1 / 34

BAB 9: PERKEMBANGAN DI EROPAH

BAB 9: PERKEMBANGAN DI EROPAH. Ciri –ciri utama zaman Gelap di Eropah Pentadbiran pusat yang lemah Kelembapan dalam ilmu pengetahuan Kegiatan ekonomi yang terhad Sifat gereja yang mengongkong. Persamaan feudalisme di Eropah dengan ciri-ciri sistem feudal masyarakat Melayu tradisional

hewitt
Télécharger la présentation

BAB 9: PERKEMBANGAN DI EROPAH

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. BAB 9: PERKEMBANGAN DI EROPAH Ciri –ciri utama zaman Gelap di Eropah Pentadbiran pusat yang lemah Kelembapan dalam ilmu pengetahuan Kegiatan ekonomi yang terhad Sifat gereja yang mengongkong

  2. Persamaan feudalisme di Eropah dengan ciri-ciri sistem feudal masyarakat Melayu tradisional • Raja menjadi penaung utama dalam negara • Raja memiliki tanah secara mutlak • Raja menaungi pembesar • Pembesar memberi khidmat kepada raja • Rakyat memberi khidmat kepada tuan tanah • Terdapat golongan hamba

  3. Kedudukan gereja dalam masyarakat Eropah pada zaman Gelap • Gereja amat berkuasa • Gereja memiliki hartanah yang banyak • Kegiatan gereja berfokuskan amalan agama dan pembelajaran ilmu keakhiratan sahaja • Gereja mengongkong kehidupan masyarakat

  4. Sebab –sebab kegiatan perdagangan di Eropah tidak begitu meluas pada zaman Gelap • Gangguan orang gasar • Kawasan mediterranean dikuasai oleh pedagang islam • Masyarakat Eropah menumpukan pada kegiatan pertanian • Perdagangan terhad kepada perniagaan barangan pertanian • Penggunaan matawang yang terhad • Masih menggunakan sistem barter

  5. Ciri –ciri politik di Eropah pada zaman Gelap • Pentadbiran – tiada pentadbiran pusat yang berkesan • Feudal – wujudnya sistem feudal di Eropah • Baron – kemunculan golongan baron • Petani – petani mencari perlindungan daripada tuan tanah • Cukai – petani terpaksa membayar cukai yang tinggi kepada tuan tanah • Hamba – petani terpaksa menjadi hamba kerana tidak mampu membayar cukai • Naungan – tuan tanah mendapat naungan dan perlindungan daripada raja • Khidmat tuan tanah memberi khidmat dan membayar cukai kepada raja

  6. Perubahan – perubahan yang berlaku pada zaman Peralihan dari zaman Gelap kepada zaman Renaissance • Uniersal – gereja berperanan sebagai institusi yang universal • Agen – gereja menjadi agen penyatuan • Pertanian – berlaku peningkatan aktiviti pertanian • Penduduk – berlaku pertambahan penduduk • Perdagangan – wujudnya kegiatan perdagangan • Bandar – kemunculan bandar- bandar • Pertengahan – munculnya golongan pertengahan • Politik – rakyat terlibat dalam urusan politik

  7. Maksud zaman Renaissance • Kelahiran semula • Penghargaan semula ilmu yang telah dihasilkan oleh cendekiawan dalam tamadun Yunani dan Rom

  8. Sebab Renaissance tercetus di Itali • Kemunculan bandar- bandar pelabuhan yang menjadi pusat perdangangan antarabangsa • Pertembungan budaya,agama,dan bahasa di bandar-bandar utamanya • Itali menjadi pusat perkembagan idea baru • Pedagang menggunakan kekayaan untuk mengindahkan bandar • Pedagang kaya menjadi penaung (patron) kepada cendekiawan • Persaingan antara bandar-bandar untuk mendapatkan tokoh cendekiawan • Cendekiawan yang sentiasa berkunjung dari bandar ke bandar membantu menyebarkan idea Renaissance • Penguasa gereja di Rom turut menjadi penaung kepada seniman dan cendekiawan

  9. Tokoh Renaissance yang muncul di Itali • Francesco Petrarch • Niccolo Machiavelli • Giovanni Bocaccio • Galilieo Galilei • Leonardo Da Vinci • Raphael • Michelangelo

