1 / 40

KULIAH 4

KULIAH 4. USAHA PEMUPUKAN HUBUNGAN ANTARA ETNIK ERA DARURAT DAN AWAL TAHUN 1950-AN. POLITIK PERKAUMAN DAN USAHA KE ARAH MEMPERBAIKI HUBUNGAN ANTARA ETNIK Sentimen perkauman – sikap mementingkan kaum sendiri sehingga mengatasi kepentingan negara.

jared
Télécharger la présentation

KULIAH 4

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. KULIAH 4 USAHA PEMUPUKAN HUBUNGAN ANTARA ETNIK ERA DARURAT DAN AWAL TAHUN 1950-AN

  2. POLITIK PERKAUMAN DAN USAHA KE ARAH MEMPERBAIKI HUBUNGAN ANTARA ETNIK Sentimen perkauman – sikap mementingkan kaum sendiri sehingga mengatasi kepentingan negara. Kepelbagaian budaya & bahasa bukanlah punca perpecahan masyarakat di Malaysia, tetapi sikap & pemikiran masyarakat berbilang bangsa sejak dahulu dan sehingga kini terus dibelenggu oleh politik perkauman.

  3. Dlm tempoh 1948 (Darurat) sehingga awal Kemerdekaan perasaan curiga mencurigai & syak wasangka antara kaum terus berlaku. Org Melayu mencurigai kesetiaan org Cina terhadap T.Melayu kerana: - Gerakan drp masyarakat bukan Melayu di P.Pinang utk memisahkan P.Pinang drp Persekutuan T.Melayu. - Keengganan org Cina berkhidmat dlm perkhidmatan kebangsaan sbg tentera & polis.

  4. 23 Dis 1948 – sekelompok pertubuhan org Cina di P.Pinang menuntut agar dikembalikan status P.Pinang sbg negeri selat. Pertubuhan tersebut ialah: Dewan Perniagaan Cina P.Pinang, Penang State Association, Dewan Perniagaan India P.Pinang, Kesatuan Pegawai Pentadbiran P. Pinang, Persatuan Serani P.Pinang & Straits Chinese British Association. Mereka memperjuangkan pemisahan P.Pinang kerana: - menganggap kepentingan P.Pinang akan tergugat di dlm sistem yg di- dominasi oleh negeri2 Melayu.

  5. mereka juga tidak mahu menjadi sebahagian drp rakyat Malaya yg didominasi oleh org2 Melayu. Pedagang P.Pinang tidak mahu status P.Pinang sbg pelabuhan bebas hilang setelah memasuki persekutuan. Tuntutan org bukan Melayu itu tidak dilayan oleh British & ditentang hebat oleh org Melayu. Pd 8 Jan 1949, seramai 2,000 org Melayu telah mengadakan tunjuk perasaandi P.Pinang.

  6. Pd bulan Dis 1950 – British memperkenalkan Perkhidmatan Kebangsaan (National Service) – mewajibkan semua penduduk yg berusia 17 – 45 tahun menjadi tentera & polis. Langkah ini dibantah oleh org2 Cina. Pd akhir 1951, hanya 1,800 org Cina (berusia 18-24 tahun & kebanyakannya berpelajaran Inggeris) yang sanggup menyertainya. Ribuan org Cina yg lain lari ke Singapura atau kembali ke negara China.

  7. USAHA AWAL MEMPERBAIKI HUBUNGAN ANTARA KAUM DI TANAH MELAYU Pd 10 Jan 1949 J/Kuasa Melayu-Cina (Malay-Chinese Goodwill Committee) ditubuhkan. Kemudiannya dinamai Communities Liason Committee (CLC) atau J/Kuasa Perhubungan Antara Kaum (JPK). J/Kuasa ini merupakan satu percubaan pertama utk mewujudkan perasaan muhibbah di kalangan pelbagai kaum di Tanah Melayu.

  8. JPK dipengerusikan oleh E.E.C Thuraisingham & dianggotai oleh Dato’ Onn Jaafar, Tan Cheng Lock, Dato’ Panglima Bukit Gantang Abdul Wahab, Yoong Shook Lin, Sir Roland Braddel, Salleh Hakim, C.C.Tan, Zainal Abidin Hj. Abbas & Malcolm Mac Donald (Pesuruhjaya Jeneral British di Asia Tenggara) Pd Ogos 1949, AJK JPK/CLC trdiri drp 6 org Melayu, 6 org Cina & seorang wakil kaum lain (India, Selon, Serani & Eropah).

