1 / 20

Kumpulan 3

Kumpulan 3. Andrewson Jeluying Ida Masuri Binti Mohamad Nooridah Binti Jali Siti Erryanna Binti Ahamin. Pengenalan .

verdad
Télécharger la présentation

Kumpulan 3

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Kumpulan 3 Andrewson Jeluying Ida Masuri Binti Mohamad Nooridah Binti Jali Siti Erryanna Binti Ahamin

  2. Pengenalan • Tamadun China terletak di Lembah Hwang Ho dan meluas hingga ke bahagian selatan China. Perluasan kawasan ini bermula dengan kemunculan Dinasti Chin. Kelahiran empayar yang pertama itu menandakan satu peningkatan dalam tamadun China. Dinasti Chin bermula pada tahun 221 S.M. dan berakhir pada tahun 206 S.M.. • Maharaja Shih Huang Ti merupakan pengasas Dinasti Chin dan beliau berjaya memperluas jajahan takluknya hingga terbantuk sebuah empayar. Jajahan takluknya amat luas sehingga ke Sungai Merah di Vietnam. Zaman empayar merupakan zaman jajahan takluknya yang luas dapat disatukan di bawah sebuah pentadbiran pusat.

  3. Sumbangan Tamadun Hwang Ho • Ekonomi • Seni bina • Pengangkutan • Komunikasi • kewangan

  4. Ekonomi • Dalam bidang pertanian, sejak Zaman Dinasti Han lagi, tenggala telah diperkenalkan untuk membuat batas tanaman, kolar kuda untuk membolehkan kuda menarik tenggala kayu, kereta kuda, dan kereta sorong beroda, selain penyisir tanah. Pada zaman Dinasti Tang, Song, Yuan, Ming, dan Ching, perkembangan terus meningkat dalam penciptaan alat kegunaan pertanian. Sistem penanaman secara bergilir telah diperkenalkan untuk menjaga kesuburan tanah. Kawasan bukit telah ditereskan untuk pertanian pada zaman Dinasti Shang. Sistem pengairan seperti pembinaan terusan telah dilaksanakan untuk memperoleh sumber air dalam pertanian terkawal. Kawalan terhadap banjir juga telah diambil berat dengan menggunakan terusan yang dibina.

  5. Perusahaan logamdanperusahaantembikartelahberkembangsejakzamanDinasti Han lagi. Hasilperusahaantersebutdidagangkankekawasandiluar China dan Barat. Hasilinimula-muladibawamelaluijalandarat, iaituJalanSuteraDaratdankemudianmelaluiJalanLautmulaiDinasti Tang. Buktinyaterdapattembikar China ditapak-tapakpelabuhankerajaanawaldikawasan-kawasantersebut. Selainitu, baranganlogamjugatelahdidagangkan. • Hasilperusahaan China itubukansahajadidagangkankeluartetapididagangkandinegeri China sendiri. Di negeri China, munculpersatuanperdagangan yang membawakepadakelahirangolongankelaspertengahan yang besar. Perkembanganekonomi yang pesatdicetuskanolehperkembangandalamsistemperhubungan, iaitupembinaanjalanraya, jambatan, danalatpengangkutansepertikeretakudadankeretalembu.

  6. Seni bina • Tamadun China mempunyai reka bentuk seni binaan yang agak berlainan daripada tamadun lain. Salah satu seni binaan yang telah dihasilkan ialah Tembok Besar China. Tembok ini dibina sejak zaman Dinasti Chou dan telah diteruskan oleh dinasti berikutnya. Tembok ini dibina sepanjang 1500 batu dari Kansu ke Peking. Sementara itu bandar-bandar China purba seperti Changan, Anyang, Peking dan Loyang juda dibina dengan rekaan yang mempunyai tembok batu. Tembok-tembok di kawasan bandar lain pula dibuat daripada tanah liat dan batu-bata. Malahan di kampung-kampung juga terdapat tembok biarpun dibina daripada tanah limpur. Setiap tembok ini terdapat pintu gerbang yang dikelilingi oleh parit yang besar dan menara. •    Kawasan di dalam tembok ini menempatkan kediaman maharaja. Salah sebuah istana maharaja yang masih kekal sehingga kini ialah Kota Larangan. Istana ini mempunyai banyak dewan dan taman. Dewan ini berfungsi sebagai balai penghadapan serta tempat pagoda. Kuil-kuil ini terdiri daripada beberapa buah bangunan yang merangkumi tempat tinggal, ruang tetamu dan pusat pemujaan. Namun demikian bentuk ini hanyalah untuk kuil yang besar, pagoda pula berbentuk meninggi sehingga 15 tingkat. Biasanya, pagoda mempunyai bentuk oktagon dan segi empat sama. Walau bagaimanapun, bentuk ini tidak tetap bagi semua binaan dan tempat.

  7. Pengangkutan • Kepesatan dalam aktiviti perdagangan mendorong masyarakat tamadun ini untuk berdagang ke kawasan lain seperti ke Alam Melayu, India, Timur Tengah, dan Barat melalui Jalan Sutera Darat, dan Jalan Laut mulai Dinasti Tang. • . Kepesatan berkembang dengan adanya jalan raya, jambatan, dan alat pengangkutan seperti kereta kuda dan kereta lembu. • Dengan adanya kemudahan pengangkutan seperti ini akan memudahkan lagi aktiviti perdangangan mereka.

