1 / 54

SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM

SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM. ZAMAN UMAYYAH 661 – 680 M. (DAMASKUS – SYRIA) Hak Cipta: Ustaz Ismail Haron. TOPIK-TOPIK UTAMA. SEJARAH DINASTI UMAYYAH SISTEM PENDIDIKAN ULAMA DAN GURU KURRIKULUM PERKEMBANGAN INTELEKTUAL. A) SEJARAH DINASTI UMAYYAH.

Télécharger la présentation

SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM ZAMAN UMAYYAH 661 – 680 M. (DAMASKUS – SYRIA) Hak Cipta: Ustaz Ismail Haron

  2. TOPIK-TOPIK UTAMA SEJARAH DINASTI UMAYYAH SISTEM PENDIDIKAN ULAMA DAN GURU KURRIKULUM PERKEMBANGAN INTELEKTUAL

  3. A) SEJARAH DINASTI UMAYYAH ‘Umayyah’ diambil sempena ketua keluarga Umayyah bin Abd Syams bin Abd Manaf bin Qusaiy bin Kilab daripada keturunan Quraisy (sepupu Hasyim bin Abd Manaf sebelah bapanya). Bani Umayyah berasa cemburu dengan kedudukan Bani Hasyim yang tinggi dan berpengaruh pada masa itu. Perbalahan di antara mereka adalah punca bagi terbentuknya dinasti Umayyah dan dinasti Abbasiyah kemudiannya.

  4. DINASTI BANI UMAYYAH a) Keluarga Abu Sufyanb) Keluarga Marwan i- Muawiyah b AbiSufyan (41-60H) i) Marwan I bin Hakam ii- Yazid b Muawiyah (60-64H) (64-65 H) ~ Hisham B iii- Muawiyah b Yazid (64H) Abdul Malik (105-125H) ii) Al-Walid II b Yazid, Yazid III B al-Walid, Ibrahim b al-Walid, Marwan b Muhammad (127-132H)

  5. PELANTIKAN MUAWIYAH SEBAGAI KHALIFAH Muawiyah seorang ahli politik yang pintar. Seluruh umat Islam kecuali Khawarij dapat disatukan di bawah pimpinannya. Hasan ibn Ali turut membaiah Muawiyah.

  6. DASAR PEMERINTAHAN MUAWIYAH • Mengubah sistem pemilihan khalifah kepada sistem monarki • Memindahkan pusat pemerintahan Islam dari Hijjaz ke Damsyik. • Pasukan tentera diberi gaji tetap. • Meniru sistem pentadbiran Byzantine. • Memperbesarkan angkatan tentera laut Islam • Menubuhkan pejabat pendaftaran, pejabat pos dan jabatan perisikan

  7. SIKAP MUAWIYAH TERHADAP ILMU • Diriwayatkan bahawa selesai saja Muawiyah menjalankan tugas rasmi, beliau menghabiskan sepertiga malam dengan mempelajari cerita-cerita bangsa Arab dan peperangan yang terjadi antara mereka, cerita-cerita bangsa asing serta politik pemerintahannya…

  8. SIKAP MUAWIYAH TERHADAP ILMU …kemudian baru dia tidur sepertiga malam. Tetapi dia bangun lagi melihat kitab-kitab tentang biografi raja-raja serta cerita-cerita perang. Semua ini dibacakan oleh seorang pencerita rasmi. Akhirnya, bercerita itu termasuk sebagai pekerjaan rasmi, di mana ada beberapa orang yang diangkat menjadi pencerita oleh pemerintah dengan mendapat gaji.

  9. PEMERINTAHAN ABDUL MALIK IBN MARWAN • Sebelum menjadi khalifah, Abdul Malik dianggap sebagai salah seorang daripada empat orang ulama Fiqh di Madinah, yang terdiri dari Said Ibn Musayyab, Urwah ibn Zubair, Qabisah ibn Suaib dan beliau sendiri. Disebabkan urusan pemerintahan yang sangat mendesak dan sebagainya, keunggulan beliau tidak dapat diteruskan sepenuhnya.