  9. Objektif asal JPK : utk mencari jalan bagi mengelakkan perbalahan kaum. Tetapi akhirnya matlamat jangka panjangnya menyentuh juga soal2 politik. Bagi British – JPK sbg forum utk berunding & mencari jalan penyelesaian damai berhubung isu2 perkauman & dpt membawa permuafakatan politik yg tidak bersifat perkauman. JPK telah bertanggung jawab membuat syor2 awal tentang isu2 kontroversial seperti: kewarganegaraan, pendidikan, pilihan raya Majlis Tempatan & Majlis Perundangan Persekutuan.

  10. Usaha2 JPK: - April 1950 – mengemukakan cadangan perubahan kpd kewarganegaraan persekutuan dgn pelaksanaan prinsip Jus Soli sbg asas kewarganegaraan. - Cadangan utk memperbaiki keadaan ekonomi org Melayu (menunjukkan adanya sikap tolak ansur antara wakil2 Melayu & bukan Melayu). - Cadangan utk mengkaji isu pendidikan – membawa kpd penubuhan JK Barnes & JK Fenn-Wu.

  11. - Mencadangkan BM & BI diwajibkan di semua sekolah rendah kerajaan & sekolah rendah bantuan kerajaan. Mencadangkan agar pengundi dlm pilihan raya terdiri drp w/negara persekutuan T. Melayu. Walau pun tidak semua cadangan JPK diterima oleh pertubuhan perkauman, namun tidak dinafikan JPK telah meletakkan asas bagi kerjasama antara kaum di Tanah Melayu.

  12. - JPK berunding tentang isu kewarganegaraan apabila org2 Cina terus mendesak supaya mereka dipermudahkan utk mendapatkan kewarganegaraan. Hasilnya JPK mendesak British meminda syarat kewarganegaraan dlm perlembagaan persekutuan T. Melayu 1948. Ordinan 1952 dikeluarkan – 2 cara bagi memperoleh kewrganegaraan: Rakyat / w/negara United Kingdom & tanah jajahannya yg lahir di negeri Selat (P.Pinang & Melaka) & Persekutuan T. Melayu boleh menjadi w/negara dgn syarat dia memenuhi syarat pemastautinan.

  13. 2. Seseorang itu boleh menjadi w/negara jika dia menjadi rakyat raja2 Melayu. Ordinan tsb juga mengenakan syarat: kebolehan bertutur dlm BM / BI utk menjadi w/negara PTM. Mereka yg memilih utk menjadi w/negara PTM tidak boleh memiliki kewarganegaraan asing selain PTM. Dengan laluan yg diberikan oleh Ordinan 1952 itu, menjelang 14 Sept 1952 terdpt seramai 1,200,000 org Cina (lbh Kurang 60% drp seluruh penduduk Cina PTM) & 180,000 org India telah menjadi w/negara pd masa yg singkat.

  14. 1949 – hanya 500,000 org Cina yg menjadi w/negara. Pengenalan Sistem Ahli – ke arah berkerajaan Sendiri. Pd bulan April 1951 – Sistem Ahli diperkenalkan oleh British dlm institusi Majlis Perundangan Persekutuan. 9 org ahli dilantik oleh British. Mereka bertanggung jawab menjalankan pentadbiran kerajaan.

  15. 9 portfolio atau jabatan diwujudkan: Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri. Ahli Hal Ehwal Ekonomi. Ahli Pertanian & Kehutanan. Ahli Kesihatan. Ahli Pendidikan. Ahli Hubungan Industri & Kemasyarakatan. Ahli Tanah, Galian & Perlombongan. Ahli Kerja2 Awam & Perumahan. Ahli Kereta api & Pos.

  16. Jabatan2 tsb diperluaskan pd th 1954 utk merangkumi tugas seperti Kerajaan Tempatan, Perumahan & Perancangan Bandar, Pos & Telekomunikasi, Pengangkutan & Sumber Alam Semulajadi. Sistem Ahli menjadi asas kpd sistem pembahagian kementerian selepas merdeka.

  17. - Pd bulan Nov 1950 - Ketika org Melayu menaruh perasaan tidak percaya kpd org Cina – Dato’ Onn Jaafar (Presiden UMNO) mencadangkan kpd UMNO utk membuka keahlian kpd org bukan Melayu. Mesyuarat khas UMNO pd 27 Mei 1951 membantah cadangan tsb kerana kebanyakan pemimpin UMNO mempertikaikan penglibatan org Cina yg menjadi ahli bersekutu UMNO sebelum ini. Kegagalan cadangannya menyebabkan pengaruh Dato’ Onn merosot dlm UMNO & beliau tidak selesa lagi berada dlm UMNO.

