1 / 49

PERINTAH AM BAB C : CUTI

PERINTAH AM BAB C : CUTI. TAFSIRAN CUTI. Tafsiran “Cuti”: “sebarang tempoh seseorang pegawai itu dibenarkan meninggalkan tugasnya dan peninggalan tugas itu tidak dikira sebagai putus perkhidmatan atau sebagai berhenti kerja” Perintah Am 1 (i) Bab C.

ivi
Télécharger la présentation

PERINTAH AM BAB C : CUTI

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. PERINTAH AM BAB C : CUTI

  2. TAFSIRAN CUTI Tafsiran “Cuti”: “sebarang tempoh seseorang pegawai itu dibenarkan meninggalkan tugasnya dan peninggalan tugas itu tidak dikira sebagai putus perkhidmatan atau sebagai berhenti kerja” Perintah Am 1 (i) Bab C

  3. JENIS-JENIS CUTIDALAM PERKHIDMATAN AWAM

  4. CUTI YANG DIBERIKERANA PERKHIDMATAN

  5. CUTI YANG DIBERIKERANA PERKHIDMATAN Tafsiran “Perkhidmatan Yang Melayakkan”: “perkhidmatan yang diambilkirabagimengira kelayakanmendapatcutiseseorangpegawai dan terdiri daripada masa-masa bertugas, cuti rehat dan cuti sakit tetapi tidak termasuk cuti separuhgaji, cutitanpagaji, cutihaji, cutitibi, kustadanbarahdancutibelajar” Perintah Am 1 (ix) Bab C

  6. CUTI YANG DIBERIKERANA PERKHIDMATAN PERKHIDMATAN YANG MELAYAKKAN PERKHIDMATAN YANG TIDAK MELAYAKKAN • Masa-masa bertugas • Cuti Rehat • Cuti Sakit • Cuti Separuh Gaji • Cuti Tanpa Gaji • Cuti Haji • Cuti Tibi, Kusta Dan Barah • Cuti Belajar

  7. CUTI REHAT Tafsiran “Cuti Rehat”: “cuti bergaji penuh yang diberi kerana perkhidmatan yang melayakkan dalam sesuatu tahun, dari bulan Januari hingga Disember” Perintah Am 1 (ii) Bab C

  8. CUTI REHAT i. Lantikansebelum 1 September 2005 (PP 4/2002)

  9. CUTI REHAT ii. Lantikanmulai 1 September 2005 hingga 31 Disember 2008(PP 20/2005)

  10. CUTI REHAT iii. Lantikan mulai 1 Januari 2009 (PP 14/2008) - termasukpegawaisedangberkhidmat yang bersetuju menerimaopsyenmelalui PP 14/2008

  11. Formula Pengiraan Kelayakan CR TempohPerkhidmatan Yang Melayakkan (PYM) X Kelayakan CR Tahunan 365 hari ContohPengiraanKelayakan JAN APRIL OGOS DISEMBER CSG selama 122 hari Kelayakan CR bagitahunini = 243 x 25 365 = 17 hari

  12. Syarat CR: 1. Berdasarkan Perkhidmatan Yang Melayakkan 2. Diambilpadabila-bilamasadalamsesuatutahun 3. Diluluskan oleh Ketua Jabatan 4. Baki CR tahunpertamabolehdibawasehinggake tahunketiga (PP 9/1991) - TahunPertama – 2006 - TahunKedua – 2007 - TahunKetiga – 2008 - Baki CR tahun 2006 bolehdibawasehingga tahun 2008, luputjikatidakdigunakanpada akhir 2008

  13. 5. CR yang tidak dapat dihabiskan – GCR • Maksimum 150 hari (PP 18/2008) • CR tahun semasa sahaja • ½ daripada kelayakan CR tahun semasa atau maksimum 15 hari dalam setahun 6. 2 keadaan yang mengubah kelayakan CR: • Genap 10 tahun perkhidmatan • Dinaikkan pangkat