  10. Faktor-faktor yang menyebabkan tercetusnya Renaissance • Humanisme – kemunculan aliran pemikiran humanisme/manusia berfikir untuk menyelesaikan permasalahan mereka • Tokoh – kemunculan tokoh-tokoh aliran humanisme seperti Francisco Petrarch, Niccolo Machiavelli, Giovanni Bocaccio • Pertembungan – pertembungan budaya, bahasa, dan agama di bandar-bandar pelabuhan di Itali • Patron – kemunculan pedagang kaya yang menjadi penaung kepada kegiatan cendekiawan • Kunjung – kunjungan tokoh-tokoh renaissance dari satu bandar ke bandar lain membantu penyebaran renaissance • Paus – paus di Rom turut menjadi penaung kepada seniman dan cendekiawan • Individu – perkembangan semangat individualisme dikalangan cendekiawan • Kemahiran – semangat membina kemahiran dalam semua aspek intelektual

  11. Sebab pihak gereja tidak berminat menaungi kegitatan ahli sains dan matematik pada zaman Renaissance • Khuatir ahli sains dan matematik mencabar pemikiran Gereja • Perbezaan pemikiran dalam menerangkan sesuatu fenomena alam • Konflik/ perselisihan pendapat dalam menyelesaikan permasalahan

  12. Kesan – kesan yang wujud hasil daripada zaman Renaissance • Monarki – kemunculan monarki baru • Cukai – pembayaran cukai secara lansung kepada kerajaan pusat • Gereja – kuasa gereja dan golongan bangsawan semakin berkurangan • Sara – kegiatan ekonomi sara diri kian pupus • Perdagangan – sistem perdagangan semakin berkembang • Jelajah – berlakunya kegiatan penjelajahan dan penerokaan • Ilmu – merintis jalan ke arah perkembangan dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan • Seniman – munculnya seniman dalam masyarakat • Sikap – berlaku perubahan sikap masyarakat terhadap pendidikan yang menekankan pemikiran logik dan saintifik • Yakin – melahirkan budaya yang mengutamakan keyakinan diri • Berani – menyuburkan sikap berani meneroka perkara baru

  13. Maksud Gerakan Reformation • Berasal daripada perkataan ‘reform’ • Bermaksud melaksanakan perubahan atau pembaharuan terhadap sesuatu untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik atau yang baru • Mempunyai kaitan dengan agama kristian

  14. Faktor yang mendorong berlakunya Gerakan Reformation di Eropah • Kritikan terhadap kedudukan dan amalan gereja katolik • Unsur penyelewengan pihak gereja • Penciptaan mesin cetak mempercepatakan penyebaran idea reformation • Kemunculan Martin Luther yang mempelopori gerakan • Penyebaran mazhab protestant ke seluruh Eropah oleh Heldreich Zwingli dan John Calvin

  15. Idea – idea reformasi yang dicetuskan oleh Martin Luther • Menentang amalan indulgences • Dalam amalan pengibadatan,manusia harus bergantung kepada kekuatan rohani • Mencabar kedudukan gereja roman katolik • Mencabar kewibawaan paderi

  16. Kepincangan institusi gereja yang mendorong berlakunya gerakan reformation di Eropah Barat pada kurun ke-16 • Pihak gereja lebih mementingkan usaha pembangunan keduniaan • Rasuah dan penyelewengan berlaku di kalangan pihak gereja • Cara hidup penguasa gereja tidak selari dengan kitab Bible • Penguasa gereja mengamalkan gaya hidup golonagn bangsawan • Gaya hidup mereka tidak mencerminkan kehidupan keagamaan • Penjualan sijil indulgences

  17. Huraian tentang perkembangan mazhab protestant melalui gerakan reformation di Eropah • Kritik – timbul kritikan terhadap kedudukan gereja katolik yang lebih menumpukan kepada pembangunan keduniaan • Gaya – gaya hidup pihak penguasa gereja tidak selari dengan apa yang dianjurkan dalam kitab Bible • Indulgences – menentang penyelewengan pihak gereja yang menjual sijil indulgences • Cetak – penciptaan mesin cetak mempercepatkan penyebaran idea reformasi • Luther – kemunculan Martin Luther yang mempelopori gerakan mazhab protestant iaitu Lutherian • Sebar – penyebaran mazhab Protestant ke seluruh Eropah diteruskan oleh Heldreich Zwingli dan John Calvin • Counter – golongan yang mempertahankan gereja menentang gerakan reformasi melalui counter reformation (menentang sesuatu yang baru) • Mazhab – wujud dua mazhab dalam agama kristian iaitu katolik dan protestant

  18. Kesan zaman reformation terhadap Eropah • Mazhab – negara Eropah berpecah mengikut mazhab masing-masing • Peperangan – perbalahan agama mengakibatkan peperangan dan kemusnahan • Banyak – masyarakat Eropah dikuasai banyak mazhab • Pendidikan – timbulnya sikap toleransi antara pelbagai mazhab untuk mempergiatkan pendidikan • Sebar – setiap mazhab berusaha menyebarkan fahaman masing-masing • Cabar – kuasa gereja telah dicabar secara terbuka • Kuasa – kuasa gereja terhadap kerajaan semakin berkurangan • Monarki – monarki baru membebaskan diri daripada penguasaan paus di Rom