  18. - Pd pertengahan th 1951 – Dato’ Onn keluar drp UMNO & menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya / Independence Malaya Party (IMP) pd 16 Sept 1951. Melalui IMP, Dato’ Onn memperjuangkan dasar ‘bukan perkaumannya’ & berusaha utk mendapatkan sokongan drp pemimpin bukan Melayu spt Tan Cheng Lock, Yoong Shook Lin, E.E.C Thuraisingham, R.Ramani dll. IMP membuka keanggotaannya kpd semua bangsa yg berusia 18 th ke-atas & telah menetap di PTM selama 10 th.

  19. Dasar Perjuangan IMP. Parti yg bersifat berbilang kaum. Memperjuangkan kemerdekaan dlm tempoh 10 th drp 1951. Menuntut supaya pilihan raya secara demokratik diadakan utk memilih ahli2 kerajaan tempatan (1953). Ahli Dewan Perundangan Pusat dipilih oleh rakyat (1955). Menuntut pendidikan sekolah rendah secara percuma & wajib utk semua kanak2 berusia 6 – 12 th (1955) Perkhidmatan Awam bercorak Malaya & bukan penjajah.

  20. Kebajikan masyarakat luar bandar diperbaiki. Petani diberikan bantuan subsidi & kerajaan hendaklah menjamin harga hasil pertanian tidak menjejaskan kepentingan kaum petani. Laba/keuntungan yg lumayan kpd para pekerja. Reformasi sistem feudal di negeri2 Melayu.

  21. IMP berhasrat utk bertanding dlm pilihan raya Majlis Perbandaran KL pd bulan Feb 1952 – cuba bekerjasama dgn MCA Selangor tetapi MCA mendampingi UMNO. Tunku Abdul Rahman Putra (Presiden UMNO yg baru) telah merintis kerjasama dgn MCA – memulakan konsep Perikatan yg kini dikenali sbg Barisan Nasional. Keputusan pilihan raya memihak kpd Perikatan UMNO-MCA (9 kerusi) IMP hanya menang 2 kerusi shj.

  22. Dato’ Onn kecewa & cita2nya utk menjadikan IMP sbg parti berbilang kaum gagal. Hakikat ini membuktikan bhw politik perkauman sangat tebal pd masa itu & rakyat PTM hanya mahu bernaung di bwh parti perkauman. - Bagi rakyat : Pemimpin merekalah yg diamanahkan utk berunding & bertawar-menawar tentang hak kaum masing2. Org bukan Melayu jelas tidak mahu membentuk sebuah bangsa Malaya yg berpaksikan kaum bumiputera atau Melayu.

  23. Org Melayu menentang gagasan Dato’ Onn kerana sifat liberalnya trhdp satu soal rupabangsa & keterbukaannya trhdp org bukan Melayu. Org Cina & India pula ragu2 utk menyokong Dato’ Onn kerana beliau sendiri tidak mendpt sokongan drp org Melayu. Tan Cheng Lock mengesyaki Dato’ Onn mempunyai muslihat utk mengawal org bukan Melayu melalui IMP. Kejayaan Perikatan UMNO-MCA – dilihat sbg kaedah yg sesuai utk politik tawar-menawar antara kaum yg kemudiannya menjadi asas kerjasama dlm memperjuangkan kemerdekaan PTM.

  24. Menghadapi Pilihan raya Persekutuan Tanah Melayu 1955. Kerajaan British bersetuju mengadakan P/raya Persekutuan pd th 1955 – mendorong kpd parti2 politik yg ada utk merebut 52 kerusi yg dipertandingkan. P/raya ini diadakan pd Julai 1955 & tlh menarik pelbagai parti utk bertanding (Perikatan UMNO-MCA-MIC, Parti Negara, PAS, Parti Buruh dll) Parti Negara sbg lanjutan kpd perjuangan IMP & sbg usaha terakhir Dato’ Onn utk menggembleng org Melayu supaya menarik diri drp UMNO menyertai p’raya tsb.

  25. PAS pula menghimpunkan bekas2 ahli PKMM dan bekas ahli2 UMNO. Selain parti perkauman, Parti Buruh Malaya juga menyertai p’raya mewakili golongan buruh & mewujudkan Barisan Buruh Bersatu. Perpecahan Parti buruh di Ipoh, Perak tlh melahirkan Parti Progresif Rakyat yg kemudiannya menyertai p’raya 1955. Pd th 1955, bilangan pengundi adalah 1,280,000 org. 1 juta adalah pengundi Melayu. Pengundi Melayu yg akan menentukan kemenangan parti2 yg bertanding.

