1 / 16

Informan Bahasa Pengisah, orang yang memberi keterangan atau maklumat tentang sesuatu perkara.

Informan Bahasa Pengisah, orang yang memberi keterangan atau maklumat tentang sesuatu perkara. Orang yang menjadi fokus dalam masyarakat dan tahu sikap dan latar diri ahli masyarakatnya. Contoh: Ketua kampung, pegawai daerah, individu tertentu. Keperluan informan bahasa

imaran
Télécharger la présentation

Informan Bahasa Pengisah, orang yang memberi keterangan atau maklumat tentang sesuatu perkara.

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Informan Bahasa Pengisah, orang yang memberi keterangan atau maklumat tentang sesuatu perkara. Orang yang menjadi fokus dalam masyarakat dan tahu sikap dan latar diri ahli masyarakatnya. Contoh: Ketua kampung, pegawai daerah, individu tertentu. Keperluan informan bahasa Kerjasama cari sampel kajian, keterangan tentang latar belakang dan sejarah masyarakat setempat. Selepas kajian, perlu beri sedikit sagu hati mengikut keperluan orang tempatan. Jangan menghina, pandang rendah. Jalin hubungan yg selamat, hindari dpd membuat sebarang komen.

  2. Cara Merakam Data • Minta izin, terangkan tujuan rakaman, termasuk: • Diri perakam/penyelidik • Tempat rakaman dibuat • Tarikh rakaman dibuat • tajuk • Butir diri informan, iaitu nama,tarikh lahir (jika perlu), umur, pekerjaan, lama bermastautin.

  3. Korpus Linguistik Bahan linguistik, kumpulan ujaran tertulis atau lisan yang digunakan untuk menyokong atau menguji hipotesis tentang sesuatu struktur bahasa. Contoh korpus linguistik ujaran lisan: Tunduk kasih sayang kepada aku rawan kasihan Sedangkan lagi harimau garang beranak Berkat tanah seberang tunduk kasih sayang kepadaku Rawan kasihannya kepadaku Seperti engkau manusia tidak tunduk kasih sayangmu kepadaku Lagikan gajah tunggal berkaki tunggal Tanah seberang tunduk kasih sayang kepadaku Mustahil manusia tidak tunduk kasih sayang kepadaku……………………………………………………………

  4. Contoh Korpus linguistik kumpulan ujaran tertulis: Sha’er Bidasari (Dipetik daripada Drie Maleische Gedichten (Tiga Sha’er Melayu) oleh H.C. Klinkert, Leiden, 1886). Bismillahi itu permulaan kalam, Dengan nama Allah Khalikul ‘alam, Melimpahkan rahmat siang dan malam, Pada segala mu’min dan Islam. Dengarkan tuan suatu riwayat, Raja di-desa negeri Kembayat, Di-karangkan fakir jadi hikayat, Di-sejokkan dengan sha’er ibarat.

  5. Ada-lah raja sa-buah negeri, Sultan Angkasa, bijak bestari, Asal baginda raja yang bahari, Limpah adil pada dagang senteri. Berapa lama di-dalam kerajaan, Baginda dudok di-dalam kesukaan, Ada kapada suatu masa Melayang-lah unggas dari angkasa, Unggas geroda sangat perkasa, Baginda pun lari menanggong seksa. Geroda menyambar ka-dalam desa, Habis-lah negeri rosak binasa, Di-sambar geroda burong angkasa, kelam kabut, sabor termasa.