  14. KELAYAKAN CUTI REHAT ( ≥ 10 TAHUN PERKHIDMATAN)

  15. CUTI SEPARUH GAJI (CSG) ► Tujuan: i. Atassebabkesihatansanaksaudara yang rapat ii. *Lawatan sambil belajar ke seberang laut yang diluluskan oleh KSU Kementerian Pelajaran Malaysia *(DiperuntukkankpdPegawaiPerkhidmatanPendidikanshj) ► Tafsiran “sanaksaudara”: “adik-beradik, ibubapadan lain-lain saudaramara yang rapatkepadapegawai”

  16. CUTI SEPARUH GAJI (CSG) ► Kadar CSG 30 hari bagi setiap genap setahun perkhidmatan Tidak melebihi 180 hari ► Syarat CSG 1. Berdasarkan Perkhidmatan Yang Melayakkan; 2. Diluluskan oleh Ketua Jabatan bagi tempoh yang tidak melebihi 14 hari dalam satu tahun; dan 3. Diluluskan oleh KSU Kementerian bagi tempoh yang selebihnya.

  17. CUTI TANPA GAJI (CTG) ► Tujuan CTG 1. Urusan persendirian yang mustahak • Tidak menjejaskan kedudukan sebagai pegawai Perkhidmatan Awam • Tidak menyalahi undang-undang negara ► Kadar CTG • 30 hari bagi setiap genap setahun perkhidmatan • Tidak melebihi 360 hari

  18. ► Syarat CTG 1. Berdasarkan Perkhidmatan Yang Melayakkan 2. Syarat minimum CTG - 6 bulan perkhidmatan yang melayakkan (PP 9/1991) 3. Telah menghabiskan semua CR yang berkelayakan 4. Dicatatkan ke dalam Buku Rekod Perkhidmatan pegawai

  19. CUTI ATAS SEBABPERUBATAN

  20. CUTI ATAS SEBAB PERUBATAN “Cuti-cuti atas sebab perubatan adalah diberi oleh Ketua Jabatan atau Kuasa Tertentu bila seseorang pegawai itu disahkan oleh seseorang Pegawai Perubatan atau oleh sebuah Lembaga Perubatan atau oleh seorang ahli Panel Doktor sebagai tidak sihat untuk menjalankan tugas-tugas jawatannya”

  21. CUTI SAKIT ► Tujuan CS Membolehkanpegawai yang sakituntukberehatbagimemulihkankesihatannya ► Syarat CS 1. Pegawaidisahkantidaksihatuntukbertugasoleh PegawaiPerubatan/ LembagaPerubatan/ Panel Doktor; 2. Pengesahandibuatkeatassijilsakit; dan 3. Mengemukakan sijil sakit kepada Ketua Jabatan/ KSU Kementerianuntukkelulusan.

  22. CUTI SAKIT ► Kadar CS 180 hari dalam setahun • 90 hari pertama – kelulusan Ketua Jabatan • 90 hari berikutnya – kelulusan KSU Kementerian Sijil Sakit Swasta (PP 2/2006) • Rawatan Pesakit Luar – 15 hari setahun • Rawatan Pesakit Dalam – 180 hari setahun Panel Doktor – 180 hari

  23. CUTI SAKIT LANJUTAN ► Tujuan CSL Pegawai yang diperakukanolehLembagaPerubatanmemerlukanmasaberehat yang panjangkeranatidaksihatuntukbertugastetapiadaharapanuntuksihatsemulabagiperkhidmatanselanjutnya ► Syarat CSL 1. Telahmenghabiskan CS bergajipenuhselama 180 hari; 2. Telahmenghabiskan CR yang berkelayakan; dan 3. Mengemukakan laporan dan perakuan Lembaga Perubatan

  24. ► Kadar CSL • 90 hari (Cuti Separuh Gaji) • 90 hari berikutnya (Cuti Tanpa Gaji + Elaun Bantuan) • Belum sembuh, boleh dibersarakan dengan perakuan Lembaga Perubatan

