1 / 32

HIJRAH PERJUANGAN SATUKAN UMMAH

Khutbah Multimedia. HIJRAH PERJUANGAN SATUKAN UMMAH. 8 NOVEMBER 2013 /27 ZULHIJJAH 1434H. 1. Pujian Kepada Allah S.W.T. اَلْحَمْدُ لِلَّهِ. Segala puji-pujian bagi Allah S.W.T. 2. 3. Syahadah.

harper
Télécharger la présentation

HIJRAH PERJUANGAN SATUKAN UMMAH

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Khutbah Multimedia HIJRAH PERJUANGAN SATUKAN UMMAH 8NOVEMBER 2013 /27 ZULHIJJAH 1434H 1

  2. Pujian Kepada Allah S.W.T. اَلْحَمْدُ لِلَّهِ Segala puji-pujian bagi Allah S.W.T. 2

  3. 3

  4. Syahadah أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ. وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ الْمَبْعُوْثُ رَحْمَةً لِلْعَالَمِيْنَ Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah yang Maha Esa dan aku juga bersaksi bahawa Nabi Muhammad S.A.W. adalah hambaNya dan rasulNya. 4 4

  5. Selawat اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى هَذَا النَّبِيِّ الْكَرِيْمِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْن Ya Allah, cucurilah rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W., keluarga dan seluruh sahabatnya. 5

  6. Pesanan Takwa أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، اتَّقُوا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ Bertakwalah kepada Allah S.W.T. dengan sebenar-benar takwa, sesungguhnya berjayalah orang-orang bertakwa. 6 6

  7. Marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya • Mudah-mudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat. 7 7

  8. Tajuk Khutbah HIJRAH PERJUANGAN SATUKAN UMMAH 8 8

  9. Alhamdulillah, sekarang kita berada di tahun baru hijrah 1435H • Pelbagai usaha dan cara menyambut kedatangan tahun baru hijrah • iktibar daripada hijrah ini adalah kejayaan dan kemajuan umat Islam yang diasaskan atas dasar perjuangan dan kekuatan umatnya melalui semangat pengorbanan dan perpaduan sebagaimana terkandung dalam peristiwa hijrah Nabawiah. 9 9

  10. Kejayaan hijrah • menjadi jambatan tertegaknya Daulah Islamiah kerana hijrah tersebut dipandu dan didukung oleh keimanan dan ketakwaan yang padu • mengubah lanskap akidah, ibadah, akhlak dan membina masa depan ummah. 10 10

  11. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa' ayat 100: Maksudnya: "Dan sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya ia akan dapati dibumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur: dan sesiapa yang keluar dari rumahnya untuk berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian ia mati sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." 11

  12. Ingatlah • semangathijrahmembawapengertian yang luas dan iaadalahpemisah di antara hak dan batil • kejayaan dan kemajuan ummah akan berhasil daripada pertolongan Allah SWT Fikirkanlah.. Tiada guna berhijrah jika hanya berdasarkan emosi dan pengaruh duniawi semata-mata dan bukannya berpaksikan kepada keimanan kepada Allah SWT. 12 12

  13. Pengajaran daripada peristiwa Hijrah 13

  14. Waspadalah Pemikiran dan akal yang tidak dijaga akan memberi ruang kepada pihak musuh untuk mempengaruhi emosi dan tindakan • seseorang manusia yang dimanipulasi emosinya sangatlah merbahaya kepada masa depan umat Islam 14 14

  15. Tanggungjawab Seorang mukmin sejati Membawa perubahan kepada pembangunan ummah mengembalikan kegemilangan Islam sesuai dengan semangat hijrah diasaskan oleh Rasulullah SAW 15 15

  16. Firman Allah SWT dalam surah ar-Rad ayat 11: Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri..” 16

  17. Merealisasikan hijrah perjuangan satukan ummah • Perlu menyediakan asas yang betul dan kukuh bagi membina perpaduan • Harus diingat ianya bukanlah bersifat dari luar ke dalam (Outside-in) tetapi ianya bersifat (Inside-Out) dari dalam keluar. 17