  26. Parti Negara menyedari keadaan tsb dan menukar dasar perjuangan berbilang kaum dengan menekankan kedudukan dominan org Melayu. Dato’ Onn menggunakan slogan ‘Malaya untuk orang Melayu’. Antara isu utama yg diperjuangkan oleh P.Negara & parti2 Melayu yg lain ialah Isu BM sbg bhs kebangsaan. Isu ini tlh diperjuangkan oleh Dato’ Onn dlm mesyuarat Majlis Perundangan. Persaingan sengit berlaku antara Perikatan dgn P.Negara & PAS.

  27. Dato’ Onn berusaha menyaingi kekuatan Perikatan dgn menubuhkan pakatan anti Perikatan & bekerjasama dgn Parti Progresif Rakyat, Persatuan Kebangsaan Perak, Liga Melayu & Parti Buruh Malaya. Tetapi pakatan tsb tidak terlaksana, hanya PAS yg memberi sokongan kpd P.Negara. Bagi menyaingi Dato’Onn, Tunku Abdul Rahman (TAR) pula berusaha menangani isu2 yg sgt penting bagi org Melayu spt hak istimewa Melayu, BM sbg bhs kbgsaan & soal agihan kerusi UMNO dlm Perikatan.

  28. - Drp 52 kerusi yg ditandingkan, UMNO mahu meletakkan 40 org calon, MCA 12 calon. TAR dikritik oleh ahli UMNO yg mahu kadar nisbah penduduk diambil kira & lebih banyak kerusi harus diberi kpd UMNO. MCA pula dikritik oleh kelompok ekstrim dlm parti itu yg mahukan bhs Cina dijadikan sbg bhs rasmi di samping BM (dasar berbilang bahasa digunakan dlm mesyuarat negeri & persekutuan). Tuntutan ini menimbulkn kemarahan org Melayu & ditolak oleh Mjlis Kebangsaan Perikatan.

  29. - Org Cina terus mendesak melalui persatuan Cina hingga mereka menghantar petisyen kepada Raja British tentang isu dasar berbilang bahasa. Ahli2 MCA juga mengkritik kepemimpinan MCA kerana tidak memperjuangkan kerusi p’raya yg lebih banyak. Perbalahan tentang kerusi ini menyebabkan MCA diberi 15 kerusi & MIC 2 kerusi. UMNO terpaksa mengalah dgn hanya mendapat 35 kerusi.

  30. Manifesto Parti Perikatan. Kemerdekaan PTM akan diraih dlm masa 4 tahun. Memalayakan perkhidmatan awam, memperbaiki khidmat/kebajikan masyarakat. Meningkatkan pembangunan ekonomi. Menjanjikan dasar pendidikan yg akan menjadikan BM sbg bhs kebangsaan. Suruhanjaya khas yg bebas akan dibentuk utk membuat syor2 mengenai dasar yg menyentuh soal rupabangsa & masa depan raja2 Melayu dlm PTM yg merdeka.

  31. 6. Pengampunan beramai-ramai kpd anggota PKM yg bertekad utk meninggalkan fahaman & perjuangan komunis. P’raya tsb menyaksikan kemenangan besar kpd Parti Perikatan (51 drp 52 kerusi) 1 kerusi dimenangi oleh PAS di kws Kerian, Perak. P.Negara yg meletakkan 30 calon kalah teruk. Dgn kemenangan besar itu, Perikatan tlh membentuk kerajaan – TAR dilantik sbg Ketua Menteri. Bermula persiapan Perikatan utk mendapatkan kemerdekaan yg mutlak bagi PTM.

  32. Pd masa yg sama, ancaman komunis masih menjadi penghalang utk British melepaskan PTM drp penjajahan kerana British mempunyai pelaburan & harta di T.Melayu spt ladang getah, lombong timah, pusat kewangan dll. Kegiatan PKM mengancam kepentingan British. TAR dgn sokongan British menganjurkan perundingan antara kjn dgn PKM di Baling Kedah pd bulan Dis 1955. TAR memujuk PKM utk meletakkan senjata lantaran kemerdekaan PTM akan diperoleh.

  33. PKM menolak tawaran pengampunan beramai-ramai sebaliknya menuntut agar parti itu diiktiraf sbg pertubuhan yg sah utk bergerak di PTM yg merdeka. Syarat tsb tidak diterima oleh kjn & Rundingan Baling gagal mencapai matlamatnya. Kjn British kemudiannya mengadakan rundingan dgn Parti Perikatan & Raja2 Melayu tentang isu2 kemerdekaan PTM. Lanjutan drp rundingan tsb, TAR & menteri2 Perikatan berkunjung ke London (Jan 1956) utk menuntut kemerdekaan PTM. Hasilnya British bersetuju memerdekakan PTM pd 31 Ogos 1957.