  25. KELAYAKAN CUTI SAKIT & CUTI SAKIT LANJUTAN DALAM SATU TAHUN KALENDAR ProsedurPemberianCutiSakit & CutiSakitLanjutan :

  26. CUTI KERANTINA (CK) ► Tujuan CK Menghalang berlakunya wabak penyakit ► Syarat CK Pegawai ditahan di mana-mana stesen kerantina: • Pintu Masuk Negara • Hospital/ Klinik/ Rumah ► Kadar CK Sepanjang tempoh penahanan (Bergaji Penuh) Jika pegawai sakit – dikira sebagai Cuti Sakit

  27. CUTI BERSALIN (CB) ► Tujuan CB Diberi kepada pegawai wanita untuk pulih daripada melahirkan anak ► Syarat CB Pegawai boleh memilih untuk menggunakan kemudahan Cuti Bersalin sama ada: 1. mulai tarikh pegawai melahirkan anak; atau 2. pada bila-bila masa dalam tempoh 14 hari dari tarikh dijangka bersalin • Mengemukakan Perakuan Bersalin atau dokumen sokongan yang mengesahkan tarikh dijangka bersalin • Dicatatkan ke dalam Buku Rekod Perkhidmatan ► Kadar CB 60 hari setiap kali melahirkan anak 5 kali sepanjang tempoh perkhidmatan

  28. CUTI KECEDERAAN (CK) ► Tujuan CK Membolehkanpegawai yang mengalamikecederaansemasa bertugasuntukpulihdaripadakecederaannya ► Syarat CK 1. Kecederaan semasa menjalankan tugas; 2. DiperakukanolehLembagaPerubatanmempunyaiharapan untuksembuhdankembalibertugas; dan 3. Menggunakan CS yang berkelayakan, sekiranyatiadalagi kelayakan CS, makadiberiCutiKecederaan (BergajiPenuh). ► Kadar CK Tempohsehinggapulihdarikecederaanatauketarikhakan dibersarakan

  29. CUTI TIBI, KUSTA DAN BARAH (CTKB) ► Tujuan CTKB Memerlukantempohrawatan yang panjang ► Syarat CTKB Disahkanmengidappenyakittibi, kustaataubarah; dan Mengemukakan sijil sakit kepada Ketua Jabatan. ► Kadar CTKB 1. Cutibergajipenuhselama 12 bulan (penyakittibi) atau 24 bulan (penyakitkusta / barah) 2. SelepascutibergajipenuhCutiRehat yang berkelayakan CSG – 12 bulan 3. CutiTambahan – budibicara KSU denganperakuan LP

  30. CUTI TIDAK BEREKOD

  31. CUTI GANTIAN (CG) Syarat CG: • Diarahkan bertugas lebih masa; • Tidak layak Bayaran Lebih Masa atau sebarang bayaran khas lain; dan • Kelulusan Ketua Jabatan. Kadar CG: • Masa sebenar bertugas lebih masa 9 jam bertugas lebih masa = 1 hari CG

  32. CUTI LATIHAN PASUKAN SUKARELA Tujuan: • Menghadirilatihanataukhemahtahunan Syarat: Pasukan sukarela yang disenaraikan sahaja: 1. AskarWataniah; 2. Pasukan Simpanan Sukarela TLDM; 3. PasukanSukarela TUDM; 4. PasukanSukarela Polis (PVR); 5. Pasukan Pertahanan Awam (JPA3); dan 6. RELA. Kadar: 30 harisetahun Tambahan 2 hariperjalananpergidanbalikketempat latihan

  33. CUTI MENGHADIRI LATIHAN ATAU KHEMAHTAHUNAN PERTUBUHAN/ PERSATUAN Tujuan: • MenghadiriMesyuaratAgungTahunan, MesyuaratAgung LuarBiasa, Kursus/ Seminar, KhemahTahunanatauSukan Syarat: • Menjadi ahli Pertubuhan/ Persatuan yang diisytiharkan oleh KPPA • Aktiviti di dalam Malaysia sahaja • KelulusanKetuaJabatan Kadar: • 14 harisetahun • Tambahan 2 hariperjalananpergidanbalikketempat latihan