  10. KHALIFAH UMAR IBN ABDUL AZIZ • Melaksanakan suruhan dan ajaran Al-Quran serta Hadis dalam setiap bidang pentadbiran • Menghapuskan penyelewengan / kemungkaran • Mengadakan projek-projek kebajikan utk rakyat • Berusaha meluaskan ilmu & ajaran Islam • Berusaha menjalin hubungan yang baik dengan orang-orang bukan Islam

  11. KHALIFAH WALID IBN ABD MALIK • Adalah raja Arab pertama yang mendirikan hospital yang serba lengkap di Damascus. Beliau telah menggajikan pakar-pakar bukan Islam; bukan setakat merawat pesakit tetapi juga mengajar ilmu perubatan kepada pelajar Islam yang berminat. • Khalifah yang menggalakkan pendidikan dalam ilmu perubatan

  12. JABIR IBN HAYYAN “PROFESSOR”PERUBATAN ZAMAN UMAYYAH • Terkenal dalam perubatan dan kimia dan telah menghasilkan sebanyak 80 karya yang diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. Beliau juga telah mencipta teori peleburan logam.

  13. SISTEM PENDIDIKAN ZAMAN UMAYYAH • Masjid dan Kuttab sebagai pusat pendidikan utama • Halaqa – sistem pengajian tradisional • Istana khalifah sbg tempat rujukan dan perpustakaan • Pendidikan di istana khas bagi anak2 bangsawan

  14. SISTEM PENDIDIKAN ZAMAN UMAYYAH • Sistempenulisan Arab lebihsistematik • tanda-tandabunyi, fathah, dhommah & kasrahdiwujudkan • meletaktandatitikpadahuruf-huruf • membariskanAl-Quran, ditanwinkandantandashaddah • Ilmutatabahasa Arab (Nahu & Soraf) disusun • IlmuFalsafahmuladiajarpadazaman Umar Abdul Aziz

  15. STATUS ULAMA ZAMAN UMAYYAH • ULAMA PADA ZAMAN UMAYYAH MEMPUNYAI PENGARUH YANG SANGAT BESAR DI DALAM KEHIDUPAN SOSIAL DAN SIASAH UMAT ISLAM KETIKA ITU.

  16. ULAMA SEBAGAI PENDIDIK • DI MAKKAH, ABDULLAH IBN ABBAS MENGADAKAN PENGAJIAN TAFSIR PADA SETIAP HARI KHAMIS DI SISI KAABAH. • DI MASJID BASRAH, HASSAN AL-BASRI MEMBERI KULIAH DALAM PELBAGAI ILMU ISLAM.

  17. STATUS GURU ZAMAN UMAYYAH • Status Guru-guru berbeza: • Guru di kuttab kurang hebat daripada guru istana • Guru di istana kurang wibawa daripada guru masjid • Guru-guru istana dipanggil muaddib. Mereka bukan saja mengajar ilmu tetapi mendidik anak-anak khalifah • Guru-guru masjid terdiri daripada para ulama yang terkenal seperti: • Abdullah ibn Abbas dan Hasan al-Basri

  18. HAJJAJ IBN YUSUF THAQAFI SEBAGAI GURU • PANGLIMA BANI UMAYYAH INI, SEORANG YANG BENGIS DAN DITAKUTI OLEH SEMUA; SEBELUM MENJADI PANGLIMA ADALAH SEORANG GURU YANG MENGAJAR KANAK-KANAK DI TEMPAT UMUM (MUALLIM AS-SIBYAN)

  19. KUTTAB 3000 MURID • ABUL QASSIM AL-BULKHI – MEMILIKI SEBUAH KUTTAB YANG MEMPUNYAI SERAMAI 3000 MURID. • OLEH KERANA MURIDNYA TERLALU RAMAI, AL-BULKHI TELAH MENGGUNAKAN KELDAI MEMANTAU PENGAJIAN MURID-MURID DI KUTTABTNYA. • REF: (MU’JAM AL-ADDIBBA VOL:4, P.272)

  20. GELARAN PENDIDIK ISLAM ZAMAN UMAYYAH • Muallim – guru mengajar kanak-kanak • Muaddib –private tutor • Mudarris – guru mengajar madrasah • Ustaz – asal kata Parsi bermaksud professor • Syeikh – ulama veteran • Imam – status tertinggi / Professor yang dah capai maqam tertinggi

