a/p Narkandran

  2. Rentap Wira Sarawak: “Agi Idup Agi Ngelaban”

  3. Mengenali Rentap Seorang waris keturunan Panglima Rentap, pejuang kemerdekaan Sarawak yang begitu berani menentang regim Brooke 163 tahun lepas. Sebut nama Rentap, penduduk Sarawak masih mengingati semangat penentangannya terhadap kuasa penjajah Inggeris yang diketuai James Brooke, ketika melebarkan kuasanya ke Borneo pada abad ke-19. Rentap merupakan seorang pahlawan Dayak (Iban) yang terkenal dalam sejarah Sarawak. Rentap adalah anak sulung kepada Ningkan dan isterinya Imbong. Rentap merupakan pemimpin orang Iban di Sungai Skrang dan Sungai Saribas. Beliau dilahirkan pada tahun 1800. Gelaran Rentap yang bermaksud Ensumbar dalam bahasa Iban atau membuat dunia bergegar diberikan kepada Libau selepas beliau memenggal kepala musuh menggunakan perang pertamanya. Beliau juga digelar ‘Raja Darat’ dan ‘Raja Ulu’ atas perjuangannya yang mendapat sokongan padu daripada penduduk Iban. Masyarakat Iban menggunakan slogan “Agi Idup Agi Ngelaban” yang bermaksud selagi hidup selagi berjuang dalam perjuangan mereka untuk mempertahankan maruah negeri dan Rentap adalah satu-satunya pahlawan Iban yang tidak pernah secara rasmi mengiktiraf kekuasaan kerajaan Brooke di Sarawak.

  4. Faktor Penentangan Rentap yang menjadi ketua orang Iban telah menentang pemerintahan Brooke kerana Brooke merancang membanteras amalan kutipan cukai oleh ketua-ketua tempatan sedangkan ia merupakan sumber pendapatan tradisi ketua-ketua tempatan. Rentap dikatakan membenci Brooke kerana melihatnya sebagai orang luar dari Barat yang berniat jahat ingin menguasai Sarawak dan menghapuskan cara hidup masyarakat tempatan waktu itu. James Brooke turut juga mengganggu cara hidup tradisional orang Iban yang mengamalkan 'kegiatan memotong kepala' dengan beberapa pembaharuan. Kebangkitan Rentap juga tercetus apabila James Brooke mendirikan kubu di Nanga Skrang untuk mengawasi pergerakan orang Iban dan ingin menghapuskan penempatan orang Iban di Sungai Skrang. James Brooke cuba mengambil alih pemerintahan negeri dengan menggunakan helah menggelar mereka lanun dan penjajah.

  5. Peristiwa Penentangan • Tahun 1953 • Tahun 1854 • Tahun 1857 • Tahun 1863

  6. Pada tahun 1953, Rentap telah mengetuai pasukan orang Iban yang menyerang pasukan British di Sungai Skrang yang diketuai oleh William Brereton. Rentap bersama pasukannya menyerang kubu-kubu British di Sungai Skrang. Pihak British telah diserang hendap oleh orang-orang Rentap. Berlakulah pertempuran yang sengit di antara kedua-dua pihak. Akibat pertempuran itu, seorang menantu Rentap bernama Layang telah membunuh Allan Lee dengan lembingnya. Rentap dengan segera membawa pasukannya pulang ke Ulu Sungai Skrang. Dalam pertempuran itu, pihak British berundur ke pangkalan Merak dan ini menyebabkan Rentap semakin dihormati oleh pengikutnya.

  7. Pada tahun 1854, Pengikut Brooke telah menawan kubu Rentap di Sungai Lang dan membakar 20 buah rumah panjang tempat kediaman Rentap. Dengan itu, Rentap terpaksa berundur dan membina tempat kediaman di Sungai Lang iaitu di Ulu Sungai Skrang. Namun angkatan Brooke berjaya menyerang rumah panjang Rentap dan ia menyebabkan sebilangan pengikut Rentap berundur dan membina kubu di sebuah bukit bernama Bukit Sadok. Namun begitu, perjuangan Rentap tetap mendapat sokongan padu penduduk Iban dan beliau digelar ‘Raja Ulu’.

  8. Pada tahun 1857, James Brooke menghantar Tuan Muda Charles Brooke untuk menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok. Charles Brooke berjaya mempengaruhi 3000 orang Iban dan 500 orang Melayu supaya menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok. Walau bagaimanapun, Charles Brooke gagal menewaskan Rentap kerana kubu pertahanan yang kukuh. Kubu tersebut dipagari dengan kayu jenis belian yang dapat menahan tembakan senapang.

