1 / 11

UJIAN LISAN BAHASA MELAYU

UJIAN LISAN BAHASA MELAYU. Nama : Chan Shi Ern Kelas : 5 Sains 1 Tajuk : Albino. Apakah itu albinisme?. Albinisme adalah sejenis penyakit keturunan. Organisme yang mengalami albinisme mempunyai sedikit atau tiada pigmen melanin dalam mata, kulit dan rambut.

hal
Télécharger la présentation

UJIAN LISAN BAHASA MELAYU

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. UJIAN LISAN BAHASA MELAYU • Nama : Chan Shi Ern • Kelas : 5 Sains 1 • Tajuk : Albino

  2. Apakah itu albinisme? • Albinisme adalah sejenis penyakit keturunan. • Organisme yang mengalami albinisme mempunyai sedikit atau tiada pigmen melanin dalam mata, kulit dan rambut. • Kebanyakan kanak-kanak albino mempunyai ibu bapa yang mempunyai mata dan rambut yang berwarna biasa. • Ramai orang yang menganggap bahawa albino mempunyai mata berwarna merah tetapi kebalaran mempunyai pelbagai jenis dan kuantiti pigmen di mata adalah berbeza-beza. • Walaupun sesetengah individu albino mempunyai mata berwarna kemerahan atau ungu, kebanyakannya mempunyai mata biru. • Walau bagaimanapun, semua jenis albinisme dikaitkan dengan masalah penglihatan.

  3. Manusia albino sering mempunyai masalah penglihatan(tidak boleh dibetulkan dengan pemakaian cermin mata) dan kebanyakannya mempunyai keupayaan penglihatan yang rendah. • Masalah penglihatan dalam kalangan albino adalah disebabkan oleh corak penyambungan saraf di antara mata dengan otak yang tidak normal. • Kewujudan masalah penglihatan akan menentukan diagnosis albinisme. • Oleh itu, ujian utama bagi albinisme ialah pemeriksaan mata.

  4. Walaupun kebanyakan golongan albino adalah berkulit cerah, warna rambut dan kulit bukanlah diagnostik bagi albinisme. • Kekurangan pigmen menyebabkan kulit golongan albino sensitif terhadap sinaran matahari. Mereka perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kecederaan pada kulit dengan memakai topi, pakaian berlengan panjang dan sebagainya.

  5. Tanda-tanda albinisme • Ketiadaan pigmen pada rambut, kulit atau iris mata. • Ketiadaan pigmen pada tompokan kulit. • Warna kulit dan rambut yang lebih putih daripada biasa. • Pergerakan mata yang cepat (nistagmus). • Kedua-dua mata tidak boleh menumpu pada satu titik yang sama atau bergerak bersama (strabismus) • Mempunyai tahap rabun jauh atau rabun dekat yang ekstrem. • Keadaan mengelakkan cahaya kerana berasa kurang selesa (fotofobia) • Mempunyai astigmatisme (imej objek yang dekat dan jauh kelihatan kabur)

  6. Masalah yang dihadapi oleh manusia albino • Risiko untuk menghidapi kanser kulit adalah tinggi. Pendedahan sinaran matahari untuk jangka masa yang lama akan menyebabkan kulit menjadi kasar dan tebal (pachydermia). • Kanak-kanak albino sering diejek atau disoal tentang rupa dan alat bantu pandang mereka. • Manusia albino biasanya kelihatan amat berbeza daripada anggota keluarga atau kumpulan etnik mereka dan akibatnya mudah berasa atau dilayan seperti orang luar. • Mitos-mitos lama telah mengaitkan orang albino dengan kuasa ghaib atau personaliti yang pelik. Filem-filem moden juga sering mengaitkan ‘albino’ dengan watak antagonis.

  7. Masalah yang dialami oleh haiwan albino • Albino lebih mudah ditangkap oleh pemangsa kerana mereka lebih mudah dilihat. Mereka tidak mempunyai pelindung warna yang membenarkan mereka untuk bersembunyi. Haiwan albino akan mudah diperhatikan di hutan, lapangan atau tasik.

  8. Sekiranya pemangsa adalah seeker albino, mangsanya akan menyedari kehadiran pemangsa albino dan mangsa tersebut akan lari sebelum ditangkap. Pemangsa albino sering kekurangan nutrisi dan mati kelaparan. • Dalam kebanyakan spesies haiwan, albino kelihatan pelik dan kerap diasingkan oleh haiwan lain yang sama spesies. Haiwan albino juga sukar mencari pasangan untuk membiak. Biasanya, warna haiwan jantan adalah lebih menarik daripada haiwan betina dan haiwan jantan menggunakan warnanya untuk menarik perhatian haiwan betina. Disebabkan kekurangan variasi warna, haiwan albino tidak dapat bersaing dengan haiwan biasa.

  9. Rawatan bagi albinisme • Oleh sebab albinisme ialah sejenis penyakit genetik, rawatan bagi albinisme ialah terhad. • Manusia albino boleh memakai kanta yang khas. Ini akan memberi bantuan dalam penglihatan. • Doktor juga akan mengadakan penilaian tahunan pada kulit pesakit albino untuk memeriksa kewujudan kanser kulit atau luka yang akan menyebabkan kanser kulit. • Golongan albino juga harus meneruskan pemeriksaan mata dan kulit sepanjang hayat mereka.

  10. TAMAT TAMAT TAMAT

More Related