  19. Faktor-faktor yang mendorong kegiatan penerokaan dan penjelajahan orang Eropah ke timur • Renaissance – kejayaan dalam bidang sains teknologi zaman Renaissance • Istanbul – penguasaan Istanbul oleh orang Islam menyebabkan orang Eropah sukar mendapat barang dagangan • Barangan – orang Eropah ingin mendapatkan sendiri barangan dari Timur • Rempah – perdagangan rempah ratus dan sutera mendatangkan keuntungan yang besar kepada pedagang Eropah • Berani – masyarakat Eropah berani dan optimistik menghadapi cabaran • Sebar – gereja katolik memberi galakan supaya menyebarkan Kristian • Raja – raja sepanyol dan portugal/ monarki baru di England, Perancis dan Belanda memberi galakan kepada usaha penerokaan. • Persaingan-persaingan negara-negara Eropah mendapatkan tanah jajahan. • Tordisellas-perjanjian Tordisellas 1494 telah menetapkan pembahagian pengaruh antara Portugal dan Sepanyol. • Pelaut-kemunculan pelaut yang berkebolehan. • Slogan- Dorongan slogan “Gold, Gospel dan Glory”.

  20. Kesan-kesan penjajahan dan penerokaan terhadap masyarakat di luar Eropah • Politik • Perjanjian- Penguasa tempatan terpaksa membuat perjanjian dengan wakil suara Eropah. • Syarikat- Pemerintah tempatan mengiktiraf kekuatan kuasa eropah. • Iktiraf- Mengiktiraf penglibatan Eropah dalam perdagangan melalui syarikat berpiagam. • Ekonomi • Pembekal- Negara luar Eropah menjadi pembekal barang keperluan masyarakat Eropah. • Emporium- Pusat emporium dunia telah dikuasai oleh kuasa Eropah. • Bolot- Kekayaan negeri jajahan dibolot oleh kuasa Eropah. • Sosial • Gaya hidup- Masyarakat tempatan terpengaruh dengan gaya hidup Eropah. • Agama- Masyarakat peribumi menerima agama Kristian. • Masyarakat- Penghijrahan beramai-ramai orang Eropah mewujudkan sebuah masyarakat baru di wilayah yang ditakluki. • Tamadun- Tamadun tempatan telah dihapuskan oleh kuasa Eropah. • Buruh- Buruh tempatan dieksploitasi untuk kepentingan ekonomi Eropah. • Petempatan- Munculnya petempatan orang Eropah di negara yang ditakluki.

  21. Sistem pemilikan tanah di Britain sebelum Revolusi Pertanian • Tanah persendirian/ tanah yang dimiliki oleh orang kaya. • Tanah awam/ tanah milik orang perseorangan yang digunakan oleh orang awam untuk bercucuk tanam, memelihara ternakan dan berburu.

  22. Kesan-kesan daripada tindakan Parlimen British meluluskan Akta Pemagaran Tanah Awam pada tahun 1761 500000 ekar tanah awam telah dipagarkan. Terdapat kawasan yang luas umtuk penanaman secara besar-besaran. Terbentuknya ladang. Rakyat biasa kehilangan punca rezeki. Golongan petani menjadi buruh ladang. Petani berhijrah ke bandar menjadi buruh kilang.

  23. Maksud tanaman bergilir • Satu bidang tanah yang digunakan berterusan sepanjang tahun denagn menanam tanaman berbeza mengikut musim.

  24. Sumbangan Revolusi Pertanian terhadap pertumbuhan Revoluasi Perindustrian di britain • Menyediakan modal untuk kegiatan industri/ peladang kaya melabur modal dalam bidang perindustrian. • Menyediakan bahan makanan untuk menampung keperluan pekerja kilang. • Mengurangkan penggantungan kepada bahan makanan yang diimport. • Mengelakkan pengaliran keluar dana. • Dana yang diselamatkan dapat digunakan untuk perkembangan industri.

  25. Apakah yang dimaksudkan dengan Revolusi Perindustrian • Pengeluaran barang yang dihasilkan secara besar-besaran. • Pengeluaran barang melebihi paras keperluan pengusaha. • Dihasilkan dengan perantaraan mesin. • Hasil keluaran dikomersialkan.

  26. Faktor-faktor utama yang menyebabkan Revolusi Perindustrian berlaku di Britain • Sumbangan daripada Revolusi Pertanian. • Rekaan dalam bidang sains dan teknologi. • Semangat dan kegiatan keusahawanan • Penciptaan baru/ penggunaan mesin dalam bidang pengeluaran. • Pengkhususan pengeluaran. • Penggunaan teknologi berasaskan pembakaran arang batu.