  9. Tahun berikutnya, Charles Brooke sekali lagi memimpin pasukannya menyerang Bukit Sadok tetapi masih gagal. Dengan penuh bersemangat, Rentap berkata ‘Bawalah semua meriam kamu dari Eropah, kami tidak takut kepada kamu, orang Eropah’.

  10. Pada tahun 1863, James Brooke mengetuai sendiri pasukannya untuk menyerang Rentap di Bukit Sadok. Pertempuran yang sengit berlaku selama sebulan. Rentap menggunakan sejenis meriam besi ‘Bujang Timbang’ untuk menentang pasukan Brooke. Namun, pasukan Rentap ditewaskan oleh pasukan Brooke. James Brooke berjaya menguasai Bukit Sadok setelah membawa beberapa buah meriam. Antaranya ialah, ‘Bujang Sadok’. Kemudian, James Brooke membakar kubu dan rumah pengikut Rentap dengan beberapa buah meriam pada 20 Oktober 1861. Rentap kemudiannya berundur ke Ulu Entabai. Seterusnya, Rentap dan pengikutnya berpindah ke Bukit Sibau iaitu kawasan yang terletak di Ulu Wak, Pakan. Sebelum sempat meneruskan perjuangan, beberapa tahun kemudian Rentap meninggal dunia di situ.

  11. Kubu Rentap di Tabbat Batang Lupar dan Saribas - Kawasan petempatan orang Iban Kedudukan Kubu Brooke di Nanga Skrang dan kubu Rentap di Bukit Sadok

  12. Kesan Penentangan Kebangkitan Rentap dan pengikutnya telah membuktikan bahawa mereka bukannya lanun tetapi pejuang bangsa. Semangat juang Rentap diabadikan di Batu Peringatan Rentap. Sehingga ke hari ini makam pahlawan Rentap telah di baik pulih oleh kerajaan negeri Sarawak bagi mengenang jasanya. Lumbong Rentap yang diperbuat daripada kayu belian yang hampir reput telah dibuat semula dengan bertutupkan cermin supaya orang ramai boleh melihat tulang rangka Rentap. Menurut laporan Brooke, mereka yang terkorban dalam pertempuran ini kurang daridapa 300 orang sahaja.

  13. Bangunan Kubu Rentap yang dibina di atas tapak kubu Rentap di Betong.

  14. A.M. Cooper, 1968: 1 dan Chang Pat Foh, 1997 107: “Rentap yang dahulunya telah dianggap oleh regim Brooke sebagai pengganas, pemberontak, perampas, pengacau dan lanun serta pernah dikhianati oleh sekutu dan rakan seperjuangan, dikhianati oleh bangsanya sendiri serta rakyat Bumi Kenyalang ini, kini dianggap sebagai pejuang kebebasan dan nasionalis yang berjuang untuk menghalang kuasa asing daripada meluaskan kuasa dan pengaruhnya ke bumi Sarawak. Rentap dan rakan-rakannya berjuang untuk mempertahankan kebudayaan dan gaya hidup yang telah diamalkan sejak turun-temurun.”

  15. Kata-kata yang pernah diucapkan oleh Rentap lebìh 100 tahun yang lalu Selagi hayatku ada, selama itulah aku tidak mahu melihat wajah orang putih, seolah- olah masih segar dalam ingatan, terutamanya bagi mereka yang benar-benar menghayati perjuangan Rentap. Kebencian Rentap tersebut jelas menampakkan keteguhan pendiriannya yang tidak mahu melihat bumi Sarawak diperintah oleh bangsa asing. Rentap telah meletakkan keberaniannya pada ruang yang betul, iaitu untuk membela bangsa dan tanah airnya, bukannya untuk mengejar nama, jawatan dan pangkat yang dijanjikan pleh penjajah.

  16. Senarai Rujukan • http://panitiasejarahsmtsm.blogspot.com/2008/10/rentap-1800-1870-pahlawan-sarawak.html • http://mbgrepublic.forumotion.com/berita-coretan-sejarah-tempatan-f19/rentap-pahlawan-sarawak-1800-1870-t61.htm • http://ms.wikipedia.org/wiki/Rentap • http://tusunterabai.wordpress.com/rentap-bahagian-pertama/rentap-pejuang-kebebasan-bahagian-akhir/ • http://ai-pengayu.blogspot.com/2009/06/rentap.html • http://boroislim.blogspot.com/2008/05/rentap.html • http://www.travelblog.org/Asia/Malaysia/Sarawak/blog-301410.html

More Related