1 / 28

Bab 6 Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia

Bab 6 Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia. Selepas mempelajari bab ini, pelajar dapat: Menerangkan konsep modenisasi Menghuraikan konsep dan proses pembangunan ekonomi di Malaysia Menjelaskan hubung kait antara pembangunan ekonomi dan hubungan etnik di Malaysia.

jon
Télécharger la présentation

Bab 6 Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Bab6 Pembangunan EkonomiDalamKonteksHubunganEtnikdi Malaysia

  2. Selepas mempelajari bab ini, pelajar dapat: Menerangkan konsep modenisasi Menghuraikan konsep dan proses pembangunan ekonomi di Malaysia Menjelaskan hubung kait antara pembangunan ekonomi dan hubungan etnik di Malaysia Hasil Pembelajaran

  3. Pengenalan • Bab ini menghuraikan hubungan timbal balik antara pembangunan ekonomi dan hubungan etnik di Malaysia. • Konsep modenisasi, pembangunan ekonomi dan pembangunan politik – alat analisis yang penting dibincangkan dalam bab ini.

  4. Konsep Modenisasi • Modenisasi – suatu proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat, harus ditempuh oleh semua bangsa atau negara. • Berlangsung secara berencana atau tidak berencana. • Perubahan berencana - modenisasi atau pembangunan.

  5. Pembangunan Ekonomi: Matlamat, Kaedah, Ukuran Pencapaian • Matlamat – untuk mencapai kemajuan dengan mewujudkan masyarakat industri. • Kaedah – Pembangunan teknologi; pembangunan pertanian; industrialisasi; Urbanisasi. • Ukuran pencapaian – KNK, perubahan sosial (aspek pekerjaan dan kehidupan).

  6. Modenisasi di Eropah: Matlamat, Kaedah, Ukuran Pencapaian • Modenisasi di Eropah adalah akibat dua revolusi besar – Revolusi Perancis & Revolusi Perindustrian. • Dapat ditinjau daripada 2 sudut: • Sudut falsafah – evolusionisme • Sudut Praktikal – S&T – industrialisasi.

  7. Penjajahan: Saluran Utama Pemodenan Wilayah Bukan Eropah • Memperoleh sumber melalui perdagangan – British East India Company dan Dutch East India Company. • Penjajahan dilaksanakan untuk memastikan perlanjutan pembekalan barang mentah, buruh dan pengawasan pasaran.

  8. Luar Eropah: “Pemodenan” atau “Pembaratan” • Pemodenan – Proses perencanaan, pelaksanaan dan penilaian. • Pembaratan – proses peniruan gaya hidup Eropah Barat yang tidak disertai oleh suatu usaha perubahan secara berencana.

  9. Setelah Perang Dunia Kedua, banyak wilayah jajahan mencapai kemerdekaan – negara Barat menjadi model pembentukan negara – terutamanya aspek ekonomi dan politik.

  10. Modenisasi di Malaysia • Modeninasi di Malaysia bermula dengan kedatangan penjajah British. • Proses modenisasi yang diasaskan sejak pemerintahan kolonial British telah dilanjutkan dengan melakukan pelbagai perubahan dan penyesuaian.

  11. Komponen Ekonomi • Peringkat awal – peningkatan prasarana ekonomi, pembangunan pertanian dan industri gantian-import. • 1960-an – pembangunan teknologi & industri berorientasikan eksport. • 2000-an – k-ekonomi • Secara keseluruhan – mencapai kejayaan – KDNK 8-9%, peningkatan kualiti hidup.

  12. Acuan Ekonomi Malaysia: Hubungan Timbal Balik Ekonomi dan Etnisiti • Ekonomi Malaysia terbentuk dengan ciri-ciri uniknya melalui pengalaman dijajah oleh British. • Tenaga buruh di Malaysia – terdapat pembahagian buruh mengikut kumpulan etnik.

  13. Modal juga dipisah-pisahkan – modal asing, modal kaum Cina dsb. • Aspek ekonomi dan etnisiti ialah dua perkara yang saling mempengaruhi dan tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain.

  14. Ciri-ciri Etnik dalam Konteks Majoriti Demografi, Politik dan Ekonomi • Aspek demografi: Banci 2005 – Melayu (65.9%), Cina (25.3%), India (7.5%) dan selebihnya (1.3%) – jumlah 24.36 juta. • Bidang politik – Ketuanan politik etnik Melayu. • Bidang ekonomi – Cina majoriti. • Isu ekonomi – punca rusuhan kaum 1969.