  34. CUTI LAIN-LAIN KURSUS Tujuan: • Kursus Kepimpinan Belia Dan Bina Semangat – Anjuran KementerianBelia Dan Sukan • Kursus Kesatuan Sekerja – Diluluskan oleh Kementerian SumberManusia Syarat: • Kelulusan oleh Ketua Jabatan – tertakluk kepada kepentinganperkhidmatan • Kursus di luar negara – diluluskan oleh KPPA Kadar: • 14 harisetahun • Tambahan 2 hariperjalananpergidanbalikketempat latihan

  35. CUTI MENGHADIRI LATIHAN SYARIKAT KERJASAMA Tujuan: • Menghadirikursus, latihan, seminar ataumesyuarat syarikat kerjasama – yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Koperasi Syarat: • Menjadi ahli dalam syarikat kerjasama • Dijemputataudilantikkesebarangjawatandalamsyarikat kerjasama • Telahmembuatakuanbertulisuntukmemegangjawatandi dalamsyarikatkerjasama • Kelulusan oleh Ketua Jabatan – tertakluk kepada kepentinganperkhidmatan Kadar: • Tidakmelebihi 2 bulan

  36. CUTI UNTUK MASUK PEPERIKSAAN Tujuan: • Mengambilpeperiksaan yang bolehmembaiki peluanghiduppegawai Syarat: • KelulusanatasbudibicaraKetuaJabatan Kadar: • Hari peperiksaan sahaja (PP 9/1991)

  37. CUTI KURSUS SAMBILAN Tujuan: • Mengikuti kursus intensif dalam tempoh pengajian secara sambilan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara Syarat: • Telahdisahkandalamperkhidmatan • MendapatkebenaranbertulisdariKetuaJabatanuntuk mengikutikursussecarasambilan • Pengajian di peringkat Diploma, Ijazah Pertama, Diploma Lanjutan, SarjanadanKedoktoran (PhD) yang diiktirafoleh Kerajaan Kadar: • 30 harisetahun • Maksimum 2 kali pengajiansepanjangtempohperkhidmatan

  38. CUTI ISTERI BERSALIN Tujuan: • Membantuurusansemasaisteribersalin Syarat: • MengemukakanPerakuanBersalin • Bermula pada tarikh isteri melahirkan anak, atau hari berikutnyajikakelahiranselepaswaktupejabat Kadar: • 7 harisetiap kali isteribersalin, termasukhariRehat MingguandanhariKelepasan Am • 5 kali sepanjangtempohperkhidmatan

  39. CUTI URUSAN KEMATIAN AHLI KELUARGA TERDEKAT Tujuan: • Menziarahi dan membantu urusan berkaitan kematian ahli keluargaterdekat Syarat: • Ahlikeluargaterdekat – suami/ isteri, anak-anak, ibudan bapakandungpegawai • MengemukakanPengesahanKematian • Bermulapadatarikhkematian, atauhariberikutnyajika kematianselepaswaktupejabat Kadar: • 3 hari, termasuk hari Rehat Mingguan dan hari Kelepasan Am

  40. CUTI JURULATIH PLKN Tujuan: • MenjalanilatihansebagaiJurulatih • MenjalankantugassebagaiJurulatih Syarat: • DilantiksebagaiJurulatiholehJabatanLatihanKhidmat Negara (JLKN) • KelulusanolehKetuaJabatan Kadar: • Tempohsebenar program latihandanmenjalankantugas