  27. Sebab sebab berlaku pengkhususan dalam bidang pengeluaran industri • Mengawal kos pengeluaran • Meningkatkan kemahiran pekerja dan majikan • Meningkatkan kuliti dan kuantiti barang • Keperluan barang melebihi keperluan pengusaha • Membolehkan produk dipasarkan dengan meluas

  28. Kegiatan pembuatan menggantikan kegiatan pertanian • Bidang pembuatan menjadi bidang utama ekonomi Kesan Revolusi Perindustrian kepada ekonomi dan sosial di Britain • negara • Ramai rakyat Britain terlibat sebagai pekerja industri • Bidang peridustrian menjadi punca ekonomi masyarakat • Wujudnya golongan majikan dan buruh dalam masyarakat • Pengusaha /pemilik kilang menjadi tokoh utama dalam masyarakat

  29. Apakah Pergerakan Luddite • Gerakan pekerja di Britain membantah penggunaan mesin di kilang-kilang • Mahu mengekalkan khidmat pekerja mahir dengan menggunakan kaedah pengeluaran secara tradisional

  30. Sebab Parlimen British meluluskan Akta Anti –Penggabungan • Melarang pekerja bergabung dan bermuafakat • Melarang pekerja menuntut gaji dan layanan yang baik • Mengenakan hukuman kepada pekerja yang menubuhkan kesatuan

  31. Bentuk – bentuk penindasan terhadap pekerja dalam sektor perusahaan semasa Revolusi Perindustrian di Brtain • Tidak diberi layanan yang sewajarnya • Gaji yang rendah • Laranga menubuhkkan kesatuan sekerja • Akta yang ketat untuk mengawal pekerja • Penggunaan buruh kanak-kanak • Masa bekerja melebihi sepuluh jam • Penggunaan buruh kanak-kanak perempuan dan wanita dalam perusahaan arang batu

  32. Langkah – langkah yang diambil untuk membela nasib para pekerja semasa Revolusi Perindustrian di Britain • Meluluskan akta kilang 1833/melarang kanak-kanak di bawah umur sembilan tahun bekerja • Kanak-kanak di bawah umur sembilan tahun dikehendaki bersekolah • Had masa bekerja untuk kanak-kanak tidak melebihi sembilan jam • Majikan dikehendaki memastikan keselamatan pekerja kilang • Meluluskan akta lombong 1847/ menetapkan masa bekerja bagi pekerja wanita tidak melebihi sepuluh jam

  33. Faktor – faktor negara-negara Barat mewujudkan dasar imperialisme baru mereka di Asia • Ekonomi – mengubah ekonomi negara yang dijajah supaya secocok dengan keperluan perindustrian mereka • Bahan – mahu mendapatkan bahan mentah yang banyak dan berterusan • Struktur – menstrukturkan semula ekonomi negara yang dijajah supaya menghasilkan bahan mentah secara komersil • Sekat – hasil pengeluaran industri disekat daripada dieksport ke Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah kerana peraturan tarif • Pasaran – mendapatkan pasaran baru bagi mendapatkan tanah jajahan • Status – anggapan tanah jajahan yang luas sebagai simbol status • Tamadun – untuk menyebarkan pengaruh tamadun ke seberang laut • t/jawab – menganggap penyebaran tamadun tanggungjawab mereka • Sebar – menyebarkan kristian

  34. A)politik • Penasihat – pemerintah tempatan terpaksa menerima penasihat dan pentadbir dari Barat • Perundangan – undang-undang peribumi diubahsuaikan agar Kesan – kesan imperialisme Barat ke atas Asia Tenggara • menyerupai perundangan Barat • Persaingan – persaingan kuasa-kuasa Barat telah berlaku di Asia Tenggara • Campur – kuasa Inggeris telah campur tangan di Tanah Melayu,Burma,India, dan China • Pecah – kepulauan Melayu telah dipecah perintah • B)ekonomi • Ekonomi – kegiatan peribumi distrukturkan semula agar dapat memberi keuntungan kepada ekonomi negara penjajah • Komersil – kegiatan ekonomi telah dikomersilkan bagi memastikan bahan mentah dapat dibekalkan untuk industri • C)sosial • Pendidikan – sistem pendidikan Barat telah diperkenalkan • Bandar – pendidikan Barat tersebar di kawasan bandar sahaja • Buruh – kemasukan buruh asing membawa perubahan kepada demografi dan komposisi etnik • Tegang – ketegangan hubungan kaum semasa pemerintahan penjajah

More Related