1 / 13

Tahun Hijrah Kedua

Tahun Hijrah Kedua. Dibuat oleh: Siti Nur Hamizah Nurhayati Nur Ruzanna Menengah 3C. Kandungan. Sariyyah Perubahan Kiblat Puasa Di Bulan Ramadhan Peperangan Badar Al-Kubra Teguran Kerana Tebusan. Sariyyah.

fruma
Télécharger la présentation

Tahun Hijrah Kedua

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Tahun Hijrah Kedua Dibuat oleh: Siti Nur Hamizah Nurhayati Nur Ruzanna Menengah 3C

  2. Kandungan • Sariyyah • Perubahan Kiblat • Puasa Di Bulan Ramadhan • Peperangan Badar Al-Kubra • Teguran Kerana Tebusan

  3. Sariyyah • Pada bulan Rejab, Rasulullah s.a.w menghantar sariyyah yang berjumlah 8 orang yang diketuai oleh Abdullah Bin Jahs. • Rasulullah s.a.w menyerahkan surat yang digam dan tidak boleh dibuka kecuali selepas berjalan selama dua hari. • Maka selepas dua hari Abdullah pun membukanya. Mereka disuruh meneruskan perjalanan sehingga ke Nakhlah dan mengintip orang Quraisy. • Dalam perjalanan mereka, Sa’d Bin Abu Waqqas dan ‘Utbah Bin Ghazwan tertinggal di belakang kerana kehilangan unta yang ditunggangnya bersama.

  4. Sariyyah meneruskan perjalanannya sehingga sampai ke Nakhlah. • Pada masa itu, rombongan dagang Quraisy yang menuju ke Mekah melaluikawasan tersebut. • Muslimin bersepakat melakukan serangan dan merampas barang-barang yang dibawa. • Mereka melangsungkan serangan pada hari terakhir bulan Rejab. • Dalam serangan tersebut, seseorang daripada 4 orang Quraisy terbunuh, 2 lagi ditawan dan seorang lagi berjaya melarikan diri. Harta ghanimah yang diperoleh dibawa pulang ke Madinah. • Berita tentang tindakan mereka berperang pada bulan haram tersebar.

  5. Orang Quraisy dan Yahudi bertindak memalukan mereka dan muslimin mencela mereka. Rasululah s.a.w pula menegur mereka, tetapi, Allah s.w.t menurunkan firmanNya yang bermakna apa yang orang Quraisy dan Yahudi lakukan jauh lebih berdosa dari berperang pada bulan haram. • Rasulullah s.a.w tidak akan melepaskan 2 orang Quraisy yang ditawan itu selagi Sa’d dan ‘Utbah tidak pulang. • Seseorang daripada mereka yang ditawan memeluk Islam☺. Seseorang lagi pulang ke Mekah.

  6. Perubahan Kiblat • Kiblat pertama: Baitul Maqdis (di Jerusalam, Palestin) • Baitul Maqdis juga adalah kiblat bagi orang-orang Yahudi. Namun, mereka menyoal agama Islam. • Rasulullah s.a.w kerap kali berdoa kepada Allah s.w.t supaya mengubah arah kiblat. • Allah s.w.t mewahyukan ayat yang menunjukkan perubahan kiblat ke Ka’bah. • Perubahan kiblat menguji keimanan orang muslimin. Mereka yang lemah imannya menjadi murtad. • Orang Yahudi melancarkan kutukan yang hebat atas Islam disebabkan perubahan ini. Mereka tidak tahu bahawa timur dan baratmilik Allah s.w.t.

  7. Puasa Di Bulan Ramadhan • Pada bulan Sya’ban, Allah s.w.t mewajibkan puasa pada bulan Ramadhan kepada umat Islam. Ia diantara tiang agama dan kefarduan yang menyempurnakan perjalanan sistem Islam. • Manusia diciptakan dengan sifat cinta diri sendiri dan melakukan sesuatu yang mendatang manfaat kepada dirinya sendiri walaupun dengan mengabai keperluan orang lain. • Puasa dapat mendorong mereka untuk membantu orang yang lemah dan tidak mampu kerana tiada dorongan yang lebih berkesan daripada sama-sama merasai lapar dan dahaga. • Merasai kedua-duanya melalui puasa yang dilakukan dapat melembutkan hati dan mendidik akhlaknya. • Dengan itu, mereka dengan mudah akan menghulurkan bantuan.