  21. KURRIKULUM ZAMAN UMAYYAH • AL-QURAN DAN HADIS MERUPAKAN PELAJARAN WAJIB • HAFALAN AL-QURAN SANGAT DIUTAMAKAN SEJAK DI KUTTAB (PERINGKAT KANAK-KANAK) • SASTERA ARAB JUGA MENDAPAT KEUTAMAAN

  22. MATA PELAJARAN YANG DIAJAR • Tauhid, fiqh, tafsir, hadis, sastera arab, sejarah, qiraat (ilmu membaca al-Quran) • Ilmu falsafah hanya diajar pada zaman Khalifah Abdul Aziz • Tatabahasa Arab (Nahu & Saraf) diajar secara ilmiah dan sistematik

  23. PERKEMBANGAN INTELEKTUAL UMAYYAH • Tulisan Al-Quran dikemaskini • Penulisan Hadith penuh semangat • Kemunculan Aliran Pemikiran Teologi • Kemunculan Aliran Fiqh

  24. TULISAN AL-QURAN • Menurut satu riwayat, ulama yang pertama yang memberikan baris dan titik pada huruf-huruf al-Quran adalah Hasan al-Basri atas perintah Abd al-Malik ibn Marwan. • Hasan al-Basri dibantu oleh Yahya ibn Ya’mura (murid Abu al-Aswad al-Duwali). • Dalam riwayat lain dikatakan bahwa yang pertama membuat baris dan titik pada huruf-huruf al-Quran adalah Abu al-Aswad al-Duwali

  25. PENULISAN HADITS • Umar ibn Abdul Aziz adalah khalifah yang mempelopori penulisan (tadwin) hadits. Beliau memerintahkan kepada Abu Bakar ibn Muhammad ibn Amr ibn Hazm (120H), gabenor Madinah, untuk menulis hadits yang ada dalam hafalan-hafalan penghafal hadits, • Dalam sejarah tercatat bahwa ulama yang pertama yang membukukan hadits adalah Imam al-Zuhri.

  26. ALIRAN TEOLOGI • KHAWARIJ • SYIAH • MURJI’AH

  27. ALIRAN FIQH • Madrasah ar-Ra’yi • Madrasah al-Hadits • Thaha Jabir Fayadl al-Ulwani, dalam kitabnya Adab al-Ikhtilaf fi al-Islam menjelaskan bahwa mazhab fiqh Islam yang muncul setelah sahabat dan kibar tabiin berjumlah 13 aliran pada zaman dinasti Umayyah.

  28. FAKTOR-FAKTOR KEJATUHAN UMAYYAH • Sikap dan tingkahlaku khalifah • Kezaliman pemerintah • Perselisihan antara orang-orang Arab Utara dan Arab Selatan • Kemunculan gerakan Hashimiyah yang teratur dan tersusun rapi

  29. KETURUNAN GOLONGAN ABBASIYAH • Pemerintahan Abbasiyah adalah berketurunan daripada al-Abbas, bapa saudara Nabi s.a.w. • Pengasas kerajaan keturunan al-Abbas ialah Abdullah as-Saffah ibn Muhammad ibn Ali ibn Abdullah ibn al-Abbas.

  30. ZAMAN PEMERINTAHAN ABBASIYAH • Pemerintahan Abbasiyah bermula dari tahun 132H hingga tahun 656H. Tempohnya ialah selama 524 tahun. Pada tahun 656H, kaum Tatar melanggar dunia Islam, membunuh khalifah Abbasiyah serta ramai kaum keluarnya dan dengan demikian, berakhirlah zaman pemerintahn Abbasiyah.

  31. PROF. AHMAD SHALABY MEMBAGIKAN PERIOD ZAMAN ABBASIYAH KEPADA TIGA: Period Pertama (132H – 232H) • Kekuasaan pada period ini berada di tangan para khalifah. Period Kedua (232H-590H) • Kekuasaan hilang dari tangan para khalifah. Period Ketiga (590H-656H) • Kekuasaan kembali semula ke tangan para Khalifah, tetapi hanya di Baghdad dan kawasan-kawasan sekitarnya sahaja.