  6. Cara Mendapatkan Maklumat Kajian • Maklumat tentang budaya bendaan • saiz, ketinggian, warna, kegunaan • Maklumat tentang gerak-geri, contohnya yang berkaitan dengan istilah seni tari • 3. Maklumat sebutan atau lafaz • 4. Maklumat daripada cerita • 5. Maklumat daripada perbualan/temuduga • 6. Maklumat daripada soal selidik

  7. Persampelan Prinsip utama persampelan adalah memastikan kebolehan sampel mewakili populasi. Jenis persampelan yang paling asas ialah persampelan rawak mudah. Persampelan rawak mudah dijalankan dengan mencabut satu sampel daripada senarai nama individu.Senarai nama individu ini dipanggil Rangka Persampelan. Melalui proses rawak ini, setiap individu mempunyai peluang yang sama untuk dipilih dengan individu lain pada tiap-tiap cabutan. Bagi memilih satu sampel daripada suatu rangka persampelan, maka kita gunakan Jadual Nombor Rawak. Cara Mengambil Sampel dengan Menggunakan Jadual Nombor Rawak Katakan kita ada senarai nama 3000 pelajar dari sebuah universiti. Kita ingin mengambil satu sampel berjumlah 50 orang daripada senarai tersebut. Senarai nama telah diberikan nombor siri dari 1 hingga 3000. Nombor maksimum adalah 3000, iaitu empat angka. Maka kita gunakan empat turus angka sahaja. Kita boleh mula mengira daripada barisan atas, turus paling kiri (nombor 07018) dan turun ke bawah.

  8. Tajuk: Persampelan 1. Persampelan Strata Persampelan strata digunakan oleh penyelidik bagi menentukan sampel mengikut pecahan yang sama banyak. Misalnya pecahan 1/20 bersamaan 100/5 daripada sampel. Perhatikan contoh: KolejPopulasi 1 5,461 2 1,850 3 2,092 4 3,508 5 2,112 6 318 7 482 N= Kiraan menggunakan pecahan sampel, 1/20: KolejPopulasiSampel 1 5,461 2 1,850 3 2,092 4 3,508 5 2,112 6 318 7 482 N= n=

  9. 2. Persampelan Rawak Berlapis Populasi terdiri daripada lebih satu golongan, misalnya golongan lelaki dan golongan perempuan. Tiap-tiap golongan dikenali sebagai lapisan. Misalnya, dalam satu populasi, terdapat 58% (110org) perempuan dan 42% (80org) lelaki. Berapa jumlah sampel yang sah? Lapisan perempuan 110/100 =______ ____ X 58 =______ Lapisan lelaki 80/100 =______ ___X 42 =______ 3. Persampelan Kelompok Mengambil sampel daripada sekelompok unsur yang dikaji. Contoh: Seorang penyelidik ingin mengetahui pendapat staf sebuah fakulti tentang isu bahasa rojak. Staf dikelompokkan mengikut tingkat sesebuah blok dalam fakulti tersebut. Setiap tingkat dipanggil kelompok. Jika fakulti tersebut mempunyai 5 blok, dan setiap blok mempunyai 3 tingkat, maka dalam fakulti itu terdapat 15 kelompok. Kelompok-kelompok ini diberi nombor siri 1 hingga 15. Daripada senarai nombor siri, kelompok dipilih mengikut tatacara sampel rawak mudah. Saiz sampel yang sebenar tidak diketahui sehinggalah kelompok dipilih. Hal ini kerana kelompok lazimnya tidak mengandungi jumlah sampel yang sama, dan bergantung kepada kelompok-kelompok yang terpilih secara rawak.

  10. 4. Persampelan Sistematik Persampelan sistematik memerlukan rangka persampelan. Bagi mendapat sampel, pilih satu unit persampelan secara rawak daripada unsur pertama dalam rangka persampelan. Sebagai contoh, daripada senarai rangka persampelan 50 pelajar, kita memerlukan 30% sampel (15 pelajar). Kita mempunyai 3 pelajar bagi setiap unsur. Secara rawak, kita tentukan sampel yang pertama. Katakanlah pelajar 3. Sampel berikutnya ialah pelajar 6, dan seterusnya, sehingga sampel genap 15 pelajar.