  8. Peperangan Badar Al-Kubra • Peristiwa peperangan ini adalah mercu tanda bagi peristiwa pertembungan antara iman dan kufur di bulan Ramadhan yang menyaksikan kepada kita tentang pengorbanan Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabat dalam menguatkan agama Allah s.w.t. • Ia berlaku pada 17 Ramadhan, hari Jumaat yang mana pada Ramadhan itu merupakan bulan pertama sahabat-sahabat dan umat Islam menempuhi ibadah puasa. • Operasi menghalang rombongan dagang Quraisy untuk harta ghanimah telah dipimpin Rasulullah s.a.w dengan kekuatan seramai 313 orang iaitu daripada sudut kekuatan fizikal adalah begitu lemah. Tentera Islam hanya mempunyai 2 ekor kuda perang dan 70 ekor unta. • Berita operasi dihidu Abu Suffian, lantas dia mengupah seorang Badwi untuk menyampaikan berita cemas itu ke Mekah untuk tatapan Abu Jahl dan elit politik bagi menghulurkan bantuan yang perlu.

  9. Sebaik sahaja orang-orang Quraisy mendapat berita tersebut, kemarahan membara dan kebimbangan menyelubungi hati atas keselamatan perniagaan mereka. • Pembesar-pembesar Quraisy yang berazam untuk tidak menyertai tentera yang telah siap dipujuk dan dicela. Ada yang keluar berperang dengan rasa susah dan malas. Di hadapan mereka terdapat penyanyi-penyanyi perempuan yang menyayikan lagu-lagu yang menghina orang-orang Islam. • Tentera itu dibuat 950 orang musyrikin dengan 100 ekor kuda dan 700 ekor unta. • Rasulullah s.a.w hanya mendapat berita tentang tentera Quraisy sampai di al-Rauha’. Apabila ia diumumkan kepada orang-orang muslim, ada yang hilang keyakinan kerana tidak siap untuk berperang. Namun begitu, dengan kata-kata beberapa sahabat Rasulullah s.a.w untuk tetap berperang bersamanya, tiada yang mengundur diri. • Abu Sufian mengambil jalan lain dan berjaya menyelamatkan rombongan perdagangan lalu mencadang supaya Quraisy pulang ke mekah.

  10. Abu Jahl berkata “Kita tidak akan pulang sehinggalah sampai di Badar dan kita tinggal di sana selama tiga hari. Ketika itu kita akan menyembelih binatang, memberi makan, meminum arak dan orang-orang Arab akan mendengar berita mengenai kita. Dengan itu mereka selama-lamanya merasa gerun terhadap kita.” • Tentera Quraisy meneruskan kemaraan mereka sehingga sampai di lembah Badar. Kemudian mereka berkhemah di kawasan menghadap madinah; di kawasan bertanah lembik. • Tentera muslimin pula, berkhemah di kawasan yang jauh daripada kawasan air dan tanahnya pula kering dan keras. Dengan itu, muslimin merasa dahaga. Sebahagian mereka berjunub dan sebahagian lagi berhadas kecil. • Allah s.w.t menurunkan hujan sehingga perkhemahan mereka mempunyai air. Pada waktu yang sama, hujan yang turun menjadi masalah bagi tentera musyrikin. Tanah itu berlumpur. • Selepas itu, Rasulullah s.a.w meneruskan kemaraan sehingga sampai ke kawasan air yang paling dekat dengan perkhemahan musuh. Kemudian mengarahkan semua sumber air lain yang berada di belakang mereka ditimbus supaya musyrikin tidak boleh mendapatkan bekalan air yang berada di belakang kawasan perkhemahan muslimin.

  11. Peperangan berlangsung: • Satu lawan satu • Barisan teratur (Formasi pertempuran) • Allah s.w.t. membantu muslimin dengan menghantar malaikat sebagai berita gembira dan penenang hati mereka. • Peperangan berterusan sehinggalah tentera musyrikin kalah dan melarikan diri. Musliminmengejar mereka, membunuh dan menawan. Seramai lebih kurang 70 orang tentera musyrikin dibunuh dan 70 lagi ditawan. • Rasulullah s.a.w mengarahkan agar mereka terbunuh diletakkan di dalam telaga Badar. • Kemenangan daripada Allah s.w.t dan wajib kita bersyukur kepada-Nya di atas keprihatinan-Nya itu.

  12. Teguran Kerana Tebusan • Allah s.w.t melarang daripada memiliki tawanan sebelum Rasulullah s.a.w berjaya melumpuhkan musuh-musuhnya dengan cara membunuh mereka yang menghalang manusia dari jalan Allah s.w.t dan menghalang agama Allah s.w.t daripada tersebar. • Allah s.w.t menegur sebahagian muslimin kerana inginkan harta benda dunia iaitu fidyah (penebus diri). • Kalaulah tidak ditetapkan yang Allah s.w.t tidak akan menyeksa mujtahid (ahli hukum Islam yang mentafsirkan Qur’an) disebabkan ijtihad(tafsiran/pendapat) yang dilakukan selagi melakukannya dengan niat yang baik, nescaya mereka akan ditimpa azab. • Allah s.w.t telah berjanji dengan tawanan yang diketahui terdapat kebaikan di dalam hati-hati mereka, Allah s.w.t akan mengampunkan dosa-dosa mereka (muslimin).

  13. Terima Kasih!(:

More Related