  32. PERIOD PERTAMA (132H – 232H) • Pada period ini, kekuasaan berada di tangan para khalifah di seluruh kerajaan Islam kecuali di Andalusia. Para Khalifah di zaman tersebut merupakan pahlawan-pahlawan yang memimpin angkatan tentera dan terlibat di dalam peperangan. • Kebanyakan mereka memiliki ilmu-ilmu Islam, cintakan ilmu pengetahuan dan dapat menyampaikan pidato yang berapi-api.

  33. PERIOD KEDUA (232H – 590H) Pada period ini kekuasaan politik berpindah dari tangan para khalifah kepada golongan berikut: • Kaum Turki (232H – 334H) kecuali semasa timbul kesedaran di tangan beberapa khalifah. • Golongan Bani Buwaih (334H – 447H). • Golongan Bani Seljuk (447H – 590H).

  34. PERIOD KETIGA (590 – 656H) • Apabila sultan-sultan Bani Seljuk menjadi lemah, urusan pentadbiran diuruskan oleh sekumpulan yang ramai, di antaranya dikenali dengan gelaran SYAH . • Setiap pemerintahan itu menguasai daerah masing-masing di dalam sempadan kerajaan Bani Seljuk. • Hulagu, memimpin kaum Tatar menyerang dan menakluk dunia Islam serta memusnahkan kota Baghdad, membunuh Khalifah dan menamatkan pemerintahan Abbasiyah pada tahun 656H.

  35. ANTARA KHALIFAH ABBASIYAH YANG TERSOHOR • Abu Abbas as-Saffah 132H. • Abu Ja’far al-Mansur 136H. • Al-Mahdi ibn al-Mansur 158H. • Harun ar-Rashid 170H. • Al-Amin 193H. • Al-Ma’mun 198H.

  36. PENDIDIKAN ZAMAN ABBASIYAH • Pada zaman Harun ar-Rashid dan al-Ma’mun, Baghdad menjadi terkenal dalam budaya ilmu pengetahuan. • Di Baghdad, terdiri Bait al-Hikmah, pusat pengajian dan terjemahan pada zaman Harun ar-Rashid. • Di Kaherah, terdiri Dar Hikmah. • Di Syria - Madrasah Nuriyah al-Kubra. • Pada tahun 459H, sebuah institusi pendidikan tinggi di Naisabur iaitu Madrasah Nizamiyah.

  37. INSTITUSI-INSTITUSI AWAL PENDIDIKAN ISLAM (1) RUMAH PERSENDIRIAN • Ahli sejarah banyak merekodkan bahawa Ibn Sina telah menjadikan rumahnya sebagai pusat pendidikan intelektual Islam. • Demikian juga rumah para ulama dan intelektual Islam lain, turut berfungsi sebagai institusi pendidikan sejak awal kebangkitan Islam.

  38. (2) MASJID SEBAGAI PUSAT ILMU • Menurut Munir Al-Din, terdapat 57 buah masjid di Baghdad pada era awal Abbasiyah. Manakala pada abad ke 9 terdapat 30 000 masjid di Baghdad, sebahagiannya menjadi pusat pengajian dan madrasah. • Masjid Basrah – bukan setakat ada halaqah pengajian ilmu-ilmu wahyu, tetapi juga pengajian dan perdebatan ilmu kalam, falsafah dan kesusasteraan Arab.

  39. Tokoh terkemuka yang memarakkan kegiatan ilmiah di Masjid Basrah ialah Hasan al-Basri (21H – 110H). • Daripada halaqah ilmu yang dipimpin oleh beliau, muncul aliran rasionalisma Mu’tazilah yang diasaskan oleh muridnya Wasil ibn Ata’ yang menimbulkan polemik-polemik teologi dengan pendekatan rasional.

  40. (3) KUTTAB • Di dalam Lisanul Arab, Kuttab ialah tempat memberi pelajaran menulis. Maka itu, kuttab atau kata jamaknya katatib ialah salah satu pusat pendidikan permulaan untuk kanak-kanak. • Al-Jahiz, di dalam kitabnya “Al-Bayan wa al-Tibyan” juga menggunakan istilah kuttab.