  15. Perancangan Pembangunan Lima Tahun • Draft Development Plan of Malaya (1950 – 1955) – dirangka oleh pihak penjajah British – asas untuk tradisi perancangan moden sehingga hari ini – memainkan peranan penting dan melaluinya perundingan dan kesepakatan antara kumpulan etnik dan kelas digubah.

  16. Sehingga hari, negara telah melaksanakan 10 rancangan lima tahun dan kini tengah melaksanakan Rancangan Malaysian Kesembilan (2006-2010). Dasar-Dasar Awan: Pertanian, Perindustrian dan K-Ekonomi • 1960-an – 1970-an – walaupun ke arah perindustrian tetapi sektor pertanian masih diutamakan – FELDA, FELCRA & MARA.

  17. 1980-an – 1990-an – sektor perindustrian – Dasar Perindustrian Berat & Dasar Penswastaan. • Kini, pembangunan ekonomi berteraskan teknologi ICT dan k-ekonomi.

  18. Isu-Isu Utama Ekonomi • Isu pembangunan ekonomi berkait rapat dengan isu sosial – isu kemiskinan dan agihan pendapatan mengikut golongan etnik. Pertumbuhan dan Agihan • Isu agihan di Malaysia boleh dilihat dari dua sudut:

  19. 1. Antara kelas yang berbeza, iaitu antara kelas atasan, menengah dan kelas bawahan. • 2. Antara kelompok etnik yang berbeza. • Isu agihan telah cuba diatasi dengan DEB. • Sumbangan etnik lain seperti orang Cina (ekonomi) dan orang India (sektor perladangan, penyediaan prasarana & tenaga profesional) turut diakui.

  20. Equality dan Equity • Dijamin oleh Perlembagaan Malaysia: • Fasal (8) Perkara (1) – semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang. • Fasal (153) – kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera – harus difahami bersama Fasal (8) Perkara 2:

  21. “Kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan ini, tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pemerolehan, pemegangan atau pelupusan harta atau berhubungan dengan penubuhan atau penjalanan apa-apa pertukangan, perniagaan profesion, kerjaya atau pekerjaan”

  22. DEB dan Hubungan Etnik • Amalan “pecah dan perintah” - penjajah British – menyebabkan ketidakseimbangan pembangunan antara wilayah dan antara kelompok etnik. • Ketidakseimbangan boleh dilihat dalam kadar kemiskinan dan kadar pemilikikan modal saham dalam syarikat 1970-an.

  23. Ketidakseimbangan dipercayai menjadi sebab utama berlaku kecemburuan sosial sehingga mencetuskan Peristiwa 13 Mei 1969. • DEB diperkenalkan pada tahun 1971 untuk pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum dan penyusunan semula masayarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

  24. Antara sasaran DEB ialah menyusun semula pemilikan harta dengan meningkatkan pemilikan saham Bumiputera sehingga sekurang-kurangnya 30% menjelang 1990. • Banyak usaha telah dijalankan untuk tujuan DEB. (Sila rujuk modul)

  25. Pendidikan, Ekonomi dan Etnisiti: Bahasa, Sains dan Ekonomi • Bahasa Melayu – bahasa rasmi (Perkara 152) dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan negara – diperdebatkan. • Pendidikan – alat untuk mencapai matlamat pembangunan ekonom dan politik – bahasa kebangsaan – wadah komunikasi untuk perpaduan nasional.

  26. Isu perlaksanaan dasar pengajaran mata pelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. • Pertembungan antara bahasa Melayu (bahasa perpaduan dan bahasa rasmi) dan bahasa Inggeris (bahasa kemajuan) – wujudnya “bahasa rojak”.

  27. Terdapat banyak lagi isu ekonomi yang melibatkan hubungan etnik seperti kesan globalisasi, krisis besar ekonomi, ekonomi Islam, Dasar Penswastaan dan Industri Automobil Nasional. • Kesemua isu adalah juga penting difahami. (Sila baca dalam modul).

  28. Kesimpulan • Rancangan dan perlaksanaan pembangunan ekonomi telah membawa hasil yang positif - transformasi industri, kadar pertumbuhan ekonomi dan indeks kualiti hidup rakyat. • Turut mempunyai kesan positif dalam konteks hubungan etnik. • Ekonomi dan etnisiti – dua hal yang tidak dapat dipisahkan.

More Related