  34. Antara perkara penting yg diputuskan dlm Rundingan Merdeka itu adalah soal pertahanan, keselamatan dlm negeri, perkhidmatan awam, pentadbiran kewangan & soal ekonomi yg masih banyak melibatkan kepentingan British. Bagi kebanyakan tokoh politik British, PTM tlh layak diberikan kemerdekaan krn tlh wujud kerjasama antara 2 kelompok etnik yg besar iaitu Melayu & Cina.

  35. Ketika perlembagaan persekutuan digubal, kedua2 kaum tlh menunjukkan sikap tolak ansur. Pemimpin2 UMNO & MCA juga tlh mencapai persefahaman dlm soal2 yg penting; org Cina mengakui kedudukan istimewa org Melayu sbg bumiputera; manakala org Melayu pula mengiktiraf hak org Cina utk mendapat kwnegaraan PTM. Bagi tujuan melicinkan penggubalan perlembagaan PTM yg merdeka, sebuah suruhanjaya yg diketuai oleh Lord Reid tlh dibentuk pd th 1957. S’jaya ini bertanggungjwb meneliti cadangan2 perlembagaan yg diutarakan oleh pertubuhan2 yg mewakili kelompok2 etnik utk dipertimbangkan dlm perlembagaan PTM.

  36. Perkara2 penting yg termaktub dlm Perlembagaan PTM yg merdeka. Hak istimewa org Melayu, khasnya: Tnh Simpanan Melayu, kouta khas utk org Melayu dlm perkhidmatan awam, pemberian biasiswa kjn & pengagihan permit & lesen. Kedudukan org Melayu: agama Islam sbg agama rasmi PTM tetapi tidak menafikan hak2 mana2 agama diamalkan di mana2 shj dlm PTM yg merdeka. BM sbg bhs rasmi yg tunggal mulai th 1967. Kedudukan Raja2 Melayu adalah terjamin: bahkan martabatnya tlh ditingkatkan dgn pgwujudan jawatan YDA (berfungsi sbg penjaga hak2 org Melayu)

  37. 4. Sbg imbalannya, org bukan Melayu diberikan konsesi yg besar iaitu hak kwrgnegaraan yg akan melayakkan mrk memperoleh status kwrgnegaraan sama ada secara ‘jus soli’ ataupun dgn memenuhi syarat2 permastautinan, bahasa & sumpah taat setia. Pemberian hak kwrgnegaraan kpd org bukan Melayu membolehkan mereka menjalani kehidupan berpolitik yg tidak pernah berlaku pd zmn sebelum Perang Dunia Kedua. Mereka juga blh memasuki perkhidmatan awam, bebas mengamalkan mana2 agama & berpeluang mengekalkan amalan serta nilai2 kebudayaan & bahasa mereka.

  38. Persetujuan yg dicapai dlm isu2 tsb disebut sbg ‘tawar-menawar politik & ekonomi’ antara pemimpin2 Perikatan. Perlembagaan 1957 mencerminkan kompromi yg tercapai antara pemimpin Melayu & bukan Melayu dlm Perikatan. Pendekatan secara konsensus (musyawarah) yg diamalkan oleh Perikatan tlh berjaya mengelakkan pergaduhan antara kaum ketika cdgn2 keperlembagaan dibuat.

  39. Kaedah tolak ansur inilah yg menjadi batu asas dlm pembinaan bangsa Malaya dan kemudiannya bangsa Malaysia. Isu2 yg sensitif dibincangkan terlebih dahulu secara tertutup antara parti2 & jln penyelesaiannya dicari secara perbincangan dgn membuat inter-ethnic adjustment atau penyesuaian antara etnik. Selepas itu baharulah dihebahkan kpd khalayak ramai.

  40. Wbmpun, penyelesaian cara tsb (1957) tidak selamanya dpt bertahan krn apabila bilangan pengundi bertambah (bilangan wnegara bukan Melayu meningkat) timbul rasa tidak puas hati & usaha2 berupa gugatan kaum bukan Melayu terhdp perkara2 sensitif yg tlh dipersetujui secara tolak ansur pd th 1957. Cubaan utk mempersoalkan kedudukan istimewa org Melayu kemudiannya sering menimbulkan ketegangan dlm hubungan etnik slps merdeka. Org Melayu pula kecewa krn harapan utk maju dlm ekonomi & pendidikan stlh merdeka belum tercapai sepenuhnya.

More Related