  41. Pada era awal Abbasiyah, kuttab didirikan di seluruh wilayah Islam. • Struktur dan metod pengajaran di kuttab banyak dipengaruhi oleh sekolah-sekolah rendah Byzantium dan Parsi, akan tetapi kurikulumnya bercorak Islam dan Arab tulen. • Peranan utama kuttab pada era Abbasiyah ialah menyatupadukan seluruh masyarakat majmuk Neo-Muslim Abbasiyah ke dalam kepercayaan dan cara hidup Islam.

  42. INSTITUSI PENDIDIKAN TIDAK RASMI • Istana Khalifah, Wazir atau Gabenor • Majlis Munazarah • Kedai Buku • Pasar • Balai Cerap • Hospital • Perpustakaan

  43. BAYT AL-HIKMAH Siapakah Pengasas Bayt Al-Hikmah? A) Abu Jaafar Al-Mansur (136-158H) B) Harun Al-Rasyid (170-194H) C) Al- Ma’mun (198-218)

  44. BAYT AL-HIKMAH (I) • Bayt Al-Hikmah merupakan akademi atau institusi penyelidikan, perpustakaan dan pusat pengajian yang dimajukan, diperkembangkan dan dikemaskinikan oleh Khalifah Al-Ma’mun. • Pada asalnya ia merupakan perpustakaan diraja atau istana Abbasiyah yang bertukar dan meningkat status serta fungsinya menjadi kolej dan pusat penyelidikan.

  45. BAYT AL-HIKMAH (II) • Majority sarjana – Khalil Totah, Ahmad Syalabi, Nicholson – berpendapat bahwa Bayt Al-Hikmah di Baghdad sebagai bukan hanya universiti pertama di dunia Islam pada abad pertengahan, bahkan ianya juga merupakan universiti pertama di dunia.

  46. GERAKAN PENTERJEMAHAN • Era awal Abbasiyah dari Al-Mansur hingga Al-Wathiq dikatakan sebagai era kegiatan penterjemahan dan pemindahan budaya asing ke dalam budaya ilmu Islam. • Ini adalah kesan daripada pertembungan di antara tamadun Islam dengan tamadun-tamadun asing, terutama melalui perluasan wilayah Islam yang meliputi wilayah-wilayah yang dahulunya di bawah Empayar Romawi, Roman, Parsi, India dan lain-lain.

  47. GERAKAN PENTERJEMAHAN (II) • Menurut Hassan Langgulung – era Umayyah – terbatas kepada kedoktoran, astronomi, pentadbiran dan arkitek. • Menurut Abd Halim Mahmud – era Al-Mansur hingga Al-Rashid – perubatan, astronomi, fizik dan kejuruteraan. • Karya-karya falsafah, metafizika dan logika hanya mula diterjemahkan pada era Al-Ma’mun. Lebih-lebih lagi munculnya aliran rasionalisma Mu’tazilah pada akhir abad pertama Hijrah.

  48. KURIKULUMZAMAN ABBASIYAH • Kurikulum pendidikan zaman Abbasiyah bukan hanya berkisar kepada pelajaran membaca, menulis, hafalan Al-Quran dan al-Hadits, dan sastera Arab tetapi juga meliputi ilmu matematik, fizik, kimia, astronomi, mantik, falsafah, kesusasteraan, muzik dan seni bina.

  49. MADRASAH NIZAMIYAH • Berpendapat madrasah Nizamiyah, pada pertengahan akhir abad ke 5H / 11M yang didirikan oleh al-Hasan ibn Ishaq Al-Tusi atau Nizam al-Mulk (485H/1092M), Perdana Menteri Seljuk – merupakan julung-julung kalinya suatu sistem pendidikan yang tersusun rapi dan menjadi petanda tercapainya tahap kematangan dalam institusi pengajian tinggi di dunia Islam.

  50. NIZAM AL—MULKPENAUNG ILMU DAN PENDIRI SISTEM MADRASAH • Kedudukan sebagai Perdana Menteri kepada dua pemerintah Seljuk, Alp Arsalan (1072M) dan puteranya Malik Syah (1092M) membolehkan beliau menumpukan usaha pembangunan dan perkembangan kegiatan keilmuan. • Menurut Makdisi, Nizam al-Mulk lebih menonjol peranannya sebagai pendiri Madrasah. Madrasah yang terawal di Baghdad didirikan pada tahun 457H/1065M.

More Related