  11. KANDUNGAN CADANGAN PENYELIDIKAN BAB I PENDAHULUAN Latar Belakang Kajian Pernyataan Masalah Objektif Kajian Kepentingan Kajian Skop Kajian Definisi Istilah/Operasional II SOROTAN KAJIAN Subtajuk A Subtajuk B Subtajuk C

  12. II SOROTAN KAJIAN Subtajuk A Subtajuk B Subtajuk C ………………… III METODOLOGI Rekabentuk Kajian Kerangka Teori Kerangka Konsepsi Kaedah Kajian Tempat Kajian Populasi dan Persampelan Pembolehubah Kajian Alat Kajian Tatacara Kajian Penganalisisan Data BIBLIOGRAFI LAMPIRAN *Jika Perlu

  13. Cara Menulis Bibliografi Format bibliografi yang dicadangkan di sini dipetik daripada American Psychological Association (APA) edisi ketiga tahun 1983. Format ini seringkali digunakan untuk sains sosial dan pendidikan. Perlu diingat bahawa format penulisan bibliografi seringkali mengalami perubahan tetapi asasnya adalah sama. Abdul Hamid Mahmood (1990). “Penguasaan Bahasa Malaysia Baku di Kalangan Pelajar-Pelajar” dlm. Jurnal Dewan Bahasa 34: 4, hlm. 243-252. Abdullah Hassan (1983). Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Bellugi, U., dan Klima, E. (1973). The Signs of Language. Cambridge, MA: Harvard University Press. Bialystok, E. dan Frohlich, M. (1977). “Aspects of Second Language Learning in Classroom Settings.” Kertas kerja rencana Bilingualism, no. 13. The Ontario Institute for Studies in Education. Brown, R. (1973). A First Language: The Early Stages. Cambridge, MA:Harvard University Press.

  14. Chomsky. N. (1965). Aspects of the Theory of Syntax. Cambridge, MA: MIT Press. Clark, H.H. dan Clark, E.V. (1977) Psychology and Language: An Introduction to Psycholinguistics. New York: Harcourt Brace Jovanovich. Dulay, H.C., dan Burt, M.K. (1974). “Natural Sequences in Child Second Language Acquisition” dlm. Language Learning 24:37-53. Dulay, H.C., Burt, M.K., dan Finochiaro, M. (1977). Remarks on Creativity in Language Acquisition. New York: Regents. Ellis, A., dan Beattie, G. (1987) The Psychology of Language and Communication. London: Weidenfeld & Nicolson. Farid M. Onn dan Ajid Che Kob (l981). Pengaruh Bahasa Daerah dalam Proses Pembelajaran Bahasa Malaysia di Kalangan Pelajar-pelajar Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

  15. Green, M, 1999. University of Calgary Research Policies and Procedures Handbook. http://www.ovpr.uga.edu/rpph/rph misn.html. Diakses pada 23 Februari 1999. Noor Aina Dani, 1996. Pemindahan bahasa di kalangan pelajar dwibahasa, Tesis Ph.D, Universiti Putra Malaysia, Malaysia.

  16. LAMPIRAN A Tajuk: Contoh Format Abstrak Abstrak kertas projek yang dikemukakan kepada Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi sebagai memenuhi keperluan untuk Ijazah Master Sastera ANALISIS AYAT MAJMUK PANCANGAN DALAM NOVEL EMPANGAN Oleh ABDULLAH BIN YUSOFF Februari 1999 Pengerusi: Noor Aina Dani, Ph.D. Fakulti: Bahasa Moden dan Komunikasi Ayat majmuk pancangan dalam novel-novel Melayu jarang dikaji oleh penyelidik bahasa kerana fokus kajian lebih mengutamakan gaya bahasa dan unsur-unsur sastera. Ayat majmuk pancangan yang terdapat dalam novel Empangan dianalisis oleh penyelidik dengan menerapkan kaedah analisis kandungan. Penggunaan ayat majmuk pancangan dalam novel Empangan sangat ketara, yang terdiri daripada pancangan relatif, pancangan komplemen, dan pancangan keterangan. Ayat majmuk pancangan komplemen lebih dominan digunakan oleh penulis novel ini berbanding ayat majmuk relatif. Di samping itu, penulis menggunakan ayat majmuk pancangan dengan intensif untuk menyampaikan mesejnya kepada pembaca.

More Related