  8. Komunikasi • Karya dihasilkan untuk sampaikan mesej kepada rakyat. • Wujud 7 dialek : Mandarin, Wu, Hunanis, Kiangsi, Hakka, Kantonis, dan Fukien. • Kebangkitan sastera disokong kerajaan. Dinasti Han , Sau-ma Chien tingkatkan sastera prosa, karyanya Shih Chi. Menceritakan aspek sosial, sejarah kerajaan, pemimpin, dan ilmu pengetahuan, dikutinya seterusnya. • Puisi : Tokohnya – Tu Fu, Li Po, dan Po Chu-I dlm Dinasti Tang. • Dinasti Han – cerpen dan sajak. • Buku Perubahan (The Book of Changes) yang berkaitan dengan ilmu ketuhanan. • Buku Upacara ( The Book of Rites) berkaitan dengan tatacara istiadat dan tanggungjawab orang dewasa. • Buku Sejarah ( The Book of History) merupakan koleksi dokumen rasmi , proklamasi dan ucapan

  9. Sistem Tulisan: • -Sistem tulisan ideogram yg tercipta secara evolusi msh digunakan msyrkt China kini. • -Tulisan tersebut digunakan dlm bdg penulisan & percetakan serta diajar kpd anak2 Cina di Sekolah Cina. • -Tulisan yg digunakan org Korea & Jepun kini jg dipengaruhi oleh sistem tulisan China.

  10. Kewangan • Masyarakat dalam tamadun ini menjalankan aktiviti perdangangan di dalam dan luar kawasan mereka. sistem perdangangan yang selalu digunakan semasa tamadun ini ialah sistem barter dan juga jual beli. • Dalam sistem jual beli masyarakat menggunakan wang yang diperbuat daripada logam sebagai alat dalam urusan jual beli.

  11. Sumbangan lain teknologi pembinaan seperti yang digunakan dalam pembinaan Tembok Besar China merupakan warisan yang dikagumi dan berharga sebagai sumber pelancongan dan juga sumber contoh seni bina. Tamadun China juga mewariskan teknologi membuat kertas dan tembikar.

  12. Kompas yang pertama juga dicipta oleh penduduk China. Sebernanya, tujuan utama penciptaan tersebut adalah untuk keagamaan sahaja. Kompas itu diperbuat daripada kayu dan sebatang sudu magnet.

  13.    Selain itu, tamadun China juga merupakan tempat kemunculan ajaran utama di dunia, iaitu Confucianisme dan Taoisme. Ajaran Confunisme diasaskan oleh Confucius yang lahir pada sekitar 551 S.M. di negeri Lu (di Shantung). Beliau pernah menjadi pegawai kerajaan negeri Lu. Namun demikian, beliau telah meletakkan jawatan dan telah mengembara untuk menyebarkan ideanya kepada penduduk China. Masyrakat China telah menjadikan ajaran ini sebagai kepercayaan dan tokoh Conficius telah disembah sebagai salah satu dewa penting dalam masyarakat China. Secara umumnya ajaran ini menekankan prinsip moral yang tinggi seperti perkemanusiaan (ren), kesusilaan (li), dan ketaatan kepada ibu bapa (xiao). Untuk mencapai ketinggian moral ini, seseprang itu haruslah mendapat pendidikan. Prinsip moral ini juga harus dipertegaskan kepada semua lapisan mayarakat.

  14.   Salah satu lagi ajaran yang penting dalam tamadun China ialah Taoisme. Ajaran ini muncul agak lewat berbanding dengan ajaran Confuicianisme. Pengasas kepada ajaran ini ialah Lao Tze. Beliau lahir di negeri Chu pada sekitar tahun 604 S.M.. Beliau juga pernah bekerja di negeri Chou. Seperti Confucius, Lao Tze juga telah mengembara ke luar untuk menyebar pengaruhnya. Beliau telah menghasilkan buku yang bertajuk "Tao Te Ching" yang mengandungi idea falsafah Taoisme. Taoisme ini pada asalnya berbentuk falsafah tetapi kemudiannya menjadi ajaran berbentuk agama. Dasar ajaran ini lebih menumpukan konsep Tao yang bermaksud jalan. Setiap tindakan akan ditentukan oleh Tao. Oleh sebab itu manusia tidak harus bertindak terhadap apa-apa yang berlku. Keadaan ini dirujuk oleh Tao sebagai tidak mengambil sebarang tindakan atau wu-wei. Jika manusia bertindak, maka, perkara ini adalah bertentangan dengan prinsip wu-wei dan akan merosakkan dunia. Oleh sebab itu Lao Tze tidak mnyetujui bahawa manusia boleh mengubah sesuatu ke arah kebaikan. • Konsep Yin-Yang dalam Taoisme

  15. Kesimpulan • Tamadun China mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan agak unik jika dibandingkan dengan tamadun-tamadun lain di Asia. Ini memandangkan tamadun China telah maju dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. Negara China seharusnya dijadikan contoh kepada negara-negara lain di Asia terutamanya kepada negara Islam. Ini melihat kepada sabda Nabi Muhammad s.a.w yang berbunyi ”tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China”.

  16. Thank You

More Related