  18. Perpaduan bermula dari hati Langkah pertama yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika mula menyatukan umat jahiliah di Makkah • Kaya disatukan dengan yang miskin • Bangsawan disatukan dengan hamba • Terpelajar disatukan dengan yang tidak berpelajaran Hati bangsa Arab yang liar dipautkan antara satu sama lain 18

  19. Umat Islam perlu mengubah pemikiran dari bersifat tradisi kepada yang semasa dan terbuka Agama Islam bukan sahaja himpunan dogma-dogma dan acara ritual hidup yang lengkap tetapi ianya merangkumi cara hidup yang lengkap 19 19

  20. Penghijrahan minda menyedari dan menginsafi bahawa kewajipan menjaga agama (hifz ad deen) kewajipan bersama samada dari sudut agama dan kenegaraan Sebagai umat Islam perlu faham dengan mendalam isu-isu semasa agar tidak dipesongkan oleh mereka yang berkepentingan 20

  21. Pendekatan wasatiyah yang bersifat komprehensif dan bersepadu merupakan asas membina perpaduan ummah Wasatiyyah adalah merujuk kepada pelaksanaan sesuatu secara berhikmah, berimbang bagi menentukan tidak berlaku kekerasan, kezaliman ke atas ummah dengan meletakkan Islam ditempat yang dihargai atau dimartabatkan. 21

  22. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 143: Maksudnya: “Dan demikianlah Kami jadikan kamu satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia dan Rasulullah pula akan menjadi saksi kebenaran perbuatan kamu.” 22

  23. Umat Islam dituntut menseimbangkan tuntutan rohani & jasmani dan tuntutan dunia & akhirat • Sifat kesederhanaan dan keseimbangan sangat penting kerana perbuatan yang lebih dari yang sepatutnya dilakukan adalah dianggap melampau, begitu juga perbuatan yang kurang dari yang sepatutnya dilakukan adalah dianggap suatu kecuaian. 23

  24. Umat Islam tidak boleh rigid dan extreme serta terlalu bebas tanpa sempadan • Ajaran Islam mengajar umatnya bersederhana dalam semua perkara, berimbang dan syumul dalam segenap bidang • Dengan memfokuskan kepada mempertingkatkan kualiti kehidupan ummah sama ada dari segi ilmu pengetahuan, pembangunan insan, sistem ekonomi dan kewangan, pertahanan, perpaduan dan sebagainya. 24

  25. Sempena sambutan tahun baru Hijrah bertemakan “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” • Marilah sama-sama kita mengambil semangat perjuangan hijrah dengan menaut hati hati kita melalui semangat perpaduan dan bertoleransi dalam semua perkara • Janganlah kita melampaui batas dalam perkara yang telah dipersetujui. • Sikap melampau sebenarnya akan menjadi pemangkin terhadap ketidaksepaduan masyarakat dan seterusnya akan melemahkan kestabilan sesio-politik negara. 25

  26. Kerana kepentingan diri kita sanggup meleraikan perpaduan dan menggadaikan kuasa serta maruah Umat Islam yang menjiwai makna perpaduan sentiasa bersikap terbuka dan saling menghormati antara satu sama lain • Kita tidak mampu berpisah dan berpecah kerana itu fitrah kejadian kita, untuk itu ikatan kita hendaklah dikukuhkan melalui perpaduan ummah. 26 26

  27. Hijrah merupakan perjuangan satukan ummah dan ianya merupakan sebahagian daripada tuntutan Islam. Perpaduan sebagai syarat utama kejayaan umat Islam di dunia ini dan di akhirat kelak. Semoga Malaysia terus maju, aman dan damai, dan menjadi payung serta pelindung kepada Islam dan umatnya. 27 27

  28. Firman Allah SWT dalam surah al-Araf ayat 96: • Maksudnya: “Dan Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami bukakan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami) lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.” 28 28

  29. Penutup بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الأيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ 29 29

  30. KHUTBAH KE-DUA 30

  31. SOLAT JUMAAT 31

  32. Khutbah Multimedia HIJRAH PERJUANGAN SATUKAN UMMAH 8NOVEMBER 2013 /27 ZULHIJJAH 1434H 32

More Related