  41. CUTI MENGHADIRI MAHKAMAHLUAR STESEN Tujuan: • Membolehkanpegawaihadirkemahkamahsebagaisaksi Syarat: • Disapinauntukhadirkemahkamahsebagaisaksidipihak Kerajaan • Disapinauntukhadirkemahkamahsebagaisaksidipihak bukanKerajaan Kadar: • Mahkamahdalamstesen – Pelepasanmeninggalkanpejabat • Mahkamahluarstesen – Haridikehendakihadirke mahkamahtersebut

  42. CUTI-CUTI LAIN

  43. CUTI MENJAGA ANAK (HMA) Tujuan: • Membolehkanpegawaiwanitamenjagadanmenyusukananak Syarat: • SecaraCutiTanpaGaji • Permohonan CMA disertakan bersama Perakuan Bersalin • HendaklahbersambungdaritempohCutiBersalinatau bermulapadatarikhmelahirkananak • Bolehdiambilsekaligusatausebahagiandaripadanya • DirekodkankedalamKenyataanPerkhidmatanpegawai Kadar: • 1825 hari (5 tahun) sepanjangtempohperkhidmatan

  44. CUTI HAJI Tujuan: • Menunaikan fardhu haji di Mekah Syarat: • Pegawaiberagama Islam • Berjawatan tetap dan telah disahkan dalam jawatan • Pegawaiberjawatansementara – telahberkhidmattidakkurang 6 tahunberterusan Kadar: • 40 harisepanjangtempohperkhidmatan

  45. CUTI TANPA GAJIMENGIKUTI PASANGAN Tujuan: • Membolehkanpegawaimengikutpasanganberkhidmat/ berkursus di dalam atau di luar negara Syarat: • Kepentinganberadabersamapasangan • Pasangan terdiri daripada pegawai Kerajaan, Perbadanan AwamatauSwasta; jikabukanpegawaimana-manaagensi tersebut, pasanganhendaklahtelahdianugerahkanbantuan kewangan atau tajaan oleh Kerajaan untuk berkursus • KelulusanolehKetuaJabatan Kadar: • Maksimum 3 tahunatauselamatempohpasanganpegawai berkhidmat/ berkursus; yang manalebihpendek

  46. CUTI BERKURSUS Tujuan: • Membolehkan pegawai mengikuti kursus/ pengajian secara sepenuh masa di peringkat Kursus Lanjutan, Diploma, Ijazah Pertama, Diploma Lanjutan, Sarjana dan Kedoktoran (PhD) Syarat: • Pegawai dibenarkan oleh Ketua Jabatan • Diluluskan oleh Pihak Berkuasa Melulus Permohonan Cuti • Berkursus sama ada secara bergaji penuh, separuh gaji @ tanpa gaji • Kursus/ Pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam & luar negara Kadar: • Sepanjang tempoh pengajian termasuk tempoh perjalanan pergi & balik mengikut jalan yang paling dekat

  47. CUTI REHAT SELEPAS KURSUSMELEBIHI 12 BULAN Tujuan: • Membolehkanpegawaiberehatdanmenguruskan perkara-perkara yang berkaitan selepas berkursus Syarat: • Menamatkan kursus/ pengajian melebihi 12 bulan • MempunyaibakiCutiRehatsebelummulaberkursus Kadar: • Maksimum 7 haritertaklukkepadabakiCutiRehat yang berkelayakan

  48. KEBENARAN TIDAK HADIR BERTUGASATAS SEBAB KECEMASAN AM Tujuan: • Memberi kebenaran kepada pegawai untuk tidak hadir bertugas atas sebab kecemasan am Syarat: • Kecemasan Am – gempa bumi, banjir, tanah runtuh, jambatan runtuh, bencana alam, perintah berkurung, perintah sekatan am • Terhalang perjalanan ke pejabat atau ke tempat bekerja biasa • Pengesahan kejadian kecemasan am oleh Pegawai Daerah, Penghulu, Ketua Balai Polis, Pegawai Penerangan Daerah, Pegawai Kebajikan Daerah atau melalui Media Massa Kadar: • Tempoh berlakunya kecemasan am – Jam / Hari

  49. Terima Kasih

More Related