1 / 14

PUISI TRADISIONAL SYAIR MAKNA RIAK

PUISI TRADISIONAL SYAIR MAKNA RIAK. Disediakan Oleh Mohd Azlan. Maksud:

gino
Télécharger la présentation

PUISI TRADISIONAL SYAIR MAKNA RIAK

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. PUISI TRADISIONALSYAIR MAKNA RIAK DisediakanOlehMohdAzlan

  2. Maksud: Rangkap 1: Syair ini mengungkap makna riak atau takbur. Orang yang melakukan amal ibadat semata-mata untuk menunjuk-nunjuk kepada semua manusia dianggap sebagai riak. Perbuatan golongan ini amat dibenci oleh Tuhan kerana telah melakukan perbuatan syirik. Rangkap 2: ada pula perbuatan riak dibuat dengan cara menunjukkan kerajinan berpuasa dan kesopanan apabila bertutur dengan lemah lembut. Namun hakikatnya kebersihan tubuh badan tidak diambil kira.

  3. Rangkap 3: Orang sebegini berpura-berpura melakukan amalan tersebut agar dirinya disangka warak iaitu tidak mementingkan keduniaan. Dia juga sering berkhemah sedangkan hatinya memandang keduniaan. Rangkap 4: Ada juga perbuatan riak ditunjukkan sebagai orang yang berpengetahuan luas  dengan menunjukkan perbuatan berceramah dan bersyarah dalam pelbagai ilmu di majlis keraian. Namun begitu dia sering mencampuradukkan perkara yang baik dengan yang buruk.

  4. Rangkap 5:Ada perbuatan riak ditunjukkan melalui  percakapan yang kononnya berdasarkan bukti kajian untuk menunjukkan dirinya mempunyai ilmu mantik yang tinggi. Orang sebegini berbuat sedemikian agar masyarakat mengiktiraf kebijaksanaannya dan memberikannya ganjaran tertentu. Rangkap 6: Ada perbuatan riak ditunjukkan melalui cara berpakaian, iaitu memakai serban yang berlilit ekor di kepala, meletakkan sejadah di bahu, dan seuntai tasbih berada di tangan.

  5. Rangkap 7: Ada perbuatan ditunjukkan ketika melakukan amalan berzikir. Orang begini akan berzikir sehingga lupa diri. Namun begitu, niat yang sebenarnya  adalah untuk menjadi ketua kepada sesebuah kumpulan atau untuk mendapatkan pengaruh. Rangkap 8: Sesungguhnya semua perbuatan riak itu akan menjadi bala yang menyebabkan amalan tersebut ditolak oleh Allah Taala. Ada kalanya, perbuatan riak yang dibuat akan mendatangkan kemudaratan kepada diri serta dimurkai oleh Allah Taala.

  6. TEMA: ‪- Perbuatan riak yang menjadi amalan sesetengah manusia.‬

  7. PERSOALAN:        1-‪Sikap berpura-pura atau tidak jujur seseorang itu dalam melakukan amal ibadat kerana ingin menunjukkan kewarakannya kepada orang lain. ‬2-Pengabaian aspek kebersihan diri bagi orang alim yang riak dalam melakukan amal ibadat.‬·        3-‪Sikap mementingkan aspek keduniaan tetapi disembunyikan disebalik amal ibadat.‬·        ‪ 4-Ketinggian ilmu yang disalahgunakan untuk memperdayakan masyarakat.‬        ‪

  8. ‪5- Kepercayaan terhadap kewarakan seseorang yang ditonjolkan melalui cara berpakaian.‬ 6-‪Kemurkaan Allah terhadap semua perbuatan baik yang dlakukan oleh manusia.‬

  9. NILAI:   ‪ 1- Kejujuran‬       Contoh: Sifat jujur amat penting dalam setiap perbuatan agar tidak dimurkai oleh  Tuhan·        ‪ 2-Kebersihan fizikal ‬Contoh: Mementingkan aspek kebersihan diri walaupun sibuk beramal  ibadat·        3-‪Kerajinan  Contoh: Rajin dalam menyampaikan ceramah atau berucap di majlis  keraian

  10. ‪4-Kesederhanaan‬  Contoh: Bersikap sederhana terutama dalam hal-hal yang berkaitan  keduniaan·         ‪ 5-Bertanggungjawab‬       Contoh: Bertanggungjawab menyampaikan dakwah secara telus tanpa ada niat yang bertentangan.

  11. PENGAJARAN:       ‪ 1-Kita hendaklah bersikap jujur dalam melakukan sebarang perkara atau tugas.‬ 2-‪Kita mestilah mengutamakan kebersihan diri kerana kebersihan sebahagian daripada iman‬·        ‪ 3-Kita hendaklah merendah diri dalam setiap amalan kerana sikap sebegini merupakan sifat terpuji.‬·       4-Kita haruslah bersama-sama memikul tanggungjawab menerokai ilmu agama untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat‬

  12. GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI      ‪ 1-Pemilihan kata (diksi) yang indah‬      Contoh: Terkadang bercakap ilmunya mantik;  Bicara alhayat konon diselidik·         ‪ 2-Bahasa Arab:‬       Contoh: jazbah;kasad;wali·      

  13. 3-‪Simile:‬Perbandingan      Contoh: Terkadang jazbah seperti gila·   * Jazbah: Keadaan diri yang sedar bahawa Allah mendahului segala-galanya apabila melihat sesuatu       ‪ 4-Asonansi:‬ Pengulangan Vokal   Contoh: Tasbih ditangan beruitan (pengulangan bunyi vokal i) 5-‪Aliterasi‬ : Pengulangan Konsonan  Contoh: Kemudian dinyatakan makna  (pengulangan bunyi konsonan

  14. LATIHAN PEMAHAMAN KOMSAS 1- Apakah yang dimaksudkan dengan kasadnya hendak jadi kepala dalam syair di atas? (2 markah) 2- Berikan tiga perwatakan orang riak seperti yang digambarkan dalam syair di atas. (3 markah) 3- Jelas pandangan anda, mengapakan setiap agama melarang manusia bersikap riak. (4 markah)

More Related